Friday, December 9, 2011
Mercu tanda kebanggaan PAS!
KALAU diterjemahkan slogan mereka Membangun Bersama Islam dan Kelantan Negeri Serambi Mekah serta sesuai dengan pemerintahan mereka selama 20 tahun di negeri yang Menteri Besar serta anak beranaknya penuh dengan kontraversi,Kelantan harus dilihat sebagai pemangkin gerakan Islam sebenarnya di Negara ini.

Menteri Besarnya cukup angkuh hingga diangkat oleh seorang budak hingusan yang begitu taksub dengan menggelarkannya sebagai Nabi menggayakan imej Islamiknya,berjubah,berserban tidak kira panas atau hujan,siang atau malam.Islamnya hanya pada konsep berpakaian.

Setiap waktu senggang,Nik Aziz akan berceramah agama,mentarbiyah pengikutnya hingga ada yang sanggup minum air basuh kakinya ataupun minum air seliparnya,hebanyat Nik Aziz memperlihatkan bahawa dia seorang pejuang Islam tetapi perjuangan sebenarnya hanya Tuhan yang tahu,betulkah beliau pejuang ataupun sebenarnya pengkhianat kepada agama Allah ini.Dan kita percaya dia bukan sahaja dianggap sebagai Nabi tetapi mungkin ada yang menganggapnya sebagai Tuhan.

Bandar kota Bharu sepanjang masa bergema dengan bacaan ayat-ayat Al-Qur`an yang mungkin di pasangkan kaset lalu dipancarkan melalui sistem pembesar suara.Kononnya mahu tunjukan kepada rakyat,inilah contoh negeri Islam yang ditadbir oleh Tok Guru sesat bernama Nik Aziz dan kuncu-kuncunya.Mungkin itulah tafsiran mereka tentang sebuah negeri Islam.

Sebenarnya Islam pegangan PAS di Kelantan hanya kosmetik semata-mata.PAS bukan sahaja menipu seluruh rakyat Negeri Kelantan tetapi sedang mempromosikan penipuan mereka di seluruh negara. Tidak cukup rakyat Kelantan diperdaya selama 20 tahun,mereka sedang berusaha untuk memperdayakan rakyat di seluruh Negara.

Mereka jaja Islam,PAS lacurkan agama,mereka dagangkan Islam dengan harga yang cukup murah sehingga Islam jadi perkakas serta dimomokan sendiri oleh musuh Islam.DAP.PAS berdiam diri tatkala Islam diserang malah menyokong apa sahaja tiindakan musuh Islam terhadap agama.PAS lebih takut hilang kuasa daripada kemurkaan Tuhan.PAS bukan lagi mahu mempertahan atau terus mengsyumulkan Islam. Islam bagi mereka hanya alat untuk mengekalkan kuasa.Inilah gambaran syaitan-syaitan bisu dalam parti ini.Kerakusan mereka ini umpama iblis yang bertopengkan manusia.

Sekian lama kepimpinan PAS menipu serta mengelirukan seluruh rakyat Negeri Kelantan.Hasil dari penipuan dan manipulasi agama,mereka kekal memerintah Kelantan hingga ke hari ini.Pimpinannya minum air bersih,bertapis dan dirawat tapi rakyatnya mahu atau tidak terpaksa menelan air yang bersalut karat.Patutlah kata orang,orang Kelantan ini karat hijau!Bitang di langit tinggi pun tetap mereka kata itu bulan!

Membangun Bersama Islam jadah apa kalau selama 20 tahun memerintah Kelantan PAS  hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra atau Masjid Cina di Rantau Panjang dan kemana atau apa yang mereka buat dengan sumbangan kerajaan Pusat selama ini?

Tokong di Bachok untuk halang banjir
PAS boleh bina tokong Siam yang berharga berpuluh juta di pesisiran pantai di Bachok. Tingginya melebihi menara masjid dan patung itu membelakangi kiblat dan adakah ini bukan satu penghinaan kepada ketinggian Islam di Kelantan seperti yang diuar-uarkan oleh Nik Aziz selama ini?

Inilah mercu tanda terbaru kebangaan PAS dan sebahagian besar rakyat Kelantan.Kononnya tokong itu berpotensi (berkat) untuk menghalang banjir.Ini satu lagi contoh khurafat politik PAS bagi mengelirukan rakyat Kelantan.Tokong lagi mustahak kepada mereka dan mereka mengakui bahawa segala Masjid dan surau di Negeri Kelantan itu adalah dibina oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.Yang mereka bina hanyalah tokong Siam.

PAS cuma berbangga sebagai sebuah kerajaan Islam di Kelantan itu dengan hanya membina sebuah masjid,pemimpinnya yang mengelarkan diri ustaz ataupun Tok Guru berceramah siang malam,tukar nama itu dan ini supaya nampak Islamik.nak tunjuk dengan angkuh kononnya mereka ini Islam lebih dari orang lain,bangga kerana Nik Aziz sering berikan tazkirah kepada rakyatnya sedangkan masalah penyakit Aids Kelantan mendahului negeri lain,pusat pelacuran masih wujud dan kelab malam serta karaoke masih beroperasi di negeri itu.

20 tahun perintah-ini sajalah PAS bangga!Masjid Cina.
Doa Nik Aziz tidak dimakbulkan kerana Islamnya hanya untuk mengekalkan kuasa dan bukan mencari keredaan Tuhan.Islam hanya watak yang Nik aziz dan kuncu-kuncunya lakonkan untuk mengabui mata rakyat negeri itu dan sehingga hari ini rakyat terus keliru dengan sandiwara-sandiwara mereka.

Beratus juta peruntukan Kerajaan Pusat salurkan untuk pembangunan Negeri Kelantan termasuklah menguruskan masalah air yang berlarutan sejak sekian lama itu tapi tidak pernah selesai. Kemana wang yang mereka salurkan hasil dari penjualan kopartment balak di negeri itu dan juga hasil dari pembukaan ladang-ladang rakyat yang tanahnya mereka rampas dari peneroka sebelum ini?

Tokong Siam di Tumpat
Sampai bila mereka ini akan menipu?Sampai bila PAS akan menyelewengkan peruntukan Kerajaan Pusat yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat tetapi disalahgunakan untuk kepentingan politik PAS Kelantan dan pemimpinnya?Dan sampai bila rakyat Kelantan membenarkan PAS peralatkan mereka?

Kita hanya mata memandang…20 tahun PAS tipu rakyat Kelantan dan kita harap rakyat negeri lain tidak mengulangi nasib yang sama,ditipu oleh pemimpin yang mengaku beragama tapi sebenarna apa sahaja yang mereka lakukan adalah untuk kepentingan politik sempit mereka.Selamatkan Islam dari PAS,selamatkan negara dari kerakusan pembangkang..

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers