Friday, December 6, 2013
10:00 AM
|
Najib sedar pentingnya perkaderan! |
APAKAH perwakilan yang
sedang bersidang di Dewan Merdeka ketika ini sempena Perhimpunan Agung UMNO
2013 menerima serta memahami maksud transformasi kerana sejak UMNO kehilangan
sokongan dalam PRU12 dan PRU13 yang kita lihat ketika ini perangainya tetap
sama sahaja kerana yang mereka tahu serta sinonim dengan mereka adalah bertepuk
tangan dengan kuat sambil menjerit Hidup Melayu dan bangun beri penghormatan
terhadap ucapan dasar Presiden dan ini semuanya masih tetap sama seperti
sebelumnya dan tidak berubah-ubah
Sejak tahun 2008 UMNO telah
hilang sokongan, ahli UMNO begitu marah pada Pak Lah dan mendesak Presiden
ditukarkan dan sejak itu sehingga sekarang sudah 5 tahun UMNO mendapat Presiden
baru tapi malangnya baru hari ini Presiden baru tersedar bahawa dunia maya dan perkaderan
ahli perlu dikuasai oleh UMNO,lima tahun masanya diambil oleh Presiden UMNO untuk tahu dan menyedari tentang
ancaman ini.
Apakah UMNO benar-benar
merasa tidak selamat untuk PRU14 sehinggakan Presiden bercakap tentang
perkaderan?Siapa pula yang akan ditugaskan untuk menjalankan perkaderan ini?Siapa
kumpulan sasar untuk dikaderkan dan apakah ada orang muda berminat
menyertainya?
Dulu-dulu kejayaan
perkaderan ini kerana ada agensi yang membantu.menyusun modul,mengenal pasti
kumpulan sasar,membuat` talent scouting’ dan melatih dan sekarang masih ada
lagikah agensi yangg mahir dan berminat?
Kerana agensi dan orang yang
bertanggung jawab itu wajib memahami bahawa UMNO adalah parti orang melayu,mereka
perlu mahir tentang ancaman kepada Melayu,memahami realiti politik melayu dan
dia tidak takut untuk di lihat sebagai `ultra
malay’ tapi masih ada lagikah semua di saat dan tika ini,disaat Presiden UMNO
sedang keluh kesah serta gundah gulana setelah semuanya telah menjadi
1Malaysia.
Bila dibuat perkaderan,UMNO
akan jadi rasis kerana mahu nyanyikan lagu Warisan yang mengingatkan masa depan
Melayu pun sudah jadi satu dosa
barangkali kita kena nyanyi lagu pemimpin Raja Arif wibawa.lagu baru Biro Tata
Negara!
Jika dulu perkaderan UMNO ini
Biro Tata Negara (BTN) lah yang menjadi sandarannya,tanyalah kepada semua yang bergelar pemimpin UMNO yang berada
di atas pentas PAU13 itu,semuanya pasti pernah melalui kesedaran perjuangan
UMNO melalui kursus-kursus anjuran BTN,kini ada lagikah? Kalau setakat Raja
Arif,Hanafi dan Mokhtar yang pimpin BTN,bukannya perkaderan UMNO tetapi ia akan
jadi perkaderan ABIM.Harapkan mereka ini umpama memberikan peluru untuk membunuh kita semua.
PM Najib dan Razali Ibrahim
perlu semak modul dan input ceramah BTN hari ini kerana mana ada lagi
pendedahan tentang realiti politik dan ancaman terhadap bangsa Melayu.Mana ada
lagi pendedahan tentang gerakan pembangkang PAS,PKR dan DAP.Semua tentang
ancaman jangan lagi diharapkan untuk disebut dalam kursus-kursus BTN.Kenapa?
Kerana bila didedahkan ianya secara automatic terpaksa mendedahkan kejahatan
Anwar Ibrahim bila nama barua seperti Anwar Ibrahim ini ianya berkait rapat
dengan musang berbulu ayam yang bernama Raja Arif Ketua Pengarah BTN dan untuk
selamat daripada dipindahkan,ditukar ataupun ditamatkan kontrak jangan sesekali
menunjuk pandai untuk mendedahkan ancaman pembangkang terhadap UMNO terutama
sekali membabitkan Anwar.
Malah tayangan video Anwar berbohong
tentang 40,000 pengundi Bangladesh semasa ucapan dasar Presiden itu juga sebenarnya
satu kesalahan besar PM Najib di mata Raja Arif,Mokhtar dan Hanafi Harun yang
telah pun berlepas ke Korea di saat UMNO sedang bersidang.
Kalau Presiden UMNO ikhlas
inginkan UMNO bangkit melalui penguasaan dunia maya dan perkaderan seperti yang
dimaksudkan,Presiden UMNO wajib berani
bertindak kerana falsafah Cina ada menyebut `ikan kalau buruk,ia buruk dikepala
dulu’maksudnya ia harus bermula dengan Ketua dan dikuti oleh
Timbalan-Timbalannya.
Presiden umno kena berani
bertindak dan tindakan yng paling baik dalam waktu terdekat ini adalah memulih
keberkesanan agensi-agensi seperti BTN sebagai pemain `behind the screen’ dalam
menjayakan hasrat beliau untuk perkaderan dan penguasaan maya dengan melatih
jentera UMNO untuk memahami serta mempunyai kemahiran tentang `cyber space’.
Dua perkara yng disebut oleh
Presiden UMNO iaitu perkaderan dan penguasaan dunia maya bukanlah perkara mudah
kerana kedua-duanya memerlukan kemahiran khusus dari segi merangka
mudul,membuat pengisian dan menyusun program latihan dan apakah biro-biro didalam
UMNO mampu berbuat demikian?Selama ini,
tugasan-tugas seperti inilah dibuat
secara `hidden’ oleh agensi-agensi yang mahir dan berkebolehan.
Apakah agensi seperti BTN
yang dipimpin oleh tiga makhluk yang penuh misteri ini mampu melakukannya?Tepuk
dada tanya selera Presiden dan sekiranya PM Najib tidak berani bertindak
memecat ataupun menamatkan kontrak ketiga-tiga makhluk ini,yakin dan percayalah
mereka in akan terus menjadi duri dalam daging,gunting dalam lipatan dan api
dalam sekam.Ketiga-tiga mereka ini sudah menjadi laibaliti kepada BTN kerana
perkaderan bukan lagi perkara penting dimata mereka kerana yang lebih penting
adalah menggunakan kedudukan serta jawatan untuk melancong keluar Negara dengan
alasan bertemu pelajar.
Terserah kepada PM Najib
samada berani atau tidak mengambil tindakan kerana selagi 3 makhluk ini merajai
BTN,harapan PM Najib tentang perkaderan ibarat seperti menabur garam di laut
lepas dan harapan serta ucapan PM Najib adalah sekadar menyedapkan telinga
mendengar,mata memandang.Jazakallah…
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
APAKAH PEMUDA UMNO GAGAL UNTUK MENJADI AGEN PENKADERAN ?
ReplyDeleteATAU PIMPINAN UMNO KURANG PERCAYA PADA PEMUDA UMNO ?
Memang benar apa yang dikata..
ReplyDeleteSejak2 BTN sudah diterajui oleh mereka ini, BTN sekarang dah jadi macam pejabat perhilitan saja..
Sunyi.. dan malap..
BTN yg dulu bkn la yg sekarang..dulu ditendang sekarang BTN diterajang...
ReplyDeleteModul dh tak ada umpph mcm mna nk buat pengkaderan??