Wednesday, March 17, 2010
  RUPANYA masih ada yang tidak kena dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Bersilih ganti Datuk Bandar Kuala Lumpur bertukar namun seperti ada sesuatu yang masih tidak bersih meskipun Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ahmad Fuad ismail diharapkan untuk mengangkat dan memaruahkan kembali institusi Datuk Bandar supaya bersih dari rasuah,penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Masih ada rungutan, makin terbuka penyelewengan dan penyalagunaan kuasa yang berterusan, Datuk Bandar Kuala Lumpur dilihat tidak mampu untuk memartabatkan kembali serta merapatkan semula hubungan antara Datuk Bandar dengan pegawai-pegawai DBKL, antara Datuk Bandar dengan rakyat secara keseluruhannya dan paling penting adalah antara institusi Datuk Bandar dan pegawainya dengan kerajaan.
Kita untuk peringkat ini tidak bercadang untuk menggembalikan nostalgia kita kepada zaman kepimpinan gaya Ahmad Fuad sewaktu bertanggungjawab sebagai YDP MPSJ apabila dikatakan wujud ketegangan antara sikap beliau ketika itu dengan pegawai-pegawainya sehingga dikatakan berlaku insiden baling fail serta maki hamun dan juga tidak berniat untuk mengungkit kembali penyalahgunaan kuasa serta pembahagian kontrak dan kita juga tidak berniat untuk ketika menyusuri pertanggungjawaban dan segala yang berlaku ketika beliau dipinjamkan ke PDC, Pulau Pinang.
Namun yang sering dilihat dan diperkatakan sejak akhir ini adalah wujud penyalahgunaan kuasa berterusan apabila masih ada yang mendakwa bahawa institusi Datuk Bandar itu dipergunakan semaunya dan sudah mula atau makin kedengaran rasa tidak puas hati pegawai DBKL apabila mereka diherdik dan dicaci dengan kata-kata kesat hanya kerana melakukan kesilapan kecil ataupun menyanggah keputusan Datuk Bandar.
Kita juga difahamkan Datuk Bandar telah mula melakukan beberapa pertukaran dan ada pegawai-pegawai yang dilihat mempunyai intergeriti serta masa depan yang cerah untuk ke jawatan yang lebih tinggi dalam DBKL telah ditukarkan ada antara mereka dipindahkan ke kementerian lain .Datuk Bandar Kuala Lumpur juga menggunakan sistem pecah dan perintah.
Kita jauh sekali untuk tidak berniat mempersoalkan cita-cita besar beliau yangt dikatakan mengintai peluang untuk ke jawatan lebih tinggi seperti KSN ataupun yang berkaitan dengan perkhidmatan awam kerana setiap orang harus ada cita-cita seperti itu tetapi yang kita tuntut hari ini adalah tugas besar Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk menggembalikan keyakinan rakyat terhadap ketelusan institusi itu tanpa cita-cita peribadi dan paling penting adalkah menggembalikan semula skongan pegawai-epgawai dan kakitangan DBKL terhadap kerajaan dan kepimpinan PM Najib.
Betul ini soal pentadbiran DBKL dan tidak ada sesiapa yang boleh mempersoalkannya tetapi masyarakat dan rakyat di luar telah mula memandang serong kepada institusi Datuk Bandar yang sepatutnya menjadi bersih atau dilihat bersih, berintergeriti serta bertanggungjawab dan bukannya mengsasarkan pentadbiran itu lebih kepada pengwujudan rasuah dan penyalahgunaan kuasa untuk menjamin kepentingan peribadi.
Syarikat-syarikat bumiputera juga sudah mula merungut dengan beberapa keputusan Datuk Bandar terhadap pemberian kontrak-kontrak yang tidak masuk akal dan boleh membebankan kontraktor-kontraktor Melayu tetapi dalam masa yang sama ada kumpulan tertentu yang dilihat rapat dengan Datuk Bandar memperolehi tender yang mempunyai keistimewaan harga tersendiri.
Ada juga yang mendakwa Datuk Bandar menggunakan kuasa secara wewenang, bersikap pilih kasih dan lebih mendukacitakannya instittusi diperalatkan untuk menunjuk-nunjuk kuasa serta mengaut untung peribadi sedangkan dalam masa yang sama, masih banyak urusan rakyat belkum selesai terutama sekali yang membabitkan penjuakan rumah PPR.
Malah seperti wujud pertembungan politik, pertembungan kuasa dan tanggungjawab antara Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik hingga ada yang menuding jari mendakwa bahawa kedudukan Raja Nong Chik sebagai Menteri hanya melengkapkan Wilayah Persekutuan sebagai sebuah kementerian semata-mata.
Pengakuan Raja Nong Chik dalam satu sidang parlimen yang mengesahkan Datuk Bandar berkuasa sepenuhnya seakan menjadi tiket ataupun penyerahan kuasa secara mutlak kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur hingga tidak ada pihak yang boleh mempertikaikannnya.Apatahlagi Datuk Bandar dikatakan melaporkan segala perkembangan DBKL secara terus kepada Perdana Menteri.
Sanggahan MP Wangsa Maju Wee Choo Keong tentang keberkesanan dan penyalahgunaan kuasa di pejabat datuk Bandar seakan banyak benarnya dan sehingga ke hari ini masih tidak berubah struktur dan sikap kepimpinan beberapa pihak seperi yang didakwa Ahli Parlimen ini.

3 comments:

Anonymous said...

Memang di akui terdapat krisis kakitangan dengan datuk bandar. Kata pa ke jadah, otak lembab, bodoh bangang,dah jadi santapan kakitangan DBKL. Tahniah juga kerana mentransformasikan DBKL dari pegawai tertinggi DBKL yang langsung tak buat kerja ( cakap tak serupa bikin ) tapi dapat kedudukan yang istimewa.

Anonymous said...

SPNB pun sama lah macam tu. Nampaknya kerajaan lantik orang yg menerajui badan/syarikat kononya untuk kebaikan. Tapi kebaikan tak berapa sangat, yang timbul kebencian pekerja yang kemudian di terjemahkan kepada tidak mengundi kerajaan. Tengok2lah sebelum terlambat.

Anonymous said...

Mayor kena tanya kepada orang ramai berkenaan sistem baru untuk kelulusan. Berapa kos perlu ditanggung dan effektif ke system ni.Paper less bukan paper more

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers