Saturday, December 6, 2014
6:51 PM
|
Harapan besar di bahu Ahmad Razif.. |
SENTUHAN
ringkas dan manja tentang apa yang berlaku di Terengganu baru-baru
ini melalui Facebook Rafi Awg Kechik II rupa-rupanya telah dijadikan
modal dan bahan polemik oleh seorang anak Terenganu yang mempunyai
cita-cita politik di Kuala Nerus untuk menghasut MBAhmad Razif dan rakyat
Terengganu kononnya penulis berniat jahat untuk menjatuhkan maruah MB
dan rakyat Terengganu sehinggakan beliau menggerakkan satu
gelombang untuk menyerang kredibiliti penulis.
Penulis
faham maksud anak Kuala Nerus di Putrajaya berbuat demikian,ini
kerana beliau kini sedang menghitung hari untuk disingkirkan dari
kerusi empuk di Putrajaya atas sebab kegagalannya menjadi Ketua
Jabatan dan tindakan yang beliau lakukan adalah untuk menjadi juara
di mata MB itu saolah-olah satu strategi mencari nyawa untuk mencari
tempat dalam kerajaan negeri dan mencari kedudukan dalam politik
Terengganu.
Sebab
itulah disebar merata didalam FB dan media maya, poster yang
dibuat oleh para macai kepada budak Kg Pengkalan Arang ini gambar
penulis dengan ayat `kechik pada Rafi, besar pada rakyat
Terenganu dan Rafi perlu mohon maaf'.
Kepada
MB dan seluruh rakyat Terengganu, jika sentuhan manja itu ditafsirkan
sebagai menjatuh maruah MB dan rakyat Terenganu, maka penulis
memohon maaf secara terbuka namun ingin ditegaskan, pada penulis,
apa yang cuba disampaikan itu tidak `kecil pada pada Rafi,
tetapi besar pada rakyat Terenganu' sebaliknya sesuatu yang `besar pada Rafi dan perlu juga menjadi besar pada rakyat
Terengganu' kerana ianya berkaitan dengan persoalan yang akan
menentukan apakah Terengganu sebuah negeri yang mencipta banyak
sejarah, negeri cantik, budaya menarik dan orang-orangnya baik-baik,
cerdik-cerdik dan tidak kurang juga ramai yang pelik-pelik, ini akan
kekal menang kepada BN dan terus dapat menjadi “safe deposit”
kepada Kerajaan Persekutuan sebagaimana harapan PM yang sanggup
mengambil keputusan `beraninya' yang luar biasa menukar kepimpinan Menteri Besar dalam keadaan BN Teranganu cuma menang simple majority 17-15.
Semua
rakyat Terengganu tahu bahawa perlantikan Ahmad Razif sebagai MB Terengganu
ke 14 dibuat dengan pekenan Tuanku Sultan dan restu PM Najib dalam
keadaan politik BN Terenganu seakan telur di hujung tanduk. Tanpa
niat untuk menyelak semula lembaran sejarah apa yang telah
berlaku dalam PRU 13, yang memberi kemenangan tipis 17-15, semuanya
telah terjawab apabila keputusan dibuat pada 12 Mei 2014 jawatan MB
bertukar tangan kepada Ahmad Razif yang terkandung bersama perubahan
itu adalah harapan baru rakyat Terengganu, kakitangan kerajaan negeri
dan yang paling utama pendokong gerakan, bahawa UMNO dan BN akan
kembali menguasai dan diterima oleh rakyat terbanyak.Itulah juga
harapan PM Najib.
Namun
pada hari ini setelah 207 hari Ahmad Razif bergelar MB, bukannya menjadi
rahsia kepada rakyat Terengganu, penganalisa politik bahkan PM Najib
pun tahu bahawa kini dari segi angka bukan lagi 17-15, tetapi sudah
jadi 16-15 kerana yang satu Dun lagi boleh dianggap "kehadiranya
dirasa ketiadanya, ketiadaanya dirasakan kehadirannya".
