Friday, February 11, 2011

Nurul dakwa wang rakyat dibelanja sewenangnya
KONTRAVERSI kepimpinan Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar timbul lagi. Belum selesai isu pembangunan Kampong Baru, penjualan rumah PPR,isu Sime Darby dan masalah kepimpinan UMNO di peringkat Wilayah Persekutuan,Raja Nong Chik diasak pula dengan isu pembinaan jejantas berhawa dingin bernilai puluhan juta.

MP Lembah Pantai sudah mula menembak kepimpinan Raja Nong Chik satu demi satu dan pembongkaran pembinaan jejantas ini merupakan langkah pertama Nurul Izah sempena tahun 2011 ini dan kepincangan pengurusan projek-projek yang melibatkan kepimpinan Raja Nong Chik akan terdedah satu demi satu.

Tekanan demi tekanan diberikan kepada kepimpinan Raja Nong Chik dan kita percaya sikap berdolak dalik ataupun flip flop Raja Nong Chik akan bermula lagi dalam memperjelaskan isu ini dan berdasarkan sejarah kepimpinannnya selama hampir dua tahun sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Jejantas yang bernilai RM10 juta-belanja yang cukup luar biasa
Raja Nong Chik  dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail didesak memberikan jawapan tepat berhubung persoalan berbangkit berkaitan pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter menghubungkan KLCC dengan Hotel Impiana.

Desakan itu dibuat ekoran Raja Nong Chik dan Ahmad Fuad sehingga kini masih diam membisu bagi menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak termasuklah desakan  Nurul Izzah .

Fasa pertama projek jejantas pejalan kaki berhawa dingin di ibu negara yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ke Hotel Impiana KLCC itu telah dilancarkan oleh Raja Nong Chik dan Ahmad Fuad pada 7 Februari lalu.

Kredibiliti Menteri makin tercemar.
Jejantas hanya sepanjang 142 meter yang dilengkapi sistem penghawa dingin dan eksalator itu dibina dengan kos amat tinggi sehingga RM10 juta atau dengan nilai RM70,422 semeter, sehingga menimbulkan pelbagai persoalan kepada pelbagai pihak.Kerja kelulusan yang cukup gila dan dilihat menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya.

Nurul Izzah ketika membuat desakan itu berkata, disebabkan kosnya yang terlalu tinggi, Raja Nong Chik dan Ahmad Fuad tidak sepatutnya berdiam diri bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan mengenai jumlah sebenar perbelanjaan jejantas itu.

Menurut beliau, disebabkan jejantas itu berhawa dingin dan melibatkan penggunaan elektrik, bagaimanakah pula dengan kos penyelenggaraan dan pengendaliannya pada masa depan yang pasti meningkat akibat peningkatan unit elektrik.

"Oleh kerana syarikat-syarikat terbabit berkaitan dengan kerajaan dan badan-badan kerajaan termasuk Petronas, KLCC Holdings Sdn Bhd, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Prasarana, adakah proses tender terbuka dilakukan dan apakah ada pilihan-pilihan yang lebih murah?" katanya.

Bercakap kepada pemberita pada sidang medianya di sini, hari ini, beliau yang juga Naib Presiden PKR turut mengajak pelbagai pihak membuat perbandingan antara jejantas itu dengan jejantas di Singapura yang juga berhawa dingin, tetapi dibina di bawah tanah yang pasti melibatkan kos lebih tinggi dengan mengambil kira kos penggalian dan kos-kos lain.

"Pembinaan jejantas di Singapura diselenggarakan Perbadanan Pembangunan Semula Bandar (Uban Redevelopment Authority, URA. Syarikat swasta yang bertanggungjawab membina jejantas-jejantas di bandar tersebut dipilih menerusi sistem bidaan terbuka," katanya.

Kos pembinaan jejantas di Singapura juga, menurut beliau, dihadkan kepada $14,000 (RM33,400) untuk setiap meter persegi bagi pembinaan di tanah milik kerajaan di kawasan membeli-belah Orchard Road, berbanding kos pembinaan jejantas di KLCC bernilai secara purata RM70,422 semeter.

Sehubungan itu, beliau turut mendesak Raja Nong dan Ahmad Fuad memberikan jawapan bagaimanakah kos pembangunan RM70,422 semeter bagi jejantas itu diputuskan?

"Adakah wujud formula khusus yang menyimpulkan kos sebesar itu yang ditanggung oleh Petronas dan Prasarana, bukan sahaja melibatkan jejantas itu, tetapi juga jejantas-jejantas lain yang melibatkan Petronas dan Prasarana? tanyanya.

Menerusi laporan Belanjawan DBKL 2009, dinyatakan bahawa 72 jejantas pejalan kaki disediakan di bawah seliaan DBKL, manakala 35 buah lagi telah ditaja oleh syarikat swasta.
"Apakah status kesemua 107 jejantas pejalan kaki yang diumumkan bagi tahun 2009 itu? Berapa pula kos purata bagi penyelenggaraan jejantas-jejantas tersebut?" katanya.

Memandangkan kos sara hidup rakyat akan terus meningkat dengan terlaksananya potongan subsidi secara berdikit dan konsisten oleh Kerajaan Pusat, beliau mendesak Raja Nong Chik dan Ahmad Fuad menjawab kesemua persoalan itu supaya rakyat yakin tidak ada satu senpun wang negara dibelanjakan tanpa penelitian serius dan tanpa pembaziran.

Berapa banyak lagi pembaziran wang rakyat yang dilakukan?Kita akan dedahkan satu persatu apa yang Menteri kesayangan PM Najib ini lakukan.

6 comments:

Anonymous said...

SALAM DATO......TAHNIAH LAH..... KALI NIE "TABIK SPRING" PULOK...
BOMGKAR DATO JANGAN TAK BONGKAR...
"SATU PELURU MERIAM" YG DIBERI PADA RAKYAT UNTOK BENAMKAN UMNO/BEE END DLM PRU 13......MR.PM SEE YOUR "BLUE EYE BOY".......

Anonymous said...

Dia ni cakap aja pandai.

Suruh la dia buat jejantas pakai buluh. Lepas tu pasang kipas atap untuk dapat angin free. Murah la macam tu.

Balik-balik nak banding dgn Singapork. Tahun berapa dulu dia orang buat benda ni? Harga dulu dgn harga sekarang sama ke? Spesifikasi sama ke? Boleh ke pembangkang komplen hal macam ni kat sana? Ada ke pembangkang kat Singapork tu?

Pi la report kat SPRM. Tunjuk sekali bukti penyelewangan.

Bodoh punya MP!

Anonymous said...


Nurul tu kan budak bodoh.

Dia pandai melalak tanpa usul periksa, sama macam bapak dia si Al-Juburi tu.

Yang dia pandai memburukkan kerja orang sahaja. Sekarang Nong Chik dah beri jawapan.

Sanggah la balik!

Nurul tu MP Lembah Pantai yg paling tongong.

Anonymous said...

ALOH BEBAL LAH PUAK2 NIE......BUAT GAPO JEJANTAS 10JUTA? BUAT HOK ADA FAEDAH GAK WALAUPUN NONG CHIK KATO PT PETRONAS....TAKSUB SUNGGUH LAH NGAN UMNO/BEEEE ENDDDDD..........
RAKYAT TAK BODO ABE OOI.....TUNGGU JAH PRU 13 RAKYAT AKAN KUBURKAN UMNO/BEEE ENDDD....KUASA RAKYAT...

Anonymous said...

NOK TANYA DATO NIE......KALAU JEJANTAS 142 METER KOS RM10JUTA AGAK2 MRT HOK NOK BUAT DARI RAWANG KE KAJANG JAUHNYA 51KM BRAPO TU DATO?

Anonymous said...

Kekekekek Nurul ni dah takde modal. Jejantas tu bukan pakai duit kerajaan la, itu KLCC yang biaya. Nurul ni penipu macam bapak dia jugak...

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers