Monday, October 7, 2013


Bergaya Mokhtar di luar negara!

TIDAK perlu dikesalkan lagi kerana segala-galanya di Biro Tata Negara (BTN) diumpamakan seperti retak yang sedang menanti belah,agensi yang bakal rebah tersungkur  apatah lagi semua orang termasuk Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri,mantan Timbalan Menteri Ahmad Maslan yang mengawal BTN sebelum ini dan kini Razali Ibrahim pun dilihat seperti tidak mampu untuk menyekat kegilaan serta kerakusan pimpinan BTN yang sedang galak menyalahguna kuasa, mempergunakan peruntukan sewenang-wenangnya dan mencatur kedudukan rakan-rakan dari ABIM untuk ditempatkan di dalam BTN dan punca kepada semua ini sejak dilantik Raja Arif,Mokhtar dan Hanapi untuk mengurus BTN.

Kita pernah mengingatkan sebelum ini bahawa ABIM dan PTD akan menguasai BTN  tetapi malangnya pandangan kita dikesampingkan tetapi hari ini apa sudah jadi dan kerana Razali Ibrahim Timbalan Menteri yang bertanggungjawab terhadap BTN bukan datang dari rangkaian ABIM,suara dan arahan Timbalan Menteri  ini sekadar suara-suara biasa yang tidak perlu dihormati malah kedudukan Razali Ibrahim sebagai Timbalan Menteri diperlekehkan oleh pengurusan tertinggi BTN malah ada usaha sedang dilakukan untuk menyingkir Timbalan Menteri ini dari mengurusselia BTN.Kita juga diberitahu selain 3 Stooges ini,Shalan dan Ahmad Fairus juga begitu berkuasa menentukan perjalanan BTN.


Hari ini  terbukti bahawa kumpulan usrah di Rumah Meranti telah diberikan ganjaran kenaikan gred dua kali setahun dan ada yang naik Gred 44, ada yang naik Gred  48 dan ada yang naik Gred  52 dan bila rangkaian ABIM menguasai BTN  terdapat pegawai yang baru bertugas di BTN tidak sampai pun dua tahun dinaikan Gred sehingga dua kali setahun.Hebat! Tidak kurang juga terdapat Pengarah BTN di peringkat Bahagian dan Negeri di singkirkan kerana mereka bukan Jemaah ABIM dan tidak hadir Usrah di Rumah Meranti,Jalan Bellamy.

Pengarah BTN yang tidak sehaluan baik dengan Ketua Pengarah,Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran),ada yang diturunkan pangkat,dipecat ataupun meletak jawatan sebagimana Pengarah Pulau Pinang dan ketika ini 3 Stooges ini sedang berusaha untuk menukar Pengarah BTN Perak untuk digantikan dengan kroni mereka sehingga dikatakan mereka melaga-lagakan antara Pengarah BTN Perak dengan Zambry Kadir.Gila dah puak ni!

Malah dalam isu Razali Ibrahim,kita pernah menulis di sini bahawa Ketua Pengarah BTN akan sabotaj Timbalan Menteri kerana mereka tidak sehaluan dan kemesraan yang mereka tunjukkan di depan ramai adalah sebuah kepura-puraan dari Ketua Pengarah BTN.Kita harap Razali Ibrahim jangan senasib dengan Ahmad Maslan yang berjaya diperbodoh-bodohkan oleh orang-orang yang berkepentingan dalam BTN.

Maklumat yang diterima dan mungkin diketahui oleh Razali Ibrahim  bahawa Ketua Pengarah BTN dikatakan  telah mengarahkan seseorang dari Kedah yang dikenali sebagai Tenaga Penggerak BTN untuk menjalankan gerakan sabotaj Razali Ibrahim dalam pemilihan UMNO yang bakal berlangsung nanti.

Sesungguhnyanya terlalu banyak pengkhianatan demi pengkhianatan berlaku dalam BTN dan paling jelas BTN ditangan Raja Arif,Haji Mokhtar @Haji Pa System @Haji Mineral Water dan juga Hanapi Abu Nawas  telah rosak binasa dari fungsi asal penubuhanya oleh kabinet,lunyai dikerjakan oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab ini dan paling malang sekali bilamana BTN telah dijadikan tempat oleh ABIM untuk menghidupkan kembali gerakan mereka dan BTN juga menjadi tempat Pegawai Tadbir Dan Diplomatik yang mempunyai rangkaian dengan Haji Mokhar untuk naik Gred,

Raja Arif keluar negara untuk mengampu TPM..
Kerakusan kumpulan ini mengingatkan kepada peristiwa tahun 1999 apabila Perdana Menteri ketika itu Tun M mengarahkan Nordin Kardi melakukan pembersihan untuk menyingkirkan pegwai-pegawai yang bersimpati dengan Anwar Ibrahim tetapi hari ini gerakan ini bercambah semula.

Kita juga memohon Cawangan Khas untuk mendedahkan apakah butir perbualan antara Hanapi dengn Wan Azizah sebaik sahaja Anwar dibebaskan dan Hanapi adalah antara orang yang pertama menelefon isteri banduan itu.

BTN bukan lagi mengeluarkan produk kursus untuk di kader sebagai pemimpin masa depan Negara tetapi telah menjadi tempat PTD merebut dan merompak harta kerajaan secara terhormat dan kita juga diberitahu bahawa Haji Mokhar juga terlibat kontrak pembelian PASystem yang harganya dikatakan tidak masuk akal dan juga pembekalan air mineral water untuk kegunaan PRU13 lalu yang dimport dari Selangor unyuk dibawa ke Sabah.

Kesan dari kerakusan pegawai-pegawai pengurusan tertinggi BTN ini kononnya diberitahu bahawa Ketua Pengarah BTN dan pasukannya akan ditukar(ada yang berani tukar ke?)dan angin perubahan ini semakin kencang bertiup bahawa mereka bertiga akan dikeluarkan dari BTN secepat mungkin dan jika tidak, pasti BTN akan langsung hilang kepercayaannya untuk menjadi satu badan melatih kadel pemimpin malah kita melihat BTN ini semakin hari semakin condong dan menanti masa untuk rebah ke bumi sekiranya tiga makhluk perosak ini terus dibenarkan bermaharjalela di BTN.

Kita ucap terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri dan juga Razali Ibrahim kerana sedikit sebanyak mendengar luahan sahabat lama dalam BTN walaupun sehingga kini mereka yang ada dalam BTN langsung tidak mempedulikan  pandangan-pandangan yang diberikan termasuklah Cik Manis @Anak Abah yang dinaikan pangkat dua kali setahun walaupun gagal melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Timbalan Perdana Menteri  tapi kerana pegawai kesayangan Haji Mokhar,beliau tetap dinaikan pangkat.

Kita tidak tahu mata mana,telinga mana yang digunakan oleh Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri maupun Timbalan Menteri yang bertanggungjawab terhadap BTN  yang masih lagi mempertahankan Ketua Pengaraj BTN dan pasukannya kerana mereka ini  jelas telah gagal untuk membantu PM Najib menjelaskan konsep  1Malayasia apatah lagi KPI BTN juga dapat di lihat gagal bila kerusi parlimen sekadar mendapat 133 walaupun kita tahu, beban ini tidak boleh diletakkan kepada BTN sepenuhnya  tapi KP BTN  perlu bertanggungjawab. 

Hanapi telefon Wan Azizah bila Anwar bebas
Banyak kegilaan yang dilakukan oleh Ketua Pengaran BTN menjelang PRU13 lalu dan beliau bertanggungjawab menukarkan 48 pegawai  BTN pada waktu PRU sudah pun diumumkan tarikhnya,. bertanggungjawab keatas perubahan modul kursus yang dilihat sebagai sampah dan bertanggungjawab tidak melapurkan apa yang berlaku di BTN kepada Timbalan Menteri  sebelum ini dan PM Najib tetapi lebih mendewakan Supol PM Najib yang kalah bertanding  dalam PRU13 di Parlimen Pokok Sena.

Hari ini, mereka yang gagal di BTN ini seperti  Sahlan dan Ahmad Fairus, diberi tempat yang hebat disamping PM Najib dan bertugas di Jabatan Strategik untuk terus menjilat dan memungkinkan akan menikam PM Najib dari dalam dan sebelum ini kita pernah mengingatkan bahawa laporan Ketua Pengarah BTN dan pengurusan BTN bukan kepada Menteri yng terbabit tetapi kepada SUPOL dan calon Pokok Sena yang kalah itu  dan sekarang ini  pulasedang berusaha untuk merebut jawatan dalam pimpinan UMNO Pokok Sena. 

Kita tidak tahu apa yang Ketua Pengarah BTN buat? Kita dan ramai lagi orang diluar semakin meragui keupayaan beliau dan apakah Raja Arif mampu memberikan maklumat seperti yang Timbalan Perdana Menteri minta dari BTN dan ternyata Raja Arif dan seluruh penjlatnya gagal melaksanakan tugasan yang diberikan oleh TPM malah kerana sebab itulah terdapat pegawai BTN  yang telah meletakkan jawatan akibat tertekan dengan drama oleh Ketua Pengarah BTN ini dan lebih gila lagi apabila Ketua Pengarah BTN dikatakan cuba melaga-lagakan antara Pengarah BTN Negeri dengan Menteri Besar neger-negeri tertentu. Bodoh rupanya KP BTN ini!

Sesungguhnya mereka yang berada di pengurusan tertinggi  BTN tidak berbuat apa-apa,sejak dilantik Raja Arif,Haji Mokhtar dan juga Hanapi,mereka tidak berbuat apa-apa Cuma yang mereka laksanakan adalah adalah menghabiskan harta kerajaan dengan melancong ke luar negara atas alasan bertemu pelajar luar Negara sedangkan pada waktu mereka ke luar negara, pemimpin pelajar sedang bercuti semesta sedangkan hakikat sebenarnya dan  Raja arif tidak perlu berdolak dalih  kerana dia merancang lebih awal untuk memastikan bertemu Timbalan Perdana Menteri  sewaktu di Mancaster malah sebelum ini pun Timbalan Ketua  Pengarah Pengurusan yang mula dikenali sebagai  Haji PA System atau Haji Mineral Water dan Ahmad Fairus juga pernah ke luar negara.

Sahlan dikatakan menguasai BTN..
Ketika ini Haji PA System dan kumpulan mereka terperangkap dengan janji manis kepada pegawai-pegawai dan kakitangan BTN bilamana beliau dikatakan berjanji untuk memberikan jawatan kontrak kepada jawatan tetap tetapi sebenarnya hanyalah fatamorgana untuk melalaikan sambil membeli jiwa kakitangan mereka kerana realiti sebenar pegawai BTN telah diperbodohkan oleh kumpulan PTD yang sedang  merompak harta kerajaan secara terhormat.

Kepada pegawai  BTN, Tok Janggut berpesan jangan haraplah Pegawai Latihan dan kakitangan BTN selain PTD untuk menjadi Pengarah Cawangan, Bahagian ataupun Pengarah Negeri kerana lambakkan PTD kroni Haji Mokhatr akan dan telah terus menerobos BTN dan  jika sebelum ini ada sinar untuk Pegawai  Latihan menyumbang tenaga sebagai Ketua Jabatan tetapi selepas ini PTD yang menguasai jabatan ini akan tinggalkan kakitangan BTN yang lain sebagai "kontraktor seumur hidup". 

Ini semua berlaku kerana bebodohan Ketua Pengarah yang  dungu dan gilakan Gred Jusa yang akhirnya sanggup korbankan seluruh prinsip BTN termasuk logo BTN untukdilihat sebagai Ketua Pengarah yang baik tetapi sebaliknya grand design Anwarinas semakin lengkap dan jika mereka ini terus berada dalam jabatan kerajaan, pasti pada PRU14 jika Anwar tidak mati, Anwar pasti akan jadi Perdana Menteri Malaysia.

2 comments:

  1. Mampos la kita kalau begini caranya

    ReplyDelete
  2. Najib SLOW sangat...bodo punya PM..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..