Cubaan menyerang kredibilti penulis |
Situasi inilah yang menjadikan setiap kali mahu berlangsungnya Sidang
DUN, langkah-langkah `pre emptive' terpaksa diambil menghadapi
pelbagai kemungkinan kerana sering bertiup suara-suara nakal daripada
ADUN-ADUN BN yang boleh dianggap mengugut dan mencabar kepimpinan
MB. Inilah realiti politik semasa yang terpaksa dihadapi oleh beliau
yang rakyat Terengganu secara keseluruhannya perlu faham yang tidak `kecil pada Rafi, tetapi tetapi amat besar' dan perlu di pikul
oleh BN dan UMNO secara bersama secara SOLIDARITI, apatah lagi di
bahu rakyat Terengganu terpikul amanah dan tanggungjawab agar tidak membiarkan Terengganu ditawan semula oleh
pembangkang sebagaimana yakin pembangkang melalui catatan dalam `war
room' mereka bahawa antara negeri yang mereka akan tawan dalam
PRU 14 adalah Terengganu.
Namun
hingga kini rakyat yang menjadi pendokong dan pembawa obor UMNO di akar
umbi ternanti-nanti apakah pengisian Transformasi Terenganu Baru
(TTB) yang boleh menarik sokongan, menimbulkan rasa suka dan rasa
simpati yang akhirnya diterjemahkan kepada analisa sikap mengikut
DUN menunjukkan angka 17-15 sudah bertukar menjadi 28-4 ataupun
paling kurang 22-10. Atau bagaimana kedudukannya kalau di gunakan
analisa umum TPM dalam PAU 2014 , berapa % kah peningkatan sokongan
kepada BN sejak 207 hari yg lalu??
Apakah
graf sokongan sudah meningkat, mendatar atau semakin menurun?Jika
perkongsian deria politik dengan pimpinan politik yang berada di arus
perdana dan yang juga makin tersisih di pinggir kuasa politik,
bermula dari selatan iaitu Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Marang,
Kuala Terengganu, Kuala Nerus, membawa ke utara Setiu dan Besut,
mereka seakan senada dan seirama bahawa tidak ada khabar gembira
sebagaimana pemulihan sokongan yang pernah berlaku ketika era
`gelombang biru' dan semasa `tiada halangan hanya peluang' bergema
dan menjadi mainan bibir rakyat Terenganu buat masa ini.
Malah
dibeberapa kawasan parlimen MB dan PM Najib juga tahu apa cerita
eksklusif yang sedang berlaku, yang dicetuskan oleh watak-watak
orang-orang yang cerdik-cerdik tapi pelik-pelik yang memberi kesan
negatif ekoran tercetusnya konflik politik.
Manakala
dalam lingkaran yang lebih dalam pula pelbagai tanggapan dan persepsi
berkait dengan kepimpinan dan pengurusan MB yang dikatakan terikat
dengan watak-watak tertentu di luar Terengganu yang mencorak cara
gaya kepimpinan dan pentadbiran MB Terengganu. Ada tangan-tangan
ghaib yang membuat keputusan saolah-olah MB sekadar mengikut sahaja
acuan yang telah disediakan oleh orang lain.
Persepsi
ini disebar luas berkait dengan perlantikan Setiausaha Politik yang
kemudiannya tidak disukai oleh orang-orang tertentu yang meminta MB
memecat dan digantikan dengan orang yang disukai oleh orang yang berada
di luar Terengganu.
Akhirnya kini MB mempunyai dua Setiauasaha Politik
iaitu Ustaz Rosdi Muda dan Dr Rozelan (tidak pernah berlaku ada dua
Setpol untuk MB). Apakah yang berlaku ini memberi nilai tambah yang
baik kepada MB? Ini hanya satu contoh malah banyak lagi perkara yang
berkaitan dengan perlantikan Pengerusi GLC, perlantikan jawatan
penting dalam Perhubungan UMNO Negeri seperti Bendahari, yang
kesemuanya di gambarkan mempunyai campurtangan tangan-tangan ghaib
yang seolah-olah mempunyai kuasa preogratif seorang MB dan Pengrusi
Badan Perhubungan yang kesannya menjadikan Ahmad Razif seorang YAB
yang kurang di hormati oleh pimpinan politik Terengganu.
Shabery Cheek antara tokoh dari Terengganu |
Ini belum
lagi karenah dan lagak beberapa TCS (Pegawai Tadbir Negeri) yang mula
mengepong MB dan mengikut sumbernya sudah mula ada watak seperti WAN
AHMAD KE-2 dan KE-3 seperti masa legasi mantan MB, Ahmad Said yang
dikatakan menjadi punca utama kemarahan rakyat Terengganu kepada
beliau pada waktu itu.
Apatah
lagi MB kini mengambil sikap saolah-olah semua isu dan semua perkara
dalam makluman beliau, menjadikan pimpinan politik termasuk dalam BBC
mengambil sikap “diam lebih baik” kerana jika bertemu
beliau untuk memaklumkan sesuatu, baru sahaja mula bercakap 2 minit,
MB akan memberi respon balik dalam bentuk mini ceramah selama 20
minit menghurai perkara yang sama, seolah-olah MB lebih tahu
semuanya.
Dalam
tempoh 39 bulan berbaki mengikut masa yang diberi oleh TPM untuk
melihat nasib dan masa depan UMNO dan BN, Ahmad Razif perlu bertindak
segera keluar dari kepompong persepsi sedia ada malah perlu menukar
segera persepsi negatif yang mula terbina dalam lingkaran pimpinan
politik Terengganu terhadap beliau dengan yang lebih positif.
Peristiwa memalukan beliau dalam mesyuarat MKT UMNO di PWTC tidak
harus dibenar berulang semula.
Jika
betul beliau agak terikat kerana `budi' yang menyukarkan beliau
menjalankan tugas sebagai MB mengikut kebijaksaan yang beliau miliki,
janganlah lah pula kerana `budi' itu akan menyebabkan parti
tergadai.
.
Mengenali Ahmad Razif, beliau mempunyai visi, karisma, pengalaman dan kebijaksanaan malah bukanlah satu perkara yang sukar untuk beliau segera bertindak menyusun gerakan strategik bagi memastikan kegemilangan semula UMNO dan BN di Terengganu. apatah lagi dengan berlatar belakangkan pendidikan profesional dalam bidang psikologi dan kaunseling. beliau lebih tahu tentang PNA (political needs analysis), beliau memahami karektor manusia yang terbina dari himpunan pengalaman masa lampau, teori hirakie maslow, teori behavior freud, konsep johary window dan teori gestalt.
Mengenali Ahmad Razif, beliau mempunyai visi, karisma, pengalaman dan kebijaksanaan malah bukanlah satu perkara yang sukar untuk beliau segera bertindak menyusun gerakan strategik bagi memastikan kegemilangan semula UMNO dan BN di Terengganu. apatah lagi dengan berlatar belakangkan pendidikan profesional dalam bidang psikologi dan kaunseling. beliau lebih tahu tentang PNA (political needs analysis), beliau memahami karektor manusia yang terbina dari himpunan pengalaman masa lampau, teori hirakie maslow, teori behavior freud, konsep johary window dan teori gestalt.
Kelebihan
ini semua membolehkan beliau merencana plan strategik komprehensif
untuk TTB, tidak sekadar menjadi slogan sebaliknya sesuatu yang dapat
di ukur pencapaiannya dan memberi kesan politik dalam bentuk sokongan
di kertas undi.
Tidak
dinafikan telah banyak program, aktiviti dan keputusan-keputusan yang
dibuat yang menuju ke arah yang dimaksudkan tetapi setakat ini ianya
tidak dirasai meresap ke akar umbi. Lihat sahajalah kepada satu
contoh program strategik dalam membina kader dan jentera yang disusun
mengikut DUN, program RPT(Remaja Permata Terengganu), akhirnya
kehadiran peserta daripada Parlimen Kuala Nerus sendiri gagal
menepati matlamat apabila ada pelajar-pelajar sekolah yang hadir.
Berapa DUN yang berjaya capai matlamat? Bagaimana dengan
program-program anjuran ATRA (Agensi Transformasi Rakyat)?
Apakah
peruntukan-peruntukan yang dikeluarkan berbaloi dengan kesan politik
kepada UMNO dan BN? Program strategik tidak akan menjadi strategik
jika tidak dirancang,disusun dan dilaksana secara strategik yang
akhirnya sekadar retorik. Inilah keutamaan MB sekarang dalam tempuh
39 bulan yang ada iaitu membina pasukan strategik untuk bekerja bersama MB
dalam susah dan senang bagi mencapai matlamat PM Najib dan
mengulangi sejarah gemilang 2004.
Atas
sebab itu tidak salah rasanya mengambil semangat solidariti,Ahmad
Razif bergerak pro aktif dan berlapang dada membawa bersama ahli MKT
seperti Idris Jusoh dan Ahmad Shabry Cheek duduk bersama dalam Badan
Perhubungan UMNO Negeri Terengganu sebagai Penasihat dan kemudiannya mereka
diberi tugas merangka strategi dan program di DUN-DUN yang kalah.
Gabungan kepakaran diperlukan... |
Kepakaran
dan daya juang yang mereka miliki amat rugi jika tidak digunakan. Ingatlah kepada bidalan lama" ular menyusur akar, tidak akan
hilang bisanya" dan menerima pakai idea dan pemikiran
tokoh-tokoh hebat yang Terengganu miliki dalam membawa kegemilangan
kepada BN Terengganu pasti akan memberi nilai tambah yang bermakna.
Begitu juga dengan peranan anak-anak Terengganu di perantauan. Tidak selamanya mereka terus menjadi orang yang hanya memalu gendang
diluar gelanggang,mempertikai, memperlekeh seolah-olah mereka lebih
pandai tanpa rasa tanggungjawab memberi idea dan sama-sama bekerja.
Pintu
telah dibuka oleh MB untuk mereka sama-sama membantu memastikan
Terengganu sentiasa berada di landasan yang diimpikan. Usahlah
menunggu hamparan permaidani untuk pulang memberi sumbangan dankKepada
anak Terengganu yang merasakan diri mereka berada di tampuk kuasa di
Putrajaya, usahlah merasa kita lagi hebat dan berdarjat sedangkan
hakikatnya kepada rakyat, kita adalah pengkhianat.
Kepada
seluruh rakyat Terengganu yang sayangkan Ahmad Razif, haruslah mengambil iktibar. Idris Jusoh akhirnya meninggalkan kerusi MB atas alasan
politiknya kerana sokongan rakyat Terengganu makin berkurang selepas
PRU 2008 berbanding kemenangan besar PRU 2004.Ahmad Said juga diminta
meninggalkan kerusi MB atas alasan sama kerana makin merosot sokongan
kepada BN selepas PRU 2012.
Apakah
Ahmad Razif tidak akan diminta berbuat perkara yang sama jika gagal
mengembalikan sokongan rakyat kepada BN selepas PRU 14 nanti? Sebab
itulah KPI yang telah dibuat oleh Badan Perhubungan hasil pelbagai
sesi `brainstorming' dan pelan taktikal SWOT dan SMART yang telah
mengenal pasti kawasan `stronghold' dan `weak spot' tidak memberi
apa-apa makna jika MB terus membiarkan orang-orang yang rasa mereka
“cerdik tapi pelik” menguasai bukannya dikuasai.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Ilmu tasauf ada menyebut: 1 jari yg menunjuk kesalahan kpd org lain, ingatlah ada 4 jari yg menuding kpd diri sendiri.
ReplyDelete