Wednesday, July 4, 2012
6:20 PM
|
Mangsa pertama Anwarinas! |
AHLI Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor
yang juga Setiausaha Agung UMNO sedang diusahakan untuk dijadikan mangsa pertama dalam Wilayah Persekutuan oleh
golongan-golongan Anwarista bagi menyingkirkan beliau untuk tidak dicalonkan
sekali lagi dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.
Senarai pencalonan yang
diberikan oleh seorang Pengarah sebuah agensi ditolak mentah-mentah oleh
seorang individu yang dikatakan cukup berpengaruh dalam sebuah agensi kerajaan
tetapi tidak menganggotai agensi tersebut namun dikatakan telah dilantik sebagai
Ketua Operasi jabatan itu untuk menyelaras atau mengenalpasti calon-calon
daripada UMNO yang akan bertanding pada PRU13 nanti.Harap-harap Najib tahu ini!
Penolakan tersebut dikatakan
apabila Pengarah Agensi tersebut memberitahu bahawa hanya Tengku Adnan sahaja
yang mampu mengulangi kemenangan BN di
Putrajaya kerana SUA UMNO ini mempunyai `track record` membanggakan sebagai MP
Putrajaya tetapi individu yang berlagak bagai orang penting Negara ini menolak
cadangan tersebut dan bila ditanya balik kepada Pengarah agensi itu,Pengarah
tersebut dengan penuh sindiran menjawb calon lain adalah Setiausaha Politik
Perdana Menteri ataupun Ketua Pengarah agensi.
Gerakan Anwarinas ini didalangi oleh jembalang-jembalang (siapa jembalang ini akan saya dedahkan nanti)yang
bertopengkan sebagai penyokong kuat atau tegar PM Najib sedang bergerak bukan sahaja di Wilayah Persekutuan
tetapi sedang menjelajah di seluruh negara dan tidak hairanlah tiba-tiba di
Pasir Puteh muncul semula nama Kamaruddin Mohd Nor (beliau adalah bekas orang kuat Anwar dan juga ABIM)untuk dicalonkan semula
sebagai calon UMNO untuk Parlimen itu.
Ramai lagi calon yang
dilihat sebagai anggota Usrah bekas ahli ABIM yang dikatakan sentiasa berkampung
melakukan majlis usrah di Bangi dan Puchong dengan di ketuai oleh Sidik Fadhil
dipercayai akan mendominasi pencalonan PRU13 nanti dan kalau ini benar,PM Najib
serta UMNO sedang menempah lubang kubur untuk kebumi dan ditallkinkan.
Gerakan Anwarista sedang
mengsasarkan bekas-bekas anggota ABIM sebelum ini dan juga rakan-rakan yang
pernah bersama-sama menyokong Anwar Ibrahim malah dalam Wilayah Persekutuan
seperti yang disebutkan awal tadi proses membuang nama-nama pemenang PRU12
sedang giat dilaksanakan.
Individu tersebut sebelum
ini pernah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian Putrajaya
dan saya harap apa yang saya dengar ini tidak benar apabila beliau dikatakan
telah ditaja sebanyak RM1 juta untuk menentang Tengku Adnan Tengku Mansor di
Bahagian Putrajaya oleh sesorang yang cukup berpengaruh di pejabat Perdana
Menteri.
Kita harap tajaan RM1 Juta
itu tidak benar dan kalau benar,kita harap PM Najib tahu apa yang sedang
dilakukan oleh kakitangan di pejabatnya itu malah lebih memualkan lagi bila
individu ini juga pernah mendapat peruntukan lebih sejuta ringgi untuk
menjayakan satu konvoi dalam negeri sedangkan ketika itu sedang berlangsung
Perhimpunan Agung UMNO.
Beliau juga diberikan segala
hak dan keistimewaan untuk keluar masuk di sebuah agensi dan mengatur segala
macam program yang mana program-program tersebut lebih kepada mengaut kentungan
peribadi dan beliau bebas melakukan apa sahaja tindakan keputusan serta
dilantik sebagai Ketua Operasi kerana hubungannya yang terlau baik,rapat serta
intim dengan salah seorang pegawai politik PM Najib.
Sekiranya gerakan Anwarinas ini tidak dibendung, Najib akan mengulangi
nasib seperti Pak Lah apabila Tingkat Empat cukup menguasai serta berpengaruh
dalam membuat keputusan,akhirnya Pak Lah tumbang sebelum sampai waktunya.
Najib silap kalau
meletakkkan sepenuh kepercayaan kepada Tingkat Empat sebagai Penasihat Politiknya
dan PM Najib harus banyak belajar dari kaedah politik ayahnandanya yang tidak
menggunakan orang-orang politik sebagai Penasihantanya. Kita harap Najib tahu
ada sesuatu yang bakal meracuninya.
Untuk tulisan ini,saya hanya
mahu mendedahkan ini dahulu dan bakal menyusul selepas ini adalah pendedahan
bagaimana pihak polis dihalang untuk membuat tangkapan ke atas seorang pemimpin
pembangkang yang menhina mahkamah.
Akan saya dedahkan juga
nanti bagaimana dokumen-dokumen sulit dibawa keluar untuk jatuh di tangan pembangkang dan bagaimana Ops Kampus terpaksa
duhentikan apabila maklumat-maklumat berkaitan Ops tersebut bocor.Apa pun
pendedahan yang bakal berlaku ini saya harap bukan sesuatu yang benar dan kalau
benar,saya harap PM najib juga telah mengetahuinya.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
anwar dh tinggalkan kerajaan 14 tahun dulu bro..dh pencen dh semua agent dia..ni mesti kerja geng pejabat tpm la...nak bg najib masuk gaung mcm paklah..kalu lu x percaya..tunggu je la..makin banyak serangan ke atas najib..x perlu pr serang..serangan dr dalaman lagi bahaya...kalu x..xkan semua dokumen boleh.bocor...?
ReplyDeletesiapa kata anwar tinggal kerajaan 14 tahun tapi org2 dia tak ada? masa dia dalm umno lg dia dah rekrut org2 dia masuk jbtn strategik. semua org dah tahu lama dah.
ReplyDeleteanwar dah susun semua jentera dia dalam pentadbiran kerajaan. dia akan cuci kaki masuk putrajaya. kawan2 aku kat dlm parcel a tu berlambak org anwar. islam liberal yg ada sekarang ni tak kisah sangat pasal liwat anwat tu. yg penting, mereka kata ABU, asal bukan umno. biar Anwar jadi PM, tapi dap yg berkuasa. mampos arrrr
ReplyDeleteanwar guna duitt....duit dia byk, duit jew, duit rembat bank negara 3 billion. di putrajaya tu especially bdak2 PAS mmg pandai bermuka2. pada mereka makan rasuah x pa, asal jgn duit tu diberi ke kjaan. ada ke patut. sbb kjjan rasuah katanya. sapa punya ajaran aku pun tak tahu.
ReplyDeleteharap ketua jabatan buang saja org2 yg mcm ni. suruh mintak kerja dgn kjaan pas.
Terus terang aje lah Datuk...Ketua Pengarah BTN dan Ahmad Fairuz org kanan KP BTN...habis cerita..
ReplyDeletesyabas,pendedahan yang berani, semak betul2 dan dan ambil tindakan.SATU PERKARA YANG BOLEH KITA SHARE BERSAMA IAITU PADA ZAMAN INI SEMUA PEGAWAI DISEMUA PERINGKAT BOLEH JADI JAMES BOND,dahulu dalam cerita, dia saja yang ada alat yang canggih.Ketika ini semua orang ada termasuk budak pejabat, iaitu talipon bimbit dengan camera.Dukumen2 yang penting disnapkan,e-mail dan deletekan matlumat.CUBA FIKIR????? BERKEMUNKINAN BOLEH BERLAKU ATAU TIDAK.SIAPA YANG MENJAGA BILEK KEBAK JABATAN,SIAPA PEGAWAINYA,APA GUNANYA ADA akta rahsia resmi kerajaan yan g mempunyai tahap 1)RAHSIA BESAR 2)RAHSIA 3)TERHAD,KALAU PERKARA INI TAK DAPAT DIKAWAL DENGAN KETAT DAN TELITI, INILAH YANG MENYEBABKAN IANYA BOCOR.SATU KETIKA DAHULU SOALAN PEPEREKSAAN BOCOR,TAK MUSTAHIL PERKARA SAPERTI ITU BERULANG KALI.
ReplyDelete