Monday, December 26, 2011

PARTI Tindakan Demokratik (DAP) kini rancak mengatur langkah untuk menjadi kuasa yang unggul dalam Pakatan Rakyat, langkah yang tentunya mencantas usaha PAS melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. 

Pensyarah Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Ahmad Atory Hussain berkata, usaha DAP yang rancak untuk meletakkan lebih ramai calon Melayu pada Pilihan Raya Umum ke 13 jelas bertujuan mempengaruhi imbangan kuasa dalam gagasan pembangkang itu.

"DAP sudah pun menguar-uarkan untuk meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya akan datang. Pada saya, ia belum tentu lagi berjaya tetapi dia punya strategi untuk meletak calon Melayu dan untuk mengubah kerangka kepimpinan mereka,” jelas Atory dan beliau berkata demikian dalam satu temu bual ekslusif bersama AntaraPos.com.

Mengulas lanjut, Atory berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin lemah berbanding prestasinya pada pilihanraya umum yang lalu, dan tidak lagi boleh dianggap sebagai kuasa utama dalam Pakatan Rakyat. 

Keadaan itu membuka ruang untuk DAP muncul sebagai kuasa dominan dalam Pakatan, sekali gus menghakis pengaruh PAS dalam sebarang kerajaan yang bakal ditubuhkan jika pembangkang menang pilihan raya.  

PKR kini hanya mempunyai 25 kerusi Parlimen setelah enam wakil rakyatnya lompat parti. Media arus perdana turut melaporkan parti itu mengalami masalah organisasi dan hampir dipaksa keluar daripada ibu pejabatnya kerana tidak membayar sewa. 

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR akan mengetahui nasib beliau bersabit kes liwatnya pada 9 Januari depan. 

Atory berkata ketika pelbagai persoalan menghimpit masa depan PKR, DAP semakin kuat sehingga berani menampilkan lebih ramai calon Melayu, tanggungjawab yang dahulunya diberikan kepada PAS dan PKR.  
 
"(Dengan) lemahnya PKR, maka bangkitnya DAP dan kebimbangan itu ada apabila DAP nanti dengan PAS sudah tentu DAP dijangka mendominasi dan PAS ini sebagai rakan kongsi sahaja," katanya.

Keadaan itu, jika menjadi kenyataan akan menempelak komitmen Pas untuk melaksanakan undang-undang Islam di Kelantan dan Terengganu, malah di peringkat nasional. 

Ini kerana DAP terang-terangan menolak undang-undang berkenaan kerana takut hilang undi Cina, sekali gus menimbulkan persoalan kenapa PAS terus bersekutu dengan parti itu. 

"Saya fikir ini memang DAP punya strategi (letak calon Melayu),ini betul-betul kerja keras mereka. Strategi itu nampak menggerunkan tetapi bagi saya, belum nampak ke arah yang mana DAP akan menjadi Perdana Menteri, sebab kalau betul-betul DAP hendak menguasai negara ini, dia (DAP) mesti membuat perkara yang penting," katanya.

Dalam pilihan raya umum 2008, DAP memperoleh kemenangan besar dengan memenangi 28 kerusi Parlimen dan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

Pada pilihan raya negeri Sarawak yang lalu, DAP menang 12 kerusi berbanding PKR yang menang tiga kerusi manakala PAS tewas di semua kerusi yang ditandingi.

3 comments:

Anonymous said...

Ahmad Atory Hussain nak membebalkan orang melayu,ape cerita..doktor ..kenapa tak buat kajian kenapa melayu dah benci umno..dulu di johor, masa PRU ada kata terngiang2.. letakkan tunggul kayu pun umno menang, sekarang ape dah jadi buat sikit kajian doktor jangan mencacau ,nanti nampak makin bodoh?

.. said...

teruskan bro...

DAP anti Islam, sokong DAP dan sahabatnya sama seperti memusuhi Islam.

kalaulah orang melayu berfikiran macam mamat atas tu, alamat melayu akan pupus lebih cepat.

dap nak tawan malaysia pun tak sedar diri lagi. apa kau nak? benci umno sampai mati? pakat dengan komunis tawan megara. musuh melayu dalam spender

Anonymous said...

anon 5.41

kau nak tunggu cina dap potong kepala kau ke????/ takpa tunggulah

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers