Wednesday, April 28, 2010
ZAID IBRAHIM tidak puas hati bila beliau kalah dalam Pilihanraya kecil Hulu Selangor di tangan calon BN P.Kamalanathan.Beliau nekad mengambil tindakan mahkamah untuk membatalkan kemenangan calon BN atas alasan Barisan Nasional menggunakan poltik wang untuk memancing undi.
Itu adalah alasan yang sering digunakan terutama oleh pembangkang apabila mereka kalah. Terlalu sukar untuk mereka menerima kekalahan dengan berlapang dada dan bermuhasabah diri.Suara rakyat ygan keramat akhirnya memakan diri sendiri.
Itu adalah alasan yang sering digunakan terutama oleh pembangkang apabila mereka kalah. Terlalu sukar untuk mereka menerima kekalahan dengan berlapang dada dan bermuhasabah diri.Suara rakyat ygan keramat akhirnya memakan diri sendiri.
Itu kata Zaid tapi barangkali Zaid juga lupa bagaimana kerajaan Selangor yang diketuai oleh PKR menggunakan segala kemudahan Kerajaan Negeri untuk menentang calon yang baru setahun jagung dalam politik tetapi akhirnya berjaya menumbangkan calon import yang telah ditolak oleh pengundi di Kota Bharu .
Semua orang boleh melihat dengan jelas segala kemudahan kerajaan disalahgunakan oleh PKR termasuklah ugutan kepada pengundi di Hulu Selangor bagi menyokong calon mereka.
PKR menggunakan masjid walaupun Sultan Selangor telah bertitah supaya masjid tidak digunakan sebagai medan memancing undi.Kerajaan Selangor menggunakan Stadium Mini di Kuala Kubu untuk menempatkan Bilik Gerakan mereka, merekajuga menggugut dengan menggunakan Borang 5A termasuklah mahu menarik balik bantuan kewangan yang diberikan kepada keluaraga miskin sekiranya mereka tidak mengundi PKR.PKR lebih buruk daripada yang disangkakan.
Malah ada beberapa buah kawasan mengundi,pengundinya dikatakan telah disogok sebanyak RM 500 setiap sebuah rumah bertujuan untuk memancing undi.Jadi siapa sebenarnya yang main politik wang?
Malah ada beberapa buah kawasan mengundi,pengundinya dikatakan telah disogok sebanyak RM 500 setiap sebuah rumah bertujuan untuk memancing undi.Jadi siapa sebenarnya yang main politik wang?
Apakah salah sesebuah kerajaan yang memerintah menjanjikan kesenangan kepada rakyatnya?Apakah politik wang yang harus dilabelkan apabila dibangunkan sesuatu kawasan dengan segala kemudahan infrastruktur yang sepatutnya dilakukan oleh Kerajaan Selangor sebagaimana yang meraka janjikan dalam manifesto PRU 2008 lalu? Ini mereka harus akui kerana sepanjang 2 tahun memerintah Selangor, Kerajaan Pakatan Rakyat tidak melakukan apa-apa pun untuk membangunkan rakyat Selangor selain bercakaran sesama sendiri dan berpolitik sepanjang masa sehingga segala masalah rakyat terabai.
Apakah PKR tidak menggunakan poltik kebendaan untuk memancing pengundi apabila mereka menurap jalan-jalan dan selepas itu memacak sepanduk memberitahu `ini projek Pakatan Rakyat’.Adakah ini tidak menyalahi peraturan pilihanraya?. Benarlah kata orang,mereka ini rupanya jenis yang susah untuk menerima kekalahan dan menyalahkan itu dan ini sebagai puncanya dan menganggap kemenangan mereka sahaja yang adil dan saksama.
Tindakan mahu mengheret SPR ke mahkamah merupakan taktik yang paling mudah dibaca kerana ianya secara jelas mahu menutup segala salah laku pilihanraya yang dilakukan oleh PKR sepanjang tempoh kempen dan keghairahan PKR semakn terserlah apabila sanggup melanggar arahan SPR supaya tidak mendirikan pondok panas atau barung berdekatan dengan kaunter semakan pemilih SPR.
PKR juga terus membudaya dan menghidupkan semangat gansterisme di kalangan penyokong-penyokong mereka kerana sepanjang tempoh bermula dari hari penamaan calon sehingga ke hari mengundi, berbagai-bagai provokasi termasuklah provosasi berdarah dilakukan oleh penyokong-penyokong fanatik parti ini. Pertembungan PKR dan BN tidak sama dengan pertembungan PAS dengan UMNO kerana tindakan-tindakan penyokong masih lagi dibataskan dengan santun dan ada tata susilanya.
Tindakan zaid Ibrahim ini juga secara tidak langsung menghina pengundi di Hulu Selangor walaupun tindakan tersebut dibenarkan oleh undang-undang tetapi menuduh BN mengamalkan poltik wang merupakan satu tindakan terdesak Zaid untuk menjadi wakil rakyat dan membuktikan kononnya dia lebih baik daripada P.Kamalanathan seperti yang sering dia hamburkan dalam setiap ceramah poltiknya.
Zaid harus mencerminkan dirinya.Mencari kesilapan diri sendiri sebelum menuding terhadap orang lain.Zaid harus gentlemen, menerima kekalahan tersebut dengan hati yang besar, itupun kalau benar beliau seorang pejuang serta berprinsip seperti yang sering beliau sebutkan. Zaid harus akur selera masyarakat yang diperdayakan pada PRU 2008 dulu telah berubah sebagaimana perubahan yang mereka buat sebelum ini dengan menolak calon BN.
Dalam poltik, ada sepak terajangnya.Dalam politik ada kilas dan kiasnya.Ternyata PKR kali ini tidak mampu lagi mengulangi segala janji bulan dan bintang kepada pengundi di Hulu Selangor sebagaimana kempen mereka sebelum ini terutama sekali kepada pengundi di tiga kawasan Felda iaitu Sungai Buaya,Sungai Tengi dan Gedangsa. Pengundi di sini sudah tahu tembelang dan pembohongan PKR kalau mahu dibandingkan dengan BN.PRU 2008 mereka ini dijanjikan segalanya oleh PKR tetapi selama 2 tahun PKR memerintah Selangor, rakyat hanya jadi umpan kepada segala janji-janji manis mereka.
Rakyat Hulu Selangor mula sedar bahawa selama ini mereka telah terperangkap dengan segala dakyah dan janji-janji kosong daripada Pakatan Rakyat dan peluang PRK Hulu Selangor ini dijadikan medan untuk menebus kesilapan mereka walaupun 22 ribu pengundi masih terpedaya dengan segala helah PKR sehingga mereka memberikan undi itu kepada Zaid Ibrahim. 22 ribu lebih ini mungkin masih lagi terpesona dengan retorik politik mainan Anwar Ibrahim dan juak-juaknya.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
0 comments: