Monday, June 10, 2013
10:00 AM
|
PM Najib sedang diuji...! |
SEBAHAGIAN rakyat kini
sedang memerhati barisan kabinet Najib yang dilantik setelah BN masih diberi
peluang kedua oleh Allah SWT walaupun berdepan dengan tsunami Cina untuk
memerintah Negara,kabinet yang pada sesetengah orang tidak ada yang luar
biasa melainkan PM Najib terpaksa membentuk kabinet berasaskan kouta serta
keputusan PRU13 dan sama ada kabinet itu benar-benar menggembirakan PM Najib
atau tidak, persoalan itu hanya beliau yang
tahu.
Namun kepada PM Najib dan kepada
semua yang dilantik,sesekali mereka harus mengimbau sejarah kepimpinan yang
telah ditunjukan Allah melalui Rasulullah S.A.W sebagai contoh yang terbaik
kerana pada diri Baginda,biarpun Baginda maksum dan penuh dengan mukjizat tetapi
bila Allah memilih beliau sebagai pemimpin,Allah juga telah memilih orang-orang
yang sentiasa duduk bersama dengan beliau sebagai `SETPOLl,SUSK,SUS‘ dan yang
lain-lain baik sebagai Pembantu ataupun Penasihat.
Ada jutawan seperti Osman
Affan,ada perancang strategi seperti Abu
Bakar Assidiq,ada pemuda yang berani seperti Ali bin Abi Talib malah ramai lagi
yang menyerahkan diri untuk berkhidmat kepada Rasul S.A.W, dan Baginda menerima
pandangan mereka sesuai dengan bidang dan kemahiran yang mereka miliki,ironi
inilah sepatutnya dicontohi oleh pemimpin kita yang masih lagi dapat memimpin
negara dengan "second change" yang di miliki hari ini.
Kalau ingin melihat sejarah
yang lebih dekat biarpun mungkin ada orang yang tidak bersetuju ialah
kebijaksanaan yang di miliki oleh Tun M,bagaimana beliau boleh sentiasa berjaya
dalam memimpin parti dan negara dalam tempoh lebih dari 20 tahun dengan jayanya dan ketika Tun M bercakap
tentang politik,beliau tampil bagaikan seorang politikus dan ahli politik yang hadam segala sifir
politik,ketika bercakap tentang ekonomi,beliau boleh dianggap mahir dan tahu
selok belok ekonomi kapitalis dan sosialis malah beliau tampil sebagai pakar
dalam semua bidang yang mendapat sentuhan beliau malah ketika beliau bercakap
tentang sains dan teknologi,Tun M dilihat seperti seorang saintis yang hebat.
Pengiktirafan kebijaksanaan
terhadap kepimpinan Tun M diberi oleh kawan dan lawan sama ada di dalam mahu
pun di luar negara dan apakah rahsia di sebalik kehebatan ini,ianya tidak lain
dan tidak bukan kerana beliau sentiasa berada dalam kelompok `orang yang betul untuk kerja yang
betul’ dan maknanya beliau tahu memilih pembantu yang betul-betul mahir serta
tajam pemikiran untuk membantu beliau sebagai Perdana Menteri.
Kini kita tahu, PM Najib
sedang melalui jalan sejarah yang pernah di rintis oleh Tun M dan PM Najib juga
sememangnya memiliki sedikit ciri-ciri Tun M iaitu "skill of good listener"
namun apakah PM Najib peka terhadap perkara yang lebih besar yang tauladannya
telah ditunjuk oleh Rasul SAW ketika melantik pembantu? Kemahiran Tun M dalam
memilih `inner circle’ dan persoalan Ini yang perlu penelitian dan kupasan
ilmiah.
Antara yang boleh diteliti
segera,berapa ramai ahli kabinet yang boleh PM Najib jadikan `inner circle’
beliau yang membawa maksud ketika beliau buntu,beliau boleh ajak minum bersama
sambil berbicang untuk kebaikan politik, keselamatan,kerukunan hidup rakyat dan
sebagainya kerana sebagai pemerhati luar,kita simpati kepada beliau kerana sememangnya beliau dilihat agak
sukar untuk mendapatkan ` inner circle’ di dalam kabinet yang beliau sendiri
pilih dan lantik.
Kalau meneliti pula di dalam
UMNO parti keramat yang cuba di tamatkan riwayat ketika PM Najib sebagai
Presiden adalah dengan munculnya idea
satu parti tunggal di kalangan sebahagian pemimpin UMNO sendiri, itu apa
tandanya?
Apakah ayat yang PM Najib
laungkan Berubah Atau Rebah akan memakan diri Najib sendiri?Apakah Najib akan
rebah setelah banyak idea transformasi dilaksanakan untuk negara dan rakyat serta parti dan mari kita
selusuri fasa demi fasa untuk melihat apa yang akan berlaku jika PM Najib tidak
segera berubah.
Suasana sekarang adalah PM Najib
membentuk kabinet hasil daripada kemenangan 133 kerusi yang kali kedua gagal selepas
PRU12 mencapai kemenangan majoriti 2\3 dan proses propaganda pembangkang
berterusan dengan pembunuhan karektor ahli kabinet malah gerakan memancing
supaya lompat parti juga berterusan dan sehingga kini PM Najib dilihat gagal
mengurus persepsi rakyat terhadap kabinet beliau dan kerajaan BN.
Rakyat sedang menunggu serta
memberi masa dalam tempoh 100 hari untuk melihat apa yang kabinet ini akan
lakukan,suara-suara tidak puashati dikalangan pimpinan UMNO dan parti-parti
komponen terus berlegar di kalangan akar umbi.
Pada tahap ini PM Najib
bukan sahaja gagal mengurus persepsi,malah dilihat masih gagal mengurus krisis
yang berlaku dan suka atau tidak sekarang ini.PM Najib harus akui bahawa beliau
sedang berhadapan dengan krisis yang menuntut beliau bijak mengurus krisis demi
krisis ini.
Dua perkara ini menambah
buruk kesannya kepada PM Najib kerana kebijaksaan media baru pembangkang yang terus
menerus menyerang beliau dan kerajaan menyebabkan saolah-olah PM Najib sekarang
ini dianggap memimpin sebuah kerajaan yang lemah walaupun menang dalam PRU13
dan inilah yang dilihat oleh akar umbi dan rakyat terbanyak.
PM Najib harus bangkit
memperbetulkan semua ini dengan kadar segera kerana.baki 100 hari sudah tidak
banyak berbaki dan menjadi` priority’ semua ahli kabinet untuk memikul
tanggungjawab politik khususnya dalam memperbetulkan persepsi rakyat,pimpinan
politik ahli kabinet jangan rasa seronok mengemudi Kementerian dan banyak masa
dihabiskan dengan mendengar taklimat-taklimat,terbabit di dalam pengurusan
sehingga terlupa tugas menggunakan seluruh jentera kerajaan untuk memulihkan
keadaan dan mengkaji `political impact’dari setiap dasar dan keputusan.
PM Najib harus berani
mewujudkan semula apa yang telah Ayanhanda beliau Tun Razak wujudkan dulu iaitu satu pasukan khas yang
menjadi rujukan "Majlis Tindakan Negara", yang terdiri daripada
pakar-pakar strategi dan wakil-wakil agensi strategi yang berindak selaku `political
rapid respon team’ yang mana bertanggungjawab menganalisa,menyampai dan
menasihati PM Najib dalam mengurus krisis yang sedang berlaku pada hari ini.
Apakah PM Najib tidak ingin
belajar daripada krisis Lahad Datu?Bila diwujudkan pasukan untuk menyelesaikan
krisis ini? Berapa ramai pemimpin politik yang ada melainkan semua yang pakar
dan mahir dlm bidang masing-masing dan itulah yang betul.
Menanti kebijaksanaan mengurus persepsi! |
Suasana ini harus bermula
dengan keberanian PM memilih pembantu di pejabat beliau dan janganlah parokial
politik semata-mata dijadikan asas dalam memilih pembantu untuk berkeliaran di
pejabat Perdana Menteri dan pilihlah yan benar-benar mahir,strategis dan bijak
dalam bertindak malah jika tidak mahu mereka ini dikenali,lantiklah mereka dan
asingkan pejabat mereka ditempat-tempat lain sebab mereka bukan orang politik yang
hanya tahu amalan biasa politik membodek dan angkuh dengan kedudukan tetapi sebuah
pasukan yang jujur bertindak sebagai pembantu yang ingin melihat PM Najib
kembali dengan hebat dan berjaya mengurus persepsi dan mengurus setiap krisis
dgn baik.
Begitu juga apabila PM Najib
sudah mengarahkan supaya setiap agensi strategi menubuhkan pasukan media baru
untuk digerakan sebagai medium bagi berhadapan dgn suasana baru negara dan siapakah
yang akan mengisi setiap jawatan dengan pelbagai gred yang diwujudkan ini?
Jika setiap jabatan yang
wujud ekoran arahan PM Najib ini tidak diurus dengan baik, ianya akan sekali lagi
mengundang bala kepada kerajaan dan bayangkanlah sekiranya yang akan
mengendalikan kumpulan ini perlantikannya diurus oleh JPA dan SPA, kemudian dicadangkan
pula oleh manusia seperti Raja Arif dan
kawan-kawan beliau,disokong pula oleh Shahlan Ismail dan kemudiannya yang akan
bekerja pula sentiasa akur kepada profesionalisma penjawat awam yang kononnya
tidak boleh dilihat menyokong mana-mana pihak dan bekerja juga hanya bermula
jam 8 pagi hingga 4.30 petang,apa akan jadi dengan hasrat PM Najib tersebut?Sama-samalah
kita bayangkan!
Lantaran itu kita benar-benar
berharap,agar PM Najib bukan sahaja harus berani mengambil keputusan tetapi
harus lebih bijak mengurus manusia yang akan bersama dengan beliau kerana apa
juga yang akan berlaku, PM kena pastikan parti keramat UMNO tidak harus
terkubur ketika beliau sebagai Presiden.
Susunan politik beliau untuk
menghadapi pemilihan dalam PAU nanti amat penting dan bermakna untuk melihat
corak politik dan kepimpinan UMNO selepas itu dan.bermula tahun ini
pemilihannya mengikut formula baru dan tentunya kita mengharapkan formula ini
mampu melahirkan pimpinan yang benar-benar diinginkan oleh akar umbi dan PM
Najib teruslah memimpin BN dengan berani sambil bertindak untuk mengurus
persepsi dan mengurus krisis ini dgn berkesan.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
errrr nk tnya sikit?PM nk dengar ke?
ReplyDeletePM dah belajar dengan apa yg beliau lalui dan alami ketika PRU13, sesukang2nya PM sedar kesilapan yg dilakukan dan tidak berulang utk kali ke2. muga beliau berhati2 dalam memilih pembantu dan penasihat beliau dan mengenal pasti yg mana intan atau kaca.
ReplyDelete