Tuesday, December 27, 2011
ISU pelarasan gaji penjawat awam
masih lagi hangat didebatkan walaupun PM Najib mengarahkan penangguhan Skim
Baru Perkhidmatan Awam(SBPA) dan mengarahkan JPA berunding dengan Ceupacs.Ceupacs
yang pada mulanya garang menentang SBA ini tiba-tiba menjadi kendur namun
penjawat awam yang terlibat dalam skim gaji baru SBPA walaupun diberikan
taklimat oleh Bahagian Sumber Manusia kementerian atapun jabatan masing-masing tidak
pun diberitahu kenaikan gaji mereka dan hanya pengurusan tertinggi serta
premier sahaja yang tahu berapa banyak gaji mereka yang dinaikan oleh mereka
sendiri.
Inisiatif dari Jabatan Sumber ini
mungkin betul kerana Pegawai-Pegawai Kementerian masing sudahpun menerima
taklimat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dan mereka melaksanakan arahan
namun sejauh mana taklimat tersebut mampu menghakiskan kecelaruan minda penjawat
awam tentang kenaikan gaji mereka dan penjawat awam hanya dimomokan dengan
syarat-syarat baru tempoh persaraan.
Soal tempoh bersara bukan perkara
pokok yang didebatkan ketika ini dan taklimat umur persaraan hanyalah isu terpencil dan ada yang
menyifatkan taklimat tersebut sekadar untuk menutup apa yng berlaku sebenarnya
di sebalik proses menyalaraskan gaji baru penjawat awam di semua
peringkat.Penjawat awam kerunsingan ataupun bercelaru minda pelarasan gaji
seperti dimumkan oleh Perdana Menteri memberikan mereka untung yang sedikit
tetapi ada pihak lain menangguk di air keruh.
Pelarasan SBPA ini dilihat memberikan
`durian runtuh’ kepada sekitar 2,000 orang sahaja dan yang melaraskan gaji ini bukan
mengambil kira suara ataupun denyut nadi penjawat awam sekitar 1 juta lebih itu
tetapi lebih kepada memproses kenaikan gaji mereka laba
atau untung bukannya kumpulan Sokongan 1 dan 2.
Malah kalangan Pengurusan Tertinggi
dan Premier sudah mula mencongak untung besar yang bakal mereka perolehi hasi dari pelarasan gaji ini.Ada yang menempah
kereta baru,rumah baru dan tidak kurang juga yang bercita-cita untuk menambah
isteri baru dan sebab itulah didesak penjawat-penjawat awam bersetuju menerima
serta menandatangani borang SBPA itu.
Taklimat Jabatan Sumber Manusia cuba
lari dari isu sebenar.Mungkin taklimat Jabatan Sumber ini hanya bersandarkan
arahan JPA semata-mata dan tidak memenuhi matlamat PM Najib ketika
membentangkan Belanjawan 2012 dan kumpulan sasaran yang mahu kerajaan bantu masih
terpinga-pinga,apa yang mereka harapkan dari pembentangan Belanjawan yang
didedahkan sebenarnya tidak banyak bezanya dengan apa yang mereka perolehi
sebelum ini.Bajet PM Najib itu memberi keuntungan besar kepada pengurusan
tertinggi dan preimier semata-mata.
Pembentangan Belanjawan 2012 diambil
kesempatan untuk melaraskan gaji mereka sendiri hingga kenaikan mencecah 100 % dan
kalau kita melihat jumlah Penjawat Awam yang perlu dibela ataupun diberikan
perhatian oleh kerajaan menurut laporan JPA sehingga tahun 2009 berjumlah
1,253,026 dengan pecahan-pecahan seperti berikut:-
1.Perkhidmatan Awam Persekutuan - 1,003,223
orang
2. Perkhidmatan Awam Negeri-81,903
orang
3.Badan Berkanun Persekutuan- 110,708
4.Badan Berkanun Negeri- 13,014
orang
5.Pihak Berkuasa Tempatan-44,178
Daripada jumlah ini, untuk SBPA,
hanya 35 orang Kumpulan Premier yang gajinya tidak termasuk elaun adalah antara
RM35-RM65 ribu sebulan dan ini belum masuk
lagi janji insentif antara 5-15% gaji dan pelarasan gaji baru ini, mereka yang
dapat durian runtuh sedangkan yang lain masih lagi seperti ditakuk lama.PM
Najib kena ingat,jangan yang dikendong pun tidak dapat,yang dikelek berciciran.
Dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi
(JUSA) pula, data lama menunjukkan 1900 orang dan ini bukan semua Pegawai
Tadbir Diplomatic (PTD) kerana ini termasuk juga doktor pakar, professor
universiti, Ketua-Ketua Jabatan Teknikal seperti saintis, penyelidik, guru
pakar, pegawai pendidikan sama ada di Kementerian dan Pengarah JPNi, Pegawai
Pertanian dan jurutera seperti jawatan Pengarah JKR Negeri.
Bakinya Kumpulan Pengurusan &
Profesional (P&P) yang kemasukan bertaraf
ijazah dan ke atas dan Kumpulan Pelaksana yang kemasukannya diploma dan ke
bawah hingga PMR.Golongan inilah sebenarnya yang cuba dibela oleh Perdana
Menteri tapi lain yang PM Najib harapkan,lain pula jadinya.
Isu Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) 2012
menjadi persoalan ataupun teka teki kerana selama ini semua gaji terbuka untuk
makluman awam,ianya tidak ada rahsia sejak dari zaman British lagi. Ada dalam website,
Warta Kerajaan dan lain-lain cara. Begitu juga Skim Saraan Baru (SSB) pada
tahun 1991 ke Skim Saraan Malaysia (SSM) pada tahun 2002 seperti mana dalam PP4/2002. Gaji KSN hingga Jusa/khas C
didedahkan untuk maklumat awam seperti dalam http://docs.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Klasifikasi-VK-VU.pdf (Lampiran A)
Kenapa sebelum ini boleh didedahkan
kerana ianya menggunakan wang awam. Tiada unsur rahsia atau keselamatan di
sini. Dokumen yang sama dibentangkan di Parlimen. Dalam SBPA ini kononnya
berlaku `adjustment` atau pelarasan contohnya kumpulan P&P daripada sistem
gaji matriks seperti contoh dalam http://docs.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Klasifikasi-N.pdf.(Lampiran
(Lampiran B)
Mengapa kali ini dirahsiakan dan ada yang mendakwa
kerahsaian ini penting kerana yang menggubal kenaikan gaji ini tidak mahu diketahui
ramai kenaikan gaji secara melampau kalangan JUSA-JUSA ini.Barangkali inilah
sebabnya SBPA ini menjadi begitu rahsia untuk tahun 2012.Tidak salah JUSA Turus,A.B
atau C naikkan gaji mereka tapi adalah melampau kalau mereka menaikkan gaji
mereka sendiri hingga 100 %.
Gaji Matriks ini ada peringkat (P) iaitu
daripada P1 hingga P3 dan ikut kenaikan gaji tahunan T1, T2 dan T3 hingga
sampai habis T tersebut, T membawa makna tahun perkhidmatan bagi seseorang
penjawat awam.
Dalam SBPA ini, gaji matriks ini
diubah kepada gaji sebaris, iaitu tiada lagi P2 dan P3. Perubahan ini
menyebabkan pelarasan yang menyebabkan ada kenaikan tetapi masih perlu dalam
pernyataan dasar PM di Parlimen Oktober 2011 lalu iaitu 7-13% seperti para 56 elemen keempat ucapan PM
ini http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub12.pdf (Lampiran C)
Isunya, ada penjawat awam yang dapat
kenaikan didalam lingkungan 7-13% tetapi ramai juga yang bawah daripada itu dan
ini diterima asalnya oleh majoriti penjawat awam tetapi ada sesiapa yang boleh
jelaskan bagaimana gaji JUSA dalam SBPA ini yang memang tiada gaji matriks
P1,P2, P3 seperti P&P dalam SSM seperti Lampiran A di atas boleh naik
sampai 100%?.
Bagaimana `adjustment’nya boleh membuatkan Mata gaji JUSA C
dalam SBPA sebagai contohnya didakwa boleh mencecah sampai RM15 ribu sebulan
sedangkan gaji asal SSM untuk maksimum gaji untuk Jusa C (lihat VU5 dalam
Lampiran A) hanya RM7672.50 sebulan. Gaji baru JUSA C dalam SBPA hampir sama
dgn mata gaji akhir SSM untuk KSN yang dalam skim lama SSM pun hanya
RM13,940.30.
Pelarasan gaji ini ada yang
menyifatkannya sebagai satu `rompakan` di siang hari kerana ini jelas
bertentangan dengan dasar yang ditetapkan oleh PM dalam bajet iaitu kenaikan
hanya 7-13% tetapi JUSA mengambil kesempatan menaikan gaji mereka lebih
daripada itu.Kalau begitu apa gunanya PM
Najib bentang di Parlimen kalau pegawai boleh buat sesuatu yang berlawanan
dengan kuasa Parlimen dan Eksekutif?Di mana kuasa PM Najib?Sia-sia sahaja
penyelarasan gaji baru penjawat awam kalau keputusan Parlimen tidak diambil
kira.
Dan sebagai contoh jika pegawai JUSA C yang dulunya gaji
maksimum hanya RM7672.50 kini boleh dapat RM13 ribu sebulan tidak termasuk
elaun dan kemudahan percuma. Jika selepas
ini mereka memilih untuk bersara
atau dibersarakan kerana tidak berprestasi tinggi atau khianat atau tidak
patuh pada dasar Kerajaan, mereka dengan mudah dapat pencen penuh iaitu lebih
kurang RM7000(separuh daripada gaji yang dilaraskan dalam SBPA) seumpama dengan
gaji penuh masa SSM..
Mereka ini tidak perlu
bersungguh-sungguh berkerja dan kesan daripada ini kerajaan yang menanggung segala
pengkhianatan mereka ekoran pelarasan gaji yang berat sebelah ini.Kalau inilah
niat Perdana Menteri untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan ataupun
pendapatan penjawat awam,slogan Rakyat DiDahulukan hanya retorik
semata-mata.najib belum cukup merasai denyut nadi rakyat.Ingat Penjawat awam
adalah sebahagian besar fixed deposir kerajaan.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
13 comments:
Kumpulan Lain yang memperjuangkan, kotegori lain yang melampau-lampau melantun naik gajinya. Bukan samun, tapi ragut di khalayak ramai.
Tuan,
Saya bersetuju sepenuhnya dengan penulisan ini dan ianya adalah benar sama sekali. Majoriti kakitangan awam adalah daripada Kump. Pelaksana dan Kump. Pengurusan dan Professional, namun dlm SBPA kenaikan gaji bagi kumpulan ini tidak seberapa dan ianya secara langsung meningkatkan harga barang2. Sebenarnya Kumpulan JUSA dan Premier yang mendapat untung yang banyak dan menjadikan mereka taksub serta angkuh namun tingkah kerja mereka masih sama. Terdapat beberapa Jusa dan Premier mempunyai pegawai khas... bukan 1 tapi sehingga 3 orang dan jawatan ini adalah jawatan yg tidak sah dan diambil daripada Bahagian lain yang amat memerlukan. Pegawai Khas ini hanya digunakan untuk memproses surat dan hal ehwal peribadi TKP, KP, TKSU, KSU dan lain2.
Oleh itu pegawai Jusa dan Premier ini telah senang bekerja namun dapat kenaikan yang hampir 100% tapi tiada kerja dan hanya ikut program Menteri. Jika mereka tidak mencapai target, yang di maki hamun adalah kumpulan yang tidak dapat kenaikan yang tinggi didlm SBPA.
Harap dengan tulisan di Blog ini YAB PM dapat celikkan mata dan beringat bahawa kakitangan awam berjumlah lebih drpd 1 juta tak termasuk isteri dan saudara terdekat. Oleh itu undi melebihi 3 juta adalah ditangan mereka bukan Kump. JUSA dan Premier.
pada aku, laporan kumpulan premier & pengurusan tertinggi 'menyamun' harus sampai direct kpd najib. tak perlu 'melalui' dan sebagainya. apa agaknya yg omar osman katakan kpd najib tempohari ye?
pandangan aku, najib tak perlu mengulangi kesalahan @ 'dosa' besar paklah ketika mengumumkan pelarasan gaji ssm yg lepas. umum mengetahui bahawa pelarasan gaji tersebut 'straight' kpd peratusan. 10%, 15%, 25% dan 35% tanpa merujuk kpd gaji pokok gred2 tertentu. contoh lawak yg dipersembahkan oleh jpa dgn restu paklah ialah gaji pokok minimum gred 32 amat tinggi berbanding gred 41!!! (takde pakar math ke di jpa waktu itu?).
akhirnya, urusan 'mengajar' kumpulan premier & pengurusan tertinggi agar jgn bersikap tamak haloba perlu diserahkan kpd najib sebagai menteri kewangan.
STJ dah ada sifir gaji ke..kalau nak saya ada, tak le lengkap tapi hampir semua la....saya tengah meluat ni betul ni dengan SBPA, there is always a catch....ada saja kontranya....dan seperti biasa, cuma segelintir aje yg dpt lebih dari apa yang patut...kalau iye pun nak naik kan gaji, biarlah fair n square, kalau naik 13% suma naik 13%, kalau naik 7%, biar suma naik 7%....saya bukan nak gaji besar macam jusa A/B/C. saya cuma nak setimpal....kepada rakyat marhaen kat luar sana,memang betul apa STJ ckp pasal PTD....aduhai nasib badan....
emmmm.....nait PM memang murni...tapi ditipu oleh pegawai atasanya...aku btl2 geram...jawabnya undi rosak la lagi
saya setuju dengan pendapat semua.kita bukan tamak.% kenaikan gaji dari ssm ke sbpa dalam gred yang sama tetapi Tangga lainan Jauh berbeza. Ada yang kenaikan gaji 35% T1 dan 3.8% T8.Makna lebih lama TELAH berkhidmat SANGAT kurang % kenaikan gaji.
Kawe pun stuju hork sngoti demo oyat tuh. Kawe bime hork jawat awe torknyo tubit ngundi nyo bui kor puok2 demo tuh jah ngundi. JUSA jika pencen selepas bulan JAN 2012, graduati demo tu bulih dapat sapa sjuta nae. ubah bangat, ngundi dekat doh ning...
SANGGAHTOKJANGGUT...Terima kasih diatas info yang saudara berikan mengenai SBPA ni, saya amat menghargainya.Penulisan saudara mengenai SBPA ini saya ikuti sejak beberapa topik lepas, Thanks sekali lagi, Semoga Allah merahmati kita semua
@Anonymous, December 28, 2011 10:27 AM.. ko dah tak reti tulis bahasa melayu yg betul ke?..
inilah nasib kakitangan yang berada di bawah pentadbiran PM YANG LEMAH...LEMBEK...LONGLAI...mungkin perlukan nyanyian ziana zain kot....
kenapa takde pihak yang pertikaikan.. untuk kumpulan premier post diorg dibuka untuk private sector..kne letak jawatan dan berkhidmat secara kontrak.?kan tu lagi bahaya utk penjawat awam..xde org bising pun..
then..ancaman exit policy tu lagi jelas utk jusa2@ketua jabatan sbb diorg punya kenaikan based on performance.klo perform untung la.. klo x, bkn setakat 7%, silap2 trus dibuang..kerajaan dah xnk pool..buang je trus..
ye memang berat sebelah yg senang akan makin senang dan terlampau senang, tapi kesian yang susah akan bertambah susah.. sebab kenaikan harga brg..
sedara saya JUSA, katanya akan dapat kenaikan sampai 18000 sebulan .. dia pun terkejut sakan! emmm takyah buat kijo pun takpe dah lepah ni... guarantee mewah punye
Harap PM buka mata tentang perbezaan yg 'tersgt melampau' ini..
Aku pun terkilan marah pun ada nampak macam golongan yang atas jer yang kenyang walhal tujuan sebenar kenaikan kononnya untuk membantu kakitangan awam terutama yang peringkat rendah. Bukan nak mintak kenaikan sama macam mereka beribu-ribu puluh-puluh ribu tapi jangan la sampai kalau sekarang gaji dalam RM7-8k naik jadi RM13-14k kan melampau. Perlu ingat pilihanraya dah dekat dan golongan bawahan ni la yang boleh mempertahankan Putraja bukan golongan yang dapat 'durian runtuh' tu. Cuba tengok di Iraq contohnya meletupkan diri pun sanggup kerana marah inikan pula memangkah undi untuk lawan .....