Sunday, January 15, 2012
MOHD Saiful Bukhari Azlan
telah pun mengetahui keputusan aduan beliau kepada pemerintah mengenai
pertuduhan jenayah yang beliau anggap telah diperlakukan terhadapnya oleh pihak
tertuduh. Tertuduh telah didapati tidak bersalah daripada pertuduhan. Mahkamah
telah memberi keadilan kepada beliau dan dengan itu beliau bersih.
Dalam hal Saiful, nampaknya banyak pihak termasuk Saiful walaupun reda tetapi merasa tidak memperolehi keadilan. Soalnya, benarkah perbicaraan selama tiga tahun itu bertujuan memberi keadilan kepada Saiful dan keadilan juga kepada tertuduh?
Saya berpendapat bahawa benar perbicaraan tiga tahun itu ialah untuk memberi keadilan kepada tertuduh tetapi salah jika dikatakan perbicaraan itu terus dikaitkan dengan memberi keadilan kepada Saiful.
Memberi keadilan kepada
Saiful pada saya bukan di mahkamah jenayah. Dalam kes jenayah itu Saiful
hanyalah seorang saksi, sama tarafnya seperti barang-barang bukti yang lain.
Mahkamah hanya akan memutuskan menerima atau menolak barang bukti dan
pernyataan saksi bagi memutuskan sama ada tertuduh melanggar undang-undang
tertentu yang telah dibuat oleh negara.
Mahkamah jenayah ialah
tempat membicarakan kes warganegara melawan negara (citizen against state)
terhadap sesuatu pertuduhan yang dikenakan kepada seseorang tertuduh. Sebab
itulah negara boleh menggunakan kewangan pembayar cukai untuk membiayai kos
membuktikan negara lebih benar daripada yang dituduh.
Jika keputusan tidak memihak
kepada terduduh dalam kes ini, mahkamah tidak akan mengatakan keputusan memihak
kepada Saiful sebaliknya keputusan memihak kepada negara. Konsep inilah yang
nampaknya kawan-kawan saya belum faham, dan saya percaya ramai lagi di luar
sana yang tidak faham.
Dalam mahkamah jenayah
biasanya tidak disebut "A melawan B" atau "A (tertuduh) melawan
Negara" tetapi pernah juga istilah "people" digunakan bagi
mewakili negara seperti kes jenayah O.J. Simpson, bekas pemain American Footbal
terkenal di Amerika Syarikat (AS) yang disebut juga sebagai "People of the
State of California v. Orenthal James Simpson".
Istilah ini menarik kerana
jika digunakan di Malaysia, ia akan mengubah konsep 'tertuduh melawan kerajaan'
kerana yang dilawan bukan kerajaan sebaliknya melawan rakyat negara itu yang
mengizinkan (melalui prosedur undang-undang) wang cukai yang mereka bayar
digunakan untuk melawan seseorang yang telah melanggar kepentingan atau
peraturan negara.
Hal begini perlahan-lahan
dapat mengubah persepsi bahawa sesuatu kes jenayah adalah perlawanan antara
kerajaan dengan sesiapa juga yang dikenakan sesuatu pertuduhan. Dalam keadaan
itu kerajaan akan dilihat sebagai tidak terlibat atau 'neutral'.
Dalam kes Simpson ini, dia telah dituduh membunuh bekas isterinya Nicole Brown Simpson dan kawannya Ronald Goldman. Perbicaraan ini dianggap di AS sebagai perbicaraan abad ke-20 yang diberi liputan secara meluas dan luar biasa oleh media elektronik dan cetak.
Dalam kes Simpson ini, dia telah dituduh membunuh bekas isterinya Nicole Brown Simpson dan kawannya Ronald Goldman. Perbicaraan ini dianggap di AS sebagai perbicaraan abad ke-20 yang diberi liputan secara meluas dan luar biasa oleh media elektronik dan cetak.
Hanya kerana teknikal! |
Perbicaraan mengambil masa
sembilan bulan di hadapan hakim Lance Ito. Simpson mengambil pasukan peguam
yang sangat berprofil tinggi di AS, yang diketuai oleh Johnnie Cochran.
Ahli-ahlinya termasuk F. Lee Bailey, Robert Shapiro, Alan Dershowitz, Robert
Kardashian, Gerald Uelmen (Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Santa Clara )
dan Carl E. Douglas.
Johnnie Cochran dan
pasukannya telah berjaya mengusik fikiran juri bahawa ada keraguan teknikal
dalam pengurusan sampel DNA yang diambil. Cochran menimbulkan bahawa saintis
dan juruteknik makmal lalai dalam mengendalikan bukti sampel darah dengan
mempersoalkan pelbagai keadaan berkaitan pengurusan bahan bukti itu.
Cochran juga menimbulkan isu salah laku Jabatan Polis Los Angeles terhadap Simpson bagi menimbulkan keraguan itu. Cochran mengupah pakar DNA yang sangat hebat, Barry Scheck dan Peter Neufeld untuk menolak dalil DNA pihak peguam cara.
Simpson akhirnya diputuskan tidak bersalah terhadap pertuduhan. Hal ini perlu dibaca, bahawa mahkamah bukan mengatakan Simpson tidak membunuh tetapi Simpson tidak bersalah daripada pertuduhan. Jelas sekali hal teknikal memainkan peranan amat penting di mahkamah jenayah.
Cochran juga menimbulkan isu salah laku Jabatan Polis Los Angeles terhadap Simpson bagi menimbulkan keraguan itu. Cochran mengupah pakar DNA yang sangat hebat, Barry Scheck dan Peter Neufeld untuk menolak dalil DNA pihak peguam cara.
Simpson akhirnya diputuskan tidak bersalah terhadap pertuduhan. Hal ini perlu dibaca, bahawa mahkamah bukan mengatakan Simpson tidak membunuh tetapi Simpson tidak bersalah daripada pertuduhan. Jelas sekali hal teknikal memainkan peranan amat penting di mahkamah jenayah.
Mengambil pengajaran
daripada kes O.J. Simpson, di dalam mahkamah jenayah dia telah didapati tidak
bersalah meskipun pelbagai hujah yang dikemukakan seperti memberi petanda
bahawa tertuduh memang telah melakukan pembunuhan.
Isu-isu teknikal sememangnya menjadi pertimbangan hakim di mahkamah kerana hal-hal teknikal akan menimbulkan keraguan. Hakim tidak mahu negara menzalimi seseorang individu dengan melalui pertuduhan yang meragukan.
Isu-isu teknikal sememangnya menjadi pertimbangan hakim di mahkamah kerana hal-hal teknikal akan menimbulkan keraguan. Hakim tidak mahu negara menzalimi seseorang individu dengan melalui pertuduhan yang meragukan.
Dalam hal inilah negara yang
diwakili oleh Peguam Negara dapat menghakimi kecekapan jabatan itu bekerja.
Jika banyak kes yang mahkamah melepaskan tertuduh, biasanya rakyat akan
mempersoalkan kecekapan bekerja dan tahap ilmu Peguam Negara yang mewakili
kepentingan mereka.
Sebaliknya, di mahkamah
sivil beban pembuktian tidak memerlukan syarat melampaui keraguan munasabah
sebaliknya bergantung kepada kemampuan dan kecekapan peguam Saiful (bukan
Peguam Negara) menunjukkan kepada hakim bahawa Saiful lebih benar. Baca juga pandangan Nordin Kardi di disini
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
0 comments: