Saturday, May 7, 2011

Nasib KJ-masih ada api dendam!
KITA melihat kerengganan dan perbalahan pendapat dalam gerakan pemuda UMNO Malaysia terhadap kepimpinan Khairy Jamaluddin (KJ) tidak akan terhenti walaupun bahang pemilihannya telah pun berakhir dua tahun lalu dan sehingga ke hari ini KJ dilihat masih menjadi sasaran beberapa pihak dalam kalangan Pemuda yang masih tidak boleh menerima beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Mungkin KJ ada silapnya tetapi bila kalangan Pemuda UMNO sendiri berterusan mempertikaikan Pemuda UMNO Malaysia yang dipimpinnya menjadikan institusi ini dilihat mempunyai masalah yang sukar diselesaikan dan meletakkan institusi Pemuda sebagai sayap yang membebankan UMNO 

Sejak KJ menang walaupun dengan undi yang tipis,ramai kalangan pemuda UMNO seperti tidak boleh menerima kemenangan tersebut.Kemenangan KJ dicerca sedangkan yang mengundi KJ untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia adalah dari kalangan mereka sendiri..Cuma ada sedikit yang membezakan untuk KJ mengatasi saingan terdekatnya Khir Toyo dan meninggalkan jauh Mukhriz Mahathir.

Yang menyokong Khir Toyo dan Mukhriz sehingga hari ini tidak boleh menerima kemenangan KJ dan sikap penentangan ini juga seolah-olah menafi atau menghina perwakilan yang mengundi untuk memberikan kemenangan kepada KJ.Jelas sangat ada usaha membunuh demokrasi dan dituduh kononnya kemenangan itu kerana itu dan ini.Sepatutnya dalam keadaan UMNO yang semakin tercabar ketika ini,mereka semua meletakkan kepentingan institusi lebih tinggi daripada kepentingan peribadi.

Masalah kepimpinan dalam Pemuda UMNO semakin meruncing apatah lagi dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO ketika ini, kalangan Pemuda Bahagian masih lagi bercanggah pendapat.Ada yang mempertahankan institusi dan ada yang menjadikan mesyuarat Perwakailan kali ini sebagai meluahkan marah dan kebencian yang teramat sangat kepada KJ.

Kredibiliti KJ disanggah semahu-mahunya.Bila Ketua Pemuda Cheras,Haji Syed Mehdar memohon pertimbangan sewajarnya daripada Perdana Menteri  untuk memberikan tempat dalam kabinet atas sifat KJ sebagi Ketua Pemuda UMNO Malaysia,kedengaran pula Pemuda UMNO Bahagian Kepong mengusulkan dalam persidangan mereka supaya KJ dinafikan hak untuk mendapat tempat dalam kabinet.

KP Cheras mempertahankan institusi
Syed Mehdar merupakan antara yang menentang kuat kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda dan secara terbuka dalam ucapannya tidak menyokong KJ namun beliau menerima KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia malah meletakkan kepentingan institusi Pemuda sebagai lebih penting daripada tentangan peribadinya.Bagi beliau cukup jelas bahawa musuh yang perlu ditentang adalah yang berada di luar UMNO dan bukannya dari kalangan UMNO sendiri dan mahu KJ diberikan peluang.Pendirian Syed Mehdar ini mengejutkan ramai pihak kerana beliau selama ini cukup lantang mengkritik kemenangan KJ dan secara terbuka tidak menyokong KJ.Syed Mehdar lebih berjiwa institusi.

Pendirian Syed Mehdar rupanya tidak menggembirakann musuh-musuh KJ.Bagai ada dendam pada KJ sedangkan hak untuk melantik KJ adalah di tangan Perdana Menteri walaupun ada yang mencadang ataupun menentang tetapi menggunakan ruang persidangan secara terbuka untuk mengkritik dan mencela KJ bukan lagi keadaan yang sesuai apatah lagi UMNO sendiri nasibnya seperti telur dihujung tanduk.Sepatutnya semua pihak bersatu dengan meletakkan kepentingan parti lebih utama dari rasa marah atau kecewa secara peribadi.

Soalnya siapakah yang untung dari perbalahan secara terbuka ini?Kita yakin tidak ada yang untung malah menjadikan UMNO itu sendiri semakin lemah dan tidak bertenaga malah langsung dilihat tidak berkesan kerana tidak ada penyatuan di kalangan mereka sendiri dan prinsip bila biduk lalu kiambang berpaut tidak terpakai dalam agenda Pemuda UMNO Malaysia.

Ataupun adakah ada tangan-tangan ghaib yang merencanakan segala agenda untuk memporak perandakan Pemuda UMNO Malaysia hingga ada pihak-pihak yang tidak sabar untuk menyingkirkan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO sebelum sampai masa di pemilihan akan datang?

Sepatutnya UMNO disemua peringkat sudah mengenepikan perbalahan secara terbuka dan lebih memfokuskan kepada gerakan untuk berdepan dengan PRU13 yang bakal menentukan untung nasib serta masa depan UMNO dalam politik negara ini.Mereka sepatutnya kembali dalam satu jemaah dan marapatkan saf perjuangan untuk UMNO dilihat terus relevan mendepani cabaran yang semakin sengit dari pembangkang.Nasib malang UMNO kerana tangan-tangan ahli-ahli mereka sendiri yang mencencang UMNO dari dalam.

Dosa kekalahan UMNO 1998 dibahukan dengan begitu sekali terhadap KJ yang dilihat sebagai punca kepada kekalahan besar UMNO/BN dalam PRU12 lalu dan apa sekalipun dendam atau rasa marah terhadap KJ,jelas itu semua tidak menguntungkan UMNO secara keseluruhan dan kerengganan hubungan di kalangan Pemuda UMNO seluruh negara ini meletakkan sayap UMNO ini hilang semangat mempertahankan institusi  yang secara kebetulannya institusi Pemuda ini dikemudikan KJ.

Apa sekalipun dosa KJ,yang penting jangan sesekali dimangsai Pemuda UMNO itu.Dalam keadaan waktu yang begitu terbatas dan suntuk ini,Pemuda UMNO harus dipacu dengan kekuatan bersama.Menggandingkan seluruh kekuatan yang ada untuk memerangi pembangkang dan kalau benarlah kebencian terhadap KJ sukar dilampiaskan, tunjukkanlah jalan keluar kepada KJ pada pemilihan Ketua Pemuda untuk tahun—tahun akan datang.Berhentilah berperang sesama sendiri dan kalau inilah gaya dan rentaknya,tunggulah nasib kita pada PRU13 nanti.

8 comments:

Orang Johor said...

KJ mesti diangkat dalam UMNO. Rugi tak gilap bintang macam KJ. KJ saja yang berani berdepan sama pembangkang secara agrersif dan dia pandai main isu. Saya sokong penuh artikel sdr. Wasalam

Jazman said...

UMNO yang menentang orang Mukhriz cam Norizan KP Kepong yang kalah bertanding exco. KJ pilihan betul. KJ adalah satu satunya Panglima dalam UMNO yang berani berdepan dengan Pakatan Rakyat. Ingat KJ V Husam di KB?

UMNO jangan sia siakan panglimanya.

HIDIP UMNO.

Salam

Anonymous said...

Heran kenapa UMNO atau PM tak sedar nilai KJ. Mamat KJ mmg lantang dan lain caranya. Bukan stail UMNO lama. Tapi UMNO kena berenti tolak pembaharuan. KJ adalah pembaharuan, peremejaan UMNO. Kalau tak, baik Hishamuddin saja jadi Ketua Pemuda, lembik dan tiada pendirian.

koi orang pahang said...

Tahniah kepada penulis kerana mendedahkan perkara ini.. walaupun penulis tahu dia bakal akan menghadapi kecaman dari mereka yg anti KJ. Penulis juga bukan penyokong kj tp kerana dia melihat institusi pemuda yg semakin goyah dia tampil utk menulis cerita pemuda. Kepada Pemuda2 sayangilah institusi kita. saya percaya penyokong DSKT telah selesai dan menerima kemenangan KJ. tetapi tidak kpd penyokong tegar mukhriz.. kenapa? Mukhriz tolongla sedarkan anak2 buah u...atau sememangnya mukhriz mahukan perpecahan ini..??

Aziz said...

RAK,

ArtikeL bagus, membuka minda dan mata Pemuda UMNO. Khairy underutilised dalam UMNO. Dia pandai tarik rakyat. Dia bukti bahawa BN dah berubah atau dia sendiri dah tukar. Lihat prog baiki rumah dan prog jom cari kerja. Sampai di Kelantan pun buat baru2 ni.

Secara spontan, saya rasa Khairy ni patut lekat di kabinet penggal depan.

Yuseri Yusoff said...

Terbaik artikel ini brader Rafie.. memang terbaik... Blog bro Rafie dh paut.. kalau sudi paut sekali.... hehehe

http://yuseriyusoff.blogspot.com/

ahliUMNObiasa said...

Tuan,
Katakan kita menolak politik puak di dalam UMNO, namun begitu...

Apakah dengan mengangkat kembali KJ ke dalam kabinet akan dapat menjamin sokongan kembali rakyat kepada UMNO?

KJ sendiri kalau benar-benar ikhlas untuk menyatu-padukan pemuda UMNO, harus berkerja-sama dengan Mukhriz dan Khir Toyo, walaupun dia menjadi lawan mereka dalam pemilihan lalu.

Pejuang sejati tidak mendambakan jawatan.

Selama ini wanita UMNO yang menjadi tunjang kekuatan parti ini, adakah mereka diberi lebih kedudukan di dalam barisan kabinet kerajaan?

Ketua Wanita yang bersilih-ganti sejak dari zaman merdeka lagi meminta supaya ditambah kuota wanita dalam kabinet, dan juga sebagai wakil rakyat. Tak ke mana juga...

Namun begitu, adakah wanita meninggalkan UMNO? Sudah tentu tidak. Malahan sebab UMNO terus disokong adalah kerana pengundi yang menyokong UMNO adalah kaum wanita.

Jadi, kesimpulannya, kepada anak-anak pemuda tuu, lihat ke hadapan, dan di luar takuk pemikiran anda. Sedarlah diri. Kalau ada orang yang lebih layak dipertimbangkan untuk jawatan kabinet, ia harus datang daripada Wanita.

Pemuda kalau mahu, atau tergila-gilakan sangat jawatan tu, sila kembalikan sokongan orang muda - profesional dan bukan profesional ke pangkuan UMNO. Buktikan anda layak pegang jawatan dalam kerajaan.

atiefs said...

UMNO perlu bersedia menerima 100 org KJ dalam agenda transformasi yg dicanang..

kalau transformasi hanya olok-olok politik, panglima agresif dipinggirkan, si bacul diberi tempat.. UMNO akan pupus..

Bukan orang-orang bacul yang menubuhkan UMNO dulu.. tetapi panglima agresif (pejuang)..

ps: pembetulan tahun di perenggan kedua terakhir.. 2008 bukan 1998.. :)

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers