Wednesday, July 31, 2013
3:49 PM
|
Najib Oh Najib! |
PM NAJIB asalnya seorang
pemimpin yang hebat,penuh potensi dan melangkah ke dalam dunia politik dengan cukup bergaya
selepas kembali ke rahmatullah Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak sebagai
Menteri Besar dan ahli politik paling muda di zaman itu malah beliau menaiki
tangga demi tangga dalam politik tanpa kontraversi dan penuh dengan kebanggaan.
Namun sebaik sahaja
mengambil alih teraju kepimpinan Negara daripada Pak Lah (Tun) dan buat pertama
kali memimpin Negara berhadapan dengan PRU13 dan akhirnya parti pimpinan beliau
menang 133 kerusi,bintang kepimpinan Najib dilihat mula bercelaru,sekejap malap
dan sekejap terang malah PM Najib dilihat oleh ramai orang ketika inisebagai seorang
nakhoda yang gagal melayari bahtera serta tewas ketika meredah gelombang ganas
lautan politik negara.
Dimana silapnya? Ada yang
mendakwa Najib dikelilingi oleh penasihat-penasihat yang salah,ada juga yang
mendakwa bala yang diterima hari ini adalah balasan kerana dosa mengheret turun Pak Lah dari
kerusi Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO dan ada juga yang mendakwa bahawa
Najib sudah kehilangan identiti sebagai seorang pemimpin Melayu yang sepatutnya
meletakkan kepentingan Melayu terlebih dahulu dan dalam masa yang sama tidak
meminggirkan bangsa-bangsa lain.
Berbagai-bagai nama mula
disebut satu persatu sejak PM Najib menang 133 kerusi Parlimen dalam PRU13
seperti Omar Ong,Idris jala,Osman Razak,Sahlan Nasution,Farid Redzuan dan
berbagai-bagai lagi nama yang dikatakan sebagai punca menjadikan PM Najib
hilang arah untuk memikirkan nasib bangsanya,mempertahankan ketenteraman awam,nama-nama
yang sering disebut sebagai menjadikan
kegemilangan PM Najib daripada menjadi Menteri Besar Pahang hinggalah ke kerusi
Perdana Menteri tapi akhirnya PM Najib sedang meniti duri-duri kepimpinan yang
cukup membimbangkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Kita yakin serta teguh
percaya bahawa PM Najib tidak ada masalah untuk mempertahankan kedudukan
ataupun jawatannya sebagai Presiden UMNO kerana sehingga ke hari ini tidak ada
seorang pun pemimpin UMNO yang berani mencabar beliau untuk jawatan itu tapi
apalh gunanya memimpin sebuah gerakan siasah yang bertunjangkan perjuangan Melayu
tetapi dalam masa yang sama Melayu dijadikan seperti malukut di tepian
gantang,ada tak menambah,tiada tak mengurang.
Terlalu banyak ramalan dan
telahan diberikan kepada masa depan Najib sebagai Perdana Menteri
Malaysia.Terlau ramai nujum-nujum politik menujumkan kononnya nasib Najib akan
lebih parah daripada Pak Lah dan lebih mengecewakan lagi,ada pula pihak-pihak
tertentu sedang menggerakkan gerakan supaya hayat Najib sebagai Perdana Menteri
Malaysia berkubur secepat mungkin untuk
digantikan dengan pemimpin lain yang kononnya lebih berjiwa UMNO dan bukannya
berjiwa 1Malaysia.
Mereka ini mendakwa PM Najib
terlalu banyak melakukan kesilapan terutama sekali mengisi proses transformasi
yang beliau laungkan dan kesilapan Najib kepada mereka ini kerana dalam diri
beliau,beliau dilihat ingin menjadi bukan sahaja bangsa Melayu tetapi menjadi
semua bangsa sedangkan sebagai pemimpin Melayu yang mewaris kepimpinan Negara berteraskan
agama,bangsa dan Negara,identiti PM Najib mula diragui.
Malah ada juga yang mendakwa bahawa di zaman
kepimpinan PM Najib ini,bangsa Melayu menjadi rakyat kelas ketiga walaupun
belum merempat ditanahair sendiri,kemungkinan besar Melayu akan terhakis kuasa
dan kedudukannya sekiranya PM Najib terus dengan pendirian menjamu
bangsa-bangsa lain yang jelas mengkhianti beliau daripada menjamu bangsa Melayu
yang masih kukuh menyokong perjuangan UMNO.Suara berbunyi,undi Melayu Najib
tagih tapi kepentingan Melayu Najib ketepikan.
Saat ini PM Najib sedang
diserang hebat ekoran `keseronokan’ beliau memansuhkan beberapa Akta ataua pun
undang-undang seperti ISA dan Akta Ordinan Darurat kerana mereka menganggap
transformasi itu terjadi kerana Najib masuk perangkap golongan pembangkang
dengan tidak mengambil kira pandangan semua pihak sebelum beliau memansuhkannya
dan ada juga yang menganggap proses transformasi yang Najib impikan itu
hanyalah umpan untuk menarik undi dari kaum Cina tapi hasilnya hampir seratus
peratus Cina menolak parti pimpinan Najib dalam PRU13 lalu.Tapi Najib masih
memberikan muka lagi kepada Cina-cina ini.
Untuk berundur barangkali
tidak mungkin kerana kita yakin PM Najib tidak mahu jadi PM flip flop tapi
membiarkan pihak berkusa terkial-kial menangani masalah terutamaya sekali
kejadian jenayah sejak akhir-akhir ini akhirnya kan menjadi Negara ini terbuka
untuk segala kegiatan jenayah termasuklah membunuh manusia akan jadi seperyi
menyembelih ayam di pasar.
PM Najib harus isthikarah
untuk mencari dimana silapnya seandainya beliau tidak mahu menjadi PM terakhir
dari BN untuk Negara ini serta melengkapkan teori RAHMAN yang selalu disebut
dan semakin kerap diulang sejak akhir-akhir ini.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
PM Najib lebih sesuai menjadi Presiden parti gabungan Mca dan Gerakan.
ReplyDeleteYour advice is cynical.
ReplyDeleteYa lah tu..PM Najib dah banyak menghakis kepercayaan orang melayu..
ReplyDeleteUntuk Najib Razak IKHLAS SAYA KATAKAN, PM KITA NI SEPERTI SESEORANG YANG LAIN. SAYA RASA PM KITA NI KENA CULIK, MACAM DALAM CERITA UFO ATAU ALIEN.... MUNGKIN MAHKLUK ASING DAH TUKARKAN PM KITA KPD ORG LAIN. YA BETULLL... SAH PM KITA KENA CULIK OLEH MAKHLUK ASING YANG SEDANG BEDAH OTAKNYA, SEDANG UJI TELURNYA... WAHAI PM, LAGU UNTUKMU..
ReplyDelete"ENGKAU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG, DULU DISAYANG SEKARANGBKAU DITENDANG..DULU DULU DULU..."
Sorry laa,langkah Najib tak pernah bergaya dulu kini dan selamanya.Sejak beliau menjadi MB Pahang lagi beliau dah memang lembik,tambah lembik bila dia berhadapan dengan al Jubori,yg. memang keras ,boleh hentam depan belakang.Itu sebabnya masa jadi Ketua Pemuda Umno pun Najib ikut al Jubori sekarang pun dia ikut al Jubori.al jubori tak perlu jadi PM ,tapi semua yg dia mahu dah dapat,di laksanakan Najib dengan arahan secara kerdip mata oleh al Jubori.
ReplyDeleteermsnmNukilan yang sangat baik, sangat bertepatan dan patut menjadi rujukan tapi sayang sekali..saya pasti Najib tak akan pandang.. siapalah MELAYU di mata dia???
ReplyDelete