Tuesday, June 4, 2013
7:45 PM
|
Pilihlah tebu jangan terpilih teberau..! |
PERJALANAN politik kepada
sesetengah orang politik kini sudah berada di penghujungnya bila
berakhirnya PRU13 bila ahli yang memasang angan-angan dipilih sebagai calon
tetapi tidak disenaraikan dan terus pula memasang angan-angan untuk dilantik ke
jawatan Senator tetapi gagal juga dan terus lagi memasang angan-angan untuk
dilantik sebagai Setiausaha Politik (SUPOL) kepada Perdana Menteri dan Menteri
kabinet malah kini ramai sedang berusaha melobi untuk turut berada di beranda
kuasa ahli kabinet kerana ramai yang
tahu bahawa bila duduk di beranda kuasa ini ianya boleh dijadikan batu loncatan
untuk banyak perkara.
Lantaran itulah ramai yang
sanggup menebal muka dan menyiapkan `resume’ untuk dibawa ke pejabat PM Najib
bagi dinilai dan dilantik sebagai SUPOL meskipun pada hakikatnya dalam PRU13 baru-baru ini mereka inilah (walaupun tidak semua) yang turut
menjadi tali barut pembangkang dan orang
yang sabotaj calon BN kerana tidak terpilih
menjadi calon di kawasan-kawasan tertentu dan ini bukan satu rahsia kepada akar umbi tetapi masih tidak malu untuk terus
menipu Perdana Menteri agar dilantik
sebagai Setiausaha Politik.
Setiausaha Politik adalah
jawatan paling kanan dalam pejabat seseorang Menteri kecuali pejabat Perdana Menteri, ianya satu jawatan yang
dikhususkan untuk menjaga hal ehwal
politik seseorang ahli kabinet dan jawatan ini disediakan adalah kerana seorang
ahli kabinet mungkin terlalu sibuk dengan tugas-tugas pentadbiran menyebabkan
tugas-tugas politik ini diserahkan kepada SUPOL.
SUPOL juga bukan jawatan yang boleh berpindah randah dari kementerian ke satu kementerian lain dan bukannya jawatan untuk orang kalah bertanding kerana bila rakyat telah menolak adakah PM Najib masih mahu terimanya?
Lantaran itu tugas ini seakan-akan
menjadi rebutan kerana ianya merupakan medan
latihan bagi seseorang untuk terus
berkhayal dan memasang angan-angan untuk
penggal yang akan datang bagi dipilih pula sebagai calon piihanraya dan senario semasa ini menyebabkan
persoalan siapa SUPOL kepada PM,TPM dan
Menteri-Menteri menjadi suatu rebutan dan seolah-olah ianya merupakan satu penghormatan kepada yang dilantik .
Untuk ketika ini semua ahli-ahli
kabinet sepatutnya berhati-hati,
harus bertindak bijak didalam memilih serta melantik SUPOL masing-masing dan pengalaman yang lepas harus
jadi guru serta panduan dan PM Najib perlu ingat kerana sebelum ini sudah ada pun Setiausaha Politik yang dihukum kerana rasuah seperti SUPOL Nor Yaacob dan PM Najib juga jangan lupa sebelum ini pun sudah ada SUPOL yang ditangkap serta ditahan kerana terlibat dalam kegiatan subversif yang menyokong idealogi komunis.
Paling penting pemilihan harus dirujukkan kepada pihak polis bagi `security vetting' mengenalpasti dengan secara lebih terperinci latar belakang mereka dan bukan melantik sewenang-wenangnya dan kita merasakan `security vetting' ini sudah tidak digunapakai di zaman PM Najib ini dan sebeb itulah PM Najib gagal kenal mana kawan mana musuh,mana pegawai kerajaan yang menyokong,mana yang menentang.
Hasbie Sattar.bekas SUPOL Nor Yaacob |
Istilah transformasi bukan hanya
digunakan dalam melaksanakan dasar untuk rakya ,tetapi istilah itu juga perlu
jadi amalan kepada pemimpin termasuklah dalam membina `circle’ politik yang
diketuai oleh SUPOL masing-masing apatah
lagi bila melibatkan kepimpinan utama seperti PM,TPM dan Menteri-Menteri Kanan,ketahuilah
tentang peringatan Tuhan `wahai orang-orang yang beriman,jangan sesekali kamu
cakap apa yang kamu sendiri tidak buat..’.
Sebagai pemimpin yang Tuhan
telah anugerahkan akal untuk berfikir, apakah yang mereka ini fikirkan bila
mahu melantik pembantu-pembantu khususnya yang ada kaitan dengan merancang
politik?Apakah cukup mereka ini seseorang yang paling taat membabi buta,tidak
ada yag keluar dari mulut melainkan ayat` yes bos’ dan `beres bos’?Apakah cukup
kriteria mereka ini adalah `figure’ yang nampak seolah-olah seperti hebat dan
pejuang sedangkan terlalu banyak `liability’ yang ada dibelakang mereka?
Malang kepada
pemimpin kita yang bercakap soal yang besar dan selalu `think outside the box’
tetapi bila saat diberi peluang memilih orang-orang kanan,masih terikat dengan
parokial kepartian,melihat masa depan kedudukan dalam parti mengatasi
segala-galanya dan bukannya masa depan agama,bangsa dan negara.
Kita tunggu dan lihat
siapakah watak-watak selepas ini yang akan terpilih dan terlantik sebagai
SUPOL,biarpun jelas ada diantara mereka ini ditolak kerana terbabit dalam sabotaj calon, terlibat dalam
pelbagai krisis moral,tidak boleh diterimapakai
oleh akar umbi politik tetapi nama-nama ini pasti tetap ada mewarnai suasana politik
ahli-ahli kabinet kita.
Kita mulakan dulu untuk
peringkat ini dengan melihat siapa yang bakal duduk di pejabat Perdana Menteri
sebagai SUPOL setelah PRU13 hampir
kesemua SUPOL PM Najib telah diberi
peluang bertanding,keputusannya semua kalah maknanya walaupun membawa imej
Perdana Menteri, mereka tetap ditolak walaupun berbanding dengan calon-calon lain yang mana mereka ini banyak keistemewaan
yang mereka miliki tetapi tetap tewas walaupun ada yang menggunakan dana agensi
seperti BTN dan dibantu kempen oleh Ketua Pengarah tetap kalah juga.
Takkan dah kalah pun Najib kutip lagi..? |
Kini barangkali ada dari
kalangan mereka sedang berusaha untuk kembali semula ke jawatan lama dan terpulanglah kepada
PM Najib kerana beliau bijak menilai dan apakah benar mereka sebagai SUPOL telah
menjalankan tugas dengan cemerlang merancang politik kepada PM Najib dan semua
orang telah menilai melalui keputusan
PRU13 yang lepas.
Jika bukan mereka apakah PM
Najib sekali lagi akan memilih watak-watak
yang hampir sama? Apakah nama-nama yang
di sebut ketika ini bakal dilantik sebagai SUPOL PM seperti Khairun Aseh itu layak
disandarkan tanggugjawab ini sedangkan sudah ada yang bersuara di sebalik
kontraversi tanah di Kelantan melibatkan Ngah Khoo Ham dan Ngeh Khoo
Ham,Khairun juga dikatakan berkepentingan dalam transaksi jual beli tanah itu.Berapa
kali hadir di Mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya?Dimana beliau sewaktu `perang’
PRU13 antara Ku Nan dan Husam Musa?Sesuaikah beliau untuk berada di samping PM
Najib?Khairun sudahpun ditunjukkan sebagai SUPOL PM dan adakah anak muda ini
layak sebagai SUPOL PM atau hanya kerana ayahnyaTan Sri Aseh Che Mat?
Atau PM Najib mahu SUPOL yang juga pemegang jawatan dalam parti dan
sibuk setiap masa balik ke Bahagian
masing-masing untuk kerja-kerja politik atau
memilih watak seperti Ezam Mohd
Noor yang telah mempunyai banyak dosa besar kepada UMNO dan BN akan
turun ke akar umbi bercakap tentang negara bangsa bagi pihak Perdana Menteri?Apakah
akar umbi akan terima? Kita tunggu dan lihat kerana Ezam Mohd Noor juga
disebut-sebut untuk salah satu jawatan SUPOL PM.
Kita perlu ingat dalam apa
zaman sekalipun dan walaupun dibersihkan jiwa raga Ezam dengan menyertai UMNO
dan diberikan jawatan Senator,sebahagian besar rakyat dan ahli UMNO masih tidak
boleh melupakan segala gelagat Ezam suatu ketika dulu yang meludah dan memijak bendera UMNO,pernah Ezam minta maaf?Dan kalau berterima kasih
kepada Ezam,Senator itulah hadiahnya dan kalau mahu bantu lagi Ezam,banyak lagi
tempat ataupun kedudukan lain yang boleh PM Najib berikan.
Takkan Khairun? |
Semua tahu SUPOL adalah
wakil ahli politik tersebut dan bila jadi SUPOL PM ianya adalah wakil peribadi
Perdana Menteri dan lantaran itulah
pemilihan SUPOL biarlah ada kriteria dan asas yang baik kerana dalam suasana
politik semasa bak kata PM Najib tentang kegagalan mengurus persepsi,seseorang
SUPOL mestilah seorang yang harus mahir merancang strategi,bijak mengurus
persepsi,petah menyusun kata,bijaksana bila berhubung dengan masyarakat dan
berkarisma sebagai seorang pentadbir
serta tahu kedudukannya hanya dibelakang tabir seorang ahli kabinet.
Kebiasaannya SUPOL ini juga
adalah penghubung ahli kabinet dengan pejabat PM dan penghubung dengan politik,percaturan
kedudukan dan hala tuju ahli kabinet ini adalah bergantung kepada SUPOL,samaada
beliau si Pakar atau siBangang.
Dan yang kedua adalah peranannya
memantau serta menyusun program politik. serta memastikan agenda komunikasi
ahli kabinet berjalan dengan lancar.dan .ini bermakna SUPOL haruslah faham bentuk
komunikasi dan mahir menguasainya.
Dalam masa yg sama SUPOL yang baik ialah orang yang boleh menimbangi kekuatan
politik ahli kabinet dengan musuh-musuh politik sama ada didalam parti atau pun
menghadapi musuh politik pembangkang,beliau adalah sepatutnya orang mahir
membaca denyut nadi rakyat dan sebarang tanda yang muncul.
Juga mampu mengendalikan
latihan politik kepada akar umbi yang menjadi pengikut serta bijak mengatur
serangan dan strategi politik sama ada untuk Ketuanya terus maju,statik atau
boss nya sekadar hadir tetapi tidak dirasai oleh sesiapa dan bila hilang nanti
juga tidak di tangisi oleh sesiapa.
Percayalah Inilah antara
kekuatan SUPOL dan bukannya menjadi yang lebih sudu dari kuah,SUPOL yang sudah-sudah berkira-kira untuk melombong
mencari harta dan merancang untuk politik peribadi dimasa akan datang dan yang
baru masuk pejabat SUPOL ini macam mana pula?
Jika kita ingin membina
sebuah bangunan yang teguh dan kuat,kita perlu panggil pakar dan tukang untuk
membinanya tetapi jika ingin meruntuhkan sebuah bangunan itu cukuplah mengupah
sibangang dan sitolol melakukan dan ini terpulanglah kepada ahli kabinet untuk melantik SUPOL yang
bagaimana, sama ada untuk terus membina atau meruntuhkan.
jika PM Najib dan
Menteri-Menteri kabinet mengizinkan
watak-watak seperti yang dinyatakan diatas duduk berempok kaki di pejabat
membawa nama SUPOL,tunggulah saat kehancuran dan kerumitan menjelang PRU14
nanti.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Apa masalahnya dgn Ezam? Saya x nampak apa problem sebab beliau sorang yg tegas dan berprinsip. Jika matlamat Najib besar, Ezam mungkin salah sorang candidate yg sesuai yg boleh menyatukan UMNO sombong dengan PAS bebal. Beliau lebih professional dari Wahid Maybank. Wahid lagi bahaya kerana rekod beliau menjual khazanah rakyat kpd orang2 tertentu tidak boleh disorok. Ianya fakta! Mungkin lepas ni lagi banyak khazanah rakyat di let-go si wahid! Salah seorang dlm filem 3 Abdul! Saya tak fikir Ezam Rasuah atau berjiwa komunis.
ReplyDeleteSetuju sangat la dengan apa yang diketengahkan penulis...Tahniah, PM, TPM atau ahli kabinet harus meneliti secara mendalam perlantikan SecPOl ni..yang akan memberikan kekuatan kepada bosnya dan bukan untuk dirinya..
ReplyDeleteSAYA INGATKAN SECURITY CHECK-UP IN ADALAH SOP ? ADAKAH CHECK POINT INI TIDAK DIBUAT OLEH NAJIB LAGI SEKARANG? KENAPA? WHY? SUDAHLAH PTD TIDAK LAGI MENJADI PENASIHAT PM. WHAT'S GOING ON HERE? APA LAGI SOP & TRADISI ZAMAN TUN M YANG SUDAH DIBUANG OLEH NAJIB?
ReplyDeleteSatu lagi ... kalau dah bekerja sebagai Gurkha untuk boss di Putrajaya, jangan terlebih berangan nak jadi wakil rakyat pulak.
ReplyDeleteFaham2 je la ...
apa kah ezam keluar dari umno merupakan dosa besar bagi ahli umno?lihat jasa ezam selepas dia kembali kpd umno, siapa kah yg berani menhentam anwar ibrahim selain dari dia dan sehabat2 yg kembali kpd umno,mana dia orng yang xpernah keluar dari parti umno berani berbuat demikian,malah mereka dari dalam mengutuk pemimpin umno yg xsenada dgn mereka,selagi orng menyokong parti kita umno,jgn kita berasa iri hati sekiranya mereka ini dpt imbuhan dari pemimpin umno, saya JP (janggut puteh) bersetuju sekiranya YB EZAM dilantik SECPOL YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI NAJIB B.TUN HAJI ABD RAZAK.
ReplyDeleteKorang ingat najib ni nak dengar ke cakap dan nasihat koran semua? dia hanya dengar nasihat dari punaisihat dia aje agar punai sihat selalu (ooops maaf). Kalau najib ni jenis yg mendengar nasihat dan menilai pandangan akar umbi bangsa melayu, dah lama dah dia berubah, tak perlu selepas pru 13 dan selepas nak cari supol baru semua... dah lama dah dia fikir benda2 ni sepatutnya, tapi aku rasa dia lupa nak fikir benda2 ni sebab dia terlalu banyak memikir macamana nak buat transformasi, sampai supol pun dia nak transformasi juga jadi ahli parlimen sepenuh masa utk jaga kawasan parlimen, bukan jadi penasihat beliau. Jadilah penasihat 25% semuanya, abis pru maka berkuburlah riwayatnya.
ReplyDeleteAku cadangkan najib perlu banyak membaca agar dapat menambahkan ilmu sepak terajang kelentong dan tak apa macam lagi perangai ahli2 parlimen bn dan ahli kabinet dia ni, kalau tak nanti aku akan cadangkan agar perkasa aje daftar sebagai parti politik, lebih baik menyokong mereka yg tau menghargai susah payah dan harga diri bangsa melayu itu sendiri. Moga tidak begitu hendaknya nanti terjadi pada umno.
Artikel yang amat bernas Tok Janggut! Apalagi, keganasan PKR/DAP ini bukan hanya sebab PM/UMNO sebagai pejuang bangsa Melayu dan Bumiputera lain; tetapi tujuan utama SAMSENG-SAMSENG RASIS DAJAL DAP/PKR yang semakin GANAS kebencian mereka sampai nak guna nama “Allah” dalam injil, terbalikkan bendera tercinta kita – semuanya adalah untuk menghina Islam dan lambang Islam di bendera kita, dan begitu benci orang Melayu kerana selalunya orang Melayu adalah pengikut setia Islam, yang berkuasa kuat politik di bumi tercinta, pusaka nenek moyang berzaman Melayu dan Bumiputera lain ini! Dan juga tujuan menghina DYMM Agong/Sultan-Sultan Melayu dan Permaisuri-Permaisuri, adalah kerana mereka sebagai penjaga daulat Islam. Ini adalah sebab kenapa UMNO/PERKASA dan parti Bumiputera lain yang Islam, mesti jangan ditipu dalang dua muka durjana seperti Gerakan dan MCA untuk buat parti tunggal kononnya - geramnya!
ReplyDeleteBahagian Pertama:
Sebenarnya DAP dan sekutu kuat penjajah Barat-Zionisnya, itu nak tipu kita, berpura-pura berlagak macam DAP masih Komunis, dan untuk menipu golongan Melayu bodoh PKR/DAP, yang fikir mereka ini kononya "intellektual" sebab baca pasal Karl Marx, Lenin, Mao dll. DAP ini sebenarnya sekarang bukan lagi dikuasai pro-Komunis Cina tetapi pertubuhan penjajah Kristian Zionis yang amat merbahaya, untuk menjadikan Malaysia dan Indonesia, sebagai satu lagi Israel tetapi di Asia, sebab Singapura (yang dianggap penjajah Barat-Zionis sebagai “Israel of the East”) sudah terlalu kecil dan tak ada minyak-gas bertimbun macam di Malaysia, terutamanya di Malaysia Timur, dan juga Indonesia, untuk dikuasai!. Kemudian penjajah Barat-Zionis ini akan menawan tanah Islam lain contohnya di Selatan Thailand/Filipina, Nigeria, Lebanon, Syria, Iran dll yang juga kaya dengan minyak-gas yang bertimbun.
Pertubuhan Kristian Zionis ini sebenarnya adalah senjata politik yang amat merbahaya dipergunakan oleh CIA-US/MI5-UK/Peranchis/Jerman/Israel/EU-NATO (di Malaysia melalui DAP/PKR) untuk menjajah negara-negara atau tanah Islam yang kaya minyak-gas/sumber asli lain/tanah subur (untuk pertanian syarikat global GM US-Mosanto yang diharamkan di EU sebab boleh menyebabkan penyakit kanser dll). Jadi fahaman Kristian Zionis digunakan untuk cuba memecahbelahkan orang Islam termasuk dengan menubuhkan pejuang 'jihad' (yang sebenarnya diketuai bukan Islam Kristian Zionis, tetapi menyamar sebagai orang Islam untuk melagakan dan memperdayakan Shia-Sunni sampai berbunuh sesama sendiri atau dibunuh amat kejam pejuang 'jihad' pengganas bukan Islam itu, seperti di Libya, Syria, Somalia, selatan Thailand/Filipina dan Iraq, dan kemudian di Nigeria, Lebanon dan Iran), dan cuba mengkristiankan Melayu/orang Islam dan Bumiputera lain yang Islam atau bukan Islam seramai mungkin (termasuk semakin agresiv di Indonesia dan negara-negara islam lain).
Tetapi tujuan utama pertubuhan Kristian Zionis ini adalah untuk menghasut kaum Kristian biasa dan bukan Islam lain, supaya membenci orang Islam (di Malaysia, dihasut membenci orang Melayu dan Bumiputera lain yang Islam termasuk di Malaysia Timur), dan Islam dengan tujuan utama untuk menghapuskan Islam dan seramai mungkin orang Islam, terutamanya yang nationalis dan betul-betul alim, kemudian senanglah penjajah Barat-Zionis dan sekutunya, nak menakluk negara-negara/tanah-tanah Islam terutamanya mereka harap dengan mudah, negara berbilang kaum /agama seperti Malaysia, Indonesia, Selatan Thailand/Filipina, Libya, Iraq, Syria, Nigeria dan Lebanon.
MAKCIK Tempurung.
(PERHATIAN: ada PENYAMUN paling penakut disyaki dari DAP/PKR durjana yang sekarang meniru gelaran saya tetapi sebagai "Pakcik Tempurung/Temporung" untuk mengelirukan pembaca).
Bahagian Kedua:
ReplyDeleteDan ramai yang Bukan Bumiputera PKR pula menyokong DAP tetapi tidak mahu terdedah sebab nak terus membodohkan penyokong Melayu/Islam PKR dan PAS, untuk menyembunyikan rahsia mereka ini sebagai Kristian Zionis. Sebab itulah saya juga syak sebabnya Theresa Kok contohnya sering ke Jerman di mana pertubuhan Kristian Zionis amat kuat (Passport Malaysia tak benarkan ke Israel).
Lihatlah betapa bahaya dan ganasnya pertubuhan dan ideologi Kristian Zionis, yang mahu hapuskan Islam serta orang Islam, dan sampaikan Palestin dan Bumiputeranya terutamanya yang Islam, tidak wujud bagi pertubuhan ini, di:
1. http://londonprogressivejournal.com/article/9/in-depth-christian-zionism, In Depth: Christian Zionism, by Ravender Singh Sembhy, Fri 11th Jan 2008:
…The Christian Zionists’ theory seems to be that Islam is the false global religion of the Antichrist which is threatening Jewish and Christian life, along with Israeli expansionism, thus further delaying Christ’s return....
2. http://www.elca.org/What-We-Believe/Social-Issues/Journal-of-Lutheran-Ethics/Issues/May-2005/Challenge-the-Implications-of-Christian-Zionism.aspx, Challenge the Implications of "Christian Zionism", Ann E. Hafften:
…. [4] "Christian Zionism" as manifested in the programming of the Christian Broadcasting Network (cbn.com) and the Trinity Broadcasting Network (tbn.org)...is a movement with serious political and economic leverage that advocates Israel as a nation that reaches from the Mediterranean to the Jordan River or even the Euphrates; the transfer of Palestinians from the West Bank and Gaza to other Arab states….
Israeli Ambassador Zalmon Shoval stated: The whole land between the Mediterranean Sea and the Jordan River is ours ... historically, morally, and by virtue of international law. We do not see ourselves as "occupiers;" of anyone else's country; there never having been a Palestinian or other sovereign state in what is now usually referred to as "the territories." Nor, is it illegal for Jewish people to live anywhere in the area. These are not Arab lands, the way the press routinely defines them.'".....
MAKCIK Tempurung.
Setuju dengan STJ,
ReplyDeletehttp://yuseriyusoff.blogspot.com/2013/06/duu-winkabel-zinkabel-kini-setpol.html
Apa nak jadi PM kita?
ReplyDeleteMain ikut saja cakap punahsihat.
Dia takde otak ke?
Info latarbelakang takkan takde langsong?
Asal adik dai nazir cadang saja, dia terus ambil tanpa vetting.
Tak layak berpemimpin seorang yang lembab dan bodoh!!!
Apalah sangat jawatan SETPOL. Datuk Nazri mempunyai SETPOL yang tidak mempunyai pelajaran pun. SPM pun takda. Bukan dari kalangan ahli Padang Rengas. Anak negeri Pulau Pinang yang tidak ada apa2 jawatan dalam bahagian pun. Cuma bekas Ketua Pemuda. Sedangkan Nazri orang Perak. Namanya Dato Mphamed Ali bin Osman atau lebih dikenali diPulau Pinang dengan panggilan Ali Gemuk. Rasanya nak berucap pun dia ini tidak mampu manakan nak tulis tek ucapan. Namun kehidupan SETPOL Nazri diPUlau Pinang boleh dikatakan sebagai salah seorang melayu terkaya. Dengan banglo mewah di jalan Penang Free sehingga mempunyai beberapa lot serta rumah banglo di kg Sungai Glugor dan pangsapuri mewah diserata ceruk negeri Pulau Pinang. Deretan kereta mewah berwarna hitam dengan plat bernombar 10. Ali Gemuk memang terkenal kepada seluruh orang melayu di Pulau Pinang. Disebalik itu ada beberapa taukey cina bersama nya dibelakang takbir. Jadi apa lah sangat jawatan SETPOL. Sesiapa sahaja boleh menduduki kerusi tersebut.
ReplyDeletepilih ezam je PM umno menuju kehancurannn... ko orang yg buat umno hancur salah kan PM nk lantik ezam SUpol PM..politik yg baik allah uji.. ezam telah melakukan yg terbaik dalam memperbaiki kesilapan semasa besama peliwat... dan keluar kerana prinsip.. ko apa tau nak jawatan utk projekk je tau... jadi selangor BN tumbang semua bah lumpuh tidurr tanak keluar bekerja.. tiada pengorbanan langsungg.. ingat pm bodoh nk tertipu kalu 2... kami sokong yb ezam di lantik SUPOL PM demi menjaga PM dalam membuat keputusan tepat kali ini... wasalammm...
ReplyDeleteezam pilihan terbaikk.. najibb
ReplyDelete