Friday, July 5, 2013
2:06 PM
|
Tahniah Shahlan...! |
TAHNIAH PM Najib atas
perlantikan Shahlan Nasution sebagai Pengarah Strategik Jabatan Perdana Menteri
dan tahniah juga di atas sebarang keputusan yang PM Najib lakukan yang mungkin
bagi PM Najib segalanya betul dan benar belaka dengan langsung tidak mengambil
peduli dengan segala kritikan,pandangan dan lebih memilih pandangan serta
nasihat daripada Penasihat-Penasihat beliau yang selama ini mengelilingi beliau
hingga berjaya memperolehi 133 kerusi dalam PRU13 lalu.
Kita diluar ini harus
menerima dengan berlapang dada bahawa jelaslah tidak ada kuasa atau apa sahaja
yang boleh memisahkan PM Najib dengan rakan-rakan beliau kecuali mati dan PM
Najib membuktikan bahawa beliau mendokong semangat setiakawan yang cukup tebal
walaupun diluar sini sudah mula bercerita segala keputusan yang PM Najib
lakukan langsung tidak mencermin kehendak akar umbi ataupun dengan kata mudah slogan `dengar
denyut nadi rakyat; hanyalah retorik semata-mata.
Dengan perlantikan Shalan
sebagai Pengarah Strategik dan mungkin terus mengekalkan Raja Arif sebagai
Ketua Pengarah Biro Tata Negara,usaha sedang dibuat dan sudah pun dilaksanakan
untuk membina persepsi yang baik-baik terhadap dua makhluk yang Allah ciptakan
ini bahawa kegagalan PM Najib meraih dua pertiga dalam PRU13 lalu bukan salah
mereka kononnya itu semua adalah tsunami Cina.Antara persepsi yang sedang
dibina ketika ini kononnya Shahlan bertanding di Pokok Sena adalah atas arahan
PM Najib dan beliau sebenarnya tidak mahu bertanding dan untuk menutup
kesilapan serta kegagalan,PRK Besut dijadikan medan untuk tunjukkan pada PM
Najib bahawa mereka mampu menang.
Tidak mengapa kerana sebagai
orang yang memegang kuasa walaupun tidak tahu menggunakan kuasa yang ada,jangan
sesekali dibantah kerana Negara ini bukan milik rakyat tetapi milik pencacai
yang pandai menjilat serta mengampu.Pedulikanlah segala resah rakyat,persetankanlah
segala pandangan serta kritikan rakyat yang mahu PM Najib belajar daripada
segala kekhilafan masa lalu bagi membentuk kepimpinan masa depan.Apa yang
penting pada PM Najib ketika ini adalah memastikan semua kawan-kawan beliau
tidak tercicir untuk menerima sebarang nikmat selagi beliau Perdana Menteri dan
bertaraf JUSA A, Shahlan antara yang sedang menikmat nikmat hasil ehsan rakan baiknya.
Mereka dua beradik... |
Ramai yang bertanya,apa
istimewa sangat Shalan ini dimata Najib? Ada yang mengibaratkan hubungan Najib
dengan Shahlan umpama Laila Dan Majnun,tebal kasih bagai Uda Dan Dara dan bagaikan
Mumtaz dengan Shah Jahan.Apa hubungan sebenar antara mereka berdua ini hingga PM Najib dikatakan menjadi
Pak Turut kepada segala kehendak serta tuntutan Shalan?Perjanjian apa yang
sebenarnya ada di antara mereka berdua ini sedangkan orang lain bileh dihukum
sebagaimana terhukumnya Nasir Safar,Fatmi Che Salleh,Shafie Abdullah tetapi
untuk Shahlan,kalah bertanding pilihanraya pun tetap diberikan jawatan serta gaji
yang cukup besar.
Pun ramai yang tersentak
bagaimana seoarang yang kalah dalam PRU13 boleh diangkat menjadi seseorang yang
strategik?Kalau mengurus diri sendiri pun gagal,bagaimana mahu mengurus lanskap
strategic seoarang Perdana Menteri ataupun kerajaan malahan UMNO atau Barisan
Nasional itu sendiri?
Ada yang mengumpamakan
hubungan PM Najib dengan Shahlan sebagaimana erat dan intimnya hubungan Anwar
dengan Azmin dan bersyukurlah kita tidak dengar lagi sehingga ke hari ini ada skandal antara mereka
berdua sebagaimana dikatakan skandal Anwar dengan Azmin dan kita amat berharap
serta mohon selisih malaikat 44 bahawa mereka berdua ini tidak ada yang buruk-buruk
antara mereka.
Untuk PRK Kuala Besut,Shahlan
dikatakan bergabung dengan Raja Arif dan juga Ahmad Fairuz dan nama calon BN untuk kerusi N! itu sudah
pun berada ditangan Sahlan dan mungkin itu antara proses awal selain daripada
Pengarah Strategik adalah mengintai jawatan Setiausaha Agung UMNO dan dua nama
daripada setiap IPTA sudah dilantik untuk menjadi Cyebr Trooper di bawah Sahlan
malah Shalan juga dikatakan teah berbincang dengan Idris Jusuh barisan
kepimpinan NC di peringat semua university dan Ahmad fairus sudah mula bergerak
di seluruh IPTA.Hebatkan Shahlan?
Betul hak PM Najib untuk
memilih sesiapa sahaja dan tidak ada sesiapa yang oleh dakwa dakwi keputusan
seorang Perdana Menteri yang diakui bijak oleh semua kepimpinan UMNO tetapi sebagai Perdana Menteri,PM Najib jangan
terlalu syok sendiri,jangan terbuai dengan ampu sana ampu sini hingga terlepas
pandang dengan segala agenda jahat asing yang menggunakan orang dalam bagi
menjahanamkan Negara ini dan sebagai rakyat yang berketuakan Perdana Menteri
seperti PM Najib ini,keluh kesah dan pandangan rakyat dibawah jangan
dibakulsampah ataupun dipersetankan begitu sahaja.
Andai PM Najib merasakan
kawan-kawan beliau lebih penting daripada mendengar suara rakyat di bawah
ini,silakanlah!Binalah Negara dan kepimpinannya dengan menelan segalanya hingga
gagal membezakan yang mana racun,yang mana penawar dan dalam saat UMNO sedang
diserang hari ini,kepimpinan masih memeluk tubuh.
p/s- ada lagi nak tulis tapi
biarlah dulu..kita sambung kemudian…
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Kita tidak harus melihat hubungan diantar PM Najib dan Sahlan tetapi cuba fikirkan apa akan berlaku sekiranya terdapat hubungan intim diantara Sahlan dan Nasution (adik Sahlan) seorang extrimis PKR.
ReplyDeleteRasa nya mungkin terdapat unsur lain menyebabkan PM Najib TERPAKSA memberi satu jawatan penting kepada beliau . Siapa tahu???
Bro... ko kasi lah DS Najib resume ko... kut2 ko boleh jadi pengarah strategik juga...
ReplyDeletedan apa kata ko post kat blog ko ni... apa cadangan kalau kau duduk di post pengarah strategik tu...
DS Najib baca blog ko ni... mana tau dia kick sahlan... sembang dan jaja citer macam2 tak guna kawan.. ce citer apa sumbangan ko nak bagi dan kekuatan ko untuk terjemahkan supaya PRU14 yang akan datang BN dapat 2/3 kerusi...
Ha citer2.. tulis2... kami peminat mu ni.. menanti...
Kenapa semakin hari Najib seperti hilang akal melantik org yang kalah dalam pru dulu sebagai org penting dipjabatnya? Naik gila rakyat kat bawah ini. Org seperti sahlan, abg kepada saifudin nasution yg saban hari mencemuh umno dilantik sebagai org penting. Sudah gila agaknya pertimbangan najib. Org yg melawan ketua bahagian umno putrajaya juga diangkat... Bodoh atau termakan nasi kangkang? Rakyat mengeluh wahai najib, jgn sampai rakyat tarik turun seperti paklah?
ReplyDeleteAku rasa najib ni dah ken pegang telur oleh sahlan. Atas dasar kawan kononnya.... Boleh jadi isu najib dan ziana zain dalam poket sahlan, sebab tu najib jaga sangat sahlan ni. Mana set pol yg lain? Kenapa nasib mereka dibiarkan tidak sperti sahlan. PRK kampus tnggu nak kalah dah selepas ini
ReplyDeleteRamai orang Melayu cintakan UMNO parti keramat orang Melayu yang berjuang mendapatkan kemerdekaan.
ReplyDeleteSekiranya ada perlakuan pemimpinnya yang memungkinkan rosaknya parti UMNO, Toloooooong nyahkan pemimpin tersebut dari tampuk kepimpinan UMNO.
Please.....tolong jangan samapi rosaknya UMNO!
bro
ReplyDeletePM tak heran kutukan kita... dia butakan mata, pekakkan telinga.. dia tak peduli... kalau dia nak lantik, apa orang nak kata..
alih2, hujung tahun ahli umno undi dia juga jadi presiden
Saya desak Pemuda Pas Tantawi dan Sallahudin jaga kan kesucian Ramadhan.
ReplyDeleteKita tidak bolih harap dan jangan harap atau mimpi KJ untuk bantah kerana KJ yang nak kan mengambil alih Tan Sri Lee Lam thye punya jawatan sebagai MACF /anti jenayah atas alasan KJ kehilangan computer riba dan telefon bimbit (2 item )aja pada malam FAM final.
Juga dia tidak memberat kan perjuangan Dr Morsi.
Juga sibuk dengan penagihkan jawatan dan kedudukan di kementerian Barisan Nasional,mirip secara kecilan pengagihan 1M4U outreach RM55billion sahabat Cameron dan suami FLOM juga ketua politikal Lab liberal bapak sekolah vernakular 1M4U Ah Jib Gorrrrrr, yang hadhir di benua AKRIKA 1.5 hari aje,bergegas ke london dan masih belum balik dari London lepas cabut dari afrika secapat deras.
Project usaha sama PNB Sime sri setia Battersea tak akan melibat kan aliran wang keluar ?
Kita banyak "cash dan asset" di Malaysia untuk di labur kan di United Kingdom ?
10,000 pound sterling untuk OUTREACH 1M4U di England ,cukup ke ?mesti ada aliran .
Orang Melayu dan bumiputra desak balasan kerana UMNO dapat 88 kersusi.
Ah Jib yang amat seronok dengan orang putih dan sahabat kepada zionist dan anti Islam cameron,
di nama kan presiden parti melayu terbesar dengan 3 juta ahli ?
Tukar Presiden kali ini jom tukar presiden di PAU.
arjuna waspada
changkat lobak
arjuna waspada
changkat lobak
Timie (Dato Fatmi) macam mana.? Tidakkah beliau juga SetPol yg disayangi oleh Najib..!Di mana kedudukan beliau sekarang.? Apakah najib berasa selesa dengan SetPol baru yg dilantik. Apakah kedudukan Najib bertambah kuat jika tidak mengambil kembali Setpol yg dah sekian lama berkhidmat dengan beliau. Pada pandangan saya, Najib amat memerlukan Setpol yg tahan diuji dari segala aspek bagi memastikan kejayaan beliau memimpin negara dan parti UMNO. Jika semuanya ditukar dibimbangi ada Setpol beliau nanti akan menjadi gunting dalam lipatan dan api dalam sekam. Anwar Ibrahim sentiasa mengintai peluang dari pelbagai sudut untuk memusnahkan Najib dari dalam. Anwar sanggup lakukan apa saja demi ingin memusnahkan politik Najib...Fikir-fikirkan lah..
ReplyDeleteDia sebenar nya tak layak jadi PM .Kalau diimbas balik kenaikkan beliau dalam hiraki politik UMNO naik nya disediakan dengan TANGGA EMAS .Kerana dia anak TAR .Mana pernah dia ada pengalaman bertarung sengit bagi merebut apa apa jawatan? Tak ada kan? Dia ngan sepupu dia si KRISMUDIN sama saja ,NAIK PAKAI TANGGA EMAS kerana mereka anak bekas pemimpin.Orang sebegini sebenar nya tak boleh jadi pemimpin yang baik .Sebalik nya bandingkan dengan YBG Tun M dan TS muhyidin yang mengalami banyak Onak dan duri dalam perjuangan mereka .Hrus diingat Anwar Ibrahim setelah masuk UMNO juga naik pakai Tangga istimewa .Tapi bukan tangga emas
ReplyDeleteTapi TANGGA FULUS.
PAU ialah wadah utk ahli2 umno menentukan corak pimpinan parti dan memperbaharui semangat perjuangan parti. Rata2 rakyat dan ahli umno akar umbi yg tidak termakan dgn taburan wang yg disogokkan ingin melihat pimpinan yg meyakinkan. Bukan lembik dan tidak berwawasan. Najib sebenarnya lebih lemah dari Paklah. Tetapi sbb beliau lagi boros membazir duit rakyat berani tabur duit sana sini sampaikan defisit negara tergadai maka dia dptlah undi populariti. Dasar beliau yg tidak sensitif pada keselamatan negara dan maruah agama dan bangsanya menyerlahkan kelemahan beliau.Juga arah tuju bangsanya pun Najib tak berjaya mengemudi partinya. Dulu Tun M berjaya menyatukan bangsa nya org melayu dan bangsa2 lain di msia dgn satu wawasan shja dan tidak retorik.
ReplyDelete