Thursday, January 14, 2010
ANWAR semakin terdesak,Beliau bagaikan tidak ada pilihan, sebelum rakyat bangkit meludah mukanya, sebelum  tembelangnya pecah dan membusuk, dia perlu buat sesuatu dan kes liwat  yang akan dibicarakan di mahkamah tidak lama lagi membabitkan dia dengan Saiful sudah tidak sama skripnya dengan kes pada tahun 1998.

(Gambar : Saat Anwar bersama Sukma Darmawan)

Teori konspirasi yang beliau mainkan dan sedang diarak ke seluruh negara ketika ini oleh kumpulan Pemudanya sudah tidak relevan lagi. Dia sedar, dia bakal berdepan dengan malu yang cukup besar bila kes ini mula dibicarakan dan dia mula mengasak kumpulan peguambelanya supaya kes tersebut dibicarakan  di Mahkamah Syariah.

Hanya manusia yang tidak menggunakan akal sahaja akan mengatakan isu liwat terbarunya ini adalah konspirasi daripada UMNO ,polis atau sesiapa sahaja kerana kalau mahu dijadikan konspirasi, seseorang itu tidak akan mengulangi konspirasi untuk perkara yang sama. Anwar telah menjadikan rakyat bodoh dan yang bodoh itulah sedang menelan bulat-bulat kononnya Anwar tidak bersalah, Anwar  teraniaya, Anwar sedang dinafikan hak untuk menjadi Perdana Menteri. Dan berbagai-bagai lagi tomahan dibuat kepada pihak lain bagi menutup segala salah laku seks Anwar.

Anwar sudah tidak ada pilihan dan pilihan songsang yang dia buat  hari ini adalah menagih simpati negara-negara barat dan cuba menjadi hero di kalangan penganut agama Kristian apabila menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan orang-orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Apa tujuan yang Anwar selindungkan sedangkan satu ketika dulu, dia begitu lantang mempertahankan  Islam dan kalimah Allah ini katanya hanya hak eksklusif orang-orang Islam dan memberi amaran  supaya penganut agama lain tidak campur tangan dalam isu ini.

Anwar sedang mengumpul pengaruhnya dengan cara  mengalihkan isu dan dia mahu rakyat yang bukan beragama Islam melihat dia sebagai seorang yang boleh bertolenrasi dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan agama dan secara  tidak langsung mahu menonjolkan corak kepimpinannnya sedangkan Anwar masih lagi berdepan dengan soal-soal peribadi yang masih belum selesai.

Anwar sedang diperalatkan dan dia bagaikan merelakan dirinya menjadi alat ataupun instrumen daripada pihak yang berkepentingan untuk memecahbelah perpaduan dan keharmonian rakyat negara ini. Rela Anwar itu cuma dengan satu matlamat, meruntuhkan institusi yang sedang didokong oleh bangsa Melayu  untuk digantikan dengan satu sistem yang tidak akan menguntungkan orang-orang Melayu dan agama Islam.

Anwar mendepangkan tangannya dan melapangkan dada seluas maya untuk mengundang campurtangan luar dengan meletakkan kerajaan dan negara sebagai bersalah kepada dia kerana menghumbankannya ke penajara lebih kurang enam tahun kerana didapati bersalah dalam kes rasuah.

Wajah cameleon Anwar makin terserlah. Di depan puak-puak Kristian, Anwar menyokong segala usaha yang dibuat oleh penganut agama ini, di depan bangsa Melayu, Anwar menjadikan dirinya Melayu tulen dan Islam sejati dan didepan Cina maupun India, Anwar  boleh menjadi lebih hebat daripada bangsa itu.Anwar menggunakan kehebatan berpidato untuk mengabui mata rakyat.

Ketaksuban penyokong terhadap Anwar cukup menggila. Anwar berjaya menanam benih kebencian di kalangan anak-anak muda untuk membenci seluruh sistem yang ada hari ini dan digantikan dengan sistem baru yang belum nampak pun kerangkanya, walaupun begtiu janji-janji Anwar hanya sekadar retorik kerana jelas Anwar sedang berhadapan dengan masalah moral yang cukup meruncing.

Masyarakat yang celik masih belum lupa penghakiman yang dibuat satu ketika dulu apabila ada Hakim yang membuat keputusan bahawa dipercayai Anwar terlibat dalam kegiatan meliwat ini tapi dokumen penghakiman itu ditolak oleh golongan-golongan yang taksub ini tanpa mahu menilai dan mengkaji secara ilmu dan akal, siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Lebih malang lagi, yang berpendidikan tinggi, bertaraf doktor,profesor,peguma, arkitek dan bermacam-macam lagi sanggup diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim,keengganan Anwar untuk bersumpah seperti yang Saiful lakukan sepatutnya sudah boleh mereka jadikan kayu pengukur tentang siapa Anwar ini.

Anwar berselindung di sebalik nama-nama tokoh ulamak terkemuka dunia tetapi antara sedar atau tidak, adakah tokoh-tokoh agama itu diberikan gambaran yang cukup jelas  tentang apa yang sebenarnya berlaku . Ataupun hanya menceritakan kebaikan Anwar semata-mata dan menyembunyikan segala keburukan yang pernah Anwar buat bermula dari zaman Universiti Malaya, ABIM sehingga menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Penyokong harus bersikap jujur dan menggunakan akal yang bijak untuk menilai jati diri dan akidah Anwar Ibrahim ini dengan tidak membenarkan diri dimomokkan dengan cerita-cerita basi. Bayangkanlah Anwar yang satu ketika dulu cukup hebat dalam ABIM tiba-tiba hari ini menyokong Kristian? Bayangkanlah bagaimana Anwar yang pernah naik mimbar membaca khutbah Jumaat tiba-tiba boleh menjadi seperti hari ini dan sanggup mempermainkan Islam dan menjadi alat kepada orang-orang kafir.Benarlah, demi kuasa Anwar bersedia melakukan apa sahaja.

Barangkali Anwar lupa, selicin-licin belut tetap akan masuk perangkap. Sepandai-pandai tupai, ke tanah jua akhirnya.Sebab tidak ada pilihan lain, Anwar terpaksa melakukan sesuatu walauopun boleh merosakkan agama,bangsa dan negara ini demi mencapai dan menutup segala impian dan kebejatan moralnya.

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers