Tuesday, November 9, 2010

KONTRAK baja untuk petani-petani di seluruh Negara sekali lagi menimbulkan kontraversi.Baja yang sepatutnya dihantar kepada petani-petani pada awal bilan Oktober lalu sehingga kini gagal dilaksanakan walaupun Kementerian Pertanian Dan Industrri Asas Tani telah meluluskan tender tersebut kepada enam buah syarikat iaitu tiga dari semenanjung dan tiga lagi dari Sabah dan Sarawak.

Kegagalan syarikat yang bertanggungjawab setelah diberikan tender ini sepatutnya diambil tindakan oleh kementerian dengan membatalkan tender tersebut tetapi syarikat-syarikat ini masih lagi diberikan peluang untuk meneruskan penyaluran baja yang dimaksudkan kepada pihak-pihak yang berkaitan.

Sikap dan pendirian kementerian di atas kegagalan syraikat ini memenuhi syarat-syarat penghantaran mengelirukan serta menimbulkan tandatanya dan adakah kerana kontrak baja ini membuatkan KSU Kementerian tersebut tidak dilanjutkan kontraknya?Dan apa pula istimewanya syraikat-syarikat yang memperolehi tender ini tidak dibatalkan walaupun mereka gagal mematuhi syarat-syaratnya?

Rupanya kelulusan tender kepada syarikat-syarikat berkenan penuh dengan rahsia tersembunyi.Ada sesuatu yang tidak kena apabila syarikat-syarikat yang diluluskan itu adalah syarikat-syarikat yang tidak ada pengalaman,ada syarikat yang baru sahaja ditubuhkan khusus untuk mendapatkan tender tersebutS dan juga tidak mempunyai kilang baja seperti yang disyaratkan sewaktu mahu menender projek penghantaran baja-baja untuk petani di seluruh Negara.

Ada tangan ghaib di sebalik semua tragedi yang sedang meresahkan petani-petani di seluruh Negara ketika ini.Tangan-tangan ghaib ini berselidung di sebalik syarikat-syarikat TRR Heritage, Anjung Pelangi dan Ejuara Baja yang mempunyai kaitan secara langsung dengan salah seorang Ketua Pemuda UMNO di Selangor yang sedang memasang cita-cita untuk menjadi seseorang yang cukup penting di negeri itu 
.
Gelagat dan kerakusan ketua Pemuda ini pernah didedahkan sebelum ini dan turut didedahkan oleh RBF tetapi barangkali yakin yang beliau akan sentiasa dilindungi oleh pihak-pihak tertentu, beliau tetap meneruskan kerakusan dan kegilaannya untuk mengumpul kekayaan demi kekayaan.Tindakannya memasang kain rentang untuk menonjolkan dirinya juga dilihat menyiratkan nafsu besarnya dalam politik tanahair.Tidak ada lagi Ketua Pemuda Bahagianyang memiliki kekayaan luar sehingga mampu memiliki kereta Ferarri...

Kita juga mahu kementerian dedahkan siapakah lelaki bernama Izad yang diperalatkan di sebalik penjualan  kontrak-kontrak ini selain daripada Ketua Pemuda yang dimaksudkan itu dan adakah sistem broker ini memang digunapakai dalam kementerian dan ada yang mendedahkan lelaki ini adalah orang perantaraan Ketua Pemuda antara kontrak tersebut dengan syraikat lain yang bakal membeli tender-tender itu.

Persoalannya bagaimana syarikat-syarikat ini memperolehi tender tersebut sedangkan mereka langsung tidak ada pengalaman dan kilang baja?Apakah ada campurtangan politik atau Ketua Pemuda ini yang memberikan tekanan kepada pihak kementerian dan apakah sebabnya Kementerian harus tunduk kepada seorang Ketua pemuda yang dilihat memperolehi kekayaan yang cukup luar biasa  untuk meluluskan tender itu ataupun pegawai-pegawai atasan MARDI turut terlibat menyokong penyelewengan ini.

Kenapa proses penghantaran baja tersebut gagal sehingga ke hari ini? Jawabnya cukup mudah, syarikat yang memperolehi tender-tender ini sedang berusaha untuk mencari untung dengan menjaja tender inji kepada syarikat-syarikat yang mempunyai kepakaran dan pengalaman. Untuk tiga syraikat di Semenanjung ini mereka menuntut komisyen sehingga berjumlah RM 8.8 juta dari jumlah kesemua nilai projek yang diperolehi.Mudahnya kaut untung-dapat projek, jual!

Dua syarikat yang memperolehi tender baja Organik dan satu syarikat berjaya memperolehi tender baja Liquid iaitu baja air dan mencari untung secara mudah ini dilakukan oleh orang kanan kepada Ketua Pemuda ini malah semua orang melihat bahawa ketua Pemuda ini mencatur segala bentuk permainan projek dan tneder di kementerian itu tanpa pengetahuan khusus Menteri terbabit.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah atau mana-mana badan dan agensi berkaitan harus menyiasat dan mengambil tindakan ke atas penyelewengan dalam pemberian tender kepada syarikat-syarikat ini  dan juga menyiasat secara mendalam kekayaan luar biasa yang diperolehi oleh Ketua Pemuda bahagian di Selangor ini kerana kesan daripada pemberian kontrak baja tanpa menyelidiki latar belakang syarikat akan meberikan kesan buruk terhadap nasib dan masa deopan petani apatah lagi baja-baja hibrik yang perlu dikuarantin sebelum di salurkan kepada petani-petani di seluruh Negara. Sebab dan kesannya hanya MARDI dan petani-petani sahaja yang mengetahuinya. 

Mungkin baja-baja daripada sumebr binatang yang haram seperti babi atau sebagainya dan kontena baja siapakah yang tersadai di pelabuhan ketika ini?

Kita juga menuntut Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyiasat dan turut mengambil tindakan sekiranya benar berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam pemberian tender baja ini kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dan kegagalan mengambil tindakan mungkin bolah kita sifatkan sebagai stau persekongkolan terancang oleh pihak-pihak tertentu yang sedang menjaja nama Noh Omar untuk mengutip kepentingan peribadi walaupun ada syarikat lain yang lebih layak dan lebih rendah nilai tender mereka sebelum ini..


15 comments:

Anonymous said...

macam2 penyelewangan di kementerian pertanian berlaku sejak menteri yang 'agah' ni dok kat situ

kamsani said...

Noh Omar kena pantau semua pegawai2 bawah dia, kalau dia mahu kekal sebagai seorang menteri.
Aku banyak dengar tentang pegawai2 dia yg seleweng ni.
S.U.K DAN S.U.S.K Noh Omar pun sama jugak banyak tender2 di bolot oleh derang berdua dan diberikan pada kroni2 derang tanpa diberikan pada org yg sepatutnya layak!.
Harapkan Pagar...Pagar Makan padi!.

Anonymous said...

SENARAI SYARIKAT-SYARIKAT YANG DITAWARKAN KONTRAK MEMBEKAL BAJA ORGANIK SKIM SUBSIDI PADI SEMALAYSIA 2010:
NOTE: SETELAH DISIASAT DENGAN TERPERINCI.
1.Tiada satu pun syarikat-syarikat tersebut yang mempunyai kilang memproses baja organik.
2.Syarikat-syarikat tersebut tiada berpengalaman dalam bidang pembuatan baja organik.
3.Kesemua syarikat – syarikat telah dimonopoli oleh seseorang tertentu,buktinya,hamper 20 syarikat yang mempunyai kilang dan Berjaya dipilih oleh teknikal pemilih MOA dan harga yang sama tidak ditawarkan.
4.kebanyakan syarikat yang ditawarkan kontrak tersebut telah mencari pembeli untuk menjual kontrak.
5.Janji menteri sebelum tender dikeluarkan,syarikat yang berminat mestilah mempunyai kilang dan berpengalaman.

Di bawah ini adalah syarikat-syarikat yang ditawarkan kontrak pembekalan baja subsidi organik.

1.TRR Heritage Sdn.Bhd. ....Jumlah Kontrak RM.20,100,536.28
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Organik) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 1 (Perlis, Pulau Pinang, IADA Seberang Perak, Sg. Manik Labu Kubong, MADA Daerah 1 dan MADA Daerah 2) MOA/T/03/2010

2. Anjung Pelangi Sdn Bhd .....Jumlah Kontrak RM.9,939,066.94
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Organik) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 2 (Pahang, Terengganu, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor) MOA/T/04/2010

3. Endona Corporation Sdn Bhd .....Jumlah Kontrak RM.10,718,730.00
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Organik) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 3 (Sarawak) MOA/T/05/2010

4. Endona Corporation Sdn Bhd .....Jumlah Kontrak RM.7,562,500.00
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Organik) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 4 (Sabah) MOA/T/06/2010
5. Locglo Corporation Sdn Bhd ...Jumlah Kontrak RM.10,006,756.20
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Organik) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 6 (Kada dan Luar Kada) MOA/T/07/2010

6. EJuara Baja Subur Sdn Bhd .....Jumlah Kontrak RM.29,169,062.40
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Foliar) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 5 (MADA Daerah 3, MADA Daerah 4, Kedah, Kerian dan Perak Luar MADA) MOA/T/08/2010

Anonymous said...

Macamana hasil nak SUBUR jika baja yang diberi tak ada kualiti. Dulu semasa Noh Omar menerajui MECD, akhirnya mecd lingku dan terpaksa ditutup oleh PM, jika dibiarkan tak lama lagi kementerian Pertanian pun akan di tutup

Anonymous said...

Belum lagi cerita kambing jamnapari sakit yang dibawa dari Indonesia untuk dibekalkan kepada penternak.

Kesian diorang terpaksa mnggung kerugian memelihara kambing bermasalah. Anak kambing yang lahir biasanya mati kerana lahir tidak cukup bulan dan ibu kambing tidak mengeluarkan susu.

Anonymous said...

Kita juga menuntut Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyiasat dan turut mengambil tindakan sekiranya benar berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam pemberian tender baja ini kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dan kegagalan mengambil tindakan mungkin bolah kita sifatkan sebagai stau persekongkolan terancang oleh pihak-pihak tertentu yang sedang menjaja nama Noh Omar untuk mengutip kepentingan peribadi walaupun ada syarikat lain yang lebih layak dan lebih rendah nilai tender mereka sebelum ini..
NAK SIASAT??????
Semua company yang terlibat ,Noh Omar yang susun.Staff MOA sendiripun tahu perkara ni.Company yang tak boleh bagi commission kat Noh ,dah tentu tak dapat.Paham2 la ada kambing hitam yang jadi perantaraan dalam projek ni.

Anonymous said...

Macam mana nasib syarikat kilang baja organik bumiputra yang ada malaysia nak hidup.
Yang jadi menteri pun terlibat import baja organik dari Indon dan China.
Kebanyakan dah tutup operasi.

Anonymous said...

tengok air muka pun dah kenal

Anonymous said...

UNTUK PENGETAHUAN ANDA SEMUA:
Syarikat kami adalah salah satu syarikat bumiputra yang mumpunyai kilang memproses baja organik yang berpengalaman selama hampir 6 tahun dalam memproses baja organik.Dan kami juga mempunyai midium organik lebih 20,000 MT dan pernah membida kontrak dengan MOA beberapa bulan lepas.Walau pun semua prosedur dan syarat2 dalam tender dipatuhi,namun tidak berjaya mendapat kontrak dengan MOA.kemungkinan besar kilang kami akan menutup operasi akhir tahun ni.

Anonymous said...

DALANGNYA...MENTERI SENDIRI

Anonymous said...

Kalau beginilah keadaan yang berlaku kat negara kita,sampai bila pun pengusaha bumiputra tak akan berjaya kerana akan dibunuh separuh jalan.

Anonymous said...

kepada YAB Perdana Menteri, Tolong lah masuk campur dan tengok tengok lah. Semua yg berlaku dan diceritakan di blog ini benar belaka.. Saya salah seorang teknikal advisor dalam beberapa syarikat yg menyertai tender baja MOA musim lalu. Saya tahu beberapa perkara yg tak betul berlaku. Ada orang orang dikalangan org kuat Dato Menteri itu sendiri yg punya angkara. Kami sebenarnya sangat sangat kecewa dengan keputusan tender. Kalau sykt yg layak dapat tak mengapa, memang itu rezeki mereka. Tetapi sykt yg dapat memang langsung tak layak. Macamana rakyat nak meneruskan sokongan kepada UMNO dan BN, yang sedang menyokong sekarang ni pun dah terpikir 2, 3 kali samada nak sokong lagi ke tidak pada PRU 13 nanti. Kemenangan akan datang jika ditakdirkan, hanya akan membantu mengeyangkan lagi perut dan nafsu serakah mereka. Bukan untuk rakyat dan petani yg susah..YAB Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri... Tolonglah ambil perhatian dengan serius akan hal ini. Banyak lagi hal yg meragukan dalm lain lain subsidi.. Menterinya memang sangat sangat pandai bercakap tapi..... pikirlah sendiri. wassalam

Anonymous said...

kami pun masuk jgk, produk yang sama n.p.k 5;5;5 mcm diorg nak.tp xdpt. bila disiasat...ada dalang disebaliknya..tp, bila difikir2 mgkin ada hikmahnya..takut2 rezeki yg kita dpt xhalal. maklum lah kna !@#$%^&*(

Anonymous said...

TRR Heritage dapat project MARA lagi tahun ni. Mohon SPRM siasat

Anonymous said...

bnd ni sampai skrg x disiasat ke? xde org report ke? aku yang penyokong kerajaan pun hangin je dgr!! MEMALUKAN!!!

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers