Monday, November 24, 2014
9:23 PM
|
Ini pun idea Raja Arif tau! |
TIDAK ada orang lain yang
lebih gembira menanti tarikh PAU tahun ini melainkan Raja Arif Raja Ali,Ketua
Pengarah BTN dan mungkin telah berpasang-pasang baju melayu ditempah mengalahkan perwakilan
dan Ketua UMNO Bahagian ataupun ahli MKT kerana untuk tempoh sepanjang PAU ini
Raja Arif akan menjadi lebih UMNO
daripada seluruh pemimpin dan ahli UMNO yang ada.
Maka berbuih-buihlah mulut serta berceceran air liur Raja
Arif akan bercakap dengan setiap pemimpin UMNO yang ditemui di PWTC nanti
tentang kehebatan beliau dan kehebatan anak-anak buah beliau menjadi penggerak kepada
UMNO dan penyumbang besar kepada kejayaan kerajaan yang ada. Apatah lagi program
Aku IP sekarang ini sedang di tayang di TV3 dan akan dicananglah ke seluruh pelusuk PWTC nanti bahawa
itu adalah idea beliau dan Hanafi Harun, Timbalan Ketua Pengarah
(Latihan} dan sekaligus menafikan idea
dan program itu sebenarnya adalah idea dan program Timbalan Menteri Razali Ibrahim, jadilah lembu
punya susu, sapi lah yang dapat nama.
Mengapa RARA jadi gila dan gila-gila begini? Ini semua kerana
beliau kini berada di penghujung usia
perkhidmatan di BTN dan demi mahu menyelamat serta mengekalkan kdudukan beliau
sebagai Ketua Pengarah,apa saja yang boleh dikaitkan dengan usaha positif akan
di gembar gemburkan sebagai usaha beliau
untuk Negara dan sebab itulah untuk PAU kali ini dikerah seramai mungkin
pegawai-pegawai BTN untuk turut berkeliaran
di PWTC bagi menjadi jurucakap tidak
rasmi di sekitar pimpinan UMNO yang hadir bahawa kononnya Raja Arif perlu dikekalkan dan Raja Arif adalah
KP terbaik dlam sejarah KP-KP BTN sebelum ini manakala Hanafi pula adalah TKPL
paling maksum dan sempurna dalam sejarah BTN termasuklah menyuruh atau mengupah
orang-orang tetentu untuk update di FB atau Twiter kononnya dialah hebat dan
terbaik...panjang akal kedua-dua mamat ni!
Sebab itulah secara
tiba-tiba BTN turut masuk campur dalam
Perhimpunan Pimpinan Mahasiswa di PWTC sedangkan usaha ini telah dibuat oleh
pimpinan UMNO yang lain tapi akhirnya dijadikan seolah-olah BTNlah yang berjaya
mengendalikan program tersebut, walaupun pimpinan lain semua menyampah, tapi Raja Arif tak kisah, janji PM dapat diyakinkan
bahawa BTN telah memainkan peranannya...sekali lagi sapi yang dapat nama.
Salah satu cara RARA promosi diri..ngaku dah! |
Kesempatan PAU ini akan
digunakan sepenuhnya oleh Raja Arif untuk mencari talian hayat kerana sekarang ini
sudah hampir masuk bulan Disember,masa
dah tak lama,maka akan diyakinkanlah kepada pimpinan UMNO bahawa beliau banyak perancangan
dan bantuan untuk diberi jika beliau masih lagi disambung sebagai Ketua Pengarah.
Oleh itu PM Najib
perlu diyakinkan supaya beliau terus
dikekalkan sebagai KP BTN dan usaha
ini perlu dibuat oleh Raja Arif setelah
kegagalan demi kegagalan menyakinkan Ketua Setiausaha Negara untuk melaksanakan Kursus Perdana kerana
sebelum ini Raja Arif yakin akan dapat
menggunakan kursus perdana itu sebagai talian hayatnya tapi sehingga kini
beliau terus gagal.
Maka PAU 2014 akan dijadikan tempat terbaik untuk beliau mencari talian hayat dan kita jangan hairan,pelik
dan terkejut jika kelibat Raja Arif dan pegawai-pegawai BTN yang tegar menjilat
beliau ada dimana-mana di sekitar PWTC kali ini dan juga jangan terkejut jika Raja Arif dengan penuh erogannya tiba-
tiba mengutuk serta mencerca Anwar
ibrahim dan kuncu-kuncu Anwar walaupun pada hakikatnya kawan-kawan rapat Raja
Arif turut sama sembahyang hajat bagi
menyelamatkan Anwar pada malam perbicaraan Anwar baru-baru ini.
Kegagalan demi kegagalan Raja Arif sebagai KP BTN bukan lagi rahsia dan sebab itulah hari ini beberapa perkara telah diambil
alih oleh Shahlan Ismail seolah-olah bekas SUPOL PM ini pula KP BTN kerana
baru-baru ini Shahlan sendiri yang memanggil
pegawai-pegawai BTN untuk mendengar dari
hati ke hati apa yang Raja Arif telah lakukan dan sekarang Shahlan pula yang mengunakan pegawai BTN
untuk kendalikan program bersama
kepimpinan muda di PWTC dan hakikat keegoan Raja Arif inilah yang menyebabkan
renggang hubungan shahlan dengan Raja Arif .
Menyamar jadi KP BTN ke Shahlan? |
Ini diakui sendiri oleh Ahmad Fairus yang cuba bertindak
menjadi pendamai agar retak tidak menjadi belah namun bangkai gajah tidak boleh
ditutup dengan daun nyior kerana Shahlan sendiri sudah terlalu banyak mendengar
aduan daripada pimpinan UMNO bahawa nilai BTN di kaca mata UMNO sekarang ini sudah
hilang kewibawaan dari segi pengisian, modul, kualiti input malah dengan kata lain
BTN sudah bisu dan buta untuk menjadi agensi yang boleh menilai dan membaca
denyut nadi politik tapi sebaliknya sekadar menjadi agensi yang memberi nafkah
dan rezeki kepada kawan-kawan untuk cari
makan.
Lihat sahajalah kepada keputusan Raja Arif membeli buku-buku yang kini tersimpan berbalut
kemas di dalam stor BTN.semuanya hasil tulisan kawan-kawan Raja Arif dan stor
menjadi tempat edarannya.
Bertambah=tambah caca merba pengurusan BTN bilamana Shahlan turut campurtangan dan nampak sangat betapa mereka tidak peduli pun Razali Ibrahim yang bertanggungjawab mengawal selia BTN.Puak-puak ini sudah buat BTN ini macam harta pusaka milik keluarga mereka dan kawan-kawan mereka.
Oleh itu PAU ini janganlah PM Najib,kepimpinan UMNO terus terpedaya dengan tipu muslihat Raja Arif yang akan mencari talian hayat
supaya beliau terus dikekalkan sebagai KP BTN malah harus ada keberanian
pimpinan UMNO untuk mendesak supaya BTN dikembalikan peranan dan fungsi yang membantu
UMNO.
BTN akan kembali gah
memikul tanggungjawab yang lebih berkesan bila bukan lagi musuh dalam selimut yang
menjadi KP danTKPL malah BTNl akan kembali melatih dan menanam semangat
perjuangan kepada UMNO bila KPnya bukan lagi berketuakan Anwar
ibrahim.Selagi Raja Arif dan Hanafi
masih mengurus BTN, UMNO tidak perlulah mengharap apa-apa kerana mereka berdua lebih taat atau walaq kepada A
nwar berbanding dengan PM Najib dan sama-samalah
kita tunggu saat kejatuhan UMNO jika
membiarkan mereka berdua kekal sebagai ejen pengurusan Biro Tata Negara.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
RARA ialah Hantu Raya belaan Anwar Ibrahim .. itu yang sebenarnya.
ReplyDeleteAda juga Darah Raja yang Darah sial. ..
ReplyDeleteSokong setuju benar KP BTN ditukaq. Dah lama jadi api dalam sekam. Depan puji Najib belakang dok ampu Anwar. Perabih duit negara no 1.
ReplyDelete