Wednesday, January 6, 2010
KELANTAN terus bergolak.Politiknya menjadi caca marba.Belum selesai isu Arif Fahmi menantu Nik Aziz yang dituduh mengaut keuntungan peribadi bersama isterinya Nik Amalina, Istana Kelantan turut bergoncang. Petaka datang satu persatu baik dalam pemerintahan Nik Aziz maupun dalam soal Istana Kelantan apabila dua beradik sedang hebat berebut kuasa, saat ayahnanda mereka sedang gering dan dirawat di Singapura.

Bala apakah sebenarnya dan apakah wajar rakyat diheret dalam kemelut ini ataupun rakyat Kelantan mula sedar bahawa impian mereka untuk menikmati kesejahteraan di bawah gelaran Serambi Mekah hanyalah sekadar pelengkap retorik politik daripada PAS yang bertopengkan dengan nama-nama ulama ataupun ustaz-ustaz celup untuk mengabui mata seluruh rakyat negeri itu.

Apakah peristiwa zaman Allayarham Tan Sri Mohamad Yaacob sebagai Menteri Besar Kelantan akan berulang kembali apabila Istana Kelantan mula menjauhkan diri daripada terlibat ataupun dilibatkan dalam pemerintahan kerajaan negeri hingga membawa kepada runtuhnya Kerajaan Barisan Nasional.

Sikap ego dan Nik Aziz pula dikatakan sanggup berbohong tentang status kesihatan Sultan Kelantan amat tidak disenangi oleh pihak istana apatah lagi kononnya ada dakwaan Nik Aziz dititahkan untuk mengadap baginda mengenai dengan beberapa keputusan tetapi Nik Aziz dikatakan enggan untuk masuk mengadap.

Hubungan Nik Aziz dengan Istana Kelantan semakin rengggang dan ini akan lebih menyukarkan Nik Aziz untuk mentadbir negeri itu dan kemelut hubungan ini dipercayai akan berterusan apatah lagi setiap hari berbagai-bagai pendedahan serta penyelwengan dibongkar oleh kalangan penyokong-penyokong PAS sendiri.

Bila Tengku Temenggung yang sedang terlibat dengan krisis rumahtangga menjadi jurucakap bagai pihak ayahnandanya, disanggah pula oleh Pemangku Raja bahawa adiknya itu tidak ada locus standy untuk bercakap bagi pihak Istana Kelantan.Soal Istana Kelantan ini kita serahkan kepada pihak istana untuk menjernihkannya.

Isu Bazar Tok Guru mula diperkatakan apabila janji-janji Nik Aziz sebelum PRU12 lalu akan menyerahkan kepada penjaja-penjaja yang terlibat tetapi sebenarnya telah dijual kepada syraikat Cina dengan menggunakan kuasa Arif Fhami sebagai CEO PMBK dan seorang penjaja pun tidak mampu untuk memilik ilot-lot kedai di bazaar itu kerana syarikat yang membeli daripada PMBK mengenakan kadar sewa yang terlalu tinggi.

Apakah kemelut berlaku ini rentetan daripada keosmbongan dan keangkuhan Nik Aziz sebagai Menteri Besar? Atau adakah Nik Aziz mula menerima pembalasan demi pembalasan hingga menelanjangkan wajah sebenar beliau yang selama ini diselindungkan di sebalik watak serta perwatakan ulama ataupun tok gurunya.

Tindak- tanduk Nik Aziz selama ini ternyata hanya menjadikan Islam sebagai perkakas politiknya dan beliau secara wewenang menuding ke sana sini dengan bahasa-bahasa kesat yang langsung tidak mencerminkan sikap tokgurunya apatah lagi bila beliau menyambut Tahun Baru dengan melontarkan perkataan celaka kepada penulis-penulis blog dan akhbar-akhbar tertentu.

Gaya pemerintahan Nik Aziz seolah-olah menjadikan PAS Kelantan itu sebagai parti keluarga serta saudara maranya dan segala kerakusan dan kepentingan peribadi beliau serta  keluarganya mula terdedah satu-persatu dan Nik Aziz pula sentiasa cuba mencetuskan isu-isu baru bagi menutup segala kepincangan serta penyelewengan dalam pentadbirannya daripada dihidu oleh rakyat negeri itu.

Nik Aziz seperti mabuk ubi gadung.Tindakannya semakin mamai dan untuk menutup malunya serta menyelamatkan keluarganya daripada menjadi aib kerana tingkah, kerenah dan mehnah menantu serta anak-anaknya, Nik Aziz dilihat seperti hilang punca dan menjadikan UMNO atau BN sebagai sasaran untuk diletakan segala kesalahan lampau terutama sekali yang membabitkan penipun kerajaan negeri terhadap syarikat Timbermine yang menang saman RM 800 juta.Sekaligus mendepani Nik Aziz untuk dimufliskan.

Nik Aziz sedar kerajaannnya bisa runtuh dan mungkin syarikat balak ini mengusulkan kepada mahkamah untuk memenjarakan beliau sekiranya gagal menjelaskan tuntutan saman yang dibuat oleh syarikat itu. Husam Musa cuba bertindak menjadi penyelamat dengan meletakkan kesalahan tersebut dibahu BN tanpa beliau sedar bahawa Kerajaan Kelantan tidak pun menyebut BN sebagai punca dalam pembelaannya bagi menolak tuntutan saman itu.

Mereka akan terus menuding jari kepada UMNO BN walaupun telah jelas dan nyata segala kemungkaran itu berpunca daripada Nik Aziz..celupar dan ekangkuhan Nik Aziz sedang dibayar tunai oleh Allah.

1 comments:

Anonymous said...

Sekarang ni Allah bayar CASH, doa musibah untuk Najib, akhirnya Allah kembalikan kepadanya.Cukuplah dengan sikap hipokrit dia selama ini.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers