Monday, August 5, 2013

Adakah calon perlu restu Najib?

GENDANG pemilihan UMNO sudah pun berbunyi dan sudah ada pun yang mula menawarkan diri bertanding untuk merebut kedudukan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan tidak kurang juga yang menawarkan diri menentang penyandang jawatan Naib-Naib Presiden yang ketika ini disandang oleh Zahid Hamidi,Hishamuddin Tun Hussien dan Shafie Afdal.

Membaca senarai LIHAT DISINIbeberap muka baru dicadangkan untuk dicalonkan oleh ahli-ahli UMNO yang akan muka bermesyuarat sejurus selapas sambutan Aidil Fitrnanti namun nama-nama yang disenaraikan seakan meminggirkan tokoh-tokoh agamawan seperti Jamil Khir Baharom yang sepatutnya turut dicadangkan untuk dicalonkan ke jawatan Majlis Tertinggi UMNO itu.


Pemilihan kali ini ada yang melihatnya sebagai sengit sesuai dengan survival UMNO dan ada pula yang mengatakan pemilihan kali ini adalah bergantung kepada signal yang ditunjukkan oleh Presiden UMNO PM Najib yang mahu siapa untuk dipilih atau dengan kata lain bergantung kepada `restu’ .

Kali ini ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi diberi peluang untuk memilih pemimpin namun kebimbangan system `rakit’ atau `chai’ akan menjadikan usaha mereka terbantut bagi mengisi proses transformasi UMNO yang PM Najib laungkan kerana kemungkinan besar ahli-ahli UMNO akan tunduk kepada nama-nama yang dicadangkan oleh Ketua Bahagian.

Bersediakah Jaml Khir untuk MT?
Sistem pemilihan kali ini dibimbangi akan menjadi seperti parti-parti pembangkang di mana kerusi meja turut berperanan mewarnai system pemilihan setelah Pindaan Perlembagaan diluluskan dan kita bakal melihat satu scenario dan ini bergantung kepada sejauh mana bijaksana ahli memilih pemimpin ataupun memilih kawan.

Adakah pemilihan kali ini bakal dijadikan medan balas budi kepada pemimpin-pemimpin tertentu ataupun pemilihan kali ini benar-benar mahu mencari seseorang pemimpin yang teguh jati diri perjuangannya untuk bangsa dan Negara ataupun sekadar mengisi proses pemilihan seperti biasa-biasa sebelum ini.

Melihat kepada senarai yang dikeluarkan ianya langsung tidak mencerminakan kehendak PM Najib yang mahu anggota Majlis Tertinggi UMNO kali ini adalah yang menang dalam PRU13 lalu dan sekaligus membuktikan mereka diterima rakyat namun tersenarai juga beberapa nama yang kalah dan jelaslah masih ada pemikiran lama yang mahukan UMNO menjadi seperti kueh `bUalu’ yang tidakpernah berubah rupa bentuknya.

Tetapi tersnarai gandingan lama dan baru seolah-olah membuktikan bahawa sudah ada ahli yang bersedia untuk menyahut seruan PM Najib bagi meremajakan UMNO apabila tersenarai nama-nama seperti Abdul Rahman Dahlan,Reezal Merican,Razali Ibrahim dan beberapa nama lagi namun seperti yang disebutkan awal tadi,barangkali yang menyenaraikan nama terlepas pandang agamawan seperti Jamil Khir Baharom itu.

Secara prinsip dan peribadi saya bersetuju seandainya Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk kali ini tidak bercadang untuk menawakan diri bertanding bagai jawatan Majlis Tertinggi UMNO dengan memberikan peluang serta lebih ramai lagi muka-muka baru pimpinan UMNO bertanding untuk sama-sama menyumbang kepada pengukuhan parti.

0 comments:

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..