Friday, March 5, 2010

SEGALANYA sudah tersurat.Lain yang dimimpikan,lain pula yang menjadi realiti. Rusa yang mahu ditembak, pelanduk pula yang terkena. Itulah hakikatnya politik dalaman PKR.Satu demi satu Ahli Parlimen mereka meninggalkan parti yang dianggap kononnya alternatif menggantikan kerajaan Barisan Nasiona l.
PKR harus menerima hakikat. Bala 16 September yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim kononnya akan merampas Putrajaya akhirnya badi tersebut menimpadan menjadi petaka kepada  PKR apabila satu demi satu MP mereka  mula menyedari pembohongan dan penipuan yang dicanangkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim meninggalkan PKR.
Bila MP ini melompat keluar parti, jurucakap tidak rasmi pembangkang Nik aziz mula buka mulut memutarbelitkan fakta dan menggali seberapa banyak ayat-ayat Al-Qu`ran bagi mendesak MP ini meletak jawatan dan sekaligus menuduh mereka ini sebagai pengkhianat,berbeza dengan kenyataan Anwar sebelum ini yang membayangkan akan ada 30 orang MP BN yang akan bersama-sama beliau bagi mengambil alih kepimpinan kerajaan, ketika itu Nik Aziz macam ayam berak kapur, tidak langsung menyanggah pengkhianatan yang mungkin dilakukan oleh MP BN ini.
Nik Aziz terus bermain sandiwara menawarkan harapan palsu kepada segenap lapis penyokong. Secara sedar atau tidak, mahu mengakui atau sebalikanya, bala yang menimpa PKR ini adalah kesan daripada pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap Negara ini, terhadap rakyat dan agama Islam.
Selama ini mereka terlalu angkuh dengan kepimpinan sayap parti mereka yang ternyata biadap serta kurang ajar menggunakan pendekatan politik songsang untuk memenangi dan menipu rakyat.Penaklukan mereka terhadap beberapa buah negeri menjadikan mereka lupa daratan, rakus kuasa dan menanggap perjuangan`suci` mereka itu diredai Tuhan.
PKR lupa, mereka merancang, Allah jua merancang. Rancangan Anwar, Anwar tahu tapi rancangan Allah, beliau tidak tahu kerana segalnya Allah yang tentukan.Perancangan jahat mereka untuk memusnahkan Ketuanan Melayu dan menjadikan Islam sebagai sebuah agama liberal ternyata telah menghukum mereka. 

Ludah yang mereka halakan ke langit sekian lama akhirnya menimpa muka sendiri dan sebagai seorang yang dikatakan berprinisp dan bermoral, Anwar Ibrahim harus mengakui bahawa hayat politik PKR dan perjuangan bangkangan kosong sudah sepatutnya membubarkan PKR sebagaimana Ku Li membubarkan S46 untuk kembali semula ke dalam perjuangan UMNO bagi memastikan survival agama,bangsa dan Negara akan terus terpelihara.
Dosa Anwar dan kepimpinan Melayu baik dalam PKR maupun PAS sudah terlalu banyak.dari busut jadi membukit.Beberapa ahli MP yang keluar daripada PKR seharusnya bukan sahaja dijadikan iktibar oleh Anwar dan para juaknya tetapi rakyat terbanyak wajib menilai bahawa perjuangan PKR ini adalah perjuangan sia-sia yang selama ini hanya bersandarkan untuk memulihkan moral Anwar yang sedang hebat berdepan dengan berbagai-bagai kes salah laku moral.
Rakyat perlu buka mata.Penyokong yang selama ini taksub membuta tuli turut dituntut melakukan Solat Isthikarah sebagaimana yang dilakukan oleh MP Bagan Serai yang akhrinya telah menemukan beliau dengan jalan benar.
PKR maupun PAS tidak perlu menuding jari kononnya UMNO yang terlibat atau merancang segala ini.Mereka yang sepatutnya mencerminkan diri, muhasabahkan perjuangan mereka dan mencari punca kepada segala kekalutan yang sedang mereka alami ini.
PKR juga menerima kesan daripada sikap mereka yang sentiasa menghina agama termasuklah menyokong kalimah Allah yang digunakan oleh puak-puak kafir laknatullah.mempermainkan agama, mempersendakan Allah akhirnya PKR menerima bala yang selama ini mereka sering sembahyang hajatkan supaya terttimpa kepada UMNO dan BN sehingga ada yang begitu taksub, sanggup mengadap Kaabah semoga dipercepatkan bala tersebut.
Kita penuh yakin dan percaya segala pergolakan dan penarikan diri beberapa orang anggota PKR ini walaupun tidak didokong oleh penyokong-penyokong mereka sebagai satu permulaan pengukuhan politik bangsa yang berteraskan prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia.
Menjadi tanggunjawab pemimpin ini juga untuk menyedarkan rakyat dengan mengambil iktibar apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang apabila politik cauvinis ala kepimpinan komunis sedang bermaharajala lela sehingga nasib bangsa Melayu semakin hari semakin terpinggir.
Masa depan politik Melayu dan pribumi semakin lama semakin terhakis kesan daripada kegilaan sebahagian rakyat yang kononnya ingin mencuba sebuah kepimpinan yang dibentuk bukan dalam pola kepimpinan yang ada relevenasi untuk orang-orang melayu dan bangsa pribumi.rakyat yang didedahkan dengan politik adu domba menganggap PKR,PAS itu adalah tuan baru politik mereka sedangkan hakikatnya kedu-dua parti ini hanya alat,kuda tunggangan ataupun barua semata kepada DAP yang sedang girang merayakan kononnya merekalah selepas ini akan menjadi tuan di Negara ini seperti PAP yang merajai Singapura.

3 comments:

Anonymous said...

Sdr, saya yakin rakyat semakin sedar dengan penipuan ataupun helah yang dimainkan oleh Anwar ini. Berikan sedikit waktu dan saya percaya Allah akan bukakan pintu hati mereka.
Kebenaran semakin terserlah dan Allah tidak akan benarkan orang seperti Anwar ini menjadi pemerintah dalam negara ini.
Percayalah dengan Qada dan Qadar.Busuk Anwar semakin hari semakin terbongkar..Mari kita sama2 berdoa semoga allah permudahkan segala urusan agar keburukan Anwar ini terdedah demi kepentingan agama,bangsa dan negara,

Ahmad Ismail- Pandamaran

Anonymous said...

jgn lepaskan pengkhianat spt Anwar ni..bahaya kepada negara..

Anonymous said...

Syabas kepada YB MP Kulim-Bandar Bharu Zulkifli Nordin kerana sedar cepat...

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers