Thursday, January 21, 2010
PENANGGUHAN kes liwat Anwar Ibrahim yang sudah berkali-kali ini makin menjuruskan mahkamah untuk diletakkan sebagai  kurang peka dan bertanggungjawab kepada tuntutan masyrakat dan rakyat negara ini yang mahu kes ini segera didengar dan dibicarakan demi kestabilan undang-undang, rakyat dan negara ini secara keseluruhan.

Sudah ada yang bercakap dan berharap mahkamah di Negara ini tidak seperti mahkamah kanggaru yang tidak tunduk kepada permainan politik dan taktik licik Anwar untujk memboloskan diri daripada di hadapkan di mahkamah dan penangguhan terbaru ini makin melebarkan sayap Anwar untuk terus melancarkan serangan ke atas polis dan mahkamah bahawa segala pertuduhan yang dilemparkan kepadanya berupa sebuah konspirasi yang mahu menyekat kebangkitannya dalam politik Malaysia serta menggagalkan usahanya mencapai tampuk jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Anwar sedang menagih simpati Negara-negara barat yang dilihat berdiri teguh dibelakangnya bagi menekan kerajaan Malaysia termasuklah mahkamah dan penagihan beliau ini memungkin akan meletakkan  kerajaan dalam situasi serba salah demi menjaga hubungan antara kerajaan dengan kerajaan.

Cara Anwar mempromosi dirinya sebagai tokoh yang perlu diberikan peluang untuk meneruskan kebangkitan ataupun menyempurnakan agenda pihak tertentu dan mahkamah sepatutnya mengambil kira kepentingan awam sebelum membenarkan ataupun memberikan sebarang persetujuan untuk Anwar menangguhkan kes liwatnya dengan Saiful Bukhari.

Mahkamah harus melihat bahawa Anwar sedang mengadu domba, mengkhinati keluhuran undang-undang dan sekaligus sedang mencemarkan proses perundangan, seolah-olah beliau mahu proses itu memihak kepadanya lantaran beliau dilihat tokoh besar dalam dan di luar Negara.

Pencabulan proses undang-undang ini turut mengheret rakyat untuk meragui sistem penghakiman dalam Negara ini dan dengan cara Anwar merantaikan segala ceramahnya di serata negeri, rakyat mula terpedaya bahawa mahkamah juga sedang menjalankan konsiprasi untuk mensabitkan beliau sedangkan hakikat sebenar, Anwar sedang melarikan diri daripada mahkamah bagi membicarakan kes beliau.

Kita tidak mahu mahkamah kita ini akan dianggap sebagai mahkamah kanggaru, mahkamah yang dibentuk oleh Anwar untuk mengikut segala rentak tari dan acuannya dan penanggauhan berulangkali ini juga ternyata memberikan suntikan semangat Anwar untuk memanipulasikan kononnya Pendakwaraya dan mahkamah tidak bersedia kerana tidak cukup bukti bagi mendakwa. Putar belit Anwar ini makin menjadi-jadi dan Anwar dilihat akan menggunakan apa sahaja cara bagi menghalalkan segala matlamatnya.

Meskipun mahkamah mempunyai sebab tersendiri bagi menangguhkan kes ini tetapi sebab itu tidak cukup untuk menyakinkan rakyat bahawa Anwar bersalah dan perlu dibicarakan kerana sejak sekian lama, Anwar dan gerombolannya menjelajah ke pelusuk Negara bagi menyakinkan rakyat kononnya akan berulang kembali konspirasi 1998 bagi memalukan dia dan keluarganya serta sekaligus membunuh karier politiknya.

Selagi kes liwat Anwar ini dtangguhkan, selagi itulah rakyat di bawah akan membuat pelbagai andaian dan spekulasi. Rakyat yang bebal dengan undang-undang dan mahkamah akan menelan bulat-bulat segala yang Anwar syarahkan dan rakyat yang mahu undang-undang Negara ini ditegakkan tanpa memilih bulu,pangkat serta kedudukan mahu mahkamah dan Pendakwaraya serta Peguam Anwar mempercepatkan kes ini dan tidak cuba mencari jalan untuk melengah-lengahkannya.

Rakyat yang lagi cerdik akan menyakini bahawa Anwar sememangnya bersalah. Anwar memang melakukan liwat dan orang Islam yang berpegang kepada Al-Qu`an dan Hadis akan bertambah yakin bahawa sesungguhnya Anwar adalah peliwat apabila Saiful berani bersumpah menjunjung Al-Qur`an namun Anwar memilih untuk takut berbuat seperti Saiful lakukan.

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers