Tuesday, September 6, 2011
Lakaran kejadian yang mengorbankan Noramfaizul di Somalia |
MISI yang mulanya mewangi tiba-tiba
dilihat dan sedang dijadikan satu misi yang tidak berguna oleh pembangkang dan
hanya kerena kematian Noramfaizul yang terkena peluru sesat,pembangkang
mengambil peluang menyerang misi ini kononnya sebagai alat propaganda UMNO dan
mereka yang tidak tahu apa-apa mula menghalakan senjata fitnah ke atas Ketua
Misi Kemanusian itu iaitu Azeez Rahim.Pembangkang cuba menjadi hero di saat
masih ada ratap tangis menangisi kematian jurukamera BernamaTV itu.
Pembangkang
dan kumpulan media terutamanya portal-portal yang menyokong mereka menyelinap
ke setiap sudut untuk memanafaatkan agenda jahat memperlekehkan misi dan saat ini Azeez Rahim diserang dengan
begitu hebat sekali,tenggelam nilai kemanusiaan yang menjadi agenda Kelab
Putera 1 Malaysia itu kerana mereka merasakan kematian NoramFaizul itu boleh
dipolitikkan bagi menghasut rakyat membenci misi-misi sebegini dan secara tidak
langsung pembangkang sedang mengambil kesempatan untuk menghuru harakan lagi
keadaan.
Azeez
Rahim dilihat berlapang dada walaupun ada rasa terkilannya dan beliau
langsung tidak hairan dan mengambil teguran serta kritikan sebagai panduan
walaupun terkilan dengan cara pembangkang yang sengaja mencari salah untuk kepentingan politik
mereka.Dan dalam temubual di pejabatnya Azeez Rahim membuka sebahagian mauduk
misi ini,tentang Noramfaizul dan menyanggah kegilaan pembangkang yang sedang
mencari kesempatan atas kesakitan orang lain ini.
Kita ikuti tembual dengan Azeez Rahim :-
Kita ikuti tembual dengan Azeez Rahim :-
Idea
hendak hantar bantuan kemanusian Somalia?
Ia
bermula dengan bila pihak pengurusan Media Prima buat tabung untuk bantu mangsa
kebuluran kerana kemarau yang panjang di Somalia hingga menjejaskan kehidupan
ratusan ribu penduduknya.Sebelum
itu kita sudah hantar pasukan recce team, ke sana dan dapat semua
maklumat, bila balik ke mari mereka beri laporan kepada saya dan saya
panjangkan laporan ini kepada Tun DrMahathir, Datuk Ahmad Talib dan Mercy
Malaysia.
Memandangkan kita (Kelab Putera 1Malaysia) ada pengalaman, kita menawarkan diri untuk ke sana. Saya tahu dalam semua misi kemanusian yang telah kami jalankan, misi yang ke 15 ini adalah yang paling bahaya sekali.Bila saya beritahu kata ini misi kemanusian paling bahaya, ironinya inilah misi yang paling ramai orang menawarkan diri untuk bersama-sama.

Pada
mulanya 173 orang menawarkan diri, kemudian kita tapis tinggal 95 orang, kami
hadapi masalah yang besar hendak buang nama-nama mereka ini, sebab semua bersungguh-sungguh
nak pergi.Padahal
saya sudah beritahu, tidak ada satu sen pun akan dapat, insuran pun tak ada,
hangpa kena sain indemnity letter (surat pelepasan), bahawanya anda tak boleh
claim apa-apa…
Sain masa sebelum pergi?
Sain masa sebelum pergi?
Ya
semua sain, yang sain saja 93 orang hendak pergi. Kemudian saya terpaksa tapis
lagi nama-nama ini, waktu itu sepatutnya kita dapat kapal terbang MAS, tapi
oleh kerana last minute, MAS pun tak dapat, kita minta bantuan Angkatan tentera
Malaysia (ATM) yang bagi kelulusan guna pesawat Charlie.
Hari
terakhir sebelum berlepas pada 27 Ogos saja, ada 74 orang yang ada dalam
senarai, sampai saya sendiri bermasalah hendak buang nama siapa, sebab semua
bersemangat.
Media 20 orang, doktor 30 orang, tengok Cina berapa ramai (sambil tunjuk senarai) dan sukarelawan 24 orang, sedangkan ATM sudah tetapkan hanya 40 orang.Sampai satu peringkat, saya merayu supaya ada antara 74 ini tarik diri, tapi tak ada siapa mahu tarik diri. Mereka tahu ini amat bahaya, tapi masih hendak pergi.
74 orang ini tidak tarik diri sampai hari terakhir dan mereka datang ke air port, dan balik dengan hati yang hancur sebab tak dapat pergi.Saya cakap mereka tak percaya, tapi bila ATM yang cakap, mereka terpaksa akur, Sampai di Maldives, saya buka telefon, masuk sms, “sampai hati Datuk buat saya macam ini,”.
ATM tanya, hendak bawa barang banyak atau hendak bawa orang banyak, saya kata nak barang banyak. Kita nak bawa bantuan makanan bukan nak pergi bercuti.Hanya 30 tan dibenarkan dengan 40 orang, itu maksimum. Tolak campur-tolak campur, last sekali dilepaskan 48 orang campur yang sudah pergi tujuh orang yang naik commercial flight jadi semua 55 orang.

Tujuh
orang itu pasukan peninjau team yang pergi empat hari sebelum kami pergi.Mereka
sampai ke Somalia pada 26 Ogos, mereka berjumpa dengan Presiden kerajaan
peralihan Somalia Sheikh Shaarif Sheikh Ahmad.Team
ini dipanggil mengadap, dan Presiden Somalia arahkan dua timbalan menteri
kerajaan dia untuk menjadi pegawai pengiring misi kemanusian Malaysia ini.
Seorang timbalan menteri kesihatan dan seorang Timbalan Menteri Perikanan.
Jadi
apabila kami sampai di airport, timbalan ketua polis negara, timbalan
pemerintah tentera dan wakil kerajaan tunggu kami untuk beri taklimat.Untuk
misi kemanusiaan Malaysia ini, kita diberikan dua tempat, satu hotel dan satu
lagi kem yang menempatkan tentera dan doktor Australia tinggal di situ.
Awalnya bukan Noramfaizul yang tersenarai! |
Lebih
menarik lagi, Allalhyarham Noramfaizul Mohd Nor TIDAK SEPATUTNYA PERGI, nama
yang kita dapat dari Bernama TV, bukan Noramfaizul, bukan Khairul Anuar Yahaya
(wartawan Bernama TV).Nama
yang kita dapat adalah wartawan Noor Farhana dan jurukamera Nur Ain Shafinas
(sambil menunjulkan faks dari Bernama TV bertarikh 24 Ogos)
Bila nama dua wakil Bernama TV ini naik, Allahyarham telah datang ke pejabat saya pada 26 Ogos, buat bising, kata budak yang nak pergi ini tak ada pengalaman, budak muda, saya ini ada kursus, saya dah ikut pergi Gaza, Pakistan, Christchurch.
Staf-staf saya beritahu, saya tak mahu percaya pada staf, saya panggil Allahyarham masuk bilik, arwah kata, “Apa cerita Datuk, patut saya pergi, saya ada pengalaman, budak-budak itu tak ada..,”Justeru, saya pun telefon Datuk Hasnul Hassan (Pengurus Besar Bernama) beritahu dia, boleh tak saya bawa Noramfaizul ini, dia kata okay, sebab Allahyarham tawar diri.
Saya tidak masukkan namanya pada peringkat awal adalah supaya dia boleh beraya di Malaysia, sebab tahun sudah, dia raya pun kat luar (di Gaza), saya ketua tak boleh tukar, diorang tu boleh tukar-tukar.Kemudian, arwah sendiri minta hendak bawa wartawan sendiri Khairul Anuar dengan alasan boleh berkerjasama rapat.

Kita
pun pergi, tak ada masalah, kerja kita senang, tak ada gangguan, selamat, tidak
ada apapun berlaku pada misi kami sehinggalah kejadian peluru sesat tersebut
pada 2 September.
Masa kejadian itu Datuk di mana, dan apa reaksi bila diberitahu ?
Masa kejadian itu Datuk di mana, dan apa reaksi bila diberitahu ?
Pada
hari kejadian 2 September, saya dengan arwah pukul 5,10 minit petang (waktu
Somalia), sepatutnya pada malam kejadian, kita punya jadual perjumpaan dengan
Presiden Somalia, saya beritahu arwah, “you tak payah pergilah, you hantar
budak you pergi, you duduk di kem, buat story,”
Kemudian,
arwah kata “Saya hendak meeting dulu,” tidak lama kemudian, arwah datang dia
kata “tok, kita orang dah buat keputusan, semua hendak pergi, ada enam orang,
tapi sekarang ini kami hendak balik hantar story,”Jarak
saya dengan arwah 200 meter, bila arwah kata hendak balik hantar story, saya
panggil pihak keselamatan, ada lapan orang, untuk iring, kenderaan bersenjata
jenis JPMG.
Dua jeep, depan belakang, saya teruskan mesyuarat dengan ahli-ahli perniagaan Somalia, sebab Presiden Somalia pesan, “jangan beri kami ikan sahaja, beri pancing supaya kami dapat cari ikan sendiri,”Jadi kita bincang untuk bagaimana cara untuk naik taraf sosiol ekonomi mereka. Ahli perniagaan ini sedang pasang power point ketika saya dapat panggilan, repoter RTM budak Sarawak, “Datuk, kami kena tembak,” tutup telefon. Itu sahaja.

Saya
tak sempat tanya di mana, kemudian dapat lagi satu panggilan, dari Melissa Ong,
NTV7, “Datuk kami ditembak,” saya tanya, cedera di mana, “tangan” kata dia.
“Okay kami datang sekarang,” kata saya.Saya
pun lari keluar, panggil doktor, naik kereta tuan punya hotel itu, dua minit
sampai.
Saya tengok jeep itu depan pintu masuk kem, dekat penghadang, saya pun masuk dalam, saya tengok Aji budak TV3, saya kata “mana?” dia tunjuk tangan, “saya kata Allah ini sikit saja, tak ada hal lah, ko jadi wira…”Tiba-tiba Melissa kata “Datuk ada sorang lagi,” Saya terkejut, “siapa?” “pejol” tengok dalam bilik di kem, doktor dan paramedic sedang beri rawatan.

Dia
sudah di bawa ke dalam dan dibaringkan, saya masuk dengan doktor Alwi (Datuk Dr
Alwi Abdul rahman, ketua pasukan perubatan), ada satu doktor asing datang tanya
apakah saya ketua, saya kata ya, dia minta maaf dan tanya ada duit tak 10 ribu
USD.
Saya tanya nak buat apa, dia kata hendak panggil helikopter, saya tak banyak soal, saya kata, telefon sekarang, saya bayar, dia pun ambil telefon dan telefon.
Ketika itu, Doktor Alwi telah ambil alih operasi menyelamat, sedang beri bantuan, tiba-tiba dia kata, “Ya Allah, he going, he going,”,

Dalam
masa yang sama, saya ajar mengucap, tak lama kemudian Noramfaizul pun tak ada,
saya pun keluar, saya call PM (Datuk Seri Najib Tun Razak).
PM
tanya keadaan Noramfaizul . Saya kata dah meninggal. PM kata you jangan panic,
tapi yang 54 (anggota misi) lagi itu balik esok juga.
Saya
pun telefon menteri pengiring, kemudian Presiden Somalia call, minta nombor
telefon PM, bercakap dengan PM, minta maaf dan janji siasatan menyeluruh.
Dalam kem itu ada Menteri Dalam Negeri, Menteri Penerangan, ada pegawai tentera, saya dalam keadaan marah, saya tanya kenapa tidak lawan balik, kenapa tak tembak.
Baru mereka cerita siapa yang tembak, dan mereka tidak boleh lawan, kalau mereka lawan, semua meletup, macam mana hendak lawan dengan UTK yang sepatutnya jaga kita….

ini, mereka (tentera AU) dah mengaku, jadi biarlah mereka siasat.
Sebagai ketua misi yang dapat semua infomasi, yang ada di tempat kejadian,
apa teori terhadap peristiwa ini?
Teori
saya, ini keretanya, (sambil tunjuk lakaran) kejadian jam 5.40 petang,
meninggal 6.10 petang, arwah meninggal betul-betul masa azan waktu Maghrib.
Jeep mereka yang terakhir masuk ke kawasan kem, berhenti untuk tunggu penghadang terbuka, pada hemat saya, kereta perisai (tentera AU yang tembak itu) petang-petang ronda suka gempak-gempak (buli) orang,

Mereka
naik kenderaan perisai, mungkin sebab kita lambat ganggu jalan dia ke, dia
tembak, suka-suka, (pembuli).
Dia
buat satu tembakan di bawah. Belakang jeep, di bawah bumper, ada tayar spare,
dia tembak di situ, dia nak gempak ke apa ke, dia pun tak tahu orang Malaysia
dalam itu, sebab cermin gelap, bila dia tembak itu, tidak kena tayar, kena rim.
Bila kena rim, peluru itu divert, terpelanting, tembus ke kerusi penumpang belakang sekali Noramfaizul duduk menyandar, hujung kanan, Aji sebelah kiri, tengah berbual, peluru masuk dari bawah kena ketiak dan tembus ke bahu Noramfaizul, keluar ikut cermin tingkap, dia pun jatuh kearah Aji.

Yang
Aji pulak, dapat serpihan yang masuk itu, tangannya sebelah kanan, Aji duduk
dekat dengan Faizul, bila (peluru) masuk, bahang itu pun membakar tangan Aji,
bahang saja tu.
Satu
peluru sahaja, laporan Reutres tak betul. Kalau tengok kesan luka, di bawah
ketiak itu nampak kecil saja, tapi yang di bahu lubangnya sebesar lima puluh
sen.
Melissa bila tengok Aji berdarah, tapi tengok Faizul tak berdarah lagi, tapi sudah jatuh kearah bahu Aji.Bila saya sampai di situ, masuk ke bilik rawatan, arwah masih sedar, saya sempat ajar mengucap.

Jadi peluru itu merosakkan organ di antara ketiak dan bahu, pendarahan luar tak
sebanyak pendarahan dalaman.Kalau
kita tengok kronologi dia, memang panggilan Ilahi arwah, dia tak sepatutnya
terbang, namanya tidak ada dalam senarai, dia minta, memang panggilan ilahi,
kita kena terimalah ketentuan Allah SWT.
Kenapa
tidak pakai jaket kalis peluru ke tempat yang bahaya seperti Somalia?
Okay,
bila saya sampai di situ, TAKLIMAT KESELAMATAN yang saya terima dari timbalan
ketua polis Somalia, empat bintang, dan timbalan ketua pemerintah askar, TAK PERLU
JAKET KALIS PELURU.
Di
sini semua selamat, dia tunjuk pada kita “you tengok misi kemanusiaan Qatar,
Kuwait, Sudan, Turki semua tak pakai, you tengok askar saya, polis saya, ada
pakai ke?”
Askar dan polis dia yang bertugas tak pakai jaket kalis peluru.
Askar dan polis dia yang bertugas tak pakai jaket kalis peluru.
Kalau
kami pakai, takut dia ludah muka kami, “hangpa kalau tak percaya kami, pasai
apa hangpa nak mai?”
Macam
pemimpin asing datang ke negara kita, kita kata tak perlu guna jaket kalis
peluru, tapi mereka pakai juga, apa perasaan tuan rumah? Engkau tak percaya
dengan kami ke?
Lagi
pun, kita ada pengalaman masa misi bantuan tsunami di Jepun, kita pakai baju
warna oren, orang Jepun marah kita, rupanya warna oren dan kuning ini dalam budaya
mereka untuk bersuka ria.
Azeez sedang berdepan dengan saat-saat getir.. |
Fakta
lain yang saya hendak beritahu, sebelum kami pergi, Duta Malaysia ke Libya,
Datuk Zulkepkli Mohamad Nor bersama Kolonel Ramli Mohd Shah dari unit risikan
ATM, yang duduk bertahun di Somalia pergi tinjau, dia kata you datang sekarang,
selamat. Baru kita pergi.Mereka
sudah sahkan, hendak apa lagi!.
Siapa
yang kata kita terburu-buru pergi? Kita sudah dapat pandangan professional dari
duta dan pegawai risikan, kita dapat taklimat dari pihak keselamatan di sana.Sepanjang
di sana, tidak ada ugutan apapun, selamat, kecuali kejadian malang yang menimpa
Allahyarham Noramfaizul.
Boleh jelaskan tentang tentera African Union (AU), kenapa mereka berlainan
dengan polis dan askar Somalia yang jaga keselamatan pasukan misi kita?
African
Union (AU) ini pasukan pengaman di Somalia, terdiri dari tentera negara Uganda,
Kenya dan Brundi.
Contohnya
begini, kalau negara kita jadi apa-apa, PBB datang ambil alih, tak ada orang
hendak jaga keselamatan, jadi PBB buka tender, dia tengok siapa punya harga
yang dia mampu bayar, setuju, sain kontrak, India punya askar datang jaga
Malaysia.
Dia
bukan ada hati perut, bukan ada saudara mara, ikut suka hati dia, orang tengah
sembayang dia langgar dengan kereta perisai dan tak ada orang boleh tanya dia,
tanya dia, dia bom, sebab dia jaga negara itu, dialah raja.
Ini
atas sebab rakyatnya tidak bersatu, hancur, jadi orang luar datang jaga, jadi
pengawal keselamatan.Dari
maklumat kami, yang tembak hari itu, Brundi punya askar, yang bagi tahu saya,
askar tempatan yang jaga keselamatan kita.
Pembangkang
kata ini bukan misi kemanusian, ini misi UMNO nak cari publisiti, apa komen
Datuk?
Saya
dapati blog Lim Kit Siang kata UMNO pergi buat misi ini untuk publisiti
murahan, saya hendak tanya Lim Kit Siang dan DAP berapa kali pernah buat misi
bantuan kemanusiaan seumpama ini ke negara-negara luar.Saya
cadangkan selepas ini marilah Kit Siang, Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Malaysiakini,
Malaysia Insider mari ikut saya sekali, saya hendak bawa, bulan 10 ini saya
hendak ke Somalia lagi, atas nama semangat Malaysia, bukan atas nama parti.
Kalau
berani, telefon pejabat saya, daftar nama, saya bawa, tengok kita pergi buat
kerja atau cari publisiti murahan. Itu kalau beranilah.Pemergian
Kelab Putera 1Malaysia atas nama rakyat Malaysia, bendera Malaysia, tidak ada
kepentingan peribadi.
Wartawan
kami tidak pernah paksa, kami hantar surat, hendak ikut, ikut, tidak mahu ikut
tak apa, wartawan ikut boleh jual surat khabar, untung, kami tidak dapat apa,
itu pun NST tak ikut, The Star tak ikut, Sinar Harian tak ikut, kami tak marah.
Kita tak suruh bayar apa-apa, apa yang kami makan itulah yang kamu makan.
Wartawan
yang ikut bawa makanan sendiri, kita kongsi, di sana kita satu keluarga, satu
pasukan atas nama Malaysia.Untung
siapa? Rakyat Malaysia yang 28 juta jiwa ini, ke mana sahaja pergi, orang kata
you Malaysian, you came and help in Gaza, in Pakistan, you go to Somali, bukan
Azeez dapat nama, semua rakyat Malaysia dapat manafaat.
Apa
yang selalu kita minta dari rakyat Malaysia? Berulang kali kita minta, tolong
doakan pemergian kami, tanpa kira agama, fahaman, kaum, semua kita ketepikan atas
nama semangat 1Malaysia.
Jadi
bila 14 misi (sebelum ini) selamat, dan satu misi ada kejadian tidak diduga,
janganlah kita menidakkan yang kita bawa nama negara ke persada dunia
antarabangsa.Malaysia dikenali sebagai negara kecil yang rakyatnya berjiwa
besar.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
0 comments: