Monday, September 30, 2013
10:19 AM
|
BILA
Abdul Hadi Awang Kecil,Ketua Pengarah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)disambung
semula kontraknya sebagai Ketua Pengarah ramai pihak yang tekejut dan
mempersoalkan dimana relevensinya Ketua Pengarah yang banyak menimbulkan
kontraversi sepanjang mengetuai PLKN hingga beliau dipilih semula.
Abdul
Hadi sepanjang khidmatnya dilihat tidak mampu melahirkan pelatih-pelatih PLKN
sejajar dengan modul latihan yang diperkenal dan dituntut oleh kerajaan malah kewibawaan
beliau mengemudikan PLKN untuk membina pelatih-pelatih PLKN agar
mencintai dan menumpahkan taat setia kepada Negara jauh tersasar apabila alumni PLKN yang melebih
700 ribu itu rata-rata PLKN gagal munafaatkannya untuk menjadi asset kepada Negara.
Ramai
pemerhati diluar menganggap akan dilantik calon lain untuk menggantikan Hadi
apatah lagi Hadi pernah menimbulkan kontraversi apabila bas-bas kegunaan
pelatih PLKN.milik PLKN telah diberikan kebenaran untuk diguna pakai oleh
anggota parti DAP dan kencenderungan politik Hadi mula diragui malah ada yang
mendedahkan bahawa Abdul Hadi adalah antara penyokong kuat pembangkang yang berada
dalam agensi kerajaan.
PLKN
yang sepatutnya menyediakan modul
yang mana apabila pelatih-pelatih
PLKN bila tamat latihan akan menjadi agen ataupun mata telinga kerajaan serta membina pemimpin
pelapis namun hasrat serta impina kerajaan tidak kesampaian apabila
pelatih-pelatih yang keluar dari pusat latihan PLKN kebanyakannya lebih rela
bersekongkol degan pembangkang dan ini dikaitkan dengan modul latihan PLKN.
Lebih
memilukan lagi sepanjang Abul Hadi mengetuai program ini bilangan pelatih
meninggal dunia bertambah,bilangan pelatih bersalin anak luar nikah bertambah,kes
dera hingga pelatih meninggal dunia dan paling malang lagi apabila terdapat
jurulatih yang mengambil kesempatan terhadap pelatih-pelatih wanita dan kalau
inilah dijadikan antara syarat KPI,Hadi sepatutnya sudah pun mengucapkan
selamat tinggal kepada PLKN dan menyerahkan tampuk pentadbiran kepada orang
lain kerana Abdul Hadi sudah hilang kredibiliti sebagai pemimpin ataupun Ketua
Pengarah.
Malah
ada yang begitu lantang menuduh bahawa Hadi melalui jurulatihnya merekrutkan
pelatih-pelatih untuk menjadi jurucakap pembangkang dan mempersoalkan
sebahagian besar pelatih-pelatih yang tamat kursus PLKN telah menjadi sebahagai
peserta demontrasi yang menentang kerajaan dan ini dikaitkan dengan fahaman
politik Hadi,individu yang cukup berkuasa di PLKN ketika ini.
Bas milik PLKN digunakan DAP.. |
Dan
kerana kuasa yang beliau miliki itu, Hadi juga dikatakan tidak menghormati dan
memperlekehkan teguran ataupun pandangan daripada Kementerian Pertahanan yang
menaungi program ini terutama sekali arahan-arahan daripada pihak Menteri,Hadi
dikatakan memandang sinis dan tidak
mempedulikan apa sahaja arahan Menteri dan bertindak mengikut acuannya sendiri.
Bila
Hadi disambung semula ianya membayangkan bahawa Kementerian Pertahanan
ketandusan pemimpin lain untuk memimpin PLKN dan ada juga yang mengatakan
bahawa hanya kerana hubungan Hadi dengan pihak tertentu yang mengelilingi
Perdana Menteri,beliau sekali lagi dpilih untuk menjadi Raja di PLKN.Hadi kekal
kerana kabel yang cukup kuat.
Malah
ada juga yang mendakwa bahawa Hadi bersikap bermuka-muka dengan pihak
Kementerian terutama sekali Menteri Pertahanan baik dari zaman Zahid Hamidi
hinggalah ke zaman Hishamudin hari ini dengan mengangguk untuk menerima
pandangan Menteri tetapi sebalik tidak berlaku seperti yang dipersetujui dan
bagi Hadi orang politik jangan campurtangan dengan apa yang beliau lakukan di
PLKN.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
sepatutnya program ni di berhentikan dulu dgn dilakukan kajian sejauhmana keberkesanannya pd generasi baru dr segi membentuk warga yg patriotik, benci jenayah dan lebih berdisiplin.
ReplyDeleteCuba amek data di lokap2 dan penjara sejak bermulanya plkn ni sampai sekarang, kalu tak da beza jumlah yg masuk dalam kerana jenayah dgn data sebelum plkn ni maka program ni dikira membazir dan wajib diberhentikan.
Itu belum dikira jumlah yg menentang kjaan sekarang pastinya lagi jelas gagalnya.
itu belum diuji dgn pemikiran jati diri vs liberal@pluralisme, kalu lg membiak liberalisme/pluralisme, hilang jati diri maka sah gagal plkn.
KENAPA BLOGGERS TAK NAK HIGHLIGHT ISU PLKN NI? BERAPA BANYAK DAH WANG KJAAN DAH BELANJA KALU IMPAKNYA KURANG DAH DIKIRA GAGAL, BAZIR LEBIH BAIK KITA BUAT PROGRAM YG LEBIH BAIK ATAU DIPERKUKUHKAN KOKURIKULUM DI IPT ATA SEKOLAH.