Monday, July 8, 2013
10:00 AM
|
KINI seluruh mata,telinga
dan mulut penganalisis politik semuanya tertumpu kepada PRK Kuala Besut yang
menjadi PRK pertama selepas PRU 13 dan menjadi medan penentuan kedudukan
kerajaan BarisanN asional Terengganu malah segala telahan,ramalan dan andaian
telah dibuat oleh pakar-pakar peramal politik bermula dari pemilihan calon,
tarikh penamaan dan tarikh pengundian.
Sama ada semua ramalan dari
Nujum Politik itu betul atau menyimpang, semuanya makin terjawab kerana hari yang ditunggu
makin menjelang tiba dan kini semua telah tahu bahawa penamaan calon akan diadakan
pada 12hb Julai 2013 dan pengundian awal dan pengundian penuh pada 20 dan 24 hb
Julai 2013 serta pengumuman calon BN akan dibuat oleh YAB TPM pada hari Selasa
9hb Julai nanti.
Maka akan berdebarlah sesiapa
yang sedang menunggu saat itu dan pada BN siapa pun menjadi calon, kerusi N01
Kuala Besut ini seakan pasti menjadi milik
BN sama ada nama popular seperti Zahanapi Sagaf AJK Bhg UMNO, Ustaz Nik Zulhaniza,
hatta nama Idris Jusoh sendiri yang akan menjadi taruhan kepada BN, rasanya
lebih 17 ribu pengundi Kuala Besut akan memberi sokongan kepada BN kerana
terbukti BN adalah parti yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin besar yang selalu
mendengar denyut nadi rakyat..
Sehingga tulisan ini
ditulis, ternyata tidak ada isu-isu besar yang boleh menghalang kemenangan BN
di Kuala Besut dan seperti biasa dalam mana-mana PRK, semuanya minta perhatian
dan pengundi akan menjadi sedikit manja dan lantaran itulah terbit isu-isu
seperti orang darat dan orang pantai, kebajikan veteran yang terabai,kurang
perhatian kepada Kem TUDM Gong Kedak yang menyimpan pengundi Tentera dan isteri
yang jumlahnya hampir 1500 orang malah isu-isu remeh akan sengaja ditimbulkan
dengan tujuan untuk bermanja dengan pemimpin.
Namun majoriti yang lebih
daripada 2000 undi yang diperolehi dalam 3 pilihan raya sebelum ini adalah
tanpa bantuan dan sokongan dari luar dan sekaligus menjadikan YAB TPM dan Idris
Jusuh tidak berada dalam keadaan
tertekan.
Sebab itulah PAS yang
dibantu oleh rakan-rakan Pakatan kini seakan berbelah bagi sama ada ingin
boikot atau menyertai PRK ini...lantaran itu tawaran awal yang dibuat oleh PAS
tidak lain tidak bukan hanya meminta pengundi Kuala Besut mencipta sejarah
iaitu sejarah yang dimaksudkan ialah kedudukan 16-16 malah kempen dan psywar mereka
hanyalah meminta rakyat Kuala Besut perlu cipta sejarah baru dalam politik Terengganu.
Itu sahaja yang ditawarkan
kerana mereka menyedari dari 9 peti undi termasuk Undi Pos, kekuatan pas hanya
pada 2 peti undi sahaja iaitu di Peti Undi Kg Nangka dan Peti Undi Kg Baru dan selebihnya
BN mendominasi keseluruhan peti undi malah PAS juga sedar ini adalah PRK yang
mana seluruh jentera BN akan berkumpul dari seluruh negara.
Sehingga hari ini sudah pun
berbondong-bondong jentera dan `tentera’ BN mula berkumpul di Kuala Besut dan dengan
jumlah yang hadir, barangkali BN mampu atur strategi `man to man marking’.
Kesetiaan mereka pada BN sedang diuji.. |
Namun yang lebih menarik dan
pasti menjamin kemenangan besar BN ini ialah kerana PRK Kuala Besut menjadi PRK
pertama PM Najib mempunyai Pengarah Strategi yang cukup handal dan mahir
menyusun strategi dan jika dalam PRU yang lepas dan PRK sebelum ini pun BN
boleh menang dengan bergaya tanpa adanya jawatan Pengarah Strategik, apa lah
sangat dengan PRK ini setelah PM akan dibantu oleh Pengarah Strategik bergred
JUSA A dan sebab itulah PM dan MB Terengganu sebenarnya boleh tidur lena untuk
PRK ini dan mana-mana jua PRK selepas ini!
PM sebenarnya telah membuat
keputusan yang betul dengan melantik Shahlan ini sebagai Pengarah Strategi
kerana disamping beliau amat mahir dengan strategi dan rentak politik akar umbi
(cuma malangnya segala kemahiran itu tidak sempat digunakan semasa PRU 13 di
Pokok Sena yang menyebabkan beliau kalah di tangan Mahfuz),Shahlan sememangnya
mempunyai rangkaian kerja yang amat hebat dan berbakat dan antaranya adalah
Ahmad Fairuz yang cuba menggunakan teori dan strategi melawan Tengku Adnan di Putrajaya,
tapi juga tewas (pun tak sempat guna strategi yang dipelajari),
ini belum lagi nama-nama
besar daripada rangkaian ABIM yang biarpun jiwa dan sokongan mereka kepada PAS
dan Anwar tetapi demi Shahlan mereka akan bekerja untuk kemenangan BN di Kuala
Besut dan pasti Shahlan dapat menghidu semua gerakan dan strategi lawan yang
disusun oleh PAKATAN kerana pasti adiknya Saifuddin Nasution (SUA PKR) akan
membocorkan pada Shahlan dan kumpulan mereka segala gerakan PAS,sebab itulah
keputusan PM melantik beliau adalah keputusan yang amat tepat dan semua jentera
BN perlu dengar,patuh dan jangan sesekali membantah strategi dari Shahlan.
Manakala factor kedua yang
menjadi seakan pasti BN akan menang dalam PRK ini walaupun jentera parti dari
luar tidak akan turun sekali pun ialah komitmen tinggi daripada agensi
penyelamat negara iaitu BTN dan bukan sahaja kerana Ketua Pengarahnya Raja Arif
ini rakan sekutu Shahlan, tetapi kerana BTN dibawah Raja Arif ini ternyata
sebuah agensi yang hebat dan pakar dari sudut strateginya.
Lihat sahaja PRU13 yang
lepas dengan sambil bermain golf sahaja, KP BTN dengan seluruh pegawai yang ada
mampu memberi kemenangan cukup bergaya kepada BN iaitu 133 kerusi dan cuba
bayangkan jika kali ini di Kuala Besut beliau tidak main golf? Apatah lagi kini
pegawai-pegawai BTN seluruh negara juga dikerah untuk menjaga hanya PRK Kuala
Besut yang pengundinya tidak sampai pun 18 ribu orang dan pada BTN ini kacang
sahaja apatah lagi dengan komitmen KP yang juga orang Terengganu dan isteri
beliau orang Besut,
Takkan Raja Arif SANGGUP mengkhianati Ahmad Said? Itu takkan berlaku kerana takkan sebagai
orang ABIM yang faham soal agama lebih daripada orng lain,Raja Arif sanggup
melihat BN kalah! Itu agak mustahil apatah lagi dalam suasana sekarang ketika
batang tubuh dan kedudukan beliau sedang di perhati oleh KSN,TKSUK JPM,KPPA dan
sebahagian pimpinan politik Negara dan sebab itulah juga beliau harus menjadi
orang yang pertama sampai ke Kuala Besut membuat penilaian calon dan BTN perlu
digerakkan sepenuhnya untuk membuktikan kepada PM dan semua yang memerhati
bahawa BTN amat cemerlang dalam PRK Kuala Besut!
Gandingan mantap! |
KP BTN ini akan melaungkan
slogan jihad di Kuala Besut,Pegawai-pegawai BTN pula harus menjadikan medan PRK
Kuala Besut adalah medan jihad dan jika PRK Kuala Besut BN menang, soal
kebajikan dan masa depan para pegawai yang samar-samar bagaikan cahaya dihujung
terowong itu akan kembali bersinar,barangkali itulah suntikan semangat akan
diberikan kepada seluruh pegawai demi menjamin kemenangan kerana bila menang
satu 'political millage' yang amat tinggi kepada pengurusan BTN.Kenapa?
Rupa-rupanya pegawai-pegawai
BTN yang kelihatan hebat dan pakar sebagaimana Raja Arif laungkan ini sebahagian
besarnya adalah berstatus kontrak dan jadi salah satu bahan serta alat untuk
sering menipu dan memanipulasikan pegawai ialah janji pihak pengurusan BTN di bawah
Raja Arif ini ialah penyerapan pegawai kontrak kepada jawatan Tetap dan inilah
alat untuk pegawai dan kakitangan diikat supaya menjadi penjilat dan takut
kontrak mereka ditamatkan dan inilah juga janji awal Raja Arif bersama
pengurusan serta Ahmad Maslan sebelum ini kepada para pegawai yang menyebabkan
pegawai-pegawai BTN berkobar-kobar semangat dan berebut-rebut menjadi penjilat.
Tapi kini Ahmad Maslan sudah
tiada kaitan dengan BTN lagi,cahaya dihujung terowong tentang janji menetapkan
pegawai dan menaikan gred Pengarah Negeri dari 48 ke Gred 52 makin samar dan
yang nyata pengurusan BTN telah membawa masuk makin ramai pegawai PTD mengambil
alih tempat yang dijanjikan kepada pegawai dan yang telah pasti gred KP
diangkat menjadi JUSA A,TKPP dan TKPL menjadi JUSA C dan malangnya pegawai
terus kontrak dengan gred yang sama,lantaran itulah cahaya dihujung terowong
sebenarnya makin malap atau tunggu masa padam kepada pegawai kontrak BTN.
Perundingan dengan CUEPECS
hanyalah ingin memastikan kedudukan TKPL sahaja yang tetap dan bukannya
kedudukan pegawai-pegawai lain,akhirnya pegawai terus digula-gulakan untuk
nikmat sebenar pihak pengurusan dan itulah kepakaran dan strategi yang ada pada
mereka yang hari ini kononnya KP terbaik BTN dalam sejarah yang terus di jilat
dengan rakus oleh sebahagian Pengarah Negeri dan pegawai hingga ke tapak kaki
dan kini setelah pegawai berada dalam mood yang tidak bersemangat,PRK Kuala
Besut perlu menjadi pil dan tonik untuk menaikan semula semangat dan tahap
jilatan kepada KP BTN dengan harapan ada lagi cahaya yang tinggal.
Hakikat sebenarnya untuk PRK
Kuala Besut ini,jika YAB TPM tidak inginkan jentera BN turun beramai-ramai pun
tidak mengapa kerana jentera yang datang dari pejabat Pengarah Strategik PM dan
BTN sudah cukup untuk memastikan kemenangan bergaya majoriti 4 ribu undi
sebagai mana yang ingin dicapai oleh Idris Jusuh dan . BN boleh menjimatkan belanja
yang besar bagi menampung pergerakan jentera selama 2 minggu itu jika kita
serahkan kepada Shahlan dan Raja Arif. Dua makhluk ni pakar ni!
Jumlah budget itu bolehlah
kita gunakan untuk memberi zakat kepada orang miskin menjelang Aidilfitri nanti
dan kita perlu memberi kepercayaan serta berjiwa besar menghadapi PRK ini sebagaimana
MB Terengganu juga amat berjiwa besar bila beliau tidak dilantik sebagai Pengarah
Bersama dalam PRK ini kerana beliau tahu dengan sentuhan dua manusia yang telah
diberi kepercayaan oleh PM Najib iaitu Shahlan dan Raja Arif, PRK Kuala Besut
pasti akan memberi kemenangan besar kepada BN.
Apatah lagi dengan kemahiran
pegawai-pegawai berstatus kontrak yang mengetuai semua BTN negeri yang telah
berjaya membuktikan sumbangan besar BTN dalam PRU13 sehinggakan ramai Pengerusi
Badan Perhubungan dan MB serta Ketua Menteri berbisik sesama mereka` mujurlah
ada BTN, jika tidak sudah lama kita kalah!’
Oleh itu kepada Shahlan dan Raja
Arif, uruskanlah PRK ini dengan baik kerana kemenangan besar BN di PRK Kuala
Besut akan ada juga ganjaran besar untuk anda berdua, Kepada Pengrah dan
Pegawai-pegawai kontrak BTN juga yakinlah bahawa kemenangan besar PRK ini,cahaya
akan bersinar dihujung terowong dan kalaupun bukan untuk anda pasti akan ada untuk
pihak pengurusan anda.
Jika Jusa seperti Raja Arif,
Mokhtar PA System dan Hanafi Abu Nawas ini keluar sekalipun dari BTN, mereka
tidak perlu bimbang lagi kerana mereka telah dapat apa yang diinginkan dan
akhirnya pegawai-pegawai kontrak BTN ini akan duduk dan sesat dalam terowong yang
sangat bercahaya...Hidup-hidup kena tipu!
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Boikot 7 Eleven (Vincent Tan)
ReplyDeleteBoikot GIANT
Boikot ECONSAVE
Boikot FAMILY STORE
Boikot TONG HUP (Berdekatan Masjid Kg Hulu, Melaka)
Boikot Pasaraya COWBOY di Malim, Melaka.
Boikot The Store
Boikot Recycle Furniture di Cheng, Bachang, Bukit Piatu (biar lingkup Cinabeng ni)
Boikot Jonker Walk (pusat gangster dan barangan ciplak China)...low class...
Boikot Madam King di Jalan Bunga Raya, Melaka.
Boikot biskut Hup Seng, Julie's, Mamee (kilang di Ayer Keruh, Melaka).
Boikot Munchy's (kilang di Batu Pahat).
Boikot Bee Loon di Little India, Melaka (jual pakaian seragam sekolah) ..kasi mampos Cinabeng ni!
Boikot semua kedai hardware Cinabeng! Ada 2 kedai hardware Melayu (jual cat, paip, besi dll) di Bukit Rambai Melaka. Ada juga kedai hardware (jual pasir, bata, simen, besi dll) di Bukit Balai, Durian Tunggal, Melaka.
Boikot semua kedai tayar Cinabeng!
Boikot semua kedai aksesori kereta Cinabeng!
Boikot semua kedai computer Cinabeng!
Boikot STYGIX di Bukit Beruang, Melaka, NCS di Ong Kim Wee, Melaka.
Boikot semua kedai computer PC World. Semua Cinabeng punya kecuali satu di Durian Tunggal (budak Melayu punya).
Boikot semua kedai kasut Cinabeng.
Boikot semua kedai peralatan sukan Cinabeng.
Beli produk sukan di Al Ikhsan, dan ada satu lagi milik Melayu di Bangunan MARA lama di Hang Tuah Mall.
Boikot semua kedai jeans Cinabeng!
Ada satu kedai jeans milik Melayu di Dataran Pahlawan, Melaka yg jual jenama Lee dll.
Boikot semua pusat tuisyen Cinabeng!
Boikot semua kedai jahit Cinabeng.
Boikot kedai kain Nagoya (milik Cinabeng)