Friday, August 29, 2014
10:32 AM
|
Kalau ikut perkiraan pakar strategiklah! |
KRISIS politik Selangor
telah benar-benar menguji konsep kesepakatan,tahalul siasi dan konsep kerjasama
dalam kerajaan campuran PAS,DAP dan PKR
yang mana penghujungnya semua orang telah tahu dan boleh menduga apa
kesudahannya,siapa yang bakal diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan ramai
pihak mula menelah bahawa krisis yang sedang berlaku ini telah merosakkan
hubungan antara mereka yang selama ini dibentuk bagi menumbangkan kerajaan
Barisan Nasional.
Semua media sentiasa
melaporkan dan mendedahkan kemelut yang sedang melanda kerajaan campuran ini
dan dari kalangan UMNO serta Barisan Nasional dilihat mula dibuai rasa
selesa,tersenyum simpul seolah-olah mereka telah mendapatkan kemenangan politik
dan rakyat terbanyak pada perkiraan mereka telah mula berpihak kepada Barisan
Nasional.
Soalnya,apakah krisis dalam
kerajaan campuran ini benar-benar telah menggembalikan sokongan politik
orang-orang Melayu khususnya kepada UMNO dan BN?Kita tidak perlu menunggu lama
dan bagaimana berakhirnya episod politik Selangor kerana Tuhan yang
sehebat-hebat perancang telah menyediakan medan ataupun ujian terbaik untuk
UMNO menilai diri dengan kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubur,Kelantan ekoran
kematian penyandangnya Allahyarham Dato Noor Zahidi Omar dan disinilah
bermulanya kayu ukur hasil daripada kemelut serta perebutan kerusi MB dalam
kerajaan campuran Selangor ketika ini.
Jika tafsiran politik
diambil kira, untuk DUN N 01 Pengkalan Kubur ini,cukup dengan meletakkan
songkok pun,BN boleh menang besar kerana disamping telah 3 penggal BN
mengekalkan kerusi tersebut, PRK kali ini dibuat saat kerajaan campuran PKR,DAP
dan PAS berada dalam keadaan cukup krtikal,cukup lemah apatah lagi kuota
Pengkalan Kubur adalah calon dari PKR dan bukannya PAS.
Jika dinilai berasaskan
kehadiran ahli parti PKR dalam Kongres mereka yang berlangsung baru-baru
ini,dewannya kosong berbanding dengan Perhimpunan Agung UMNO di PWTC hinggga
tidak cukup ruang tempat duduk, maka BN melalui songkok yang dimaksudkan akan
menang PRK Pengkalan Kubur ini cukup mudah.
Benarkan tafsiran poilitik
ini?
Malah bukan hanya perpecahan
berlaku bahkan jika ada bunuh membunuh sesama mereka pun dalam PKR,ianya tidak
lebih sekadar satu berita gembira untuk kita tahu dan akhirnya kita
berkata,lihatlah betapa jahat serta rakusnya mereka kerana ianya tidak membawa
apa-apa erti ataupun makna kepada politik kerana sehingga hari ini,sejak
istilah transformasi diperkenalkan hingga kini,BN dan UMNO tidak berubah
apa-apa dan tidak pernah berfikir bagaimana untuk memenangi hati rakyat yang
telah pun menolak PKR.
Ini mungkin terlalu
konservatif tetapi terbukti sehinggakan Timbla Presiden UMNO, Muhyuddin Yassin
terpaksa mengumumkan untuk mengadakan peraduan mengemukakan idea ~Wow Factor’
dalam perasmian Persidangan UMNO Bahagian baru-baru ini serta menawarkan hadiah
lumayan kepada mana-mana Bahagian UMNO yang boleh mengemukakan idea ~wow~
tersebut.
Pada kita, jika peraduan
idea `Wow~ baru mahu dibuat,maksudnya untuk melaksanakan idea tersebut ialah
pada tahun 2020 nanti dan ini sekaligus memberikan maksud, kita akan menyertai
PRK Pengkalan Kubur dan juga jika DUN Selangor dibubarkan sekalipun adalah tanpa
factor ~Wow~ itu dan bila menyertai tanpa factor `Wow~ bermaksud juga UMNO akan
menghadapi karenah yang sama iaitu soal calon,isu,kemudahan logistik, sabotaj
dan berbagai-bagai lagi karenah lain dan ini sekali lagi akan meletakkan BN dan
UMNO berada dalam situasi yang sukar walaupun PKR sedang berpecah belah.
Kita fokus di PRK Pengkalan
Kubur,rata-rata disebut DUN ini adalah kubu kuat BN,benteng agam UMNO kerana
berjaya dimenangi selama 3 penggal berturut-turut.Apa terjadi pun PRK ini tidak
memberikan sebarang kesan kepada kerajaan PAS Kelantan jika BN menang sekalipun
kerana tidak langsung menggugat kekuatan majoriti mereka apatah lagi kepada PAS
itu sendiri kerana DUN ini kuotanya adalah untuk PKR.Kita pasti laporan seperti
inilah yang akan diberikan atau disampaikan oleh hubaya-hubaya kepada Presiden
parti.
Sehari dua lagi ataupun
mungkin sekarang ini akan turun dan berkampunglah pakar-pakar strategi dalam
UMNO dan juga dari pejabat Perdana Menteri ke DUN Pengkalan Kubur membuat
analisa bagi dipersembahkan kepada PM untuk membuat keputusan.
Dua pakar hebat ni - Raja Arif dan Sahlan..! |
Pakar Strategi yang telah
merangka kemenangan peribadi di Pokok Sena,Kedah, Sahlan ismail bersama Pegawai
Iringan Khasnya Raja Arif yang sebelum ini hampir-hampir melingkupkan kerajaan
BN Terengganu akan turun dengan penuh bergaya bagi mendapatkan maklumat akar
umbi untuk merangka strategi kemenangan DUN Pengkalan Kubur.
Sebagai panduan kepada dua
`pakar’ yang hebat ini, yang kononnya cukup rapat serta akrab dengan PM, yang
kononnya setiap masa dipanggil PM,di sini saya ingin mengemukakan beberapa perkara
sebagai asas pertimbangan untuk merangka fatwa-fatwa songsang bagi dilaporkan
kepada Presiden parti.
Antaranya, kemenangan tiga
penggal Allahyarham Noor Zahidi bukanlah kemenangan UMNO dan BN seratus peratus tetapi kemenangan itu
disumbangkan dengan kekuatan peribadi Allahyarham yang menjadi penyumbang
terbesar bagi memastikan kemenangan BN.
Oleh itu, dalam pemilihan
calon untuk menggantikan Allahyarham, rakyat Pengkalan Kubur bukan hanya
melihat kepada status kedudukan, kroni kepada Pengarah Strategik dan orang atau
calon yang kononnya PM kenal, anak orang berpengaruh tetapi rakyat akan menilai
kepada perkhidmatan dan hubungan baik bakal calon dengan masyarakat.
PRK ini tidak semudah yang
dijangka kerana jika silap memilih calon, BN dan UMNO akan tewas kepada parti
yang paling jijik dan lemah dalam sejarah parti politik tanahair.
Pola sokongan pengundi
Pengkalan Kubur kepada BN perlu dikaji secara mendalam dan DUN Pengkalan kubur
terbahagi kepada dua iaitu peti-peti undi di sebelah pantai dan peti-peti undi
di sebelah darat:-
Peti Undi sebelah pantai :
1.Pengkalam Kubur
2.Ketil
3.Tebing
4.Geting
5.Tujuh
6.Kuala Getting.
Peti Undi sebelah darat :-
1.Simpangan
2.Telaga Bata
3.Bunuhan
4.Jubakar
5.Bendang Pak Yong
6.Teluk Jering
Kekuatan dan kawasan
berpengaruh BN berasaskan tiga penggal kemenangan adalah d kawasaan peti undi
darat dan kemenangan di peti undi inilah yang dapat menampung kekalahan di peti
undi pantai dan dalam pemilihan calon dan merangka strategi, tumpuan serta
pandangan daripada pengundi-pengundi di peti undi darat perlu diberikan
perhatian.
Jika strategi Pokok Sena,Kedah
digunakan di DUN Pengkalan Kubur, memang BN akan berkuburlah di sini manakala
dikalangan pengundi Siam di peti undi Jubakar dan kawasan sekitar dimana dalam
tiga pilihanraya telah memberikan
sokongan yang padu kepada BN begitu juga dengan pengundi luar negara yang
tinggal di Thailand.
Setakat ini UMNO Bahagian
Tumpat di bawah pimpinan Allahyarham mampu menguruskannya dengan baik tetapi
untuk kali ini tidak dapat di pastikan kerana yang akan turun awal ialah
Pengarah Strategi Pejabat PM, Shalan Ismail dan Raja Arif yang mana umum semua tahu
mereka berdua adalah kenalan rapat Kamaruddin Jaafar ahli Parlimen Pas Tumpat.
Apakah mereka ke Pengkalan Kubur untuk memenangkan UMNO dan BN atau akan
membantu Kamarudin Jaafar membamtu mengalahkan calon BN?
Namun saya bersangka baik
bahawa mereka turun adalah untuk membuktikan kepada Prresiden parti dan Perdana
Menteri bahawa bahawa PM Najib tetap
memerlukan mereka dan kontrak mereka perlu serta wajib disambung kerana mereka amat mahir serta bijak merangka strategi untuk memberikan
kemenangan besar kepada BN di saat PKR sedang nazak. Kerana bila mereka balik
nanti, pasti mereka sudah ada orang yang mereka inginkan jadi calon (pilihan
mereka, bukan pilihan rakyat) akan melaporkan kepada PM Najib bahawa semuanya
beres, kali ini letak songkok pun BN
boleh menang!
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
kalau letak songkok lawan serban, teruk songkok kena balut dek serban.
ReplyDelete