Tuesday, June 4, 2013


Semua pihak harus bersatu pertahankan Terengganu!

TAHNIAH kepada  Ahmad Said kerana terus diberikan mandat serta mendapat kepercayaan untuk terus memimpin kerajaan dan parti di Terengganu dan perlantikan beliau pastinya bersandarkan satu kepercayaan serta keyakinan yang membawa berbagai-bagai harapan dan sarat dengan segala agenda yang tersurat serta tersirat.


Meneliti keputusan PRU13, BN Terengganu cuma memperolehi kelebihan 2 kerusi  untuk Dewan Undangan Negeri dan hanya menang empat kerusi daripada lapan kerusi Parlimen sememangnya sesuatu yang menarik dan lagi tambah menarik kerana  akibat daripada  keputusan itu polimik sesama kita yang tidak pernah berkesudahan, seolah-olah semua beban akibat daripada  keputusan tersebut hanya Ahmad Said atau pun Menteri Besar yang perlu tanggung, begitulah dibuat dan kambing hitam dicari.



Dalam saat kita sepatutnya menganalisis untuk mencari kekuatan baru dan memperbaiki kelemahan yang ada,ada  pula sesetengah kelompk yang sedang mengambil kesempatan untuk mengorbankan sesama sendiri,semata-mata ingin melepaskan kemarahanatas sebab-sebab peribadi.


Rakyat Terengganu seharusnya bersyukur kerana masih lagi diperintah oleh BN malah sokongan kerajaan pusat semakin bertambah kerana disamping Menteri Besar,kini ada dua Menteri dan seorang Timbalan Menteri dari Terengganu yang turut akan berkhidmat kepada rakyat Terengganu,sesuatu yang rakyat Terengganu perlu berbangga serta pertahankannya.


Namun di saat Ahmad Said mendapat kepercayaan Perdana Menteri dan kerajaan pusat,kenapa  pula masih ada lagi tangan-tangan nakal serta suara-suara  sumbang yang sedang menyusun agenda menganggu rentak Menteri Besar Terengganu untuk menyusun agenda kepimpinan demi rakyat Terengganu?


Tidak cukupkah lagi dengan  pembunuhan karektor yang dilakukan oleh musuh-musuh politik sebelum PRU13 yang  lepas hingga  memberi kesan kepada keputusan pilihanraya tersebut dan kenapa perlu diganggu lagi  pelbagai cerita fitnah kononnya Ahmad Said dapat jawatan kerana mengugut untuk keluar dari Barisan Nasional jika tidak dilantik semula.Agenda siapa ini hingga begitu sekali Ahmad Said cuba dimalukan?Kita tahuagenda siapa!


Tidak cukup memfitnah Ahmad Said,diadu dombakan  cerita  kononnya ada dikalangan wakil rakyat sekarang ni pun ada yang akan melompat keluar  parti bagi tujuan meruntuhkan kerajaan Barisan Nasional Terengganu pimpinan Ahmad Said malah berbagai-bagai cerita karut lagi yang dicetus sesama sendiri dan juga pembangkang tetapi disambut pula dengan deraian ketawa seakan-akan mengiakannya oleh akar umbi dan setengah-setengah pemimpin UMNO?


Lebih malang dan cukup mengecewakan lagi  apabila ada pula  pemimpin di peringkat Bahagian yang kini sedang mengukuhkan kedudukan dengan mempergunakan nama  Ahmad Said dan bekas MB iaitu Idris Jusih seakan-akan ingin menyirami kembali api yang telah padam sebelum ini.


Alangkah baiknya jika kekuatan kedua-dua  tokoh ini digembelingkan untuk kebaikan rakyat dan UMNO  Terengganu untuk` kembali kukuh dan menjadi `safe deposit’ bagi berdepan dengan PRU14 nanti.


BN Terengganu sudah tidak ada pilihan lain,melainkan bergerak sederap,serentak dan menyanyikan lagu perjuangan yang sama,senada seirama dan seluruh ADUN seramai 17 orang itu harus berpegang tegauh pada paksi demokrasi bahawa  MB Terengganu,Ahmad Said adalah Ketua yang perlu dipatuhi dan antara mereka tidak seharusnya ada sikap pepat diluar tapi rencong di dalam.


Kekuatan bersama perlu di gunakan untuk mencurah bakti kepada rakyat dan parti dan diketika pembangkang yang akan mengembelingkan kekuatan untuk seramai 15 org bagi menekan kjaan,amat malang jika ADUN BN dan Exco bersikap seperti enau dlm belukar ,melepaskan pucuk masing-masing dan hanya berfikir untuk memperkukuhkan  kedudukan di kepimpinanBahagian sahaja.


Setiap ADUN dari Besut hingga  ke Kemaman harus bercakap,bersuara dengan satu suara dan satu nada iaitu melupakan segala sengeta lama sekiranya ada  iaitu berkhidmat kepada rakyat dan memulihkan kekecewaan rakyat selama ini pada BN berpaksikan Manifesto PRU13 lalu.


Langkah drastik perlu diambil oleh Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu untuk mengenal pasti apa yang sebenarnya berlaku danada sumber yang mendakwa bahawa dalam PRU13 baru-baru ini,ada juga tangan-tangan  ghaib yang menganggu dalam diam dengan mengadakan perjumpaan sulit dengan Pegawai-Pegawai Tadbir Terengganu (TCS) agar tidak memberi sokongan kepada Ahmad Said dengan harapan jika tidak menang besar,Menteri Besar akan bertukar( dan kita harap dakwaan ini tidak benar.


Namun kalau dakwaan ini benar  dan itu menjadi faktor kepada  gangguan terhadap kelancaran apa yang telah dibuat, MB  Terengganu tidak ada pilihan melainkan harus bertindak tegas supaya virus ini tidak jadi pembunuh dalam diam.


Jika sebenarnya ada di kalangan Ketua-Ketua Bahagian yang mencaturkan kedudukan dengan mengorbankan keputusan PRU13,ianya harus juga diambil tindakan.


`Politicall will’ini amat-amat dituntut daripada  Menteri Besar,Ahmad Said,keberanian sebagai mana yang ditegaskan setelah dilantik bahawa kerajaan BN hanya akan fokus pembangunan di kawasan-kawasan yang BN menang,kenyataan yang berani memerlukan `political will’ ini juga harus di lakukan oleh Ahmad Said untuk berhadpan dengan gangguan-gangguanselepas mendapat mandate dan jika dibiarkan oleh Ahmad Said,ianya pasti akan jadi beban yang bakal  memperlahankan proses untuk  mengembalikan kekuatan BN di Terengganu.


Jika dikenal pasti faktornya kerana penolakan pengundi muda,maka MB  Terengganu perlu menjadikan kumpulan ini sebagai fokus utama,barangkali tidak cukup dengan Dana Bakti Remaja tetapi MB Terengganu perlu melihat setiap sen yg dibelanjakan dengan political impak yang akan diperolehi oleh kerajaan dan BN apatah lagi Terengganu sebuah negeri yang mempunyai kekuatan jauh lebih tinggi dari segi sumber kewangan,oleh itu setiap dasar dan agenda perlu digunakan dengan baik.


Terengganu harus menggunakan semula infra struktur yang ada seperti Kem-Kem Latihan seperti  Kem Sri Kluang,Kem Bari,Kem Jenagor malah Pusat Membina Semanagat Teluk Kalong tempat Ahmad Said  pernah terbabit dalam melatih manusiaharus digunakan untuk mendidik anak-anak Terengganu tentang erti patriotism dan kenegaraan malah mendidik anak-anak Terengganu dengan pendidikan politik yang sebenarnya.


Kerajaan Terengganu  dibawah Ahmad Said  perlu menyusun semula program latihan kepada kakitangan Kerajaan Negeri khususnya dan kakitangan Kerajaan Pusat yang ada di Terengganu untuk mereka lebih faham dan tahu tentan ancaman terhadap agama,bangsa dan negara dan Negeri Terengganu  perlu menjadi benteng mempertahankan kedudukan agama,bangsa dan Negara ini apatah lagi negara kita ketika ini sedang diusahakan susunannya oleh bukan Melayu.


Keyakinan ini perlu diberi dan kekuatan ini perlu disumbangkan oleh semua ADUN dan Exco untuk menjadi orang yang pertama menyokong padu Menteri Besar dalam menjayakan usaha ini.


Pimpinan politik Terengganu janganlah menjadi orang  yang  memerah asam limau ke atas luka yang sedang berdarah,Pegawai-Pegawai Tadbir Terengganu juga jangan jadikan hasutan sebagai panduan dalam melaksanakan tugas dan ingatlah bahawa dengan  kedudukan cuma 17 orang ADUN BN dalam Dewan Undangan Negeri,dengan serangan dan propaganda pembangkang yang berterusan yang berhasrat menumbangkan BN di Terengganu,jika sokongan padu kepada  MB  Terengganu tidak diberi,yang rugi bukan orang Cina di Pulau Pinang,yang rugi bukan orang Cina di Selangor dan Kuala lumpur,yang akan kehilangan nikmat itu ialah rakyat Terengganu sendiri,orang Islam dan Melayu dalam negara secara keseluruhannya dan orang Islam dan Melayu di Terengganu khususnya.


Apakah jika PAS perintah kembali Terengganu DAP tidak akan bergembira dan bersorak riang? Sebab  itulah semua pihak harus hentikan semua polimik yang cuba menganggu-gugat kedudukan Ahmad Said sebagai MB Terengganu,hentikanlah propaganda yang cuba mengadu domba..


Semua YB harus mula bekerja dengan mengemukakan `blue print’ untuk  pembangunan DUN masing-masing bagi  tempuh 5 tahun dari sekarang dan bukannya bekerja  hanya semata-mata untuk menentukan kedudukan masing-masing dalam  parti yang akan berhadapan dengan pemilihan nanti.


Dan ketika dalam Dewan Undangan Negeri,buktikanlah bahawa  17  ADUN yang ada sekarang mampu mempertahankan kerajaan BN dengan kematangan berhujah,kebijaksanaan memberi fakta,sehingga kekuatan ini turut mendatangkan gerun kepada pembangkang dan inilah kekuatan kita.

1 comment:

  1. Setuju sangat dengan komentar ini. Saya juga percaya perkara ini bukan saja berlaku di Trengganu malah ia juga berlaku di semua senegeri yg di kuasai UMNO/BN . Kepada para ahli ahli UMNO saya menyeru agar kita merepatkan barisan kita utk PRU14. Mulai sekarang sepatutnya hanya ADA SATU KEM saja di semua negeri ini iaitu KEM YAB MB/KM SAHAJA. Kem kem ini harus sealiran dengan KEM PM kerana di peringkat Pusat TIDAK ADA KEM LAIN SELAIN KEM PM SAHAJA. BERSATU-BERSETIA-BERKHIDMAT ialah cogan kata yg kita ahli ahli UMNO pegang sejak dahulu lagi. Demi AGAMA,BANGSA dan NEGARA.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..