Tuesday, June 28, 2011

Kebenciannya terhadap Melayu Islam dipamirkan cukup jelas.
KEDEGILAN dan keangkuhan Ambiga Srevenasan yang tetap mahu meneruskan demonstrasi haram yang diberi nama BERSIH 0.2 walaupun telah diberikan kata dua oleh pihak polis membuktikan bahawa bekas Presiden Majlis Peguam ini menyiratkan agenda yang di kalangan ahli Jawatankuasa mereka sahaja yang tahu.

Ambiga dilihat begitu nekad.bersedia untuk bertempur dengan polis,Perkasa,Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia,Pemuda UMNO dan sekian ramai lagi rakyat jelata yang sememangnya menentang demonstrasi yang memungkinkan akan menimbulkan mudarat kepada Negara. Tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.

Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit daripada pihak polis maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak,

Malah lebih malang lagi apabila kesungguhan Ambiga untuk melakukan kerosakan terhadap Negara ini didokong secara membuta tuli oleh orang-orang Melayu terutamanya Parti Islam Malaysia yang sebelum ini begitu kuat menentang dan mengkritik Ambiga berhubung pendirian anak dara tua ini terhadap agama Islam sehingga Salahuddin Ayub,Naib Presiden PAS menyerang forum yang diadakan oleh Ambiga dan suku sakatnya tapi hari ini PAS menjadi perkakas murahan kepeda wanita Hindu ini.

Latar belakang Ambiga ini cukup memual dan meloyakan.Sakkastiknya terhadap bangsa melayu dan agama Islam begitu menyerlah.Kebencian beliau terhadap agama rasmi Malaysia ini dilihat menjadi agenda yang cukup penting dalam perjuangannya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Keperluan menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul dan bukannya turun di jalanan menghasut rakyat.

Tindakan tanduk Ambiga ini boleh dilihat dengan jelas niatnya hanyalah untuk melindungi kekotoran pembangkang danmelahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara," katanya.

Banyak orang Islam yang tidak tahu perjuangan Ambiga ini di sebalik demontarsi haram Bersih 2.0 ini dan hari ini orang-orang Islam yang mengaku cerdik pandai sedang diperbodohkan oleh wanita Hindu ini.Melalui Suruhanjaya Antara Agama,Ambiga sedang berusaha dengan gigih untuk menunut 14 lagi tuntutan dan bukan sekadar lapan tuntutan melalui gerakan BERSIH yang mahu diadakan itu.

Apakah dia juga agen CIA yang memenuhkan tuntutan Yahudi?
14 tuntutan haram IFC yang lain ialah:

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam di dalam Negara kita hari ini.kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!
Monday, June 27, 2011

Latif jelaskan perincian belian Scorpene
PEMBELIAN kapal selam Scorpene terus menjadi modal politik pembangkang untuk menyerang kerajaan kononnya pembelian tersebut penuh dengan penyelewengan dalam kontrak pembelian dan penyelengaraannya.

Kontrak yang selama ini dianggap dokumen rahsia akhirnya dibentangkan di Dewan Rakyat bagi memperjelaskan segala tomahan buruk yang dilemparkan terutama sekali daripada Anwar Ibrahim dan suku sakat balacinya sehingga mereka menuduh kerajaan cuba menutup beberapa perkara yang mereka cipta sendiri alasannya.

Malah isu pembelian kapal selam ini dijadikan seolah-olah isu iegara,isu yang boleh menganggu gugat keselamatan negara dengan mengaitkan beberapa individu tertentu di sebalik pembelian kapal ini.Kita juga percaya penjelasan panjang lebar yang diberikan akan tetap gagal menutup mulut-mulut celupar pembangkang mengenainya.

Timbalan Menteri Pertahanan,Dato Dr Latif Ahmad dalam jawapannya cukup bersahaja menangkis satu demi hujah songsang dan retorik pembangkang yang selama ini isu itu digunakan untuk menimbulkan rasa marah rakyat kepada kerajaan.

JAWAPAN OLEH TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN DATUK DR ABDUL LATIF AHMAD KEPADA SOALAN-SOALAN TAMBAHAN KETIKA UCAPAN PENGGULUNGAN TIMBALAN MENTERI KEWANGAN 

Kontrak perolehan dua (2) unit Kapal Selam untuk TLDM ini dimeterai pada tahun 2002 dengan harga EURO 1.084 bilion manakala Kontrak senggaraan kapal selam (In Service Support - ISS) pula dimeteral pada tahun 2010 dengan harga RM230 juta setahun bagi tempoh 6 tahun.

Kontrak-kontrak ini dibuat secara berasingan kerana kekangan peruntukan perbelanjaan Kerajaan pada ketika itu dan sekaligus tidak membebankan Kerajaan untuk menanggung kos dua perolehan tersebut secara serentak.Berdasarkan Kontrak tersebut secara prinsipnya, terdapat dua mekanisme senggaraan atau balk pulih yang boleh dilakukan ke atas dua buah kapal selam SCORPENE TLDM mi sekiranya berlaku apa-apa kerosakan terhadap sistem, platform atau peralatan kapal selam. 

1) Kerosakan dalam tempoh jaminan (guarantee period) Menerusi klausa ini sebarang kerosakan yang berlaku dalam tempoh jaminan akan diperbaiki oleh pihak pembekal/syarikat tanpa memerlukan apa-apa perbelanjaan tambahan oleh pihak Kerajaan.Klausa ml berkuatkuasa selama 12 bulan dan tarikh penyerahan fizikal (physical handover) kapal selam ini kepada TLDM. 

2) Kerosakan pendam (Latent Defect) Klausa ini pula memperuntukkan sebarang kerosakan design, manufacture yang tidak dijumpai oleh Kerajaan di dalam tempoh kerosakan dalam jaminan dan sebarang kerosakan yang boleh menghalang atau menyekat keupayaan sebenar Kapal Selam seperti yang termaktub di dalam Kontrak yang bukan berpunca daripada normal wear and tear, faulty operation by the Go vernment personnel, maka di dalam tempoh 66 bulan daripada tarikh penyerahan fizikal, semua kerosakan yang tersebut di atas boleh diperbaiki oleh pihak pembekaI. 

Daripada dua mekanisme pembaikan serta balk pulih kapal selam ini, dapat dirumuskan bahawa perolehan yang dibuat adalah memenuhi keperluan dan kepentingan Kerajaan sekaligus prinsip perolehan value for money dapat direalisasikan. 

Manakala Kontrak senggaraan kapal selam (ISS) pula dilakukan secara berpakej dan merangkumi semua elemen senggaraan Integrated Logistics Support termasuk Confiquration Management, Desiqn and Modification Studies dimana pihak pembekal penlu menjamin supaya kapal selam berupaya beroperasi secara maksima selama 135 hari bagi setiap kapal selam mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan. 

Di awal peringkat rundingan, anggaran perbelanjaan bagi Kontrak ini dijangka boleh mencecah hingga RM270 juta setahun bagi kedua-dua kapal selam ini. Namun begitu setelah beberapa siri rundingan dan perbincangan diantara Kerajaan dan juga pembekal dilakukan, nilai Kontrak ini berjaya dirunding dan dimuktamadkan ke paras terendah dengan jumlah hanya RM230 juta setahun sekaligus berlaku penjimatan yang ketara sehingga RM4O juta setahun. 

Jika diteliti diperingkat antarabangsa terutamanya negara-negara yang memilik Kapal Selam SCORPENE seperti Chile dan Brazil, kontrak perolehan kapal selam dan kontrak senggaraan dilakukan secara berasingan. Begitu juga dengan negara Australia dimana Kontrak pembelian kapal selam dilakukan secara berasingan daripada kontrak senggaraan. 

Justeru itu, perkara ini merupakan international standard and norm dan pengasingan kontrak ini tidak bermakna bahawa Kerajaan mempunyai perancangan yang lemah dan tidak mempunyai kepakaran yang setanding di dalam mengendalikan armada angkatan kapal selam. Kementerian telah mula merencanakan perkana berkenaan senggaraan kapal selam ini sejak tahun 2007 lagi tetapi disebabkan oleh kekangan kewangan semasa kerajaan, perkara ini tidak dapat direalisasikan.

Scorpene yg dikontraversikan pembangkang
NOTA RINGKAS KONTRAK SENGGARAAN IN-SERVICE SUPPORT (ISS) BAGI KAPAL SELAM TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM).
 
Kontrak berbentuk ISS ini adalah secara berpakej dan merangkumi semua elemen senggaraan Integrated Logistics Support termasuk Configuration Management, Design and Modification Studies dimana pihak pembekaI perlu menjamin supaya kapal selam berupaya beroperasi secara maksima selama 135 hari setahun bagi setiap kapal selam mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan.

Letter of Acceptance (LOA) bagi kontrak ini telah ditandatangani pada 12 Ogos 2010 dengan syarikat usahasama Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd (BDNC) di antara syarikat BHIC Defence Technologies Sdn Bhd dan juga syarikat DCNS, Perancis dengan pegangan ekuiti 60%-40% dengan nilai kontrak berjumlah RM230 juta setahun selama enam tahun. 

Berdasarkan konsep Kontrak ini, pihak syarikat adalah bertanggungjawab melaksanakan segala keperluan senggaraan berjadual, iaitu Assisted Maintenance Period (AMP), Docking Essential Defect (DED) dan segala Corrective Maintenance. Bagi mencapai tahap operasi maksima selama 135 hari dalam setahun, pihak kontraktor perlu membuat senggaraan berjadual tambahan sekiranya diperlukan tanpa sebarang kos tambahan.

Terma pembayaran adalah seperti berikut: 

1) Bayaran pendahuluan sebanyak 15% dikira daripada jumlah keseluruhan nilai Kontrak (CP1+CP2+CP3) dalam bahagian EURO iaitu EURO 28,950,020 juta dan bahagian RM pula berjumlah RM79,802,819 juta;
2) Bayaran Ex-Gratia berjumlah EURO 15 juta dan RM35 juta;
3) Bayaran kemajuan bagi Contract Price 1 akan dibuat secara 3 bulan sekali;
4) Bayaran  kemajuan bagi Contract Price 2 akan dibuat berdasarkan jadual penghantaran yang telah dipersetujui;
5) Bayaran  kemajuan bagi Contract Price 3 akan dibuat berdasarkan jadual penghantaran yang telah dipersetujui. 

Status pembayaran semasa adalah seperti berikut: 

1) Bayaran  pendahuluan dalam bahagian RM berjumlah RM79,802,819 juta telah selesai dibayar pada tahun 2010 manakala bayaran dalam bahagian EURO sejumlah EURO 28,950,020 juta masih tertunggak.
2) Bayaran Ex-Gratia berjumlah EURO 15 juta dan RM35 juta telah selesai dibayar pada tahun 2010 dan juga 2011.
3) Manakala baki bayaran kemajuan bagi CP1,CP2 dan CP3 pada tahun 2011 pula masih tertunggak dan pembayaran ‘akan dibuat berdasarkan jadual pembayaran yang telah ditetapkan.

Disamping itu, skop kerja lain yang perlu dibuat adalah seperti berikut: 
1) PembekaIan serta penyelenggaraan Base Outfitting Equipment (BOE);
2) Pembekalan dan penyelenggaraan safety conditioning facifitieg, 3) Pembekalan alatganti insuran (insurance items);
4) Penyelenggaraan dan pembaikan peringkat depot (Depot Level Maitenance-DLM) termasuk pembekalan alat ganti;
5) Penyelenggaraan peralatan umbilicatservices,
6) Kajian skop dan keperluan alatganti untuk refit pertama kapal selam.
 
Pecahan nilai Kontrak adalah seperti berikut:

NILAI KONTRAK         
EURO                                                           RM
CONTACT PRICE 1                                  135,580,483                           
433,360,626
Submarine ISS,
Facilities
Operation and Maintenance
CONTACT PRICE 2                                        51,012,000
Insurance Item and Long Lead
Item Spare
Parts
 
CONTACT   PRICE 3                                                       6,407,517                                                     98,639,374
Base Outfitting Equipment, Yard
and Conditioning Facilities 

JUMLAH KONTRAK (RM) RM 1,361,900,000.00
KOMITMEN SETAHUN RM 226,983,333.33

Pecahan peruntukan tambahan yang dipohon kepada Kementerian Kewangan: 
 
1) Bayaran pendahuluan dalam bahagian EURO sejumlah EURO 28,950,020 juta (RM144,750,100 juta) yang sepatutnya dibayar pada tahun 2010.
2) Bayaran  kemaiuan bagi komitmen Kontrak tahun 2011 beriumlah RM271,961,386 juta.
Jumlah besar peruntukan yang dipohon adalah berjumlah RM417 iuta

Jawapan daripada Kementerian Pertahanan kita yakini akan terus dimanipulasikan oleh pembangkang walaupun pembelian kapal selama Scorpene ini telah lama dilaksanakan dan pembangkang berkeyakinan isu pembelian ini mampu dijadikan modal kempen untuk meraih sokongan politik terhadap pakatan mereka.
Sunday, June 26, 2011

Sampai bila berbohong?
BUKTI paling penting isu rakaman video seks ketua pembangkang, Anwar Ibrahim sudah masuk ke mahkamah kelmarin. Dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa video tersebut adalah tulen dan pelakunya 99.9 peratus serupa dengan Anwar. 

Terbukti, tiada sebarang tampering (diubah-ubah) dan super impose (pertindihan gambar).Perkara itu terkandung dalam fakta kes di Mahkamah Majistret selepas trio ‘Datuk T’, Shazryl Eskay, Shuib Lazim dan Abdul Rahim Thamby Chik mengakui bersalah tuduhan menayangkan secara terbuka video tersebut Mac lalu.

Dalam reaksi segera, pihak Anwar dan PKR, kemudian mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa orang dalam video itu bukan beliau. Awang sudah boleh jangka. Memang ada segelintir manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri. Penafian dan pembohongan sudah menjadi pakaian hidup golongan itu. 

Kalau bukan Anwar, apakah itu ‘hantunya’ atau kembar seperti dalam kisah filem? Dalam zaman serba moden, masih ada pemimpin yang mahu berbohong walaupun bukti sudah kukuh. Kalau di negara lain, pembohongan sebegini tidak mungkin terjadi. Jika berlaku sekalipun, ia tidak bertahan lama sebagaimana yang terdedah dalam beberapa skandal baru-baru ini. 

Di Turki, enam pemimpin pembangkang letak jawatan selepas skandal video seks mereka terdedah. Banyak lagi tokoh di serata dunia yang ambil prinsip kebertanggungjawaban selepas skandal terbongkar. Yang bukti masih samar-samar juga berani mengaku dan berundur sama ada mereka dari agama Islam mahupun Kristian. Malah para penyokong dan sekutu mereka sendiri akan beri tekanan supaya meletakkan jawatan demi menjaga imej parti dan organisasi. Nilai moral tetap dijunjung dan mengatasi kepentingan politik. 

Tetapi di Malaysia, ketua pembangkang sendiri berjaya main silap mata dan sedihnya, ramai yang terpedaya. Apa jenis pembangkang yang kita ada pun, Awang tak tahu. Lekeh selekeh-lekehnya. Memalukan imej negara, umat Islam dan warga dunia. Mana ada di pelosok dunia, ketua pembangkang yang terlibat dua kali kes liwat, skandal seks bersama pelacur dan menipu terang-terang, boleh terus memimpin parti dan pakatan pembangkang tanpa rasa malu dan bersalah. 

Bayangkan kalau ditakdirkan Anwar menjadi Perdana Menteri, lingkup negara dan rosak masyarakat. Beliau boleh buat apa sahaja. Ulas panjang pun, buang masa. Awang hanya mampu berdoa agar Allah memberikan petunjuk dan penyelesaiannya. Selicik-licik manusia dan sehebat mana tipu daya serta hipokrasi, tidak mampu menghadapi ketentuan-Nya.
Wednesday, June 22, 2011

Pilih salah satu-jangan tamak!
KITA teringat cerita Israq Mikraj bila Nabi s.a.w tengok manusia yang letak beban dibahu tetapi berjalan pun tidak larat dan menambah lagi beban dibahunya dan Nabi s.a.w tanya Jibrail kenapa berlaku begitu dan Jibrail jawab,itulah manusia yang sudah pun terbeban dengan amanah namun sanggup menambah lagi beban lain dibahunya.

Inilah contoh manusia yang tamak dan apa yang berlaku pada Mesyuarat Persidangan Tahunan UMNO Bahagian Pontian harus dijadikan teladan oleh mana-mana pemimpin UMNO supaya sedar diri.tidak tamak dan memegang pada janji dan paling mengecewakan apa yang berlaku di Persidangan Perwakilan  Tahunan UMNO Bahagian itu mengalami satu titik hitam dalam sejarah UMNO apabila seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak hadir, satelah menjanjikan hadir  tanpa sebab yang munasabah untuk merasmikan mesyuarat tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu yang juga seorang Duta bertaraf Menteri bukan sahaja dilihat telah berbohong kepada seluruh perwakilan UMNO Bahagian Pontian tetapi juga mencerminkan betapa beliau tidak ada komitmen terhadap parti yang beliau sendiri dokong dan sekaligus mengkhianati kepercayaan bukan sahaja ahli UMNO dalam Pontian tetapi memalukan UMNO secara keseluruhnnya.

