Friday, October 11, 2013
10:04 AM
|
Perjuangan sebenar Sahlan adalah Saifuddin! |
PERWAKILAN UMNO Bahagian
Pokok Sena bakal beruntung dan dilimpahi wang ringgit bagi membeli undi apabila
calon Ketua Bahagian Pokok Sena,Ahmad Lebai Sudin dan juga calon Timbalan Ketua
Bahagian iaitu Pengarah Strategik Pejabat Perdana Menteri,Shahlan Ismail
menawarkan diri untuk bertanding kerana seluruh jentera daripada agensi KEMAS
dan BTN telah digerakkan bagi memenangkan calon tersebut dan barangkali kerana
Shahlan Ismail itu seorang tokoh `hebat’ Pengarah KEMAS Negeri telah memanggil
seluruh ahli KEMAS di Daerah Pokok Sena bermesyuarat bagi menentukan kemenangan
calon mereka terutama sekali Sahlan Ismail.
Ada pihak yang mendakwa
sumber kewangan daripada BTN juga digunakan malah Pengarah Negeri dan juga
Tenaga Penggerak (TP) BTN digunakan sewenang-wenangnya untuk berkempen bagi memenangkan Sahlan
Ismail dan Ahmad Lebai Sudin dengan apa cara sekalipun dan lebih mendukacitakan
lagi bilamana kedua mereka ini dilihat sedang memperorak perandakan UMNO
Bahagian tersebut hingga memaksa seorang pegawai KEMAS bertanding jawatan Ketua
Wanita UMNO Bahagian walaupun tidak dipersetujui oleh suami wanita terbabit
namun mereka mengggunakan kononnya itu adalah arahan daripada Presiden parti
dan dipercayai kengganan wanita tersebut menarik diri,hubungan suami isteri
tersebut telah musnah hasil dari taklik dari suami tersebut.
Suami wanita terbabit
menghantar surat bantahan kepada pihat atasan UMNO dan hasil dari surat suami
wanita terbabbit,Jawatankuasa Pemilihan mendapati Siti Mariam tidak layak
bertanding tetapi Sahlan dikatakan menggunakan kedudukannya sebagai orang yang
rapat dengan Perdana Menteri mendesak Setiuasaha Agung UMNO supaya membenarkan
Siti Salmah bertanding Ketua Wanita UMNO.
Anak Ahmad Lebai Sudin,Mohd Farhan juga
hilang kelayakan untuk bertanding Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian tetapi Shahlan juga
dikatakan menggunakan kedududukannya sebagai orang yang rapat dengan Perdana
Menteri mendesak pihak atasan UMNO membatalkan keputusan tersebut dan jelas
wujud semacam kegilaan daripada Sahlan untuk mengkacaubilau Bahagian Pokok
Sena.
Namun lebih malang lagi JK
Pemantau UMNO Bahagian Pokok Sena dikatakan telah menghantar laporan bahawa bukan sahaja Siti
Salmah,anak Ahmad Lebai Sudin yang hilang kelayakan untuk bertanding tetapi
Shahlan sendiri un didapati tidak layak untuk bertanding jawatan dalam UMNO
kerana tidak menepati syarat tetapi entah kuasa daripada mana hanya Siti Mariam
dan Mohd Farhan sahaja yang dikenakan tindakan tetapi Sahlan
terlepas.Seolah-olah Sahlan diberikan keistimewaan khas untuk bertanding tapi tidak pada Siti Mariam dan anak lelaki Ahmad Lebai Sudin itu.
Shahlan yang merupakan
sebelum ini adalah ahli UMNO Cawangan Bukit Yong, Bahagian Pasir Puteh telah
dipindahkan "secara haram" ke Pokok Sena semata mata untuk
membolehkannya merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Shahlan hanya
membawa sekeping surat yang didakwa ditandatangan oleh Setiausaha Agung UMNO
untuk menggesa semua ahli UMNO Cawangan Kampung Palas,Bahagian Pokok Sena
menerimanya sebagai ahli baru di cawangan tersebut.
Padahal, nama Shahlan Ismail
langsung tiada dalam senarai ahli cawangan Kg Palas sehinggalah nama Shahlan
tiba tiba timbul dalam senarai ahli pada13 September 2013. Ini Azwan punya
kerja ke ni?
Akibat gila kedudukan dan
kuasa, Shahlan sanggup menyalah gunakan surat khas dari Setiausaha Agung bagi
membolehkannya merebut jawatan di Pokok Sena dan Shahlan dikatakan teah
menggunakan seorang pegawai di Bahagian Keahlian UMNO Malaysia yang terkenal
dengan kelicikannya sebelum ini untuk meminda ataupun `back dated’ keahliannya
agar beliau boleh mengabui mata perwakilan dan UMNO Bahagian Pokok Sena.
Demi kuasa,Ahmad Lebai Sudin sanggup apa sahaja |
Angkara kegilaan mahu jawatan dan kuasa, cawangan UMNO
Kg Palas tidak dapat bermesyuarat sampai sekarang tetapi Ahmad Lebai Sudin
dikatakan berbohong kepada perwakilan Cawangan Kg Palas bahawa mereka akantetap
boleh hadir ke mesyuarat dan memilih calon-calon Bahagian serta MT nanti
keranan kononnya beliau boleh menggunakan kuasa beliau.Inilah antara subahat
paling besar Ahmad Lebai Sudin dengan Shahlan.
Lagi menarik kempen Shahlan
kononnya beliau diarahkan oleh Presiden parti untuk bertanding di Bahagian
Pokok Sena demi menyelamatkan UMNO Bahagian tersebut dan kalau benar ada arahan
daripada PM Najib,takkan bertanding Timbalan,patutnya beliau terus bertanding
Ketua Bahagian,itu baru boleh dikatakan untuk menyelamatkan UMNO Pokok Sena.
Sepatutnya perjuangan
sebenar Sahlan bukanlah jawatan Timbalan Ketua Bahagian tetapi perjuangan
sebenar beliau adalah mengUMNOkan seluruh keluarga beliaut termasuklah
Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution itu dan Ahmad Lebai Sudin pun yang
sedng berusaha keras untuk mempertahankan jawatan.janganlah gunakan segala
matlamat untuk menghalakan cara hingga bercerai berai calon Ketua Wanita
Bahagian,dosa subahat antara Ahmad Lebai Sudin dan Sahlan cukup besar dan
patutlah UMNO Pokok Sena dilihat sudah semakin hilang berkat daripada Allah
SWT.
Orang-orang tertentu diUMNO
Malaysia pula semakin galak memperkosa perlembagaan UMNO demi memenuhi tembolok
kebuasan nafsu Sahlan dan Ahmad Lebai Sudin untuk merebut jawatan.Untuk Sahlan
dan Ahmad Lebai Sudin,Perlembagaan ataupun Etika Pemilihan UMNO tidak diguna
pakai.Cuba kita yang buat?
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Penagarh Kemas Kedah bini dia EXCO Wanita UMNO Malaysia .Memang kalut dan suka campur tangan.
ReplyDelete