Thursday, August 1, 2013
10:00 AM
|
Ya Allah..Lindungilah PM kami! |
NEGARA telah memasuki satu
fasa yang tidak pernah dijangka malah sejak Merdeka sampailah negara di ambang
menyambut 56 tahun Kemerdekaan pada tahun ini,segala-galanya telah berubah,perubahan
yang terpaksa dihadapi oleh seluruh pimpinan Barisan Nasional selepas PRU 13.
Namun tepatlah pesanan
pujangga lama, "apa yang kita semai,itulah yang akan kita tuai"
tetapi siapakah yang mulai menyemai apa yang hari ini dituai? Apakah Bapa
Kemerdekaan Almarhum Tunku Abdul Rahman menyemai apa yang berlaku hari
ini? Apakah Bapa Pembangunan Almarhum Tun Abdul Razak menyemai benih yang mula
tumbuh hari ini? Apakah Bapa Perpaduan Almarhum Tun Hussin Onn juga menyemai
benih yang berlaku hari ini?Apakah Bapa Pemodenan Tun Dr Mahathir menyemai
benih apa yang telah tumbuh ini atau Tun Abdullah juga terlibat menyemai hasil
yang sedang dituai pada hari ini?
Rasanya semua jelas apa yang
berlaku pada hari ini bukan datang dari hasil semaian semua bekas Perdana
Menteri kita dan kalau pun ada seharusnya Perdana Menteri hari ini boleh
mengubahnya dengan `political will’ yang sedia ada dan rasanya apa yang berlaku
hari ini adaah kerana faktor semasa yang dilihat cuba membuat pendekatan baru
dan popular dengan mengorbankan semua asas politik dan keselamatan yang telah
dilaksanakan sejak sekian lama.
Semua ikatan kukuh yang
telah dibuat,hari ini telah dilonggarkan demi mencari populariti politik dengan
harapan dan gambaran agar semuanya akan jadi lebih baik ikut tafsiran semasa
namun rupa-rupanya menjadi lebih buruk bahkan jika tidak diikat semula ianya
bakal merosakan negara sebelum angka 60 tahun Merdeka tercapai.
Tanpa kita sedar rupa-rupanya
bangsa yang bukan bangsa Melayu barangkali sedang merayakan sesuatu selepas PRU13,mereka
kini sedang melakukan banyak eksperimen yang secara sengaja ingin melihat
apakah kerajaan BN pimpinan AH JIB GOR selepas PRU13 adalah sebuah kerajaan yang
kuat atau sebaliknya.
Di saat mereka sedang
menguji dengan ujian-ujian ciptaan mereka yang tidak pernah terjangkau oleh
akal kita sepertimana penghinaan terhadap Islam, penghinaan kepada orang Melayu
dan institusi Raja Melayu yang setakat ini mereka telah berjaya dan di sisi orang
Melayu pula sedang melihat keberanian dan semangat juang MELAYU dalam diri
setiap pemimpin Melayu yang sudah semakin hilang dan tidak sanggup lagi
bercakap atas nama bangsa kerana mungkin mengguris semangat 1Malaysia.
Akhirnya orang Melayu mula
membuat kesimpulan bahawa kita sudah tidak boleh meletak lagi harapan kepada
pemimpin Melayu yang ada kerana mereka sudah bacul dan tidak sanggup lagi
menjadi Tok Janggut dan Maharaja Lela malah meneliti suasana ini teringat akan
bidalan orang Cina."hubungan pemimpin politik dengan rakyat bagaikan ikan
dgn air’. Ikan memerlukan air untuk hidup begitu juga pemimpin memerlukan rakyat
dan jika bangsa Cina sudah menolak,kini orang Melayu juga sudah mula
menolak,apakah maknanya lagi kepada pemimpin,ibarat ikan yang sudah kehi;angan
air,maka tunggulah saatnya!
Semua orang bersetuju bahawa
PRU13, BN masih lagi boleh bernafas hanya kerana sokongan daripada orang-orang
Melayu yang mana rata-rata orang-orang Melayu mula meminta kerajaan harus mula
mengajar orang-orang bukan Melayu khususnya bangsa Cina yang menolak kerajaan
BN.tapi malang kepada orang Melayu,kerajaan masih lagi menjadikan orang-orang
Cina sebagai anak emas kerajaan biarpun mereka langsung ibarat membalas susu
dengan tuba.
Satu demi satu eksperimen yang
mereka lakukan untuk mencabar orang-orang Melayu dan ini seakan direstui dan
dibiarkan seolah-olah sindrom bacul sudah meresapi seluruh pimpinan UMNO yang
rata-ratanya akan bertanding dengan pelbagai slogan dan manifesto untuk bangsa
Melayu dalam Perhimpunan Agong UMNO yang akan datang dan dalam perhimpunan orang-orang
Melayu yang akan mengundi mereka bukan main lagi gaya dan retorik untuk
berjuang demi Alif Ba Ta tetapi menjadi tikus yang amat takut berhadapan dengan
realiti semasa.
Sehingga saat ini walaupun
berbagai penghinaan dibuat kepada bangsa Melayu,mana ada pemimpin Melayu dari
UMNO khususnya tampil untuk melawan?Apakah gagasan yang diputuskan sebelum
PRU13 oleh PM Najib setelah dinasihat oleh penasihat-penasihat yang telah
diangkat tinggi hari ini masih membayangi setiap langkah pemimpin UMNO.
Biarpun ternyata gagasan itu
menghiris luka hati orang-orang Melayu yang mana Melayu perlu menjadi bangsa yang
apologetik,jangan bercakap Hak Istimewa kerana itu rasis,jangan ungkit bab
Islam kerana akan jadi ekstrimis,jangan menyanyikan lagu Warisan kerana
rasis,jangan ajar anak-anak Melayu cintakan negara kerana rasis,kita hanya perlu
bercakap tentang 1Malaysia dan jangan sakiti hati orang-orang Cina kerana
rasis,jangan sesekali tinggikan suara pada orang-orang Cina.
Kita kena tunaikan
permintaan orang Cina kerana mereka juga berjuang untuk kemerdekaan sebagaimana
yang dinaskahkan dalam filem The New Village,kita kena lantik pegawai-pegawai
kerajaan yang liberal dan jika ada pegawai-pegawai kerajaan yang pentingkan Melayu,kita
kena ambil tindakan dan ini semua hari ini menjadi duri yang sedang mencucuk
hati orang-orangMmelayu sehinggakan orang Melayu mula berfikir apakah PM Najib
sekarang `In Control' atau sebaliknya?Apakah PM Najib juga dalam diam bersetuju
dengan POPULAR VOTE yang dijaja oleh Anwar Ibrahim dan jika begini kemanakah nasib
bangsa,agama dan negara?
Kalau begini suasana dan
berterusan sehingga PRU 14,jangan kita salahkan rakyat jika mereka mula
berfikir tentang Perdana Menteri akan datang,jika mereka juga sudah mula
berfikir apakah PM Najib mempunyai banyak kebaikan atau keburukan kepada orang
Melayu,Islam dan negara.
Kepada penasihat-penasihat
PM Najib,jika suasana seperti ini dibiarkan berterusan maka untuk menghadapi
PRU14 nanti penyelesaiannya ialah kita tidak perlu merancang apa-apa dan plan
tindakan terbaik untuk menghadapi PRU14 nanti ialah tidak merancang apa-apa dan
cukup dengan kita bertawakal sahaja dan semua pimpinan tidak perlu berubah apa-apa,teruskanlah
dengan sikap dan pendekatan yang ada pada hari ini.
Komen-komen daripada orang yang
berpengalaman telah diberi,bloger-bloger sama ada yang ternama dan nyamuk telah
berikan segala pandangan hasil dari kutipan denyut nadi rakyat,rungutan rakyat
terhadap apa juga isu telah diluahkan namun sehingga kini ternyata ianya tidak
memberikan apa-apa makna kerana ternyata apa yang disampaikan oleh kelompok
Penasihat itu lebih bernilai kepada PM Najib,sebab itulah formula paling baik
kepada PM untuk menghadapi semua ini ialah tidak perlu berbuat apa-apa dan cukup
dengan tawakal sahaja.
Namun sebagai umat islam yang
menjadi umat majoriti dalam negara ini,bangsa Melayu yang menjadi kelompok
teramai dalam negara ini,maka marilah kita gunakan senjata yang paling berkesan
dan ampuh setelah semua hasil usaha kita gagal iaitu kita berdoa dan saya
menyeru kepada jutaan umat Islam dalam negara ini,mengambil keberkatan 10 akhir
Ramadhan ini yang padanya terkandung Lailatul Qadar,marilah kita dengan penuh
suci hati dan ikhlas memohon ke hadrat Allah di sepertiga malam ini kerana saya
yakin ada antara kita yang makamnya tinggi disisi Allah,menjadi para wali,para
ulama sejati,para siddiqin,marilah bersama-sama kita berdoa dengan limpahan
airmata ke hadrat Allah SWT agar menyelamatkan Agama,bangsa dan negara ini
`Bismillahi rahmani
rahim....Ya Allah Ya Tuhan kami,pada saat ini kami bermohon kepada mu Ya Allah,
engkau ampunkanlah segala dosa-dosa kami,dosa kedua ibubapa kami,dosa kaum
keluarga kami,dosa pemimpin-pemimpin kami dan dosa seluruh umat Islam sama ada
yang masih hidup atau telah kembali kepadaMu..
Ya Allah Tuhan yang Maha Mengetahui...Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Ya Allah,lantaran itu kami bermohon kepadaMu Ya Allah, engkau berikanlah kekuatan kepada pemimpin kami YAB Dato Seri Najib Tun Razak Ya Allah,berikanlah keberanian untuk beliau bertindak dan Engkau berikanlah kebijaksanaan untuk beliau mengambil keputusan Ya Allah, janganlah Engkau uji kami dengan memberikan kepada kami pemimpin yang bacul dan dayus,jangan Engkau berikan kepada kami pemimpin yang sikapnya bermuka-muka dan suka membohongi kami Ya Allah
Ya Allah Ya Tuhan kami,kami
bermohon kepadaMu Ya Allah, Engkau berikanlah hidayah kepada Dato Seri Najib Ya
Allah untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk demi agama,bangsa dan
negara. Engkau berikanlah kepada semua pemimpin kami ini petunjuk untuk
sentiasa melihat antara kebenaran dan kebatilan dan Engkau kurniakanlah
kepadanya daya fikir yang jelas agar dapat bertindak sebagai pemimpin yang
sejati demi bangsa agama dan negara...
Ya Allah Tuhan yang
memerintah sekelian alam,kami amat menyanyangi pemimpin kami ini Ya
Allah,lantaran itu kami bermohon juga kepadaMu Ya Allah engkau peliharakanlah
Dato Seri Najib dari segala muslihat dan tipu daya,peliharakanlah beliau dari
orang-orang yang berniat jahat dan
khianat,dari kumpulan-kumpulan yangcuba melemahkan beliau Ya Allah,engkau
lindungilah beliau Ya Allah,engkau selamatkanlah beliau Ya Allah....
Ya Allah Ya Tuhan
kami,akhirnya kami bermohon kepadaMu Ya Allah untuk memberikan kami petunjuk
dan kebenaran Ya Allah,jika sememangnya para pemimpin kami ini sudah tidak ada
kebaikan yang kami perolehi untuk berjuang demi agamaMu,bangsa kami dan negara
kami,maka engkau gerakkanlah kuasa untuk menukarkannya Ya Allah.
Kecintaan kami
kepada agama,bangsa dan negara melebihi kasih sayang dan kecintaan kami kepada
pemimpin Ya Allah,jika telah sampai masanya beliau perlu ditukar,kami bermohon
kepadaMu Ya Allah Engkau utuskanlah pemimpin yng lebih baik untuk kami berjuang
bersama-sama Ya Allah,hanya inilah yang dapat kami lakukan setelah
segala teguran dan nasihat tidak di dengari maka kami bermohon kepada Engkau Ya
Allah Ya Maha Mengetahui dan yang mentadbir sekalian alam dan segala urusan..Amin
Ya Rabul Alamin!
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Assalamualaikum,
ReplyDeleteKami memohon jasa baik agar dapat linkkan Rakyat News di blog anda.
Sekian, jutaan terima kasih.
Rakyat News
http://www.rakyatnews.my/
Amin...Ya Robb!
ReplyDeleteamin ya rabi alamin ...
ReplyDeleteYa Allah engaku tukarkanlah pemimpin kami yang lemah akal fikirnya ... yang dangkal kebijaksanaannya ... kepada pemimpin yang
tangkas akal fikirnya ...
yang hebat bijaksananya ...
yang berilmu dan beramal soleh ...
yang bertakwa dan berani ... mempertahankan agamau dari dihina ...
mengangkat maruah bangsa menjadi bangsa yang ulung ...
memartabatkan negara menjadi negara yang disegani dan dihormati ...
sesungguhnya kami tidak mampu menerima pemimpin yang lemah akal fikirnya ... yang dangkal bijaksananya ... kerana negara kami ini pelbagai bangsa ... perbagai agama ... dan sering menjadi hasrat musuh dalam dan luar negara untuk menguasainya ...
dengan pemimpin yang lemah akal fikirnya ... dangkal bijaksananya maka mudahlah pihak musuh permainkan kepimpinan yang ada ...
SEJUK HATI MEMANDANG NAJIB YG SELALU DEKAT DGN ALLAH SWT DAN DI DOAKAN AGAR DIA SELALU SIHAT DAN BERJIWA SABAR DGN SEGALA TOHMAHAN DAN CACI TERHADANYA ITU DAN TERUS MEMPERJUANGKAN SEGALA YG PATUT UTK NEGARA KITA INI. SEMUA ORG BLH CAKAP DGN MUDAH AJE KALAU DRG SENDIRI DI TEMPAT NAJIB BARU DRG TAU MCM MANA NAK SESUATU KEPUTUSAN BKNNYA MUDAH KENA BINCANG DAN KAJI SEBETULNYA SEBELUM MEMUTUSKAN SESUATU PERKARA. AKU RASA KALAU BAB ISU AGAMA INI NAJIB PUN MARAH APA DAN TINDAKAN SEDANG DI AMBIL APA KENAPA MASIH NAK SALAHKAN NAJIB JUGA.
ReplyDeleteSEJUK HATI MEMANDANG NAJIB YG SELALU DEKAT DGN ALLAH SWT DAN DI DOAKAN AGAR DIA SELALU SIHAT DAN BERJIWA SABAR DGN SEGALA TOHMAHAN DAN CACI TERHADANYA ITU DAN TERUS MEMPERJUANGKAN SEGALA YG PATUT UTK NEGARA KITA INI. SEMUA ORG BLH CAKAP DGN MUDAH AJE KALAU DRG SENDIRI DI TEMPAT NAJIB BARU DRG TAU MCM MANA NAK SESUATU KEPUTUSAN BKNNYA MUDAH KENA BINCANG DAN KAJI SEBETULNYA SEBELUM MEMUTUSKAN SESUATU PERKARA. AKU RASA KALAU BAB ISU AGAMA INI NAJIB PUN MARAH APA DAN TINDAKAN SEDANG DI AMBIL APA KENAPA MASIH NAK SALAHKAN NAJIB JUGA.
ReplyDelete