Monday, July 2, 2012

Malang Najib dikelilingi Anwarista!
KITA tidak terkejut sedikit pun dengan laporan yang mendedahkan kononnya di dalam Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dipenuhi oleh kakitangan yang menyokong pembangkang terutama sekali PAS dan kita juga tidak terkejut kalau ada laporan yang mendedahkan bahawa ada di kalangan Ketua-Ketua Jabatan,agensi-agensi kerajaan maupun Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian,Timbalan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian  tertentu didokong oleh orang-orang yang masih menyokong Anwar Ibrahim.

Mereka ini sebelum ini pernah didedahkan bersifat seperti musang berbulu ayam,menjadi api dalam sekam,bermuka-muka bila didepan Perdana Menteri dan sekaligus menjadi agen menyalurkan segala maklumat kerajaan kepada pihak pembangkang,golongan atau penyangak sebegini masih bertaburan di semua jabatan dan agensi.

Kenapa kita tidak perlu terkejut kerana bukan sahaja di  jabatan,agensi atapun Kementerian-kementerian tertentu malah di Pejabat Perdana Menteri sendiri pun masih ada lagi musang berbulu.masih ada kakitangannya yang bersimpati serta menyokong perjuangan songsang Anwar Ibrahim.

Untuk tulisan ini,saya hanya mahu mendedahkan sebahagian kecil dahulu gerakan kumpulan Anwarinas dan juga Anwarista ini sebagai petanda awal bahawa saya akan mendedahkan perancangan Anwar ataupun blue print kumpulan ataupun individu yang sebenarnya masih setia menyokong Anwar tetapi bermuka-muka di depan PM Najib kononnya melafazkan taat setia kepada kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.

Mereka ini sedang menjadi ular lidi dan sudahpun ada yang menjadi ular sawa membaham mangsa-mangsa tertentu dan menunggu masa untuk menjadi anaconda bagi menelan Najib serta kerajaannya..

PM Najib sedar atau tidak bahawa di pejabatnya sendiri sedang ada usaha untuk mengsabotaj kepimpinan beliau and setiap apa yang PM Najib rancangkan baik untuk kerajaan ataupun parti,dalam masa yang sama Anwar sudah mendapat segala maklumat itu.Dari mana Anwar terima ini semua kalau bukan daripada rakan-rakannya yang sudahpun berakar umbi di sekeliling PM Najib itu.

Sebab itulah Anwar dilihat terus kuat mengukuhkan cengkaman dan  pengaruhnya kerana beliau sering diberikan nyawa oleh kakitangan ini untuk mendapatkan segala maklumat walaupun palsu bagi diputarbelitkan malah gerakan bekas-bekas anggota ataupun ahli  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang masih menyokong Anwar Ibrahim bergerak dalam diam bagi membubuh racun dalam kepimpinan PM Najib

Bekas ahli ABIM yang berlagak membenci Anwar dan menunjukkan sokongan kepada PM Najib turut diberikan peluang untuk berada di beberapa buah agensi strategic dan memegang jawatan penting dengan gaji yang cukup lumayan sedangkan mereka sebenarnya adalah alat Anwar yang dibawa masuk untuk melemahkan PM Najib dari dalam.Inilah gunting yang sedang merobek kepimpinan PM Najib.

Kumpulan ini masih bergerak aktif dan sering melakukan majlis usrah dengan dipimpin oleh orang dari Pejabat PM Najib malah mustahil PM Najib tidak dapat mengesan gerakan terancang untuk menggulingkan beliau dari dalam ini dan PM Najib tidak boleh terus bersangka baik kepada semua pegawai-pegawai beliau termasuklah agensi-agensi yang diamanahkan untuk memperkukuhkan kerajaan serta parti.

Lebih mengecewakan,dana yang cukup besar disalurkan kepada ABIM sedangkan semua orang tahu bahawa ABIM adalah merupakan pusat tarbiah Anwar dan ABIM yang setelah sekian lama hidup segan mati tak mahu itu sebenarnya merupakan pusat tarbiah Anwar.(Ini saya akan dedahkan dipenulisan akan datang)

Kita tahu bahawa PM Najib tahu bahawa ada maklumat risikan yang mendedahkan bahawa ada ketua-ketua tertentu termasuklah dari agensi masih berhubung melalui telefon dengan Anwar Ibrahim tapi yang peliknya tidak ada tindakan diambil atau sememangnya Najib tidfak tahu apa-apa tentang pendedahan ini.

ABIM dikatakan pusat tarbiah Anwar..
PM Najib juga perlu tahu bahawa sebahagian laporan yang beliau terima  telah di tapis awal oleh orang-orang yang mempunyai rangkaian dengan Anwar Ibrahim, malah kos melaksanakan sesuatu “kerja politik” mencecah RM5 juta, tetapi laporan `kerja politik ' itu bukan kepada Perdana Menteri.

Kita juga musykil PM Najib tahu atau tidak bagaimana pembiayaan kewangan boleh diberi ataupun disalurkan kepada Mantan Pegawai Khas Anwar yang sangat aktif ketika di luar Negara, malah pernah berdebat dengan Kelab Penyokong Kerajaan di IRC.

PM Najib juga perlu tahu bahawa himpunan pengkhianat parti yang pernah bersama Anwar di beri ruang yang luas untuk melaksanakan agenda agensi secara swasta dan yang lebih menarik, kegagalan perlaksanaan sesuatu program ditutup secara terhormat dan kadang-kadang dalam tempoh masa `berperang’ menjelang PRU13  ini mereka telah menjadikan jentera parti yang setia dijadikan sebagai musuh mereka.

PM Najib kena intai sejarah kejatuhan pemimpin dunia dan salah satu sebabnya adalah kerana terlalu percaya kepada orang sekeliling yang akhirnya mengambil kesempatan merancang kejatuhan ataupun kekalahan terutamanya di PRU13 nanti.

Anwar Ibrahim dan segala baru-baruanya cukup mudah mengakses segala maklumat baik yang bersifat Rahsia ataupun Embargo kerana tali barut-tali barutnya yang mengelilingi PM Najib mampu memperolehi maklumat tersebut dan sebab itulah segala maklumat mudah bocor ataupun sampai ke tangan pembangkang.

Pembangkang pula cukup bijak memanipulasikan segala maklumat itu termasuklah memalsukan tandatangan dan juga Kepala Surat (letter head) kerajaan bagi menipu untuk menyakinkan rakyat dan ini cukup banyak untuk dijadikan contoh termasuklah paling terbaru isu kelulusan projek MRT yang sedang digembar gemburkan kononnya PM Najib campurtangan dan menyalahgunakan kuasa dalam kelulusan tender projek itu.

Minit Mesyuarat tersebut tidak akan terlepas ke tangan pembangkang kalau tidak ada biawak hidup yang PM Najib pikul di kementerian berkaitan.

Kita tidak mahu akhirnya nanti PM Najib ditinggal sendirian untuk mengemudikan parti dan kerajaan bilamana semua yang Najib anggap sebagai pahlawannya,panglimanya ataupun hulubalangnya akhir memlih Anwar sebagai Ketua mereka.Ingat satu pesan,yang dekat belum tentu kawan,yang jauh belum tentu lawan.

28 comments:

  1. BRO... DEDAH JER MANGKUK MAGKUK YANG MAKAN GAJI BESOR NI, YANG MENYOKONG AGENDA ANWAR NI. SETAN SETAN NI TAK SEPATUT DUDUK DALAM AGENSI KERAJAAN

    ReplyDelete
  2. BRO... DEDAH JER MANGKUK MAGKUK YANG MAKAN GAJI BESOR NI, YANG MENYOKONG AGENDA ANWAR NI. SETAN SETAN NI TAK SEPATUT DUDUK DALAM AGENSI KERAJAAN

    ReplyDelete
  3. perlu didedahkn.....demi kebaikkn

    ReplyDelete
  4. SAH MEMANG RAMAI KAKITANGAN KERAJAAN YG PRO PEMBANGKANG MALAH MENYOKONG BERSIH 2.0 DAN 3.0..GOLONGAN BAWAHAN KITA BOLEH TERIMA LAGI TETAPI APABILA GOLONGAN ATASAN ATAU PEGAWAI2 KANAN YG PEMBELOT, SAYA RASA KERAJAAN HARUS LAKUKAN SESUATU

    ReplyDelete
  5. hebat bro..jgn lihat kebaikan seseorg tu je...lihat juga kejahatan dia tu... kalau dia ni kaki lompat sana lompat sini tak mustahil dia ni bukan jenis yg setia....gua tgk pun bukan hanya pegawai sahaja malah ketua bahagian dan pemimpin kanan umno pun lebih kurang gak... dimasa tok jib kena gasak dimana suara pemimpin2 kanan umno???dimana suara ketua2 bahagian?? bukan semua tetapi ramai yg mengambil cara playsafe.... tak kira siapa yg jd pm..jawatan mereka tidak tergugat..ataupun dapat jd pengerusi GLC.. ni mentaliti sesetengah pemimpin umno...sejahat2 pemimpin parti komponen pun gua tengok klu kerajaan kena hentam mrk cpt bg statement berbanding pemimpin umno....

    gua harap dalam pru13 ni tok jib berani untuk menggugurkan pemimpin yg dirasa tidak membantu umno... jgn bila dalam dewan perhimpunan je bersemangat..balik hotel malam dok gi dangdut... pemimpin yg mcm ni tendang je... sokongan rakyat itu lebih penting dari pengaruh pemimpin bahalol macam ni... kat kawasan mereka pun pengundi disitu bukan suka pun..tapi nak wat cam mana kerana mereka2 ni mewakili parti barisan nasioanal terpaksa la mengundi untuk mereka ni....

    GUA PALING BENCI TGK PEMIMPIN YG HIPOKRIT!!!! Mulia lagi pemimpin yg dok dalam pakatan tu berbanding ngan mereka2 ni....

    ReplyDelete
  6. email/pos ja apa yg anda tulis ke PM supaya ddia sentiasa sedar...

    ReplyDelete
  7. sapa lagi punya..org pejabat tpm la..bila najib masuk gaung..dia naik pm..xkan la tak tau game umno..pastu salahkan kakitangan awam..

    ReplyDelete
  8. ala PM tak tau ker....dia tau...

    cuma di lemah...dan walaupun dia menang ...dia tau dia tak lama...

    2x5 = ada had ada hari...

    ReplyDelete
  9. Agensi kerajaan yg dimaksudkan adalah dibawah JPM sendiri dimana dari Ketua Pengarah + TKP dan pegawai semuanya merupakan kenalan rapat dan proksi DSAI dari dahulu sehingga sekarang, sehinggakan buku cetakan berkaitan PM di berikan tender kepada geng2 PKR (abim) bagi mengukuhkan akaun kewangan mereka,, ini semua terbukti, sekarang ini mereka menyusun strategi bagi menjatuhkan PM secara perlahan2 dan dlm masa yang sama mereka menyokong DSAI,secara senyap2 jabatan ini menyalurkan kewangan ke akaun ABIM..

    ReplyDelete
  10. Memang betul tu bro...byk kes jika diteliti betul-betul boleh mengesahkan pendedahan bro itu. Ini lah yg. susahnya kerana terlalu bayk musuh dlm selimut....Mereka ini ibarat anai-anai dlm rumah kita....bukan mudah utk memusnahkannya....kesian Dato Najib yg. bersungguh-sungguh membela nasib rakyat tetapi ada pihak yg.tdk menghargai malah cuba mensabotaj pulak.....mereka ni semua adalah jenis manusia yg. tdk bersyukur dan terlalu mementingkan diri sendiri...dah terlalu byk pendedahan dibuat tentang peribadi buruk anwar ...tetapi kenapa maseh ade yg. mahukan anwar jadi pemimpin mereka....Ternyata ramai yg. termkn hasutan anwar memburuk-burukan Dato Najib

    ReplyDelete
  11. Memang betul tu bro...byk kes jika diteliti betul-betul boleh mengesahkan pendedahan bro itu. Ini lah yg. susahnya kerana terlalu bayk musuh dlm selimut....Mereka ini ibarat anai-anai dlm rumah kita....bukan mudah utk memusnahkannya....kesian Dato Najib yg. bersungguh-sungguh membela nasib rakyat tetapi ada pihak yg.tdk menghargai malah cuba mensabotaj pulak.....mereka ni semua adalah jenis manusia yg. tdk bersyukur dan terlalu mementingkan diri sendiri...dah terlalu byk pendedahan dibuat tentang peribadi buruk anwar ...tetapi kenapa maseh ade yg. mahukan anwar jadi pemimpin mereka....Ternyata ramai yg. termkn hasutan anwar memburuk-burukan Dato Najib

    ReplyDelete
  12. Yg jd tali barut kerajaan dlm parti pembangkang pun banyak. Apa nak heran... bagus juga. Dlm kerajaan dan pembangkang ada spy. Nak buat sesuatu, beringat-ingat, sbb ada spy yg dok perhati nk jd modal...

    ReplyDelete
  13. Bukan dalam Jakim yo, oghang Nuar ado bosepah-sepah dlm agensi/jabatan kerajaan, termasuklah di dlm SPR dan PDRM tu..

    ReplyDelete
  14. cuba2 lah tgok2 kat GLC, GOC, dan mana2 syarikat2 kerajaan spt ...T*M, J**IM, I*IM, MI*OS ...dll ..mmg ramai deerrrr ....kalau tak bertindak pantas api akan merebak .... sila ambil tndakn skrg ... buat baik berpada-pada buat jahat jgn sekali ... kena jadi "jahat" utk menghalang kemungkaran ...

    ReplyDelete
  15. habiskan saja hayat politik anwar maka rangkaiannya juga akan berkubur...

    ReplyDelete
  16. Xheran pun.coz anwar dulu org kuat umno

    ReplyDelete
  17. 1) Kakitangan kerajaan WAJIB sokong eksekutif pembuat dasar (Jemaah Menteri) atas kapasiti mereka itu MENTERI di dalam kementerian masing-masing, dalam masa yg sama kakitangan kerajaan sebagai RAKYAT MALAYSIA (Prinsip yg dijamin perlembagaan Malaysia), boleh memilih/mengundi parti politik yang disukai (Rujuk pekeliling Perintah Am).

    2) Sila bezakan PARTI PEMERINTAH dan JENTERA KERAJAAN yang sah...

    3) Yg mana lebih besar keutamaan? Setia kepada NEGARA atau setia kepada parti pemerintah? Parti pemerintah boleh bertukar, tapi NEGARA kekal

    ReplyDelete
  18. ahhh, setiausaha PM Najib abg kpd pudin jerawat PKR. So no wonder laaa....

    ReplyDelete
  19. ini semua umno punya kerja la..xkan tak tau perlembagaan umno?mesti cantas mencantas untuk maju...

    ReplyDelete
  20. pegawai kerajaan negeri2 pakatan rakyat yang sokong umno, Pakatan buat dek jer.... apa barang takut2 ni gomo? rileks arr

    ReplyDelete
  21. Kalau penyakit merebak bunuh je ibunya...baru boleh pulih...
    Kalau subersif dah mula merebak...kena matikan dalangnya(matikan pautan atau saluran dengan tali-barut2nya)...
    kalau perlu tali-barut2nya dipintas cepat...kalau tidak lagi merebak lagi mengancam!!!
    Kalau penyakit dalam perut kena makan julap, biar segala jenis cacing mati dan keluar lalu jubur.
    Jangan tunggu sampai cacing naik ke mata, bangkai cacing biar keluar ikut jubur sebelum jubur kena sumbat dek 'Penjubur' pulak!!!

    ReplyDelete
  22. TERTARIK DENGAN ISU INI... BETUL APA YANG DI DEDAHKAN. MALAH ADA PEGAWAI KERAJAAN YANG BETUL2 AMANAH MENJALANKAN TUGAS DAN BERDIDIKASI DALAM PERJUANGAN UNTUK MEMENANGKAN UMNO DAN BN TELAH DICATAS HALUS2. SEDIH MELIHAT MEREKA INI.

    ReplyDelete
  23. Apa nak heran.
    Di SPA dan JPA berlambak2 org pembangkang.

    Bila ambil pegawai baru, muka2 penentang kerajaan di U dulu pulak yang dapat. kalau result bagus tkpe jugak, ni cukup2 makan je. kredit sebab mulut manis masa interview.

    pagawai PTD yang baru dekat ofis aku ni rata2 pro pembangkang.

    ReplyDelete
  24. salah satu agensi yang dimaksudkan adalah BTN (Biro Tatanegara) yang diletakkan dibawah JPM, kemasukan KP barunya iaitu Raja Arif Raja Ali yang merupakan salah sorang orang kuat DSAI, manakala kedua2 TKP nya iaitu Mohktar Sulaiman & Hanafi Harun yang juga merupakan salah sorang ahli peserta REFORMASI semasa anwar ditangkap 1998 dahulu... malah mokhtar juga mengarahkan kakitangan bawahan (BTN) agar mengikut bersama-sama dalam perhimpunan Reformasi menyokong DSAI... kini dia telah menjawat jawatan TKP di BTN.. BTN juga kini tidak lagi menjadi agensi psywar bagi mempertahankan Kerajaan BN, kerana lebih kerap kipas PM dan dlm masa yang sama ingin menjatuhkan PM secara diam-diam.. Kini menguatkan lagi dakwaan, bahawa hubungan Raja Arif dengan Ahmad Maslan (Timb. Menteri yang jaga BTN) tidak lagi mesra, ini kerana RAJA Arif telah menggunakan BTN sebagai batu loncatannya untuk bertanding PRU-13 daripada menjalankan tanggungjawab mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional di PRU akan dtg. Kini Raja Arif terpaksa menggunakan bloggers2 untuk mempertahankannya. Dalam diam-diam KP BTN ini telah memasukkan sejumlah dana ke AKAUN ABIM (penyokong DSAI)dengan menggunakan duit dari tabung khas...

    ReplyDelete
  25. Bila pergi temuduga nak masuk perkhidmatan kerajaan, kita akan ditemuduga oleh musuh dalam selimut.Nahas, jika anda memberi hujah bernas dan kelihatan condong ke arah pemerintah.Salah seorang penemuduga mesti pemganut Isle.Kontrak di kementerian pendidikan dibolot oleh penyokong n.jis,tokoh guru kebangsaan pun dia dapat,sampailah kepada kantin di kementerian pun dia dapat.Memanglah kerajaan zalim.

    ReplyDelete
  26. Bangkai tu dari era paklah..sebab tu semuanya geng lobang taik tahu..Najib tau tp buat buat ta tau sebab, kerajaan dia terima dari Dollah da nak karam..cibai bedol dan samdol dollah..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..