Usaha mempengaruhi Ketua UMNO Bahagian Pontian dibuat oleh Setiausaha Politik beliau setelah tidak ada mana-mana Bahagian UMNO lain mengundang beliau untuk merasmikan mesyuarat Bahagian  yang sedang berlangsung ketika ini dan UMNO Bahagian Pontian bersetuju untuk memberikan ruang kepada Jamaluddin Jaris merasmikan bahagian tersebut walaupun pada mulanya mereka berhasrat mengundang tokoh lain.

Namun malangnya apabila tiba hari yang dijanjikan, beliau sibuk dengan aktiviti golf di Kuala Lumpur Golf Club, beliau masih memberikan janji akan hadir untuk merasmikan mesyuarat tersebut tetapi sehingga selesai mesyuarat itu,bayang tokoh ini langsung tidak nampak.

Betullah mesyuarat boleh dilaksanakan tanpa kehadiran beliau dan tidak ada apa-apa kesan kepada perjalanan mesyuarat itu tetapi sebagai sebuah pertubuhan Melayu yang terkenal dengan budaya meraikan tetamu,segala persiapan dibuat untuk menyambut tokoh tersebut yang bukan sahaja Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO tetapi Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, ibarat kenduri kahwin tetapi pengantinnya lari.

 Bayangkanlah dimana Ketua Bahagian UMNO Pontian Dato Ir Hasni Mohamad mahu  letakkan maruahnya setelah dimalukan sebegitu rupa?Tergantung megah kain pemidang di atas pentas nama perasminya tetapi akhirnya yang tinggal hanya kain pemidang sahaja?Tergamak beliau memalukan Ketua Bahagian yang mana beliau juga adalah seorang Ketua Bahagian dan bayangkanlah kalau beliau sendiri berada di tempat Ketua Bahagian itu?Bagaimana perasaan beliau?

Persoalannya kalau beliau merasakan komitmen lain seperti main golf itu lebih penting daripada tanggungjawabnya merasmikan UMNO Bahagian Pontian,mengapa beliau memberikan persetujuan untuk hadir?Relevankah kalau beliau boleh mengatakan terlupa sedangkan beliau telah dimaklumkan oleh Ketua UMNO Bahagian itu sendiri sebelum dan dihari mesyuarat itu akan berlangsung.

Sikap jamaludin Jarjis ini boleh memberikan persepsi yang buruk terhadap UMNO yang sedang melalui pelbagai pelan tranformasi yang digagaskan oleh Presiden UMNO Dan JJ harus mengakui bahawa tindakan atau mungkir janji yang beliau buat terhadap UMNO Pontian ini bioleh memusnahkan kredibilti beliau bukan sahaja sebagai seorang Duta tetapi sebagai ahli UMNO yang tidak ada komitmen ataupun bertanggungjawab terhadap parti.

Ir Hasni Mohamad seorang Ketua UMNO Bahagian yang bermasalah dengan Timbalannya Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengaitkan dia rapat dengan Perdana Menteri. Sudah pasti ketidakhadiran Jamalludin Jarjis itu member keuntungan politik kepada Ahmad Maslan yang boleh menggunakan isu itu sebagai berkata ‘aku yang minta datuk JJ jangan datang’ bagaimana jika berlaku begitu?Yang pasti akan berlaku begitu.



Friday, June 17, 2011

Mereka bersahabat baik..
DATO Eskay Shazryl Abdullah adalah nama yang telah mengegarkan 1 Malaysia dan 1 Dunia. Siapa sangka individu yang low profile ini tiba-tiba menjadi perhatian semua pihak. Saya hanya pernah melihat kelibat Dato SK beberapa kali  tetapi kesempatan tanpa dijangka melalui ajakan seorang teman menyebabkan hati saya tersentuh dan teruja untuk berkongsi sedikit cerita yang diluar pengetahuan kita. Kami yang berkunjung ke rumah beliau merupakan kumpulan pertama masyarakat setempat syang berpeluang mendengar dari individu yang sedang bertarung dengan raksaksa politikus negara, DSAI.

IBADAT HAJI & PERTEMUAN

Semasa di hadapan Kaabah dan di Raudah saya sempat untuk solat ISTIQARAH memohon petunjuk kebenaran tentang DSAI, saya memohon kehadratNYA agar diperlihatkan segala keburukan yang ada jika DSAI adalah petualang dan tidak layak memimpin negara juga berdoa untuk keselamatan negara tercinta.  Kembali ke tanahair, bermula dengan pembongkaran isu video oleh ‘Trio T’ melalui Dato SK (Nota: Beliau tidak menuduh DSAI berzina, sebaliknya hanya mengatakan “orang dalam video itu adalah DSAI dan juga dirinya), kebetulan di suatu malam hampir sebulan yang lalu, selepas solat Isyak di Masjid Muadzam Shah Kuala Nerang, saya terpandang kelibat Dato SK yang singgah bersolat di situ.  saya menghampiri beliau dan bersalam sambil mengucapkan terima kasih atas tindakannya membongkar tentang DSAI. Beliau tersenyum dan menepuk bahu saya dan berlalu.

Malam jam 8.40 /13 Jun 2011, seorang rakan mempelawa saya ke rumah Dato SK, Beliau menyambut kami dengan mesra dan terus membawa kami ke tingkat terbuka di atas rumahnya dan kami solat Isyak secara berjemaah di atas bumbung rumah diimamkan oleh Hj Mat Zain. Ruang terbuka dipuncak rumahnya yang dijadikan surau,  cukup cantik dengan pandangan terbuka dikelilingi bukit dan dataran yang luas. Sesudah itu kami masuk ke dalam rumah dan berbual.  Beliau masih mengingati saya dan mengulangi ungkapan semasa bertemu di masjid tempohari.

Sesi seterusnya terlalu menarik. Kami dibawa ke sebuah PC yang diletakkan di ruang tamu utamanya. Sambil duduk bersila kami khusuk  mendengar cerita yang keluar dari mulut beliau. Banyak isu yang dikupas dari hati ke hati dan begitu telus. Saya dapat merasakan betapa kejujuran insan bernama Dato SK yang tidak pernah kami kenali sebelum ini. 

Paling mengujakan apabila beliau membuka fólder gambar menunaikan haji pada tahun lalu. Rupanya kami berdua ada di Tanah Suci dan berkongsi berbagai pengalaman yang sangat menarik. Kisah-kisah haji beliau ketika melontar jamrah juga begitu menyentuh hati.  Ketika beliau menunjukkan gambar  ‘hujan lebat di Kaabah’ yang diambil dari bilik penginapan di hotel ‘Jam Besar’, saya pula menunjukkan rakaman video dari BB yang saya ambil dalam kebasahan hujan di hadapan kaabah ketika curahan air dari ‘Pancur Emas’ keluar mengalir. Subhanallah.

KISAH  TENTANG DSAI DIBONGKAR

Dari PC tersebut, muncullah gambar-gambar Dato SK yang sejarah hidupnya banyak berurusan dengan Kerajaan Thailand kerana tugasnya sebagai Konsulat Diraja di negara tersebut. Kami ditunjukkan banyak gambar perjumpaan beliau dengan ketua-ketua  kumpulan pejuang di Selatan Thailand. Sewaktu zaman Tun Mahathir, beliau telah diarahkan oleh Tun M untuk menjadi orang tengah di antara Kerajaan Thailand, Malaysia dan Kumpulan Pemisah bagi mencari jalan penyelesaian berbagai isu yang menjadi masalah berlarutan.

Semua akses untuk berurusan dengan kumpulan ini ada pada Dato SK. Malah melalui bukti bergambar  yang kami lihat (seperti didedahkan Wikileed) beliau memang telah mengatur beberapa siri perjumpaan kumpulan pemisah ini di Langkawi. Wikileed membuat tuduhan tidak berasas kepada beliau tetapi sebaliknya tugas beliau adalah menjadi pengantara dan pencari jalan keamanan kepada semua pihak. Kami juga ditunjukkan tentang ‘kehebatan’ dan ‘kepakaran’ setiap orang yang menjadi ketua kumpulan pemisah tersebut. 

Pertemuan dengan golongan agama dan imam-imam juga diatur di Langkawi dengan kehadiran Tun M (yang ketika itu sudah meletak jawatan) untuk membantu golongan ini. Ketika ini air mata saya bergenang memikirkan begitu pekanya Tun Mahathir kepada saudara seagamanya di Selatan Thailand, Palestin dan lain-lain tempat walaupun beliau sudah tidak mempunyai kuasa sebagai PM. Panjang lebar Dato SK menjelaskan segala peristiwa yang berlaku dan saya melihat rupanya beliau merupakan ‘kunci utama’ kepada mana-mana pihak berurusan dengan ketua puak-puak Islam di Selatan Thailand tersebut.

Gambar-gambar DSAI sewaktu siri kunjungan ke Thailand juga terlalu mengujakan kami. Kemesraan beliau dengan Dato SK boleh jelas dilihat dalam setiap keping gambar tersebut dan cukup membuatkan kita mampu berkata “betapa pembohong sungguh DSAI” yang kononnya mengatakan tidak mengenali Dato SK. Sebagai Konsulat Diraja Thailand, beliau bertanggungjawab membantu sesiapa sahaja yang berkunjung ke negara tersebut atas urusan rasmi. Namun dalam kes DSAI, beliau bukan sahaja berkunjung sebagai Ketua Pembangkang dan dibawa bertemu tokoh-tokoh utama di Thailand tetapi juga terlalu kerap ke negara tersebut dan diuruskan oleh Dato SK di sana. Sehingga hari ini DSAI Belum mampu menjawab 5 soalan Dato SK…Lihatlah gambar keakraban DSAI dengan Eskay yang diberikan kepada saya.

BAHAYA ANWAR

Dato SK juga sungguh-sungguh mengatakan kepada kami “U ingat tarikh ini- 12 Januari 2011, diantara jam 6 hingga 7 (waktu Thailand), di mana DSAI berada ketika di Bangkok?”…Saya menyaksikan sesuatu yang sangat-sangat dahsyat yang tidak selayaknya dilakukan oleh seorang yang mengaku dirinya Islam”. Saya pun bukannya alim sangat tetapi apa yang DSAI lakukan dalam masa sejam tersebut benar-benar membuat saya terfikir bagaimana pemimpin yang cukup menjengkelkan ini akan menjadi ketua  negara? Saya tak bermaksud untuk menjelaskan kejadian yang ‘diluar jangkauan’ ini.  tetapi sejahat-jahat kita sebagai manusia mungkin ada dosa besar yang Allah SWT akan ampunkan jika kita bertaubat.  Tetapi apa yang disaksikan oleh Dato SK ini adalah kejadian yang sangat berlawanan dengan fitrah DSAI sebagai seorang muslim.

Untuk pengetahuan, sepanjang kami di rumah beliau, tiada tayangan atau paparan video ditunjukkan, dan Dato SK tidak menyimpan pun salinan video setelah semuanya diserahkan kepada PDRM. Persoalan ini saya timbulkan kerana terdapat seorang dua yang ‘nakal’ mengatakan kami pasti puas kerana dapat melihat video lucah dan pergi dengan tujuan mencari ‘maksiat’. Itulah realiti sikap prasangka iblis dan syaitan yang bersarang di hati kumpulan jumud dan pencacai parti pembangkang. 

Hubungan cukup rapat tapi Anwar nafi kenal Eskay..
Kita mungkin sengaja melupakan bagaimana Anwar ketika sebelum dipenjarakan dan sesudah bebas, mengunakan pentas ceramah untuk menghina dan mengaibkan banyak pihak, dari Tun Mahathir, Pak Lah dan Najib. Berbakul-bakul umpatan dan fitnah dilemparkan kepada orang lain kerana dendam politik akibat  nafsu kuasanya diragut ketika 'nasi sudah hampir masuk ke mulut'. Anwar lupa ketentuan Allah Yang Maha Menghendaki, semuanya itu kini berbalik kepada dirinya sendiri. 

Sesuai dengan Sabda Nabi SAW,'Wahai kaum, barangsiapa yang lidahnya tidak dapat menyelamatkan orang lain (daripada umpatannya), maka tidak akan masuk iman ke dalam hatinya. Sesungguhnya sifat orang muslim itu tidak mengumpat dan tidak mendedahkan aib dan keburukan sesamnya. Sesungguhnya, siapa yang mendedahkan aib saudara seIslamnya, maka Allah akan bongkarkan aibnya, WALAUPUN DILAKUKAN DI DALAM RUMAH DAN BILIK YANG TERTUTUP RAPAT'. (riwayat Abu Daud). Bukankah hadis ini ada kaitan dengan apa yang berlaku kepada Anwar. 

Banyak cerita mengenai pengalaman lama,  SMS, email dan bukti-bukti ditunjukkan Dato SK kepada kami pada malam itu mengambarkan betapa beliau sudah cukup bimbang jika manusia yang dikenalinya ini diangkat oleh PAS sebagai rakan sekutunya. Beliau mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan beberapa pemimpin kanan PAS. Dato SK tidak berminat dalam politik dan tidak mahu menyebelahi UMNO atau PAS. Beliau seorang bekas konsulat yang dilihat langsung tidak memihak kepada mana-mana parti. Saya dapat melihat keikhlasan kerana beliau bukan ahli mana-mana parti politik dan sama ada UMNO mahu pun PAS. 

Beliau banyak membantu mereka khususnya di Padang Terap.  Semua masyarakat setempat tahu sumbangan beliau di sini dan keperihatinan beliau kepada kehendak orang ramai. Apa yang dikongsi pada malam itu lebih kepada peringatan sangat penting kepada PAS supaya tidak bersekongkol dengan Anwar. Dato Eskay terlalu bimbang imej PAS yang kian tercalar disebabkan DSAI akan menyebabkan PAS rebah. Sedangkan beliau sangat mengenali watak sebenar DSAI.

Banyak perbualan saya dengan rakan-rakan PAS juga bersetuju bahawa imej PAS kian tergugat gara-gara Anwar. Mereka amat mengharapkan PAS tidak berkerjasama dengan Anwar demi menyelamatkan parti tersebut ditolak oleh orang Melayu yang semakin bimbang. Dato Eskay amat menghormati rakan-rakan pimpinan PAS dan ingin menyelamatkan parti tersebut dari manusia yang  sangat-sangat MERBAHAYA kepada keamanan di Malaysia.

Bukankah kita telah melihat bukti bagaimana DSAI mengatur gerakan refomasi dan mengajurkan tunjuk perasaan yang mendatangkan huru hara. Semua ini telah berjaya dicatur oleh beliau dan menyebabkan begitu banyak kesan yang diluar jangka. Malah hubungan beliau dengan Dato SK adalah hubungan yang ‘ada makna’ demi kerakusan kuasa untuk menggunakan segala sumber dan ‘membuka kunci’ pertemuan dengan kumpulan pemisah ini, Mungkin anda boleh berfikir secara mendalam, apakah yang boleh dilakukan oleh manusia bernama DSAI ini jika keadaan semakin terdesak? Eskay tidak memerlukan Anwar dalam karier dan kehidupannya, tetapi Anwar sangat-sangat memerlukan beliau demi cita-cita dan nafsu politiknya.

Tanpa dendam, tanpa sebab keuntungan, beliau terpaksa melakukan sesuatu tindakan paling berani dan berisiko terhadap keselamatan diri sendiri. Tapi bagi saya Itulah nilai diri seorang pejuang agama, bangsa dan negara yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit untuk kita bayar kepada keselesaan dan ketenteraman beliau. Selama ini kita tercari-cari bukti nyata dan banyak pihak yang fanatik sering menafikan ‘kemungkaran’ DSAI. Eskay membongkarnya dengan tujuan dan niat untuk menyelamatkan negara. Beliau mempelawa penyokong PAS untuk melihat kebenaran yang selama ini mereka cari. 

Kita semua tahu dan melihat pendokong PAS menganjurkan SOLAT HAJAT dengan memenuhi stadium. Bagi saya sehingga mati pun, mata hati penyokong pembangkang tidak akan terbuka kerana Solat Hajat yang dilakukan adalah untuk ‘menafikan kebenaran’ dan ‘mempertahankan kebatilan mereka’. Bukankah kita dianjurkan memohon petunjuk ? melalui petunjukNYA, Allah akan memberikan yang paling baik untuk kita. Kita tidak tahu adakah apa yang kita hajati itu baik untuk kehidupan dunia dan akhirat, tetapi kita terus meminta dariNYA sedangkan hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kehidupan kita.

Saya ‘melihat’ sesuatu dengan SOLAT ISTIQARAH, Allah SWT membuka jalan dan petunjuk kerana saya inginkan ‘cahaya kebenaran dariNYA’. Pintu kebenaran dibuka olehNYA dan segala kisah yang saya lalui itu adalah petunjuk dan jalan yang memang saya cari untuk mengukuhkan pendirian dengan sikap rasional dan berfikiran terbuka. Syukur kepada Allah SWT yang telah membuka pintu-pintu kebenaran dan menerima ketentuan ini sebagai petunjuk dariNYA. Juga rasa bangga kerana dapat dipertemukan dengan insan  yang sangat budiman dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara Malaysia.  

Tindakan paling tepat dan paling berani yang di lakukan oleh Tun Mahathir ternyata telah membantu negara terselamat buat seketika, tugas selanjutnya adalah menyingkirkan petualang ini dari arus politik perdana..Tugas ini kini terpikul sepenuhnya kepada kepimpinan PAS dan pendokongnya. SELAMATKANLAH MALAYSIA ! 

Catatan : CR Lokman Moidin.
Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers