Friday, June 10, 2011

Khalid tutup pintu rezeki bangsanya?
AKHIRNYA Khalid Ibrahim menunjukkan wajah beliau yang sebenar dan sesungguhnya hari ini terbukti bahawa beliau adalah pengkhianat,pembohong dan menyalahgunakan kuasa ke atas bangsanya sendiri malah slogan berintergriti dalam kepimpinannya hanya kosmetik serta penipuan semata-mata serta tuduhan yang beliau lemparkan kepada kepimpinan sebelum ini adalah hanya untuk menutup kebejatan pimpinannya.

Tindakannya membatalkan segala keputusan tender pembersihan sisa pepejal yang telahpun ditawarkan kepada 61 syarikat melalui tender terbuka membuktikan bahawa Khalid seorang Menteri Besar yang busuk hatinya dan mempunyai kepentingan peribadi dan berniat jahat terhadap kontraktor-kontraktor yang telah pun ditawarkan kontrak selama 3 tahun oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya..

Blog ini pada tarikh 6 Jun2011 (tulisan sebelum ini)dan laporan kebimbangan kontraktor-kontraktor turut dilaporkan oleh akhbar harian serta TV langsung tidak mampu membuka matanya untuk membantu kontraktor-kontraktor yang sebahagian besarnya Melayu malah beliau tanpa alasan membatalkan semua keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Tender MPSJ setelah keputusan mesyuarat itu digantung sekian lama.

Rayuan dari kontraktor-kontrator ini yang sudah pun membeli kenderaan untuk melaksanakan tender dan sebagainya langsung tidak dipedulikan oleh Khalid malah Khalid menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Besar dengan sombong dan angkuh untuk tidak mempedulikan apa pun nasib yang bakal berlaku terhadap kontraktor-kontraktor ini kesan daripada pembatalan itu walaupun kontraktor-kontraktor ini akan berdepan dengan tindakan muflis atau menanggung hutang yang besar.

Khalid tidak peduli itu semua.Barangkali bukan urusan beliau untuk memikirkan apa yang bakal berlaku terhadap kontraktor-kontraktor itu kerana yang paling penting mungkin ada dalam dirinya adalah bagaimana mahu membolot tender-tender tersebut untuk diagihkan kepada kroni-kroni yang telah dikenalpasti dan langkahnya membatalkan tender tersebut serta akan membukanya kembali akan lebih memudahkan untuk beliau melengkap agenda peribadinya.

Kerakusan Khalid ini telah menutup pintu hatinya untuk melihat nasib dan masa depan kontraktor-kontraktor melayu yang datang dari bangsanya dan seagama dengannya mala inilah kezaliman terbaru Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor terhadap rakyat yang beliau pimpin..Khalid membunuh sifat manusia yang ada dalam dirinya dan tidak melihat kemanusiaan itu sebagai salah satu teras pentadbirannya.

Tindakan Khalid ini juga bukan sahaja menutup pintu rezeki ataupun periuk nasi kalangan kontraktor-kontraktor itu tetapi ianya juga merupakan satu penghinaan ataupun tamparan kepada kepimpinan MPSJ itu sendiri yang bersedia menjadi alat kepada penyalahgunaan kuasa seorang Menteri Besar malah jelas Khalid langsung tidak berhati perut dan hilang kewarasan mempertimbangkan kesan daripada keputusannya itu.

Cina DAP juga yang untung!
MPSJ itu sendiri menjadi tidak bermaruah dan ahli-ahli Majlis yang dilantik daripada PKR,DAP dan PAS  juga tidak mempunyai maruah bilamana keputusan yang mereka buat secara consensus akhirnya dibatalkan oleh Menteri Besar Selangor tanpa sebab-sebab yang munasabah.

Mengapa MPSJ membenarkan penyalahgunaan kuasa ini sedangkan segala peraturan serta syarat telah dipenuhi sebelum mereka meluluskan kepada 61 penender-pender yang berjaya dan mustahil ada salahlaku dalam pemberian tender itu hingga Khalid tanpa simpati apa-apa sanggup membatalkan tender tersebut setelah digantung sekian lama?

Khalid yang selama ini sering bercakap besar kononnya pentadbirannya akan telus tanpa sebarang pengwujudan unsur-unsur rasuah, kroni ataupun nepotisme dan tidak mahu ada lagi jenis-jenis kontrak secara runding terus seperti yang diamalkan oleh pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini hanyalah ibarat seperti meludah ke langit.

Khalid lebih mementingkan dirinya dari nasib dan masa depan anak-anak Melayu yang selama ini bergantung hidup kepada kontrak kecil-kecilan dan takkanlah yang kecil nilainya ini juga turut mahu direbut oleh beliau.Sengkek sangatkah pendapatannnya sebagai Menteri Besar Selangor?

Kepada Melayu Selangor,inilah nasib yang harus mereka tanggung dan hadapi di atas kesilapan yang mereka lakukan sebelum ini.Kalau sebelum ini ada yang memfitnah kerajaan Barisan Nasional ibarat harimau tapi hari ini mereka lari dari mulut harimau tapi masuk ke dalam mulut naga.Tahniah Khalid Ibrahim kerana akhirnya melayan bangsanya sendiri lebih hina dan jijik dari seorang pengemis.

2 comments:

Anonymous said...

BAGUS JUGAK..SO ORG MELAYU JGN ASHIK NAK MINTA PRIVILEDGE PDA KERAJAAN..SUDAH TIBA MASA NYA ORG MELAYU BERDIKARI DGN BANTUAN YG MENASABAH..ORG MELAYU SELALU LUPA DIRI..DI BERI PELUANG UNTOK MAJU DI KONGSIKAN DGN KAUM LAIN..kALAU ORG KAUM LAIN MAJU ORG MELAYU CEMBURU.

Anonymous said...

padan la muka org2 selangor..

tak reti bersyukur..pangkah lagi PR next PRU13..

serius aku langsung takde rase kesian kat org2 yg teraniya diselangor sbb puncanye datang dari mereka sendiri..tak reti bersyukur!

benda dah elok2 sejak berpuluh2 tahun, dgn perasaan tamak dan tak reti bersyukur, mereka mahu kan lebih dan termakan janji2 manis PR dan rasakan akibatnye! kasi undi anda lagi kat PR!

padan muka korg dan aku sendiri (sbb majority org2 negeri aku sokong PR di PRU12) sampai aku sendiri yg tak vote PR pru lepas terasa bahana undi2 yg korg buat dulu..

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers