Tuesday, June 11, 2013
5:33 PM
|
Bersaralah Ghani!Cukup-cukuplah tu! |
APA sahaja sentuhan daripada
pemimpin dan orang Melayu hariini sudah menjadi salah dan tidak betul kepada
kelompok ultra kiasu dalam negara kita dan tanpa melihat kedudukan mereka dalam
ruang perlembagaan,kumpulan ini sering mencari sebab untuk bertindak di luar batas undang-undang.
Setelah gagal dalam
percubaan yang diangap nekad untuk menumbangkan kerajaan BN pimpinan UMNO dan
orang Melayu dengan mahu mengantikan Lim Kit Siang sebagai Perdana Menteri Malaysia dibantu bersama PKR dan PAS, kini kumpulan ini cuba bermain
api dengan sekali lagi cuba menjentik institusi Raja-raja Melayu,menghina Nabi
Muhammad SAW dan berbagai-bagai lagi.
Institusi Agong sebagai
lambang kedudukan orang Melayu dan Agama Islam mula dipermainkan walaupun ada
hadis yang menyatakan Raja ini adalah bayangan Allah di muka bumi dan apakah ini
permainkan individu malah kita pasti ada tangan-tangan ghaib yang menjadi konduktor kepada orkestra
besar yang sedang dimainkan secara tersusun begini.
Sesuatu yang masyarakat
dalam negara kita tidak pernah bayangkan akan berlaku iaitu Titah Ucapan Tuanku
YDP Agong sempena Hari Keputeraan Baginda
di perlekehkan dalam blog dan facebook milik ultra kiasu bahkan kita juga sedang
menunggu Titah ucapan Tuanku tatkala membuka sidang Dewan Rakyat nanti, apakah
sekali lagi mereka akan meng"anjing babikan" tTtah Tuanku itu?Sama-sama
kita tunggu.
Yangg pelik, tidak ada pun
wakil daripada DAP, PAS dan PKR melahirkan rasa kecewa dengan tindakan puak-puak
yang sedang menganuti ajaran 'BLACK OUT 505' dan fahaman 'INI KALI LAH',pimpinan
mereka menjadi bisu, pekak dan buta namun kita tidak hairan dgn permainan
politik puak-puak yang suka lempar batu sembunyi tangan ini.
Apa yang berlaku ini
sememangnya manitestasi politik kumpulan yang gagal menawan Putrajaya dan mereka bukan sahaja ultra kiasu bahkan banyak
tanga-tangan Melayu yang menyokong gerakan ultra kiasu ini yang rasanya tidak
perlu ditulis nama-nama Melayu itu.
Kini perhatian rakyat
terbanyak yang tidak ingin suasana ini berterusan kembali melihat keberkesanan
PDRM dan sudah mula ada NGO dan orang perseorangan yang membuat laporan polis
agar disiasat dan diambil tindakan terhadap cetusan-cetusan yang secara sengaja
dibuat oleh kumpulan ultra kiasu ini.
Walaupun rekod laporan polis
yang dibuat masih belum dapat memecahkan rekod laporan polis pada Ambiga ketika
BERSIH (Ambiga sehingga kini masih tidak diambil tindakan) namun orang yang
sedar sudah bertindak.
Namun apakah laporan polis
akan terus jadi sejarah dan akan ada anugerah 'Guiness Book Of Record' kerana
laporan polis paling banyak dibuat untuk kes yang sama kerana erana buatlah
paling banyak pun laporan polis dan pihak polis arahkan Pegawai Penyiasat yang
berkaliber untuk menyiasat tetapi akhirnya kertas pendakwaan tidak dibuat oleh
Peguam Negara dan ini semua menjadi tida bermakna dan stigma Hishamudin yang
dilabelkan sebagai 'Menteri Amaran' akan
berjangkitlah pula pada pada Zahid Hamidi yang mungkin akan dikenali
sebagai `Menteri hangat-hangat tahi
ayam.’
Kita juga ingin bertanya,adakah
fahaman BLACK OUT 505 dan pengikut ajaran INI KALILAH turut berada di dalam pejabat Peguam Negara atau Peguma
Negara sendiri sememangnya juga pengamal Black out 505 dan Ini Kalilah?Pelik
tengok perangai Peguam Negara ini atau kerana sudah terlalu lama berada di
kerusi empuk membuatkan beliau menjadi nanar serta buta segala mata pandangnya?
Atau apakah pejabat Peguam
Negara dan Peguma Negara sendiri bersetuju dgn pandangan Presiden Majlis Peguam
bahawa kumpulan Ultra Kiasu ini tidak bersalah dan jelas ianya merupakan satu
hukuman yang telah dijatuhkan sebelum siasatan polis selesai dan mereka ini
tidak bersalah biarpun kumpulan ultra kiasu ini sudah rindukan darah polis.
Ketegasan Zahid tidak bererti apa-apa nanti! |
Kalau semudah itu proses
undang-undang dilaksanakan,kenapa bila DAP buat laporan polis terhadap orang yang
dikatakan Papagomo dan dengan satu laporan polis sahaja beliau terus ditangkap untuk membantu siasatan?
Gerun dengan apa yang dialami, sampai kini orang yang dikatakan Papagomo,tidur
menggigau sampai sekarang.dan difahamkan beliau akan balik kampung, tinggalkan
kehidupannya di Kuala Lumpur dan akan kembali
belajar agama di pondok(harap-harap beliau akan jumpa Ebby Abadi ditempat
belajar agama nanti).
Jadi kita harus bertanya,
apakah darjah tafsiran fitnah dan hasutan oleh Peguam Negara ini berbeza antara orang yang dikatakan
Papagomo dengann puak ultra kiasu? Apakah darjahnya diukur mengikut siapa yang
buat, bangsa apa dan agama apa? Kita juga harus bertanya apakah gesaan Karpal
Singh yang mahukan Dewan Negara dihapuskan dengan gesaan saya supaya sekolah
cina dihapuskan? Apakah gesaan Karpal Singh tidak boleh dianggap menghasut,
sedangkan gesaan saya itu boleh ditafsirkan oleh Peguam Negara sebagai
menghasut?
Mungkinlah Karpal Singh ada
imuniti sebagai Ahli Parlimen? Apakah gesaannya itu dibuat dalam sidang
parlimen? Kalau begitu pihak Peguam Negara tunggulah selepas ini saya akan pastikan akan
ada ahli parlimen yang mendesak supaya sekolah Cina dihapuskan.
Pada kita yang marhaen ini,
kita diberitahu bahawa undang-undang tidak akan melindungi sesiapa juga yang
bersalah dan undang-undang akan terus melindungi sesiapa juga yang tidak bersalah
tetapi kenapa Peguam Negara di lihat tidak bertindak seperti yang
sepatutnya? Apakah kerana sudah terlalu lama hingga Peguam Negara sudah dirasuk oleh budaya bosan,rasa jemu dan
tabu dengan kes-kes seperti ini? Jika memng rasa sudah tabu,sudah tidak reti
menggunakan undang-undang,rasanya sudah sampai masanya Peguam Negara,Ghani
Patail ini ditukar oleh orang lain,orang yang seharusnya bersama
kerajaan,penguatkuasa undang-undang dan Menteri Dalam Negeri.
Rasa simpati kita melihat
semangat dan kesungguhan orang Melayu melalui NGO, orang perseorangan, setiap
kali Perlembagaan dicabar, mereka turun ke balai-balai polis buat laporan polis
tapi akhirnya tidak ada sebarang pendakwaan pun terhadap semua laporan daripada
orang Melayu ini.
Atau sudah sampai masanya orang
Melayu juga harus mentafsir dan mencari helah disebalik undang-undang ini?
Apakah pihak Peguam Negara memang menunggu orang Melayu bertindak mengikut
tafsiran undang-undang Melayu yang berpaksi kepada 'Pantang Melayu Menyerah
Kalah',' Pantang Melayu Dihina', 'Sarang Tebuan Jangan Dijolok' dan 'Alang2
Menyeluk Pekasam Biar Sampai Ke Pangkal Lengan',`darah dibayar dengan darah’ atau
sememangnya pihak Peguam Negara sememangnya sedang menunggu bau hanyir darah orang
Melayu menusuk ke hidung demi mempertahankan Institusi Raja, Agama dan Negara?
Kepada pemimpin yang lebih berkuasa
daripada Peguam Negara yang juga berkuasa melantik, menukar hatta memecat
sekalipun, janganlah cuba bermain kata-kata dengan mengeluarkan berbagai fatwa
bagaikan Madah Berhelah kerana telah sampai masanya untuk berindak demi sebuah
keamanan.
Percayalah jika tidak ada
keberanian bertindak, kita tunggulah saat kehancuran dan kebinasaan. Kerana perjalanan
beribu batu bermula dengan langkah pertama dan beranilah melangkah kerana .jutaan
orang Melayu sedang menunggu langkah yang akan disusun..
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
DAH LAMAAAAAAA DAH
ReplyDeleteCetusan STJ ini ada kebenarannya.
ReplyDeleteSudah menjadi kelumrahan, jika bersandarkan kepada undang-undang, seorang peguamcara akan mempertahankan anak guamnya walaupun dia tahu anakguamnya itu sesungguhnya telah melakukan jenayah seperti yang tercatat di kertas pertuduhan. Itu memang kerja dia.
Dia akan bersungguh-sungguh mencari ruang untuk melepaskan anak guamnya daripada disabitkan. Paling tidak di atas sebab teknikaliti.
Itu telah ditanamkan di dalam pendirian setiap peguam mengikut tugas yang diamanahkan. Malah 'the law is meant to be broken' adalah kata mainan mereka.
Lihat sahajalah bagaimana Presiden Persatuan Pengamal Undang-Undang mempertahankan rakyat Malaysia (saya tidak mahu menyebut bangsanya) yang menghina YDP Agong. Dia kata rakyat itu menegur. Tetapi jika dia kata Agong penjaga anjing dari Kedah adakah itu menegur. Bukankah menghina lebih tepat? Some people conveniently look the other way when the situation suits him.
Peguam Negara (PN) sekarang ni memang dah lama memegang jawatan. Besar kemungkinan dia tidak menggarap aspirasi orang Melayu (memang patut pun demikian kerana dia mesti bersikap neutral dan kelihatan neutral). Dia tidak mahu nanti pembangkang akan songket dia kalau kelihatan terlalu rapat dengan pihak lain.
Jadi dia kena play safe. Jawatan kena jaga. Ia akan tercatat di dalam sejarah. Bukan senang nak jadi PN (one and only). Selagi boleh pegang, pegang kuat-kuat jangan lepas (while it lasts).
Jika hendak bertahan lama, he must keep his nose clean. Don't you do that too? To be fair, I envy him for having held it securely.
Ayuh..kekawan..kita desak kerajaan tukar Peguam Negara... yang banyak menunggu tapi tiada tindakan akhirnya kepada puak ultra-kiasu.
ReplyDeleteSelagi ds najib menerajui kerajaan, anggap sahaja kita sedang bercuti kat hospital sakit jiwa.
ReplyDeleteKalau dah terlalu lama sangat kat situ maka tiada pilihan maka terpaksalah kita mengamuk.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteJual dan beli secara online atau iklankan perniagaan anda di www.produkmuslim.info
Daftar segera ia percuma
Terima kasih
Aku setuju 200% dengan artikel ini. Punca jurang perkauman adalah perbuatan Najib sendiri dimana tindakan sepantas kilat diambil terhadap orang melayu tetapi bagi puak kiasu,tiada tindakan.
ReplyDeleteKorang nak tukar dengan yang lebih baik atau kroni si nuar brahim? Kena berhati-hati...
ReplyDeleteHi saudara, minta jasa baik saudara link blog saya juga dalam senarai blog saudara...say telah pun likn blog saudara ke blog saya...sekian terima kasih.... kinginwar.blogspot.com
ReplyDeleteBg sy AG neh yg berat 4tahil terlalu senget sebelah ke kiri....
ReplyDeleteSpt dlm artikel ini,,,apa yg pro kjaan buat xleh silap sikit ..ada laporan polis oleh puak pakatan xsempat ayam nak berkokok lagi, tindakan dah di amek..malah kadang2 kes cume seciput tapi ttp kena macam kes Khir Toyo....tapi kalo puak pakatan...dah berjuta bukti , ada video lagi , malah ada saksi beserta bukti yg sahih ttp sepi jer kes...
Kadang2 trpikir sy...sebenarnya yg memerintah negara ialah pakatan haram ke?????