Thursday, December 25, 2014
Gerakan mengangkat pemikiran Anwar!
TAHUN 2014 hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. tahun yang pada sesetengah orang menilainya sebagai tahun kegelapan untuk Malaysia dan penilaian itu dibuat berasaskan kepada pelbagai bala bencana menimpa negara seperti kehilangan MH 370, terhempasnya MH 17, kemarau sehingga kekurangan bekalan air, tanah runtuh dan bencana yang menutup tirai Disember 2014 adalah banjir besar dan cukup luar biasa melanda negara khususnya di Pantai Timur. 

Segala musibah yang berlaku pasti ada hikmahnya, paling kurang menguji sesiapa di kalangan kita yang akan bersyukur dan siapa pula yang terus menjadi kufur, sambil berdoa semuga fajar 2015 akan membawa sinar yang lebih benderang walaupun mungkin cahayanya hanya kelihatan di hujung  terowong.

Namun apa juga bencana yg telah berlaku ianya tidak sehebat bencana yang dialami oleh Tun Mahathir dan Pak Lah hadapi. Bencana banjir, kemarau, hilang dan jatuh kapal terbang walaupun ianya melibatkan satu negara berkabung ianya tidak dirasai oleh pemimpin seteruk bencana gerakan menjatuhkan pemimpin khususnya PM. Bencana itu telah dirasai oleh Tun M dan juga Pak Lah, tapi belum dirasai oleh Najib.Apakah di tahun 2015, PM Najib akan turut sama merasai bencana ini?


Kepimpinan UMNO secara keseluruhannya faham dan tahu isi hati daripada seorang Timbalan Presiden dan juga Presiden yang disampaikan semasa merasmi dan menutup persidangan UMNO 2014 yang lalu dan kini kepimpinan UMNO disemua peringkat mungkin sedang menyiapkan perancangan gerak kerja dan `blue print ' untuk mencapai matlamat memenangi 2/3 majoriti yang pastinya gerak kerja ini masing-masing telah menetapkan jadualnya bermula tahun 2015.

Apa maknanya perubahan dan idea peremajaan UMNO jika hanya UMNO yang di minta berubah sedangkan pejabat PM dan jentera PM Najib tidak berubah?Berubahkah pejabat PM Najib jika Shahlan yang bukan lagi Setiausaha Politik tapi terus dibenarkan berkuasa? Berubahkah jentera PM jika Raja Arif yang akan tamat kontraknya pada bulan Mac nanti disambung lagi? Bahkan kumpulan ini tiba-tiba mengepung dan cuba mengaburi mata PM Najib bahawa sokongan politik sudah berubah pada tahun 2015 dengan menghimpunkan orang-orang Melayu kononnya 25,000 orang melalui program Gerakan Renaissance Melayu? 

Apakah PM Najib mahu memulakan tahun 2015 dengan mengundang bencana kerana bakal tertipu lagi dengan gerakan jentera-jentera Shahlan dan Raja Arif yang semata-mata mahu tunjukan bahawa mereka masih penting dan releven kepada PM Najib? Apakah PM Najib benar-benar buta menilai tentang intan dan kaca (atau dibangangkan-pinjam istilah Najib) sehingga tidak boleh membaca gerak tari dan langkah silat mereka berdua ini?

Nama program ini pun sepatutnya PM Najib sudah boleh hidu siapa mereka. Apakah PM lupa pada buku kononnya tulisan Anwar Ibrahim yang tajuknya THE ASIAN RENAISSANCE ? Siapa yang akan guna istilah ini jika bukan di kalangan mereka yang didalam hatinya adalah ANWAR?Apakah corak gerak kerja seperti ini juga adalah gerak kerja ANWAR?Cukup-cukuplah PM Najib dibangangkan oleh mereka berdua ini!

Buku yang dijadikan panduan menumbangkan Najib
Apakah PM sudah kehilangan orang cerdik pandai dan langsung tidak boleh melihat orang lain selain daripada Shahlan dan Raja Arif? Apakah nasihat daripada Ketua-Ketua agensi ygan lain yang lebih berwibawa dan jujur sudah tidak bernilai sehinggakan bila kekosongan jawatan KP JASA pun tidak ada nama lain yg disebut selain daripada nama Shahlan atau Raja Arif. Buruk sangatkah nilai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik di mata PM Najib sehinggakan langsung tidak ada dalam senarai untuk dipertimbangkan?

Sedangkan hakikatnya apakah mereka ini berkesan membantu kerajaan dan PM Najib sendiri setiap kali diserang oleh pembangkang ataupun musuh politik PM Najib dalam UMNO?Apakah Raja Arif melalui BTN menjawab isu-isu pada setiap kali PM Najib, kerajaan dan Rosmah Mansor diserang dengan segala macam fitnah dalam siri-siri kursus BTN dan lawatan-lawatan beliau ke luar negara kononnya betemu pelajar?Apakah Shahlan  atas kapasiti Pengarah Strategik yang PM Najib sanggup korbankan prinsip keselamatan sebagai seorang Perdana Menteri bila melantik beliau ke jawtan itu walaupun tahu adiknya Saifuddin Nasution Setiausaha Agung PKR (ketika lantikan) dan, apakah kedua-dua makhluk ini menjawab segala isu-isu dari dulu hingga kini baik di dalam maupun di luar negara? (mereka ini selalu berulang alik ke luar negara kerana 2% sokongan rakyat yang akan menumbangkan BN tinggal di sana). 

Cubalah dapatkan maklumat dari sumber-sumber lain tentang modul dan pengisian ceramah BTN.Tiada langsung menjawab isu malah di BTN tidak ada langsung tugasan itu. Jadi apa yang mereka ini buat?

Untuk pengetahuan semua,setakat ini yang betul-betul berjaya mereka laksanakan hanyalah menghidupkan semula sel-sel gerakan Anwar dengan memberi tempat kepada pendokong gerakan `renaissance ' Anwar bernafas.Kepada yang dilatih dalam usrah ABIM diberi tempat untuk mengetuai Bahagian-Bahagian dan Cawangan-Cawangan dan dibina semula sebagai Tenaga Penggerak (TP). Manakala yang mereka berjaya juga adalah menjadikan BTN sebagai tempat kumpulan mereka melombong emas yang ada,ditubuh Koperasi dengan hasrat mengawal semua aktiviti berbentuk ekonomi seperti membekal perkhidmatan dan lain-lain urusan dengan kem-kem latihan di seluruh negara.

Hakikatnya kedua-dua watak antoganis ini beria-ia untuk terus berada di beranda kuasa itu bukanlah sebenarnya untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara tetapi semata-mata kerana arahan dan tugasan sebenar yang diberi oleh Anwar belum terlaksana dan berjaya. Sepenuhnya dan sebab itulah apa juga cara perlu dilakukan supaya PM Najib percaya termasuklah program yang kononnya Gerakan Renaissance Melayu pada bulan Januari nanti. Cuba jelaskan apa kesan politik kepada UMNO dan BN serta kepada PM Najib?

Gila bila Raja Arif diangkat sebagai pejuang Melayu
Sehinggakan sanggup pula guna Suhaimi Baba untuk buat rakaman dengan menonjolkan bahawa Raja Arif itu tokoh pejuang Melayu (gila sesiapa sahaja yang terfikir Raja Arif ini tokoh )manakala Suhaimi Baba pula mungkin terhutang budi kerana BTN `beli' filem Tanda Putera dimana andainya BTN tidak menampung kos dengan menayangkan filem tersebut dalam acara-acara tertentu,Shuhami Baba akan menanggung kerugian yang maha dahsyat, maka beliau pun bersetuju. Mana mungkin tayangan filem Tanda Putera ditayangkan secara percuma dengan tidak ada apa-apa kos dari BTN.`Deal' perniagaan filem ini hanya Raja Arif dan Shuhaimi Baba sahaj yang tahu!

Pada masa hampir muflis kerana filem Hati Malaya dulu, siapa yang `beli '? Apakah dalam kajian Suhaimi Baba tentang tokoh-tokoh pejuang Melayu, nama Raja Arif ini tertulis dalam lipatan sejarah? Apa sumbangan beliau jika ingin dibandingkan dengan tokoh-okoh Melayu lain seperti Tun Hanif Omar, dan ramai lagi yang lain?

Sebab itulah jika tahun 2014 menjadi tahun gelap kepada sejarah negara dengan pelbagai bencana, jangan lah pula tahun 2015 PM mengundang bencana yang lebih besar dengan mengundang gerakan menumbangkan PM Najib. Adalah satu permulaan bencana kepada PM Najib jika tidak berhati-hati dlm membuat keputusan dan menilai intan dan kaca. 

Kesilapan melantik KP JASA dan keputusan menyambung Raja Arif sebagai KP BTN akan jadi kayu pengukur untuk melihat sama ada bencana 2015 akan dirasai atau pun sebaliknya.Jika PM Najib merasakan negara ini akan selamat jika Shahlan dan Raja Arif ada bersama, maka teruskanlah, usah peduli suara rakyat dan suara pemimpin-pemimpin kecil yang berada di bawah kerana siapalah mereka dari segi nama, status dan jawatan,tidak ada nilai pun jika dibanding dengan para penasihat yang nyata mempunyai gelaran dan macam-macam kelebihan.

0 comments:

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..