Tuesday, August 26, 2014
9:33 AM
|
KJ telanjangkan kerajaan..! |
SEHINGGA ke hari ini tidak
ada satu pun kenyataan ataupun pandangan daripada ahli-ahli kabinet terhadap
kenyataan Khairy Jamaludin,Menteri Belia Dan Sukan dan juga Ketua Pemuda UMNO
Malaysia yang menegaskan bahawa beliau bersedia untuk menerima sesiapa sahaja
termasuk yang menyokong pembangkang untuk berkerja bersama dengan beliau
asalkan penyokong pembangkang tersebut tidak membocorkan rahsia kerajaan.
Kenyataan beliau disiarkan
secara meluas oleh media massa dan mengundang reaksi yang bukan sedikit
daripada penyokong-penyokong kerajaan terutama sekali cybertroopers UMNO yang
selama ini berkerja keras mempertahankan kerajaan dan UMNO dari serangan serta
kejian dan makian pembangkang.Namun KJ bersikap sebalik itu malah membuka
seluas-luasnya peluang,ata beliau,yang menyokong pembangkang tidak
boleh dipaksa untuk menyokong kerajaan.Itu hak mereka..!
Sebenarnya apa yang KJ sebut
hari ini adalah mengiyakan segala yang pemimpin-pemimpin UMNO termasuklah
Perdana Menteri lakukan hari ini dan benarlah apa yang Tun M melenting selama
ini malah pendedahan KJ ini sekaligus membuka reban untuk musang berbulu ayam
terus membiak di dalam kerajaan,juga secara tidak langsung mendedahkan juga bahawa kerajaan hari ini
sememangnya menyusukan kera di hutan.
Kita lihat sahaja
perlantikan Ezam Mohd Noor yang dilantik Senator dan kini Pengarah Komunikasi
Kementerian Kewangan bertaraf Jusa C, Zaharain,Duta Besar di Indonesia,Zaini
Ujang serta ramai lagi dan lebih parah
lagi sekarang ini apabila agensi-agensi penting serta jabatan turut diketuai
oleh mereka yang pernah bersama ABIM dan juga Anwar Ibrahim
Malah Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam,Tan Sri Zabidi merupakan orang kuat ABIM dan pernah berkerja
di Yayasan Anda,lubuk yang melahirkan penyokong-penyokong tegar Anwar
Ibrahim.Agensi-agensi gerak saraf,perang saraf diketuai oleh kumpulan yang
menyokong pembangkang dan tidak hairanlah seperti yang selalu saya sebut,dengan
bantuan serta nasihat Shahlan Ismail,Raja Arif,Ketua Pengarah BTN yang juga
merupakan penyokong tegar dilantik mengetuai agensi tersebut dan siapa yang
boleh menafikan bahawa Sahlan jugalah yang mengarahkan seluruh anggota BTN
untuk turun berdemonstrasi sesaat Anwar di tangkap tidak lama dulu.
Jadi kenyataan KJ ini
tidaklah mengejutkan sangat kerana bukan hari ini apa yang didedahkan KJ itu
berlaku malah semakin berakar umbi dalam kerajaan yang dipimpin oleh PM Najib
ini dan inilah antara yang mengundang kemarahan bekas Perdana Menreri Tun M dan
penyokong-penyokong kerajaan di luas sana.
Bila Tun M menyerang dalam
tulisannya tentang peranan penasihat-penasihat Najib dan mungkin sasaran Tun M
adalah salah satunya Sahlan Ismail yang dikatakan cukup berkuasa di pejabat
Perdana Menteri sehingga beliau begitu berani dan sedang menyusn
gerakan-gerakan yang kita tidak tahu untuk siapa gerakan tersebut disusun bila
beliau atas nama Pengarah Strategik telah mengadakan MAS(Mesyuarat Agensi
Strategik) dan PAS (Perjumpaan Agensi Strategik) dengan melaporakn soal politik
kepada beliau.Siapa Sahlan ini?Apakah ini buka
`hijack’ maklumat daripada agensi?Bukankah gerakan Sahlan ini
bertentangan dengan usaha dan operasi MKN 17 melalui `lead’ agensi?
Sahlan-orang yang berkuasa di JPM! |
Apa tujuan Sahlan menyusun
semua orang-orang beliau di dalam kerajaan sehingga beliau dilihat begitu
berpengaruh di pejabat Perdana Menteri dan dalam masa yang sama,beliau gagal
menguasai pejabat Timbalan Perdana Menteri dan ada yang mendakwa kerana beliau
gagal menguasai pejabat TPM, beliau mengunakan modus operandi stail Anwar
dengan melaga-lagakan PM dengan TPM dan adakah boleh dipercayai bahawa
penyebaran berita-berita buruk tentang TPM datang dari kem Shahlan ini?
Hebat Sahlan menyusun
gerakan ini, selain mengubah suai pentadbiran BTN dengan membawa seramai
mungkin anggota-anggota ABIM untuk diserapkan sebagai tenaga-tenaga penting
dalam agensi tersebut,dikatakan dengan bantuan Tan Sri Zabidi, Sahlan berjaya
meletakkan Zaini Ujang di Kementerian Pendidikan sebagai KSU II dan juga Dr
Musa Ahmad sebagai Naib Canselor USIM yang baru malah ramai lagi
anggota-anggota ABIM dsierapkan oleh beliau.
Strategi yang sedang
dilakukan sekarang ini adalah menguasai anggota-anngota ABIM menguasai selruh
jabatan serta agensi termasuklah pentadbiran aw am dan agensi strategi seperti
BTN, Naib-naib Canselor dan juga YADIM.
Pada hemat saya, pendedahan
KJ ini bukanlah sesuatu yang baru ataupun yang bakal dilakukan tetapi telah
lama dilakukan tanpa pengetahuan rakyat serta penyokong kerajaan yang
bertungkus lumus selama ini mempertahankan parti dan kerajaan. KJ baru
menyuarakan pandangannya tetapi PM Najib telah lama diperalatkan oleh
pegawai-pegawainya untuk membawa masuk penjawat awam yang bukan menyokong
kerajaan malah lebih malang lagi pada PM Najib bilamana yang menyokong
pembangkang jugalah dilantik sebagai Penasihat beliau.
Ramai orang percaya bahawa
bocor segala maklumat daripada pejabat PM Najib kerana hubungan keluarga antara
Sahlan dengan Saifuddin, SU Agung PKR malah Sahlan juga dikatakan suka mengubah
apa yang PM Najib putuskan dengan mengunakan nama PM sewenang-wenangnya. Dengan
menggunakan proksi seperti Irmohizam ianya digunakan untuk mempengaruhi dasar
yang PM Najib lakukanuntuk menjalankan modus operandinya.
Kata Asyraf Wajdi...! |
Kita juga hairan bagaimana
orang seperti Sahlan ini diberikan peruntukan berjuta mengalahkan atau melebihi
peruntukan untuk Menteri.Untuk apa peruntukan itu?Hasil dari segala gerakan
yang sedang berlaku sekarang,jelas dan bagaikan terbukti bahawa ABIM dan juga
PKPIM benar-benar telah mengambil alih kerajaan dan bayangkan juga kalau semua
pegawai-pegawai muda diserapkandan dilatih di bawah Sahlan sedangkan dalam masa
yang sama Sahlan dikatakan telah mengstruktur semua agensi yang
berkaitan.Persoalannya untuk siapa gerakan yang Sahlan lakukan ini sedangkan PM
Najib terus diasak dan sedang dijadikan semakin lemah serta tidak bertenaga?
Oleh itu, tidak ada langsung
yang pelik ataupun baru disebalik kenyataan KJ itu dan barangkali KJ juga ingin
mengambil kesempatan sebagaimana orang-orang PM Najib mengambil kesempatan
membawa masuk penjawat-penjawat awam yang kononnya berkebolehan tinggi walaupun
mereka bukan penyokong kerajaan.
Kita juga sedang menunggu
serangan kedua dari Tun M…!
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Kalau masing2 dapat kuasa dan memboikot lawan, habiz lah rakyat. di Penang rata2 kontraktor melayu UMNO bising kurang mendapat tender.. jika kita tidak suka orang lakukan pd kita jangan kita lakukan pada orang
ReplyDelete