Monday, December 1, 2014
10:00 AM
|
Bakal karamkah bahtera pimpinan PM Najib? |
TIRAI PAU 2014 telah selamat dilabuhkan dengan
mencantumkan seluruh perasaan para perwakilan dan pimpinan UMNO
dengan roh kebersamaan,solidariti dan `wahdatul fikr' untuk menunaikan
tanggungjawab fardu kifayah kepada agama dan bangsa yang
dimanifestasikan dengan penuh sebak melalui lagu WARISAN, sebuah lagu
yang liriknya menggambarkan kedudukan orang Melayu dan memotivasikan
orang-orang Melayu untuk bertindak demi masa depan.
Warisan juga menjadi sebuah lagu yang bila bergema boleh
menghadirkan pelbagai memek muka, ada yang bersemangat, ada yang
hiba, ada yang gerun, ada yang geram, menyampah, mencebik bibir dan
tidak kurang juga yang kepanasan bagaikan syaitan mendengar ayat suci
Al-Qur'an dan sebab itulah bukan perkara yang ajaib jika agensi yang
secara `legitemate' ditubuhkan pada 1974 oleh PM pada waktu itu
Tun Abdul Razak, ayahanda kepada PM Najib untuk melatih dan
membina Melayu pun kepanasan bila dengar lagu ini dan tidak
teragak-agak mengambil tindakan tatarertib jika lagu ini berkumandang
dalam program latihan mereka.
Melayu yang kepanasan dan histeria bila dengar bait-bait
"Melayukan gagah di nusantara" ini pastinya Melayu yang
sudah jadi barua Cina dan Yahudi seperti banyak bukti yang telah
ditunjukan oleh Anwar Ibrahim maka betul lah tindakan Raja Arif yang
hari ini mengetuai agensi berkenaan iaitu BTN menghapuskan lagu ini
kerana beliau dan Anwar adalah dari spesis yang sama iaitu
mendaulatkan Cina dan Yahudi.
Kepuasan juga tergambar di wajah lebih 2,000 perwakilan yang
mewakili semua peringkat kepimpinan UMNO di seluruh negara dan pada
wajah-wajah para ulul amri yang menjadi `desicion maker 'yang akan
menentukan jatuh bangun, hala tuju dan `new destination' yang
memerlukan `new maps' bangsa melayu untuk menjadikan `melayukan
gagah di nusantara'.
Dengan berbekalkan `frame work of mind ' dari Timbalan Presiden yang disampaikan kepada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri melalui ucapan perasmian serta `frame work of mind ' daripada Presiden semasa ucapan dasar,seluruh perwakilan dan pimpinan akhirnya patuh dan bersetuju secara `collective responsibilities' tentang peri penting solidariti dan peremajaan yang akan dijadikan menu utama dan wajib disamping menu-menu lain yang akan dihidangkan oleh UMNO selepas ini.
Walaupun Ucapan Dasar Presiden kali ini dilihat agak
ketinggalan dari segi meritnya berbanding Ucapan Perasmian Timbalan
Presiden di mesyuarat sayap-sayap UMNO serta ucapan yang tiada "wow"
dan memberi kesan sebagaimana biasa(di fahamkan ucapan kali ini
uruskan oleh geng-geng Shahlan yang telah terbukti gagal dalam
politik dan strategi), namun para perwakilan dan seluruh umat Melayu
kecuali yang sama spesis dengan Anwar yang kepanasan mendengar lagu
WARISAN perlu berdiri teguh menyokong keberanian Presiden
mengekalkan dan menambahbaikan Akta Hasutan 1948 yang sekaligus
menamatkan keresahan pejuang-pejuang Melayu yang cintakan keamanan
dan ketenteraman.
Keberanian itulah yang menjadi `uswatun hasanah' kepada
pemimpin-pemimpin lain yang juga mula di lihat berani mengambil
keputusan dalam menjawab semua usul-usul yang dicadangkan sama ada
usul pendidikan, pemerkasaan ekonomi, agama dan lain-lain dalam
jawapan yang diberikan oleh Naib-Naib Presiden dan Timbalan Presiden
ketika sesi pengulungan demi memastikan "melayukan gagah
dinusantara" dalam kerangka perlembagaan yang diulangsebut dalam persidangan Wanita, Pemuda, Puteri dan persidangan agung
tentang peruntukan-peruntukan yang khusus untuk Raja-Raja Melayu,
hak istimewa orang Melayu,kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, tanah
rezab Melayu yang disandarkan kepada 7 wasiat Raja-Raja
Melayu.akhirnya termetri kukuhlah benteng kekuatan Melayu ini bila
Presiden semasa merumuskan persidangan dengan amaran dan janji bahawa
peruntukan dalam Perlembagaan akan di pertahankan.
Namun kepada UMNO yang menjadi parti tunjang kepada BN yang
mengepalai tahhalus siasi dalam politik, memgetuai kerajaan secara
bersama kulluhum ajmain(pinjam ayat Raja Arif) dan memerintah
secara maqasid syariah( yang PM selalu sebut) ,apakah keberanian PM
mengekalkan Akta Hasutan 1948,tindakan tegas pada mereka yang
mencabar peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan,penambahbaikan
dalam modul memperkasa ekonomi Melayu Bumiputera, memperkemas plan
pendidikan, memperkuat sistem pertahanan, menguatkuasa undang-undang
malah banyak lagi keputusan yang berpihak kepada Melayu yang dibuat
di dalam PAU 2014 sudah menjadi satu jaminan yang UMNO dan BN akan
menang PRU 14?
Pendedahan Timbalan Presiden bagaikan petir landa hati.. |
Dewan Merdeka PWTC yang menghimpunkan ribuan pimpinan Melayu yang mempunyai `circle of power' dan `circle of influance' yang sebahagian besarnya sudah puluhan kali hadir PAU dengan memiliki ratusan pasang Baju Melayu pelbagai warna dengan pelbagai aneka corak songket, seakan terkedu dan terkasima dengan pendedahan maklumat strategik tentang pendaftaran pengundi baru yang diumumkan oleh Naib Presiden, Shafie Afdal (Ketua Lanun,pinjam istilah PM Najib) yang jelas DAP tetap mendominasi gerakan ini berbanding parti-parti politik lain termasuk UMNO.
Dewan Merdeka PWTC ibarat tiada penghuni dan senyap sunyi ialah
apabila Timbalan Presiden tanpa berselindung membuat pendekatan amat
bijaksana dengan mendedahkan "fear factor" kepada UMNO dan
BN berasaskan kedudukan realiti politik semasa, jangkaan dan `graf
critical path of BN '(syabas kepada pasukan kerja pejabat TPM yang
jauh lebih baik daripada pasukan pejabat Pengarah Strategik PM Najib
) dan Dewan Merdeka terkedu apabila Timbalan Presiden juga menyebut
secara jelas apakah 39 bulan dari sekarang bila PAU di adakan selepas
PRU 14, adakah Presiden UMNO masih lagi seorang Perdana Menteri?
Tayangan `slide' tentang angka dan unjuran disampaikan dengan nada
suara bersahaja serta penuh jujur oleh Timbalan Presiden walaupun
tidak mempunyai ciri-ciri HIP (High Impact Presentation) kerana tidak
dibantu oleh Raja Arif, KP BTN yang menjadi pemuja kepada ajaran Dale
Carnagie sebagaimana Anwar Ibrahim, ternyata memberikan kesan paling
tajam,tertusuk ke sanubari pimpinan UMNO yang bergelar YB dan yang
berkira-kira untuk memakai gelaran tersebut pada PRU14 nanti.
Alangkah baiknya jika anak panah berbisa itu dilepaskan dari busur
panah seorang Presiden.tetapi itulah malangnya bila Presiden yang
juga seorang PerdanaMenteri terus membenarkan dirinya dikelilingi
oleh juak-juak ymg berlakun pandai lagi memandai-mandai apatah lagi
juak-juak itu kesemuanya keluar dari mangkuk tandas Anwar
Ibrahim.Ternyata Timbalan Presiden mempunyai pasukan kerja yang
membuat `research' politik yang amat baik dan sbb itulah beliau faham
dan hadam tentang angka- angka yang dikemukakan.
Kemenangan 134 kerusi pada PRU 13 dan PRK Teluk Intan, boleh
menurun menjadi 103 hanya dengan kehilangan 2% sokongan kepada BN dlm
PRU 14 nanti yang bakal menyebabkan Presiden UMNO bukan lagi Perdana
Menteri.manakala angka 134 itu juga boleh menjadi 159 jika
peningkatan sokongan berpihak kepada BN pada kadar 5% yang akan
menjadikan BN akan menguasai semula kerajaan dengan memiliki kuasa
lebih 2/3 majoriti.
Jika berasaskan semangat solidariti dan pemahaman tentang
peremajaan fizikal dan roh UMNO yang ditunjukan melalui persidangan
di PAU 2014 ini, angka 159 itulah yang menjadi idaman dan akan
dijadikan sebagai petunjuk prestasi untuk PRU14 .
Namun Presiden UMNO tidak ada suara keramat yang boleh menukar
angka hanya dengan laungan suara .beliau, juga tiada sentuhan
ajaib yang boleh menukar sokongan pengundi hanya dengn menurunkan
tanda tangan menyokong serta meluluskan kehendak ahli parti malah
soal meremajakan parti dan transformasi bukanlah istilah yang baru
dilafaz di PAU 2014, ianya adalah gagasan besar beliau bila diangkat
menjadi Presiden pada 2010 dan memimpin parti menghadapi PRU 13 yang
mana nyaris-nyaris kehilangan kuasa bila `trade mark' `winnable
candidate' yang dicetus oleh para pemikir politik yang hanya tahu
berusrah sesama sendiri juga tetap ditolak.apatah lagi bila banyak
isu gagal diberi penerangan berkesan oleh Ketua Penerangan .
Jika tidak ada aral, PRU 14 yang tempohnya 39 bulan dari sekarang akan ditempuhi oleh UMNO dan BN dengan dipimpin dan diketuai oleh wajah-wajah yang ada di atas pentas PAU 2014 yang diremajakan akal, roh dan jasad.seluruh pimpinan yg diberi tanggung jawab berasaskan portfolio akan merangka dengan segera plan taktikal masing-masing bersekali dengan peruntukan yang jika dilulus Presiden, akan ada nilai untungnya walaupun belum pasti ianya mempunyai kesan atau tidak kepada pengundi.
Sebab itulah pesanan terpaksa diberi oleh Naib Presiden yang
mengetuai gerakan mendaftar pemilih agar mendaftar yang ketulenan
sokongan disahkan sahaja dan ini seakan-akan sebelum ini gerakan
dibuat secara somborono.Agak-agak daripada jumlah 5,000 orang yang
didadtar oleh UMNO sepanjang 2013 mengikut data yang ada pada Naib
Presiden, berapakah jumalah yang tidak tulen? Begitu juga bila Naib
Presiden yang mengurus soal Latihan Dan Perkaderan Ahli terus
mengemukakan plan tindakan segera dengan memperkenalkan program KERIS
2314 yang wajib dihadiri oleh pimpinan dan ahli parti,. syukur kerana
ada pemimpin yg pro-aktif bertindak.namun untuk melatih ahli UMNO
yang jumlahnya lebih 3 juta dalam tempuh masa 39 bulan ianya
memerlukan prasarana dan tenaga yang amat besar.
Berapa ramai tenaga
kerja yang Biro Latihan miliki? Berapa banyak Pusat Latihan yang
telah sedia ada?Ianya tidak terjawab mengikut kaedah matematik biasa
kerana pengalaman yang lalu untuk melatih pimpinan UMNO mengikut
pecahan Bahagian yang jumlahnya cuma 192 Bahagian seluruh negara juga
mengambil masa yang lama, itu belum lagi mengambil kira modul,
pengisian dan lain-lain yang akan berbangkit.
Namun dua elemen diatas adalah elemen yang mesti dibuat dalam tempuoh 39 bulan ini,`something better than nothing' dan disinilah nilai solidariti yang di ulang berkali-kali oleh Presiden menjadi tunggak kejayaan,cuma disamping solidariti sesama UMNO, parti komponen, solidariti UMNO dan BN dengan agensi-agensi kerajaan serta GLC juga amat dituntut dan itulah sebabnya juga amat penting kepada UMNO peka dengan perlantikan pegawai kerajaan untuk mengisi jawatan-jawatan penting dan strategik.
Bagi membantu gerakan pendaftaran pemilih dan perkaderan UMNO,
alangkah mudah dan berkesan jika yang mengurus Giat MARA itu adalah
seseorang yang memahami roh UMNO. Berapa ramai pelajar Giat MARA,
IKBN,IKM, ILP dan bermacam-macam lagi Pusat Kemahiran dan Pendidikan
yang ada bahkan di IPTA dan IPTS jadi kenapa UMNO teraba-raba
mencari strategi?
Ini belum lagi diambil kira program `adhoc; yang dikendalikan oleh
pelbagai agensi untuk orang-orang muda yang menelan belanja besar
tetapi pengurusan agensi buta politik dan tidak mempunyai
tanggungjawab politik kepada bangsa dan negara. Lihat sahaja program
Aku Ikon Patriotik anjuran BTN yang kosnya menelan berjuta
ringgit,.berapa ramai pengundi muda yang berjaya didaftarkan melalui
program tersebut? Berapa banyak borang ahli UMNO berjaya di
isi?
Begitu juga bila Raja Arif dengan bangganya memberitahu
jumlah ratusan ribu peserta yang telah dilatih oleh BTN sepanjang
2014. Berapa ramai pengundi muda yang telah berjaya BTN daftarkan,
berapa borang keahlian UMNO yang berjaya di isi? Dimanakah political
awareness manusia yang di pungut atas dasar politik ini kepada UMNO?
Begitulah juga bila soal latihan kepada UMNO berbangkit. Apakah
dalam tempuh 39 bulan ini UMNO mampu bergerak sendirian melatih
pemimpin dan ahli sedangkan di seluruh negara telah tersedia
kemudahan infrastruktur dan `man power' yang bersedia berkhidmat
iaitu kem-kem dan fasilitator BTN.Cuma yang perlu ialah arahan supaya
perbetulkan semula modul latihan, perbetulkan `alighment' pemikiran
dan tukar pengurusan terutama KP dan TKPL yang ternyata merupakan api
dalam sekam yang menyebabkan ahli UMNO rasa membazir masa sahaja
hadir dalam setiap program latihan kerana tiada input yang menarik
melainkan mendengar ceramah dari KP nya yang sentiasa memuji diri
sendiri dari mula dilantik KP hinggalah sekarang.Hanya itu sahaja
halangan kepada UMNO dan sebenarnya jika pimpinan UMNO mempunyai
solidariti, halangan itu cukup mudah di atasi.
Akhirnya seluruh pimpinan umno hanya ada dua pilihan, sama ada ingin berkompromi dgn beberapa individu dan rela melihat Presiden bukan lagi Perdana Menteri atau mengerat buang semua yg jadi penghalang dan dapat menyelamatkan agama, bangsa dan negara. Inilah tugasan kita.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Aku percaya majoriti pengundi Cina akan masih mrngundi DAPBANGKAI! Jadi aku rasa tak perlu buang MASA dan TENAGA kita lagi kita, asyik MENGEMIS-mcm.-KULI undi mereka melalui 'SolidaLiti' ni!
ReplyDeletePd. pandgn. aku yg. TUA ni, KUNCI kpd. perpaduan BUMIPUTERA Islam/Melayu adalah DYMM KESULTANAN Islam/Melayu kita. Kerana si LIBERAL akan terus mengHURU-HARAkan UMNO, termasuk dari jenerasi muda-LIBERAL-BIADAP yg. TAMAKkan kuasa/jawatan-ala-keretapi-EKSPRES; kerana dah hilang semangat TULEN cintakan agama, bangsa dan negara akibat di'BRAINWASH' sistem pendidikan/hiburan Barat-ZIONIS!
Sebab itu aku SETUJU dgn. pandangan BERNAS blog Sungai Rapat, yg. kedudukan Tanah Rizab Melayu dan Rejimen Askar Melayu Diraja yang merupakan sebahagian daripada wasiat Raja-Raja Melayu, juga perlu diLINDUNGI dlm. Akta Hasutan ni – lihat di http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2014/11/ayam-sabung-anwar-akan-lawan-habis.html, Ayam Sabung Anwar Akan Lawan Habis-Habisan Untuk Paksa PM hapuskan Akta Hasutan, November 27, 2014!
Maka, yg. amat PENTINGnya, secara PRAKTIK, dan dgn. SEGERA ialah supaya DYMM YDPA melalui Majlis Raja-Raja, mengambil alih tugas MENGENDALIkan Tanah Rizab Melayu kita (juga untuk pastikan tidak dibangunkan oleh individu semata-mata; dan sebarang pembangunan hanya utk. kebajikan keseluruhan umat Islam/Melayu terutamanya yg. MISKIN/sederhana), Bahasa Melayu/Arab/Jawi dan Rejimen Askar Melayu diRaja kita ni, serta Kesultanan Islam/Melayu/YDPA, melalui Majlis Raja-Raja dikembalikan KUASA EKSEKUTIF memberikan KERAKYATAN; yg. mana kuasa ini telah diRAMPAS sewenangnya oleh PENJAJAH British/ZIONIS-KEPARAT. Kerana, kenapa sbg. NEGARA ISLAM, kita ni punyalah TAKUT nak beri KERAKYATAN pd. pelarian Islam Rohingya, Palestin, Syria, Iraq dsbnya?! Dan lihatlah nasib malang kes anak-anak pelarian Rohingya yang saudara se Islam kita tapi tidak di perlakukan dengan adil di negara Islam kita ini; contohnya untuk ke sekolah - lihat di http://202.190.126.82/utusan/Bicara_Agama/20140305/ba_03/Sinar-buat-kanak-kanak-Rohingya , Sinar buat kanak-kanak Rohingya, Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD, ARKIB : 05/03/2014!
Lagipun, bayangkanlah kalau si DAPBANGKAI dpt. kuasa kat Putrajaya (Na’uzubillahi min zalik) – mungkin akan memberi kerakyatan pd. BERJUTA Pendatang Kapir ; maka HANCOQlah NEGARA ISLAM kita ni! Tengok sajalah S’pura dan ISrael (yg. juga sebahagian dari NATO) yg. mengamalkan "demokrasi/hak asasi"-PENIPU si Barat/Zionis tu - di mana kaum PENDATANG KAPIR; dibawa masuk BERJUTA, utk. MENGURANGkan jumlah BUMIPUTERA Islam; maka si PENDATANG/PENJAJAH KAPIRDAJAL terus MENANG dan selamanya dpt. MENGUASAI bumi BUMIPUTERA Islam tersebut!
Lihat bagaimana undg-undg terbaru yg. menjadikan ISrael sbg. negara Yahudi dgn. MENGHAPUSkan hak BUMIPUTERA Arab Palestin termasuk Bahasa Arab walaupun sbg. bahasa kedua; dan mana-mana Yahudi dari seluruh dunia boleh menjadi rakyat ISrael - di akhbar (pro-Zionis) http://www.theguardian.com/world/2014/nov/23/israeli-cabinet-approves-bill-defining-nation-state-jewish-people , Israeli cabinet approves legislation defining nation-state of Jewish people, Peter Beaumont in Jerusalem The Guardian, 23 November 2014!
Dan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari semasa PENJAJAHAN British-ZIONIS pun; hingga semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mahmad Naser Disa dari Yayasan Murni Aqidah – di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!
Nenek TUA Sambal Petai.
Ayat "better do something than nothing" tu menarik..survival xkan berjaya jika benda yg sama akan diulang pada PAU akan datang..
ReplyDeleteP/s : seronok baca cerita pasal RARA..hahaha..