Wednesday, December 14, 2011
Nasibku dirundung malang!
ANDAINYA detik-detik terakhirnya ini bakal menghentikan segala perjalanan hidup dan politiknya Negara bakal kehilangan seorang `pakar’,penyokong serta pengikut setianya bakal meratap hiba kerana terpaksa merelakan perjalanan akhir seorang `pejuang’ yang selama ini mereka sanjung tinggi.

Wan Azizah bakal menangis untuk kesekian kalinya kerana terpaksa relakan suami `anugerah Tuhan’ padanya untuk menjalani kehidupan yang bukan baru bagi suaminya itu  dan Nurul Izzah bakal merenung hiba pabila terpaksa akur bahawa `papa hebat’nya hanya hebat di ranjang,gagah menungangi lelaki,isteri oranng dan Cina Doll.

Politik Negara mungkin bakal suram.Dunia kehilangan satu perkakas yang selama ini dipergunakan untuk mencerca pemimpin serta Malaysia di negara-negara luar.Mungkin akan lahir lagi Anwar baru yang mempunyai sifat serta perwatakan seperti beliau,mahir menghafal hadis dan ayat-ayat Al-Qur`an,bijak memanipulasi isu untuk kepentingan diri dan pakar mengalihkan isu untuk dilihat bahawa beliau sahaja yang betul.Tapi sekurang-kurangnya hilang seoarang pengkhianat seperti Anwar ini,jemaah kembali bersatu dalam satu saf demi agama,bangsa dan negara.

Andainya  Anwar tersungkur untuk kesekian kalinya di sebalik jeriji besi,Anwar telah pun membentuk satu legasi pemimpin dan kepimpinan seperti beliau walaupun Azmin Ali,ayam serama belaannya bertempik hebat akan meruntuhkan tembok yang bakal memenjarakan Anwar.

Mari kita kembalikan semula masa silam Anwar.Anak muda yang dikutip oleh Tun M dan diangkat sehingga jadi Pemangku Perdana Menteri  dan akhirnya memilih jalan sesat ini berdepan dengan banyak sejarah tersendiri dan sejarahnya adalah sama,tidak boleh diubah kerana segalnya sudah termetrai menjadi dokumen.Sejarahnya tidak pernah berliku kerana yang merumitkan keadaan adalah Anwar sendiri.

Sejarahnya bermula dengan surat laying dan akhirnya diakui oleh Umi Hafilda.Membongkarkan satu demi satu kebejatan moral  Anwar sehinggalah kes terbarunya yang disifatkan oleh Karpal Singh berlaku suka sama suka perlakuan liwat Anwar dan Saiful.

Biarlah gambar-gambar ini menceritakan kepada kita tragedi demi tragedi yang Anwar ciptakan.

Mior juga didakwa jadi mangsa!
Kemana hilangnya lelaki ini?
Anwar juga hebat mencipta sandiwara.tepatlah apa yang PM Najib katakan bahawa Anwar sememangnya saudagar mimpi yang hebat,yang mengajak seluruh rakyat untuk berkhayal dan mempercayai mimpi-mimpinya termasuklah Hadi Awang,Nik Aziz dan semua tok guru ataupun yang mengaku ulamak tersungkur dipermainkan Anwar.

Dari isu Arsenik hinggalah ke sakit belakang termasuklah memperdayakan Ulamak tersohor Yusuf Qardawi seperti yang diakui oleh Zulkifli Nordin maka tidak hairanlah rakyat di ceruk kampong maupun di Ceruk Tok Kun,kampun halamannya tertipu dengan segala gelagat ataupun sandiwara Anwar ni.Kata keramat konspirasi bukan lagi azimat untuk Anwar menutupi segala kejalangannya.

Mari kita saksikan hebatnya sandiwara pemimpin `anugerah Tuhan' dan `Papa Hebat' ini...

Kesian!
Sakit ya!
Jangan salahkan sesiapa.Bukan konspirasi UMNO,BN ataupun sesiapa sahaja.Yang jelas apa yang berlaku adalah kerana kelemahan iman Anwar yang memilih untuk tunduk kepada nafsu buas yang penuh serakah.Anwar kalah dengan ujian yang Tuhan berikan..

Kepada Anwar,andainya keputusan mahkamah nanti tidak memihak dan hukumannya terpaksa merengkok di penjara sekali lagi,yakinlah ini semua adalah balasan Tuhan terhadap segala kelicikan anda mempermainkan agama,menipu rakyat,mengkhianati Negara serta menipu keluarga sendiri.

Bertaubat dan bersyukurlah kerana anda masih ada ruang untuk meminta ampun dan maaf kepada Allah S.W.T.Bila yang hak timbul,yang batil pasti tenggelam.Itu janji Tuhan.Janji Tuhan tidak perlu Rapat Rakyat,ceramah maki hamun kerana janji Tuhan akan datang sekelip mata tanpa kita duga.

1 comments:

Anonymous said...

AMIN!!!!

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers