Wednesday, June 19, 2013
9:22 PM
|
Razali jangan diperbudakkan..! |
BIARPUN PM Najib masih lagi tidak seceria dulu tapi kita
tahu bahawa semuanya kini telah stabil dan ukuran untuk melihat kestabilan ini
cukup mudah.,konotasinya amat jelas apabila agensi yang kononnya mengikut kata Ketua
Pengarah Biro Tata Negara (BTN) paling berpengaruh telah selesai menghantar
sebahagian besar Pegawai-pegawai mereka ke luar negara dan terakhir bercuti ke
luar Negara adalah Timbalan Ketua Pengarah Latihan (TKPL) dan ini memberikan
makna negara sedang stabil dan tidak ada
mana-mana agensi yang berbuat demikian melainkan BTN,sama ada percutian
itu mendapat kelulusan pihak Ketua
Setiausaha Negara atau tidak,itu semua
tidak penting kerana yang lebih penting BTN harus meraikan kemenangan BN dengan bergaya.
Namun apa yang lebih penting sekarang ini pula BTN sekali lagi akan mula bergerak sebagai agensi yang paling awal bertindak untuk
melaksanakan apa-apa saranan PM Najib ekoran keputusan PRU13 yang lalu dan BTN
perlu membuktikan kepada PM Najib bahawa Ketua Pengarahnya yang akan mula-mula
sekali menjadi penjilat tegar agar kedudukan
beliau sebagai Ketua Pengarah BTN tidak terusik dan Raja Arif tentu yakin
dengan kedudukannya apatah lagi mentor beliau Shahlan Ismail yang tewas di
Parlimen Pokok Sena diangkat menjadi Pengarah Strategik PM Najib.Satu kombinasi
orang-orang sakit.
Sebab itulah menjadi suatu perkara yang pelik,tiba-tiba
KP BTN yang selama ini cukup angkuh, memperlekehkan semua orang bahkan
menafikan apa sahaja yang telah dibuat oleh Ketua-Ketua Pengarah sebelum ini tiba-tiba
bercakap dan membuat keputusan supaya modul dan pendekatan BTN ditukar dan apakah
modul dan pendekatan sebelum ini gagal? Tidakkah sebelum ini beliau dengan bangganya melaporkan bahawa pendekatan
dan modul BTN pimpinan beliaulah yang paling berjaya? Apakah kini Raja Arif ingin
menjilat ludahnya kembali tetapi untuk hidup usahkan ludah,yang lain pun
mungkin sanggup dijilatnya.
Tapi malang kepada BTN bila orang yang diberi tanggungjawab
merangka modul ialah Hanafi,Timbalan Ketua Pengarah Latihan yang juga dipangil
sebagai Abu Nawas ini.Apa yang Hanafi tahu tentang modul untuk membina manusia
dan pasti rujukan beliau ialah kitab-kitab karangan ABIM sebagai bahan rujukan dan
cuba tanya Pegawai-pegawai apakah ada
modul yang dirangka oleh Hanafi ini yang diterima oleh mereka yang berhadapan dengan manusia sebenar atau Hanafi
Abu Nawas ini masih berhalusinasi dengan zamannya 20 tahun yang lalu?
Dan selepas PRU13 ,BTN ini rupa-rupanya telah mendapat
Menteri baru dan perubahan modul ini bukan lagi sentuhan Menteri tapi atas `keinsafan’
Raja Arif dan Hanafi, Menteri yang mengawalselia BTN juga dari Johor
sepertimana Mat Maslan yang BTN bertanggungjawab membuat kajian sokongan dalam
PRU13 baru-baru tapi Parlimen Muar tidak termasuk dalam kajian tersebut kerana
Razali Ibrahim bukan dari rangkaian ABIM.
Sebelum ini Raja Arif merasa lega kerana Ahmad Maslan
tidak lagi bertanggungjawab pada BTN dan pada raja Arif,Ahmad Maslan adalah
budak yang tidak tahu tentang politik
dan latihan dan mereka dalam banyak perkara tidak sehaluan walaupun Ahmad
Maslan antara yng menyokong perlantikan Raja Arif tapi akhirnya Ahmad Maslan
marah serta kecewa kerana Raja Arif,Mokhtar PA System dan Hanafi Abu Nawas
tetap berpegang kepada mazhab Anwar yang yakin serta percaya Anwar akan jadi
Perdana Menteri.
Kini bila Razali Ibrahim yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO
yang dilantik sebagai Timbalan Menteri dan diberikan tugas serta tanggungjawab
mengawalselia BTN,sekali lagi Raja Arif dikatakan dengan angkuhnya menganggap Razali
Ibrahim juga seorang budak dan merasakan
bahawa beliau lebih hebat dan peristiwa Ketua Pengarah BTN tidak menghormati Menteri
ataupun Timbalan Menteri akan berulang kembali.
Dalam masa yang sama,Raja Arif cuba mencari naqib yang
baru dan beliau melihat Idris Jusuh sebagai orang yang boleh beliau bernaung
dan gunakan dan Idris Jusuhlah yang mengutip beliau sewaktu Raja Arif hilang
punca di Terengganu.
Kita harap Idris tidak terpedaya dengan Raja Arif |
Sebab itulah antara Menteri yang paling awal Raja Arif
dan Hanafi buat kunjungan hormat ialah Idris Jusuh dan mereka ini membawa
kertas cadangan untuk Pilihanraya Kampus dan iita berhak ketawa berdekah-dekahmelihat
telatah pegawai tinggi BTN ini kerana dalam PRU13 yang lepas,mereka terbukti
telah gagal memberikan sumbangan (kalau di Jepun mereka ini sudah patut bunuh
diri) dan kini bukan main lagi terhegeh-hegeh cuba tunjukan kepada Menteri
dengan harapan PM Najib pun tahu mereka yang menyediakan modul untuk Pilihanraya
Kampus. Kita berharap Idris Jusoh tidak tertipu dengan lenggok kata dan badan
Raja Arif ini.
Masih segar dalam ingatan saya bagaimana,BTN dengan angkuhnya merasakan
mereka terbabit dlm membant untuk BN mencapai sasaran 2/3 tapi lihatlah apa yang
terjadi dan kita tahu melalui BTN,berapa banyak maklumat yng bocor kepada
pembangkang pada setiap perjumpaan di Jalan Bellamy dan kita yakin Razali Ibrahim
tidak lupa tak lupa kes ini bila beliau dilantik untuk mengawal gerakan Pilihanraya
Kampus sebelum ini bagaimana BTN mengkhianati beliau dengan mendedahkan
maklumat tertentu dan Razali Ibrahim perlu tahu BTN sebahagian besarnya adalah
orang-orang Anwar Ibahim.
Bapa KP tapi anaknya penyokong tegar PKR! |
Atau pun sebenarnya ada hal lain Raja Arif dengan Idris
Jusoh?Mungkin ada hal yang lebih besar,mungkin Raja Arif sebenarnya cuba
menawarkan rangkaian BTN di seluruh negara untuk dijadikan jentera kempen Idris
Jusoh bertanding Majlis Kerja tertinggi UMNO atau Raja Arif akan menggunakan kedudukan dan
memperalatkan BTN untuk tujuan memenangkan
orang-orang tertentu ?PM Najib kena berhati-hati kerana inilah modus operandi
Anwar sewaktu dalam kerajaan dulu dan Raja Arif salah seorang operator untuk
kerja-kerja politik kotor sebegini.Kita benar-benar berharap agar Idris Jusoh
tidak mudah tertipu dengan permainan politik orng seperti Raja Arif dan
kumpulannya.
Lihatlah betapa angkuh dan ghairahnya Ketua Pengarah
BTN ini bergerak,mungkin bukan hanya Idris
Jusoh,bahkan ramai lagi Menteri-Menteri yang beliau akan cuba tawarkan bantuan
kononnya untuk mengukuhkan BNtetapi sebenarnya untuk gerakan kempen MT dan
dalam masa yang sama beliau juga sudah dikatakan menawarkan diri untuk
bertanding menentang Nasir Ibrahim Fikiri sebagai Ketua Bahagian Kuala Nerus
dan dikatakan juga beliaulah antara yang menjadi punca Nasib tewas kerana
sebelum ini beliau begitu yakin akan dipilih sebagai calon Parlimen Kuala
Nerus.
Ketika suasana negara dan kerajaan perlukan pengukuhan
untuk berhadapan dengan cabaran baru,KP BTN masih tidak lagi berpijak di bumi nyata dan ketika
PM Najib melakukan lawatan ke Jakarta dan berkesempatan bertemu dengan pelajar-pelajar
Malaysia bagi memperjelaskan suasana poitik negara,Raja Arif pula mengambil langkah
lebih jauh dengan merancang untuk bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di
London dan sekitarnya.
Sudah jelaskah kedudukan negara pada rakyat dalam negara
dijelaskan oleh BTN?Berapa ramai yang telah menghadiri program kendalian BTN
selepas PRU13 dan kini kerana PM Najib bertemu pelajar di Indonesia,maka BTN terus mengambil keputusan ke England? Atau ada
apa-apa yang tersirat sebenarnya?Selagi simpan Raja Arif dan Timbalan-Timbalannya berkuasa di BTN,baik tutup sahajalah BTN tu...dan teringat pesan orang-orang tua.jangan dilantik sepsis beruk menjadi pemimpin...!Fikirkanlah..
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
pgunting dalam lipatan?
ReplyDeleteAssalamualaiku Datuk saya amat tertarik dengan pandangan Datuk yang bernas..mohon link bolg http://malaysiatransformasi.blogspot.com
ReplyDeleteblogs sanggah tok janggut sudah dalam link saya.
Terima kasih tok.
Dato Najib kena letak orang yang boleh dipercayai untuk mengetuai BTN sekirannya BTN ingin dikekalkan lagi. BTN yang ada sekarang masih terdapat saki baki penyokong tegar Anuar Ibrahim. Peranan mereka tidak mendatang apa apa sumbangan terhadap PM. Indah khabar dari rupa sahaja.
ReplyDeleteMemang Datuk Raja Ariff ni kaki mengampu, baru2 ini terbang ke Turki kerana unjukk rasa di Medan Taksim...dan dan katanya beli au adalah penyokong kuat President Iran yang baru...Syiah pulak anak raja ni..
ReplyDeleteBahaya syiah ni. Macamana BTN dah jadi syiah...
DeleteRaja apa....RAJA KAPUR...!!
ReplyDeleteMalah datuk Raja Ariff ni pulak tu anak raja yang bakal tuntut tahta kesultanan negeri Terengganu pulak, katanya dia dah pasang peguam yg sama bela anuar Ibrahim utk tuntutan tahta ni...memang bengung anak raja ni...kalutnya BTN ni...
ReplyDeleteTohok ke laul la ore lagu nih boh
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya salah saorang daripada peserta kumpulan pertama kursus BTN 1973 di pertak kkb. utk mengembalikan btn kpd perjuangan teras membina bangsa dan utk meneutraliskan keangkuhan KP dan teamnya yg anwarinas saya cadangkan/sarankan timb. menteri menubuhkan alumni peserta kursus dan k.tangan btn sejak 1973
ReplyDeletesekian ikhlas dari saya
saya rasalah kalau susah sangat elok saudara semua pakat2 jumpa najib minta dia lantik ANWAR IBRAHIM je jadi KP BTN sbb payah sangat semua org dengki walau sapa PM lantik...
ReplyDeleteKut Bubuh ANWAR confirm semua pihak bertegah satu hati kasi LAWAN itu ANWAR IBRAHIM... strategik tu beb...
Alang2 asyik rebut jawatan... yg akhirnya bawa jahanam UMNO+BN dan kerajaan sekarang... baik JAHANAMKAN TERUS dengan bagi ANWAR IBRAHIM jadi KP BTN... amacam???
ke ko antalah resume kat DS Najib dgn surat kata kau lah terpaling layak jadi KP BTN... biar DS Najib pertimbangkan...