Tuesday, August 31, 2010
SESUAI dengan era  tranformasi  yang kerajaan sedang laksanakan ketika ini, sudah sampai masanya Ketua Polis Negara, Musa Hassan, Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara dan Ghani Patail, Peguam Negara mengosongkan kerusi jawatan masing-masing bagi  memberikan peluang kepada anggota baru yang mampu dan boleh menyuntik semangat baru di kalangan pegawai-pegawai yang sedia ada.


Ketiga-tiga mereka ini sudah dilihat tidak mampu lagi menyuntik idea baru kepada kerajaan ke arah menjadikan kerajaan hari ini lebih dihormati serta disegani lantaran beberapa pendekatan mereka tidak banyak membantu untuk mengukuhkan kerajaan sedia ada.
Sudah jelas ada protes dalam diam dan kerajaan yang ada akan menanggung beban daripada protes ini yang memungkin kan runtuhnya sebuah pemerintahan apabila kelibat ketiga-tiga pemegang jawatan ini masih lagi menghantui jabatan masing-masing dengan idea-idea yang masih konvensional.
Kedudukan yang terlalu lama dalam jawatan masing-masing membuka banyak ruang untuk mereka dikritik corak pentadbiran dan perlaksanaan tugas hakiki mereka namun paling ketara seandainya kerajaan menyambung kontrak mereka ini, kerajaan akan berdepan dengan  krisis keyakinan rakyat yang paling ketara.
Ura-ura kerajaan untuk tidak menyambung kontrak Musa Hassan dilihat telah disambut baik oleh semua peringkat dan juga anggota pasukan PDRM sendiri meskipun Musa mempunyai rekod yang mungkin agak baik pada awalnya namun zaman telah berubah dan PDRM perlukan seorang Ketua baru yang lebih mesra polis dan juga rakyat.
Serangan bertali arus daripada pembangkang terhadap kredibilti PDRM bukan sahaja mencemar pasukan itu tetapi turut memberikan tamparan hebat kepada kerajaan yang dipimpin UMNO hari ini dan sekali gus membuka lebih banyak kelemahan dan kepincangan Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara.
Kegagalan pihak polis menangani beberapa kes seperti Raja Petra,Kalimullah dan beberapa kes lain yang berprofil tinggi termasuklah gerakan pencabulan undang-undang yang dilakukan pihak pembangkang adalah mencerminkan kelemahan Musa secara peribadi dan sekaligus memalitkan kesan buruk kepada imej dan kredibilti PDRM secara keseluruahnnya.Malah kerajaan turut menanggung malu yang sama.
 Masa untuk Musa berundur sudah sampai dan beliau harus berjiwa besar dan berlapang dada mngakui kelemahan bahawa beliau sudah tidak mampu lagu mengemudikan PDRM sealiran dengan zaman sekarang ini.dan digantilkan dengan pegawai lain yang lebih berinovasi serta mampu mengembalikan semula maruah PDRM di mata rakyat.
Musa harus mengakui di zamannya sebagai Ketua Polis Negara, imej polis mula dipandang rendah dan tekanan berlebihan adalah terpaksa dipikul oleh anggota bawahan yang benar-benar bersemangat untuk melihat PDRM sebagai sebuah pasukan yang sesungguhnya berintergriti.Musa tidak ada pilihan dan kerajaan juga harus diberikan pilihan untuk mencari ganti Musa ini.
Dalam soal pentadbiran kerajaan, kedudukan Sidek Hassan seoerti yang pernah dituliskan sebelum ini menjadi beban yang cukup besar kepada kerajaan apabila beberapa maklumat penting yang dikategorikan sebagai rahsi terbongkar satu persatu kerana  protes secara diam kakitangan kerajaan terhadap sikap dan pendekatan Sidek sebagai Ketua Setiausaha Negara.Sidek yang dilihat condong kepada pembangkang bagaikan membuka ruang seluasnya kepada gerakan kumpulan ini untuk mengkritik kerajaan secara lebih terbuka hasil daripada maklumat yang disalurkan oleh pegawai-pegawai kerajaan. 
Kalau satu ketika dulu pegawai-pegawai kerajaan umpama mata dan telinga kepada kerajaan tetapi hari ini di zaman Sidek semakin ramai pegawai-pegawai kerajaan menjadi musuh dalam selimut dan menikam kerajaan yang mereka sendiri menjadi penjawat awamnya.
Sideki dilihat terlalu menguasai kerajaan dan meninggalkan jauh peranan Najib sebagai Perdana Menteri malah tindakannya yang menghalang dan mengambil tindakan kepada mana-mana pegawai yang menerima pakai segala surat sokongan yang melibatkan wakil rakyat dilihat sebagai membelakangi peranan dan tanggungjawab yang harus dimainkan oleh mereka ini.Dalam satu keadaan, tindakan KSU ini merupakan satu penghinaan terancang kepada wakil-wakil rakyat BN dan seperti menyimpan api dendam untuk meruntuhkan kerajaan BN daripada dalam.
Manakala kedudukan Ghani Patail sebagai Peguam Negara juga semakin hari semkain membuka pekong kegagalannya untuk memelihara Kedaulatan Undang-Undang dalam Negara ini. Institusi kehakmiamn yang seharusnya menjadi teratur dan bereperanan gagal dimainkan oleh Ghani sehingga wujud berbagai-bagai gelaran kepada seluruh system undang-undang yang di Negara ini.
Tindakan-tindakan beliau yang dilihat terlalu tunduk kepada persepsi pembangkang tidak menjadi kudis kepada badan ini tetapi kesannya harus ditanggung oleh kerajaan.Kegagalan jabatan beliau mengurustadbirkan beberapa kes hingga pembangkang menang memungkin bahawa beliau hanya sekadar mahu melengkapkan duduknya di jawatan itu tanpa mahu memikirkan bagaimana untuk menjadikan kerajaan tidak dituduh sebagai dalang kepada segala proses undang-undang yang dibuat terhadap pembangkang.
Ketiga-tiga mereka ini akhirnya dilihat menjadi laibaliti kepada kerajaan hingga rakyat menjadi terpesong dan menganggap seluruh sistem yang ada hari ini penuh korup dan tidak bermoral. Walau bagaimana pun, rakyat haru juga mengucapkan terima kasih kepada segala sumbangan yang mereka lakukan selama ini dan kita amat berharap PM Najib juga mempunyai jiwa besar untuk bersetuju bagi merombak system perjawatan dan menggantikan dengan pegawai-pegawai lain yang berkaliber serta bercita-cita tinggi.

4 comments:

Anonymous said...

SALAM RAMADHAN DATO........

TAHNIAH LAH DATO AKHIRNYA DATO MEMBERI MESAGE YANG TERANG KEPADA "3 ABDUL"NIE......

sesejuk mata memandang said...

Saya setuju mereka ini dipencenkan segera terutamanya Tan Sri Musa Hassan - lpeas itu boleh lantik dia jadi Menteri KDN.. seperti man Tun menlantik Datu Musa menjadi menteri Pelajaran suatu ketika dulu sebaik sahaj tamat pencen menjadi Ketua Pengarah Pelajaran.
Tahniah kepad amereka yang berjaya menndapat title orang pencen degan penuh penghormatan.. tapi saya cuma tak berap suka sangat kat Tan Sri gahini Patail kerana stail dia tak mnunjukkan kewibawaan sebagai sangat sebagai Ketua agnesi pendakwaan Malaysia

matrengganu said...

Cuma aku tak suka mengapa inkues TBH mengambil masa terlampau lama, macam tak professional jer buat keje.

Nanti orang cakap anda tak professional , anda marah dan melenting.

Perbicaraan DSAI pun meleret2...
macam tak ada peraturan dan berkecamuk. Kalau ke atas sorang manusia pun tak boleh di laksanakan keadilan, macamana nak laksana kan keadilan keatas semua orang ?

Pendek kata, kalau tak mampu menjalankan tugas dengan sebaik mungkin , elok sahaja serah kan tugas pada yang bermaruah menjalankan amanah rakyat.

Anonymous said...

SAYA RASA TAN SRI GHANI NIE PENCHEN CEPAT2 LAGI BAGUS SEBAB DIA BUAT "SEMAK" JE DALAM JABATAN PEGUAM NEGARA...SELAGI DIA DOK KAT SITU LAGI BANYAK "SAWANG" DIA BUAT.... """LU PIKIR LAH SENDIRI"""

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers