Monday, February 4, 2013

Mereka sedang diperalatkan!

EDAH PRU13 semakin hampir dan makin kelihatan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sedang menjuarai isu,mendekati rakyat malah seluruh pimpinan BN mula bergabung tenaga memberikan tekanan kepada pembangkang,menangani isu,persepsi serta fitnah yang bertahun-tahun dilemparkan oleh pembangkang.


Saat pembangkang terkial-kial menepis isu kalimah Allah yang mereka sedang persendakan,dendam Nik Aziz hingga membawa kepada pemecatan Nasharudin sebagai ahli Majlis Syura,kebangkitan rakyat seluruh Negara yang mula menyedari tipu helah pembangkang serta kegilaan DAP yang masuk campur dalam segala urusan parti yang bergabung dengan mereka,UMNO terus memacu serta memperkasakan komitmen membela rakya,agama,bangsa dan negara.

Namun dalam masa yang sama,BN jangan sesekali terlepas pandang dengan gerakan senyap daripada pembangkang apatah lagi memperkecilkan segala usaha mereka untuk menumbangkan BN kerana PRU13 sahajalah peluang yang ada kepada pakatan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan sedia ada kerana mereka sedar mereka tidak akan berpeluang lagi selepas ini.

Sesekali BN harus berpaling ke belakang kerana pembangkang mempunyai strategi  fitnah politik yang berseni dan tersendiri malah dengan bantuan daripada seluruh pengkhianat agama,bangsa dan Negara.kita yakin pembangkang sedang menyusun strategi untuk membantut segala usaha penerangan UMNO kepada rakyat yang selama ini terpedaya dengan tipu helah mereka.
 
Kelicikan Anwar dan kuncu-kuncunya termasuklah Nik Aziz,Hadi Awang,Karpl Singh.Lim Guang Eng serta Lim Kit Siang harus dijadikan keutamaan oleh pimpinan BN kerana mereka ini terbukti pakar dalam membina kilang-kilang fitnah serta menggerakkannya untuk terus mengelirukan rakyat dan kita percaya semakin hampir dengan PRU13,mereka akan semakin menggila menabur racun dan fitnah di kalangan rakyat jelata.

Anwar sedar bahawa partinya tidak mungkin menang dan beliau dia tidak akan menjadi PM melalui mana-mana PRU sekalipun dan beliau cuma berharap PRU13 sahaja yang akan menentukan untung nasibnya dalam kitaran politik tanahair.

Anwar yang di`remote’ oleh tangan-tangan ghaib harus mencuba dengan segala daya dengan melancarkan serangan secara konsisten bagi menghakis keyakinan rakyat terhadap agensi-agensi kerajaan seperti  PDRM, Institusi Kehakiman, SPRM, Angkatan Tentera Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Negeri termasuklah SPR adalah bertujuan untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap sistem dinegara ini.

Serangan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia pasti akan ditingkatkan kononnnya mahu rakyat menuduh SPR tidak menjalankan sistem pilihanraya yang adil dan saksama dan kita percaya pembangkang sedang menyusun strategi bagi menjadikan PRU13 kali ini adalh satu pilihnaraya paling buruk dalam sejarah tanahair dan berkemungkinan besar rakyat yang buta mata hati mereka akan diheret ke jalanraya bagi membantah kekalahan mereka nanti.

Kita lihat bagaimana kumpulan pengkhianat Negara ini bergerak mencari sokongan,tidak cukup dengan agensi kerajaan,mereka turut menyerang GLC,GOC dan syarikat gergasi dimiliki kerajaan lain seperti  Petronas, Felda, Khazanah  Holding malah badan seperti PTPTN serta AES  juga di cabuli kononnya kerajaan menzalimi rakyat dan mengaut untung daripada mereka.

Anwar tahu, jika mengharapkan pilihan rakyat, semestinya rakyat telah mula sedar pembohongan beliau terhadap  seluruh bangsa dalam Negara ini termasuklah Cina, India,Melayu dan seluruh bangsa di Sabah serta Sarawak pun telah sedar bahawa Anwar adalah `sesumpah’ politik yang sentiasa berubah mengikut keadaan sepertimana di depan Cina, Anwar berjanji dengan pelbagai kemewahan seperti peluang perniagaan dan kesamarataan dalam semua bidang,, di depan India, Anwar berjanji menaikkan taraf hidup kaum itu malah didepan Melayu pula, beliaulahdilihat pejuang agama,bangsa dan negara terulung.

Dalam masa edah PRU13 ini,kita yakin dan percaya  isu seperti  Altantunya, Scorpene, NFC, RCI dan beberapa isu terdahulu akan di rebus serta di perhangatkan semula untuk tujuan mencalarkan imej PM dan keluarganya.Pimpinan BN harus bersedia untuk menangkis serangan berbau fitnah ini.

Inilah yang disebutkan sebelum ini strategi Blitzkrieg yang mereka gunakan iaitu mengumpul sebanyak mana isu dan fitnah dan mereka akan gunakan apabila tiba masa yang sesuai dan Anwar serta pasukannnya mempunyai kepakaran menyusun bagi melaksanakan gerakan rekayasa  fitnah terhadap BN dan juga PM Najib.

Beberapa siri demonstrasi dan pehimpunan jalanan adalah antara strategi menghasut rakyat untuk bangkit menentang kerajaan dan Revolusi Warna yang disebutkan sebelum ini serta perhimpunan yangg menggunakan lambang tertentu yang di pelopori barat telah manjadi acuan pembangkang untuk menunjukkan kepada dunia bahawa sistem negara ini perlu di ubah.

Anwar dan pemikirnya dari luar negara melalui NGO tertentu yg memiliki dana tanpa had menyusup masuk ke dalam negara melalui gerakan mahasiswa dan badan bukan kerajaan yang kononnya berjuang atas dasar kebebasan sedangkan mereka ini adalah alat kepada kuasa lain yang terancang untuk mengubah rejim di sesebuah negara.

BN tidak boleh memberi muka serta memandang ringan terhadap orang seperti Anwar ini yang merupakan politikus yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat peribadi dan yakin serta  percayalah, anwar akan membuat sesuatu diluar kotak pemikiran kita termasuklah menangis ataupun bersumpah bahawa beliau bukan peliwat ataupun penzina

Tidak mustahil peristiwa kematian Benazir Bhuto akan menjadi `grand design' kepada anwar untuk menagih undi simpati daripada rakyat dan jangan terkejut sekiranya Anwar akan menjadikan peristiwa Wan Azizah ditembak sebagai kaedah terakhir mendapatkan sokongan dan mengajak rakyat bangkit.

Moga rakyat menjadikan PRU13 sebagai kesempatan terakahir menolak kegilaan politik pembangkang dan  juga medan mempertahankan Negara ini daripada terus di peralatkan oleh kuasa asing.


6 comments:

Anonymous said...

suma dlm poket anwar...kalu menang nasib,kalu kalah comfirm tak bertanding lepas nih..

Anonymous said...

Artikal LIBAS EKOR PARI ini tiada jalan lagi Anwar Juboq nak tepis. STJ kena malah wajib mencari dan menyelongkar semua agensi Kerajaan yang punyai saki baki, serdak serdak dan habok habok hingga ka debut debu yang ada elimen Anwar juboq niiihhhh... sepaya mereka tidak lagi dapat bergerak sabotaj Kerajaan dari dalam.

Setakat ini yang dah lama kita tahu dalam BTN yang mana KP nya ialah proAnwar tok tok, yang STJ dah hantam cukup cukup, biar dia balik ligat di Kuala Nerus jika dia terlalu berhajat nak jadi Ahli Parlimen.

Anonymous said...

..sudah terhantok baru terngadah.. begitu lah nasib org melayu bila kuasa politik mereka hilang kpd cina2 kapiaq dan hindu2 paria.. semua ini akan berlaku dgn bantuan dari golongan melayu yg munapig yg didalangi peliwat tegar negara serta kebodohan moosidol & hadi boroi berpolitik.. taqbir!..

Anonymous said...

DON'T JUST STAND AND WATCH, PLEASE DO SOMETHING BEFORE ITS TOOOOO LATE.

Unknown said...

Kalau PM masih lagi berdegil, nampaknya PM kita bersedia untuk menerima kekalahan dlm pru getir nanti. Sampah sarap dalam kerajaan dan agensi strstegik seperti jasa, kemas, btn dan mkn perlu di bersihkan. Umum tahu bahawa raja arif adalah tahi anwar yg dibiarkan terapung di arus perdana. Raja arif tidak pernah akui sekalipun bahawa anwar bersalah.

Anonymous said...

MASALAHNYA MAKLUMAT2 MACAM NI SAMPAI ATAU TIDAK PADA PM.SAYA MOHON AGAR STJ MENCARI SESEORG YG RAPAT DENGAN PM DAN MAMPU BAWA STJ BERJUMPA PM UNTUK STJ MEMBENTANGKAN PENDAPAT DAN HASIL KAJIAN STJ PADA DS NAJIB.MASA MAKIN SUNTUK DAN PASTINYA GERAKAN SENYAP ANWAR INI TELAH MULA BERKERJA.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers