Thursday, September 5, 2013
5:18 PM
|
Menjadikah transformasi politik yang Najib mahukan? |
PERLUMBAAN mengejar jawatan
dan kedudukan dalam Majlis tertinggi UMNO nampaknya semakin menarik,sengit dan
mungkin bakal menempa `sejarah’ dalam pemilihan parti kali ini terutama sekali
melibatkan jawatan Naib Presiden UMNO apabila calon terbaru Ali Rustam tampil
menawarkan diri bertanding jawatan tersebut setelah tiga pemegang jawatan iaitu
Zahid,Hishamuddin dan Shafie Afdal mengesahkan akan bertanding mempertahankan
jawatan itu serta disusuli oleh Isa Samad dengan menjadikan setakat ini lima
calon telah pun bersiap siaga untuk mengisi tiga tempat dalam hiraki kepimpinan
tertinggi UMNO.
Penawaran diri dua calon
lama iaitu Tan Sri Isa Samad dan Dato Seri Ali Rustam merupakan satu tamparan
paling hebat kepada UMNO yang secara
tidak langsung membuktikan betapa UMNO ketandusan pemimpin pelapis dan
sekaligus merencatkan pembaharuan ataupun melengkapkan proses transformasi dalam
UMNO seperti yang di war-warkan oleh Presiden parti sekiranya kedua-dua calon
ini dberikan semula tempat ke dalam UMNO,UMNO terus menjadi seperti
paten kueh baulu yang tidak berubah apa-apa malah memungkinkan pelan
pembangunan parti terbantut.
Sebagai parti yang
mengamalkan demokrasi,kita tidak boleh menghalang kegilaan sesiapapun untuk
bertanding merebut jawatan walaupun calon-calon disarankan untuk cermin
diri,meletakkan kepentingan parti lebih utama dari kepentingan diri dan paling
penting calon-calon yang menawarkan diri haruslah calon yang sudah diterima
oleh rakyat,menang dalam pilihanraya serta tidak mempunyai rekod disiplin
parti.Tapi lain jadinya apabila ada juga calon yang kalah tiba-tiba beriya-iya
menawarkan diri bertanding.
Dalam mendepani cabaran
mendatang,kali ini atau untuk kesekian kali yang cukup penting ini,kebijaksanaan akal fikir
para perwakilan dituntut untuk memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa,berwawasan dan tidak
mewakili kelompok pimpinan tertentu supaya kepimpinan parti tidak dijadikan
bahan tawa oleh ramai orang termasuklah dari parti lawan apabila kita terpaksa membawa masuk orang lama untuk meremajakan
parti.
Andainya 150,000 orang ahli
dari seluruh Negara meletakkan maruah semangat pemiilahn MT kali ini atas mengenang budi
kawan,mengenang jasa kawan ataupun membalas budi kawan kerana pernah diberikan
imbuhan tertentu,yakinlah UMNO parti keramat orang Melayu ini sedang berada di
hujung nyawa dan sekaligus gagal menyakini orang-orang muda bahawa UMNO
sebenarnya bukan sebuah parti yang mahu berubah tetapi lebih kepada
memperjuangkan maruah diri sendiri dan bukannya memperjuangkan maruah parti
secara consensus untuk kepentingan perjuangan
parti jangka panjang.
Mampukah 3 Naib Presiden ini bertahan? |
Kita kesal kerana ada
pemimpin yang sudah pun melewati zaman perjuangannya yang sepatutnya berdiri di
belakang pemimpin-pemimpin muda turut ghairah
menawarkan diri dan sekaligus menyempitkan generasi pelapis untuk turut sama
menaburkan budi serta bakti kepada parti malah kita yakin,golongan yang sudah
berkar umbi malah yang sudaj dtunjukkan jalan keluar dari medan juang oleh
rakyat akan menggunakan apa sahaja cara termasklah menggunakan wang bagi
menggelapkan mata perwakilan nanti.
Kita tidak menafikan peranan
mereka sebelum ini yang turut sama mewanarkan kanvas perjuangan dengan
berbaga-bagai jenis dakwat sehingga BN hampir kehilangan tampuk pemerintahan
melalui PRU13 lalu tapi menjelang PRU14,sokongan muda pada pemimpin yang sebaya
dan seusia mereka menjadi penanda aras kepada kekuatan UMNO menerjah gerakan
massa yang sedia ada dan untuk ketika ini kalangan pemimpin UMNO masih lagi
seperti mahu mengejar kuasa dan kedudukan semata-mata tanpa memikirkan bala
maupun petaka yang bakal menimpa UMNO jika terus kepimpinan diisi oleh pemimpin
yang sama seperti ubat luput tarikh.
Perwakilan UMNO yang
merasakan parti ini lebih penting daripada ikatan setiakawan maupun tuntutan
membalas budi harus berfikiran positif andai tidak mahu parti ini ditalkinkan
lebih awal (kecuali mereka sememangnya sudah ada niat mahu membunuh parti) agar
mengenal pasti calon-calon wibawa dan yang benar-benar boleh mengisi
transformasi parti untuk dipilih ke jawatan yang ditawarkan.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
AKu pelik aku heran malah aku tersedu bila Dato Ali Rastam mengumumkan bahawa beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden dengan alasan demi perjuangan bangsa memertabatkan semula bangsa agama dll . Soal nya kita tahu Presiden Umno sekarang hanya tidak menterjemahkan agenda beliau secara telus mungkin untuk menjaga hatio kaan-kawan kompenan BN. Malah sikap Presiden Umno seakarng yang dilhat tidak sensitif dengan isu melibatkan melayu membuatkan semua orang melayu marah walaupun mereka bukan pendokong umno.
ReplyDeleteYang kita rasa tikda kena disini adalah semangat Dato Ali Rastam yang cuma berani melawan kerusi No 1. Kenapa bukan No 1 dan pilihan melawan jawatan Naib , adakah tidak yakin dengan semangat beliau sendiri yang berkobar-kobar untuk mempertabatkan bangsa melayu sebagai wadah perjuangan umno selama ini.
Jika benar jujur , lawan lah kerusi No 1 baru lah Dato Ali dikatakan benar-benar jujur dengan semangatnya seperti yang diwarwarkan oleh beliau Dan baru lah kita akan melihat samada Presiden Umno akan memulakan langkah untuk mengiyakan beliau seorang yang memperjuangkan bangsa atau sebaliknya.
Kepada Dato Ali, jika betul betul mahu turun gelangang cuba lah jawatan No 1 bukan jawatan Naib kerana Orang Nombor Satu selalunya tidak akan mendengar nasihat dari orang bawah kerana dalam fikirannya aku lebih baik jika tidak tentunya aku tidak pegang jawatan No 1.
Kepada dato Ali Rastam, tunjukkan semnagat Tuah atau Jebat keran dalam pertarungan pasti ada yang kecundang. Lebih baik kecundang jawatan etrtinggi dari yang nombor bersiri
Setakat Naib Presiden ajea yg bertanding tak payah laa...Najib patut dengan gentlemanya meyatakan dia sanggup dicabar! Baru aku sebagai RAKYAT percaya dengan transperansi dia. Harap2 dia tak cakap serupa bikin.
ReplyDelete