Wednesday, October 16, 2013
4:40 PM
|
Vincent Tan konglemerat Cina yang tidak asing lagi.. |
PATUTLAH wang mengalir bagai
air lalu di sepanjang pemilihan UMNO 2013 ini rupa-rupanya empat orang konglemerat atau
taikun daripada berbagai bangsa serta abang seorang calon dikatakan berhempas pulas
termasuklah memperuntukkan kewangan kepada setiap perwakilan yang boleh
mengundi agar calon yang mereka ketengahkan dipilih dalam Pemilihan UMNO nanti.
Antara empat konglemerat
tersebut yang dikatakan terlibat adalah Tan Sri Ananda Krisnan,Tan Sri Vincent
Tan dan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhray yang menyumbang sumber kewangan bagi
memastikan calon tersebut dipilih oleh perwakilan UMNO pada Sabtu ini dan ada sumber
yang mendakwa bahawa setiap perwakilan agak mewah malah lebih mewah lagi
jentera-jentera kempen yang dilantik.
Yang menimbulkan persoalan
andainya dakwaan tersebut benar, untuk apa Ananda Krishnan dan Vincent Tan
terlibat dalam pemilihan UMNO kali ini dan apa agenda mereka yang sanggup
menghabiskan jutaan ringgit bagi memenangkan calon tersebut?
Atau mereka sedang
mewujudkan satu grand design yang cukup besar memperalatkan pemimpin tersebut
bagi tambah menjahanamkan UMNO kononnya atas tiket perubahan sedangkang ada agenda
peribadi yang mereka sembunyikan.
Kita faham kalau abang
kepada calon itu terlibat dan seorang lagi berpangkat Tan Sri dari Utara
tanahair turut terlibat tetapi keterlibatan seorang tokoh India dan seorang
tokoh Cina ini adalah diluar kebiasaan dalam tradisi pemilihan UMNO dan
sekiranya ada yang menganggap politik wang boleh berakhir selepas Pindaan
Perlembagaan dibuat,itu adalah anggapan yang sia-sia kerana kerakusan dan
ketamakan untuk memegang kuasa lebih mendorong kepada calon ini dan tidak peduli
natijahnya asalkan beliau menang.
Ananda didakwa turut terlibat... |
Terbukti wujud campurtangan
pihak-pihak yang tidak berkaitan untuk mewarnai pemiliha UMNO kali ini dan pengaliran
wang begitu berleluasa yang memungkinkan UMNP bertambah parah selepas tamat
pemilihan ini nanti.
Cuba kita bayangkan andainya
RM300 diberikan kepada setiap perwakilan atapun RM1,000 atau mungkin lebih
kepada jentera kempen,berapa jumlah wang yang diperuntukan untuk membeli
jawatan tersebut.Andainya RM20,000 diberikan kepada setiap Ketua Bahagian,cuba
bayangkan atau jumlahkan RM20,000 kali 191 Bahagian UMNO.Berapa jumlahnya? Wow!
kata Jamal Pak Tongkol!
Dan kita semakin percaya
serta yakin hebat mana sekalipun seseorang calon itu tetapi tidak mempunyai
sumber kewangan yang kukuh ianya tidak akan mendapat tempat dalam UMNO dan
seburuk mana sekalipun pemimpin itu waima tauke rumah urut sekalipun sekiranya
mereka mempunyai wang yang banyak dan boleh mengabui mata perwakilan,nescaya
mereka akan dipilih sebagai pemimpin,Betullah kata orang,UMNO ini hanya untuk
orang yang banyak duit!
Ada juga orang yang
memberitahu bahawa Cina ataupun India tidak mungkin akan melabur sedemikan
banyak wang kalau tidak dijanjikan dengan pulang-pulangan yang menarik dan kita
mula terfikir bahawa adakah proses transformasi yang digembar gembur ini
akhirnya akan menjadi parti sebagai ladang tanaman suburuntuk kumpulan
penyamun-penyamun kolar putih ini mengaut laba?
Kita juga ingin
tahu apa relevannya dua taikun besar ini terlibat dalam proses pemilihan UMNO dan
kita juga ingin tahu adakah JawatanKuasa Pemantau Pemilihan UMNO mengetahui
segala gerakan ini dan sekalgus kita menuntut SPRM memantau segala peranan
mereka ini sejajar dengan keputusan SPRM sebelum ini.
UMNO sedang bersedia untuk mengisi proses transformasi
tersebut tetapi jangan pula ada tangan-tangan ghaib yang sedang mencaturkan
siapa menang dan siapa yang patut kalah dalam pemilihan ini dan kepada setiap
perwakilan yang diberikan tanggungjawab untuk memilih pemimpin tertinggi parti
harus melihat dengan mata sedar serta akal panjang dan tidak terikut dengan
emosi sehingga kita turut terpererangkap dalam perangka-perangkap yang dipasang
oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Di pentas bercakap tentang gelombang transformasi
sedangkan hakikatnya mereka mempengaruhi perrwakilan dengan wang kecil
jumlahnya tetapi yang kevil itulah boleh menjadi batang mancis untuk membakar
parti keramat UMNO ini.Tepuk dada Tanya selera.Dan jangan ingat masa depan
parti di PRU14 nanti terletak ditangan kita seorang sahaja tetapi menjadi
tanggungjawab semua pemimpin dan ahli parti.Jazakllah..
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
SAUDARA STJ APAKATA DICADANGKAN KEPADA UMNO UNTUK MEWAJIBKAN SETIAP PERWAKILAN DIDALAM PEMILIHAN AKAN DATANG NI DAN DIMASA MASA AKAN DATANG JUGA MELAFAZKAN SUMPAH MUHABALLAH YANG MEREKA TIDAK AKAN MENERIMA APA APA SOGOKKAN.SAYA RASA INI AMAT PENTING. HARAP STJ DAN RAKAN RAKAN BLOGER YANG LAIN HEGHLIGTHKAN PERKARA NI.HARP DILAKUKAN SEGERA
ReplyDeleteSlm mohon di pautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com tq
ReplyDelete