Tuesday, January 17, 2012

Moga RNC tiada kepentingan!
TUNJUK perasaan yang berlaku di Kawasan Industri Putra Damai,Mukim Setapak yang menempatkan pengusaha-pengusaha bengkel motor,bengkel membaiki kenderaan,bengkel mengetuk dan mengecat kenderaan,kimpalan,kedai makan serta menempatkan Surau Al Jabbar  dari dirobohkan oleh pihak pemaju membuka satu persoalan yang menarik untuk didebatkan di sebalik arahan mengosongkan Kawasan Industri itu.

Tapak tanah  HSD 118118,No Lot PT 9311 pada keluasan 33112 meter persegi yang menjadi rebutan pemaju dan telah pun diluluskan pembermilikan telah mengundang kemarahan yang bukan sedikit kepada pengusaha terbabit hingga mereka melancarkan tunjuk perasaan menentang pengambilalihan tanah tersebut untuk tujuan pembangunan, yang mereka sifatkan sebagai satu rompakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan didalangi oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Tapak tanah tersebut telah diluluskan Lesen Menduduki Sementara pada tahun 1995 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk tujuan tapak bengkel bagi menempatkan bengkel-bengkel yang terlibat dengan projek Transit Aliran Ringan sehingga tahun 2007 dan DBKL memberikan alasan bahawa beliau mereka tidak menerima sebarang permohonan daripada pengusaha bengkel selepas tahun itu sedangkan dalam memorandum yang dihantar kepada Perdana Menteri jelas menunjukkan bahawa mereka pernah memohon tetapi kerana tanah tersebut adalah tanah bekas tapak lombong,nombor-nombor lot gagal dikeluarkan tapi bila permohonan dibuat oleh syarikat,boleh pula dikeluarkan lot-lot dari tapak tanah itu.

Tanah tersebut  diluluskan permohonan yang tidak sampai setahun kepada pemohon iaitu syarikat 59iNC Sdn Bhd tanpa mengambil kira kepentingan pengusaha terbabit yang mengusahakan tanah itu daripada lombong terbiar kepada satu kawasan industri dan notis perpindahan yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat  guaman mewakili syarikat ini sebagai satu tindakan ala gansterisme walaupun tercatat syarat bahawa pengusaha ini perlu diberikan kawasan baru dan ganjaran setimpal hasil usaha mereka membangunkan tanah tersebut setelah diberikan Lesen TOL oleh DBKL.

Kemarahan pengusaha sukar dibendung
Kita tidak tahu atas sifat dan mekanisme apa yang digunakan oleh JawatanKuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan yang diPengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan,Raja Nong Chik semudah itu meluluskan permohonan pemberimilikan tanah kerajaan kepada syarikat ini dalam keadaan yang dilihat cukup tergesa-gesa dan boleh menimbulkan prasangka dan kita hairan dengan jawapan yang diberikan oleh pihak Menteri Wilayah Persekutuan bahawa mereka tidak boleh mencampuri urusan tanah tersebut kerana bukan berada di kawasan Parlimen mereka sedangkan kelulusan diberikan adalah pada zaman pemerintahan Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan?Jawapan yang cukup bodoh serta meloyakan!

Kita tidak boleh membayangkan bagaimana keputusan semudah ini dibuat walaupun DBKL berhak ke atas tanah itu.Permohonan daripada syarikat 59iNC Sdn Bhd pada tahun 2010 telah diluluskan dengan cukup mudah pada 15 Ogos 2011 sedangkan semua orang tahu,pemberimilikan tanah kepada syarikat ataupun individu,syarat-syarat cukup ketat apatah lagi bila melibatkan tanah kerajaan.

Malah ada pihak yang mendakwa bahawa tanah tersebut bakal dibangunkan oleh syarikat MRCB walaupun kelulusan pemberimilikan tanah kepada 59iNC Sdn Bhd (syarikat ini didakwa sebagai proksi kepada MRCB) dan ini dilihat sebagai satu bentuk urusan dagang yang `bijak dan berhemah’.Tanah milik kerajaan tapi diberi miliknya kepada syarikat ini namun dibangunkan oleh MRCB. Dan kalau dakwaan ini benar,59iNC hanya bermodalkan permohonan tapi memperolehi untung yang cukup tinggi.

Siapa pula di sebalik syarikat ini?Mengikut carian yang dibuat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia,syarikat ini dimiliki oleh Wong Dor Loke dan Nooraini Binti Mohamad Rashidi manakala syernya dipegang oleh  Fadzil Bin Ahmad lahir  pada tahun 1970,Usman Bin Suratman lahir pada tahun 1974 dan Mohd Shamir Bin Mohd Hassan lahir pada tahun 1989. Sejauh mana pula kemampuan mereka,pengalaman dan syarikat ini membangunkan tanah tersebut hingga JawatanKuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan begitu mudah meluluskannya tanpa mengambil kira kepentingan pengusaha-pengusaha terbabit?

Malah telah ada suara-suara mendakwa bahawa ada daripada kalangan orang-orang tertentu di dalam syarikat ini mempunyai hubungan dengan pihak-pihak tertentu dalam Kementerian Wilayah Persekutuan dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan sebab itulah permohonan mereka ini begitu mudah diluluskan. 

Pun ada yang mendakwa nama-nama yang tersenarai ada daripada kalangan mereka yang tidak tahu pun nama digunakan untuk menduduki syarikat tersebut.Itu dakwaan yang sedang berkisar di Wilayah Persekutuan ketika ini dan kita amat berharap baik Raja Nong Chik ataupun Ahmad Fuad,kedua-dua mereka tidak ada kepentingan dalam isu pemberimilikan tanah kepada syarikat ini walaupun ada yang mendakwa antara mereka ada yang mempunyai kepentingan.Kita bersangka baik setakat ini.

Surau Al Jabar wajib dipertahankan
Kita tidak tahu berapa banyak lagi tanah-tanah kerajaan berpindah tangan di zaman regim Raja Nong Chik ini sepertimana Kompleks Sukan Air Panas yang sepatutnya dibangunkan oleh DBKL tetapi diserahkan kepada swasta dan timbul persoialan tanah DBKL di belakang Jabatan Pengangkutan Jalan Wangsa Maju adakah sudah tergadai atau masih kekal berstatus milik kerajaan?Dan kita tidak tahu  berapa banyak lagi tanah-tanah kerajaan mahu digadaikan demi mengenyangkan kerakusan nafsu pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab serta mabuk dengan kuasa.

Kita lihat kaedah pengusiran yang dilakukan oleh pihak yang diberimilik tanah ini dengan direstui oleh DBKL langsung tidak mengambil kira usaha pengusaha lakukan yang berkerja siang malam menimbus tapak tanah yang asalnya lombong ini hingga berdiri megah sebagai sebuah pusat industri yang bersistematik serta berkembang maju dan setelah mereka berjaya mendirikan pusat ini,DBKL dilihat bersekongkol dengan pemaju untuk merampas tapak tanah tersebut dan mengusir mereka seperti anjing jalanan. 

Lebih malang lagi, UMNO yang selama ini menentang perobohan surau ataupun masjid tapi kali ini pemimpin mereka pula merestui tindakan merobohkan Surau Al Jabbar baca di sini dan walaupun difahamkan hasil daripada tunjuk perasaan pengusaha terbabit kerajaan menangguhkan pengusiran pengusaha,kita amat berharap pemberimilikan tanah ini jangan dilihat sebagai satu bentuk rompakan di siang hari,

1 comments:

abdul qayyum al-setiawangsi said...

saya tak yakin ianya syarikat proksi MRCB...sebaliknya memang ianya menjadi fronting kepada individu lain...

aset syarikat setakat RM93,000 nak bangunkan projek jutaan ringgit...ini malapetaka untuk umno wilayah...percayalah...

mohon tuan terus terang...siapa belakang syarikat ini...siapa yg bawa envelope...siapa yg sign...siapa yang dapat habuan...

saya percaya tuan rafi boleh dapatkan semua info itu...

hidup tuan rafi awang kechik...

p/s: bila nak pergi wilayah kompleks lagi der...???

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers