Monday, July 15, 2013
1:11 PM
|
Allah memilih Tengku Zaihan untuk memimpin Kuala Besut! |
TEMPOH cuma tinggal 9 hari
sahaja lagi untuk seluruh rakyat Terengganu mengetahui samada hasrat PAS untuk
menawan serta menggugat kerajaan Barisan Nasional Terengganu dengan catatan
sejarah 16 :16 akan terlaksana ataupun tidak ataupun BN Terengganu terus kukuh
menguasai Kerajaan Negeri dan segalanya terletak ditangan seramai 17,683
pemilih berdaftar,mereka inilah yang akan menjadi penentu kepada demokrasi
dalam Negara ini.
Sejak dari hari kematian Allahyarham DrRrahman,PAS
dan Anwar Ibrahim dan ketua menjadikan kematian Wakil Rakyat BN ini sebagai
khabar gembira saolah-olah mereka begitu yakin dan pasti akan menang dan langsung
tidak menghormati perasaan sedih keluarga Allahyarham malah apa sahaja
balasungkawa yang menimpa BN,semuanya dijadikan khabar gembira oleh kumpulan manusia
durjana ini yang berpegang pada matlamat menghalalkan cara.
Namun hakikatnya mimpi PAS
dan pembangkang rupa-rupanya tidaklah seindah realiti yang ada, bermula dari pemilihan
calon sehinggalah tempoh berkempenyang
tinggali 9 hari lagi,PAS berhadapan dengan jalan yangcukup berliku biarpun mereka cuba sedaya upaya mengajak rakyat Kuala
Besut untuk mencipta sejarah 16:16.
Rupa-rupanya juga PRK Kuala Besut
ini makin mendedahkan wajah busuk PAS yang selama ini terselindung disebalik
ucapan retorik dan topeng Islam terutamanya PAS Besut sendiri kerana perbalahan
peribadi antara Nik Zawawi bekas calon dan ADUN Kuala Besut tahun 1999 dengan Wan Azhar YDP PAS Besut yang
juga bekas calon di Jertih menyebabkan PAS akhirnya menjadikan Endut@Azlan@Che
Long sebagai calon yang membawa harapan PAS untuk menawan Kuala Besut.
Calon yang dikatakan boleh
mengelakkan cah keting dikalangan penyokong Nik Zawawi dan Wan Azhar ini rupa-rupanya
boleh mengundang cah keting yang lebih besar kepada PAS sendiri,PAS
terperangkap dengan strategi politik yang jahat lagi dayus.!
Endut@Azlan@Che Long sebagai
Bendahari PAS Besut yang terpilih rupa-rupanya mempunyai strategi dan plan
politik beliau tersendiri dan sebagai kontaraktor, jiwa rakus dan gelojoh tidak
boleh dipisahkan walaupun telah ditarbiah oleh PAS sejak meninggalkan Pemuda
UMNO dulu malah kenyataan awal beliau yang mensyaratkan supaya pemilihannya
harus dikuti dengan perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah Jentera PRK Kuala
Besut mengejutkan banyak pihak di dalam PAS.
Pengumuman Presiden PAS,Hadi
Awang ternyata memalukan PAS Terengganu,
seolah-olah maruah PAS Terengganu dipijak-pijak kerana ketika PRK Kuala Besut,
Husam Musa yang telah ditolak oleh kerajaan Negeri Kelantan atas arahan Tuanku Sultan Kelantan pula
dilantik dengan alasan murahan namun segalanya makin terjawab,rupa-rupanya
Endut@Azlan@Che Long ini adalah proksi Husam yang dikatakan banyak menyimpan
harta dan kekayaan Husam Musa yang dipunggah dari rakyat Kelantan selama ini.
Dikatakan juga banyak
kekayaan dan perniagaan beliau adalah milik bersama antara beliau dengan Husam
dan oleh itu tidak hairanlah bila PAS amat berbangga sehingga menjadi fokus kempen
PAS bahawa calon mereka adalah orang kaya.,ini juga merupakan satu penghinaan
kepada rakyat Kuala Besut yang seolah-olah mereka ini terlalu miskin serta papa
kedana hingga memerlukan orang kaya sebagai pemimpin mereka.
Dua perwatakan yang cukup berbeza.. |
Seolah-olah semua masalah
rakyat Kuala Besut boleh diselesaikan dengan kekayaan milik Che Long. dan PAS
terlupa kepada pesan Saidina Ali ketika ditanya antara ilmu dengan harta mana
lebih baik? Ali menjawab ilmu, kerana harta jika dibelanja ianya makin
habis,sebaliknya ilmu bila dibelanja makin bertambah; dan kita tidak mahu
rakyat Kuala Besut lali serta terlupa
bahawa jika Che Long menang, yang akan menjadi kuat dan berkuasa k eatas Che
Long sebenarnya bukan PAS tetapi Husam Musa.
Lihat sahaja pengabdian Che
Long terhadap Husam Musa sewaktu PRU13 yang lepas sehingga sanggup meninggalkan
Nafisah,calon PAS Kuala Besut sebelum ini bersendirian dan terkontang kanting hingga tewas dalam PRU13
yang lepas di DUN Kuala Besut.Berapa banyak sumbangan Che Long untuk Nafisah di
Kuala Besut ketika itu berbanding sumbangan Che Long kepada Husam di DUN Salor
dan Parlimen Putrajaya sehinggakan pada hari mengundi pun Che Long tetap berada
di Putrajaya dan timbul pertanyaan adakah Che Long balik mengundi menyokong Nafisah
di Kuala Besut? Berapa ramai keluarga Che Long keluar membantu kempen dan
mengundi Nafisah? Apakah perjuangan politik Che Long untuk PAS Besut atau perjuangannya hanya untuk Husam Musa?
Kini penyokong PAS Besut dan
Terengganu boleh menilai apakah Che Long sekarang menjadi alat untuk Husam
menyerang Presiden PAS dalam
Muktamar PAS nanti?Semuanya ini
bergantung kepada keputusan yang bakal dibuat oleh rakyat Kuala Besut dan jika
memberi kemenangan kepada PAS dan akhirnya Presiden Hadi Awang di serang nanti,,jangan salahkan
PAS Terengganu kerana semuanya bermula dari gerakan Che Long di Kuala Besut
ini.
Manakala dalam kem BN yang
bergerak secara damai dan tenang jelas memperlihatkan bahawa BN sememangnya
berhak untuk menang dalam PRK ini dan syabas
kepada semua pimpinan yang bergerak sederap, serentak dan seirama dalam dalam
gerakan menawan hati rakyat Kuala Besut TPM.dengan gandingan mantap Idris Jusoh
nampak jauh terkedepan dalam gerakan-gerakan yang dilaksanakan apatah lagi
dengan semangat dan berjiwa besarnya Ahmad Said, biarpun tidak diberi peranan
besar tetapi tanpa jemu terus bergerak dari rumah ke rumah berkempen untuk memastikan
kemenangan besar sepertimana yang disasarkan.
Corak strategi yang dilihat
lain dari yang lain seperti setiap agensi hanya fokus kepada peti undi tertentu
dan gerakan 'man to man marking’ dilihat makin menunjukkan kematangan gerakan
BN untuk menang, bermula dengan pemilihan calon yang dilihat boleh memenangi hati
pengundi muda dan veteran,Tengku Zaihan cepat belajar dan menyesuaikan diri
dengan tuntutan berpolitik gaya Kuala Besut.
Jika BN terus menerus dalam
tempuh 9 hari yang ada dengan mengekalkan momentum seperti ini,kekayaan yang di
miliki oleh Che Long tidak mampu menawan hati rakyat Kuala Besut namun di PRK mana-mana pun pasti akan ada pihak yang cuba bermain dengan api, bermain dengan
politik peribadi atau menangguk di air yang keruh.Adda kedengaran suara-suara
nakal yang cuba membalas dendam kepada Ahmad Said dan orang-orang tertentu yang sebelum ini
memasang angan-angan tetapi tidak terpilih, cuba untuk bermain dengan bara api
dan cuba menjadi anai-anai yang memakan dalam diam..
Kepada yang menangis dan
menghantar SMS seperti Selamat Tinggal
UMNO dan mengatakan bahawa tidak perlu lagi aktif dalam UMNO untuk menjadi
calon, harap-harap dapatlah melihat antara kepentingan diri, parti dan negeri
kemudian buatlah tindakan terbaik sesuai dengan segala nikmat yang telah dinikmati
sebelum ini dan perlu disyukuri kerana
bukan semua impian kita Tuhan akan makbulkan dan apakah kita tidak malu dengan
para nelayan dan akar umbi yang tidak hidup sewewah kita tetapi tetap setia dan
berjiwa besar dalam perjuangan?
Kita berhak menangis, kita
berhak rasa kecewa tetapi tidaklah sampai kita juga sanggup melihat negeri ini
jatuh kepada musuh yang akan memberi laluan kepada DAP dan para kafir harbi
mencorakkan politik kita dan kepada yang masih kecewa tidak terpilih menjadi calon,
cukup cukuplah merajuk. Sudah tiba masanya kita bersatu hati, membulatkan
tekad, berpadu tenaga untuk memastikan Kuala Besut menjadi medan penentuan
mempertahankan negeri ini. Terimalah hakikat bahawa untuk menjadi pemimpin,
Allah SWT telah memilih orang yang lebih berhak untuk memimpin di Kuala Besut.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
AnAi-AnAi MaKaN DuIt KaWaN ?
ReplyDelete