Wednesday, June 13, 2012

Berhempas pulas Khalid cuba menipu rakyat!
GURUH berdentum sekarang.Kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim sedang bergelut untuk membuktikan Selangor Boleh bagi menunjukkan kepada dunia kerajaan pakatan pembangkang boleh melaksanakan pendidikan percuma.

Menteri Besar,bekas orang korprat itu mengumumkan Selangor akan meneruskan cadangan mencairkan aset Universiti Selangor sekalipun Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sudah menarik balik pembekuan pinjaman yang sebelumnya di umum oleh Menteri Pengajian Tinggi,Khalid Nordin.

Ikut ceritanya RM30 juta,sebahagian dari hasil penjualan itu akan digunakan untuk merintis jalan tujuan memberi pendidikan percuma di universiti itu.

Maka berbagai langkah sedang diatur termasuk akan mengadakan mesyuarat dengan lembaga pengarah Unisel untuk mendapatkan gambaran sebenar keperluan pelajar dan universiti itu.

Apakah ini satu lagi langkah 'mi segera'?

Dalam suasana pilihanraya yang semakin hampir apa pilihan yang kerajaan Selangor ada.Boleh ke tidak boleh belakang kira.Janji sudah ditabur dalam kenyataan dan ceramah  diserata ceruk kononnya mereka ada cara untuk memberi pendidikan percuma tanpa PTPTN.

Ramai yang sedang mengintai telatah kerajaan pakatan pembangkang yang terbaru ini.
Siapa yang boleh lupa pada kisah bagaimana  Khairy Jamaluddin membidas pembangkang dalam debat pemansuhan PTPTN dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di Shah Alam pada malam 22 Mei lalu.

Pada pengulungan perbahasan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,telah menghentam apa yang didakwanya kekagalan mereka melunaskan janji-janji pilihanraya umum 2008 yakni pemberian bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid tadika.

Baginya apa yang nak sembang tentang pendidikan percuma untuk pelajar institusi pengajian tinggi sedangkan bagi murid tadika pun tidak tertunai.

Ingat balik bagaimana dua hari lepas debat itu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri Selangor,Halimah Ali hadir pada Penyerahan cek Bantuan Pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Fasa Satu 2012 di Shah Alam.

Halimah mengumumkan seramai 3,000 murid tadika berumur empat hingga enam tahun di Selangor, menerima bantuan RM50 sebulan dan tertakluk kepada keluarga yang berpendapatan RM1,500 kebawah mulai Julai ini.

Pemberian bantuan RM50 sebulan itu dilakukan selepas empat tahun kerajaan Parti Keadilan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri Selangor, sejak memenangi pilihanraya umum pada tahun 2008.

Papan tanda ajelah!
Apapun Halimah dengan tegas menafikan pemberian bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid tadika disebabkan selepas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas pembangkang dalam debat pemansuhan PTPTN.

"Saya tidak dengar apa yang Khairy cakap. Ini secara kebetulan dan tidak ada kena-mengena dengan Khairy, malah ia sebenarnya dalam perancangan fasa keempat program Merakyat Ekonomi Selangor (MES)," katanya memberi alasan.

Pada awal bulan Mei Perdana Menteri Najib Tun Razak berkata kegagalan kerajaan Selangor menunaikan satu daripada janji pilihan rayanya  wajar menjadi "pembuka mata" kepada rakyat mengenai kredibiliti kerajaan negeri terdiri gabungan Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS.Ini katanya termasuk janji untuk mengurangkan cukai pintu.

Menurut beliau gelagat kerajaan Selangor itu membuktikan bahawa segala janji yang dibuat sebelum ini hanyalah sekadar "fantasi" untuk meraih sokongan pengundi.

"Mungkin ada pihak yang termakan dengan janji-janji ini sebab bila sebut penurunan cukai dan sebagainya memang merupakan sesuatu yang diterima oleh sebahagian daripada pengundi.

"Saya berharap semua orang akan sedar bahawa apa yang penting bukanlah janji tetapi apakah janji itu mampu ditunaikan...antara janji dan realiti, antara sesuatu yang mungkin dicakap sebagai percakapan politik, tetapi mereka tahu ia tak mungkin dapat ditunaikan," katanya.

Sehari sebelum itu Menteri Besar Selangor berkata keputusan untuk tidak melaksanakan pengurangan cukai itu dibuat kerana keadaan ekonomi negeri itu belum mencapai tahap yang memuaskan bagi membolehkan janji itu dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Katanya pengurangan hanya dilaksanakan tahun ini jika kerajaan negeri mempunyai kewangan yang mencukupi kerana pada masa yang sama pihak berkuasa tempatan (PBT)juga memerlukan bajet yang besar untuk melaksanakan pelbagai tanggungjawab kepada rakyat.

Habuk pun tarak!
Antara janji-janji lain yang terkandung dalam manifesto PKR dan PAS ialah cuti bersalin 90 hari, membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor, bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak, bantuan RM50 sebulan seorang bagi anak yang mengikuti pendidikan pra persekolahan dan memberi RM1,000 kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Najib berkata kerajaan Barisan Nasional sejak awal lagi telah menjangkakan bahawa kerajaan Selangor tidak akan melaksanakan janji itu.

Beliau berharap senario itu akan menjadikan rakyat lebih bijak dalam menilai janji-janji parti politik dalam usaha memilih kerajaan yang benar-benar bertanggungjawab.

"Sesuatu yang dibuat sebelum pilihan raya diadakan atau waktu pilihan raya diadakan bukanlah penilaiannya (kepada pengundi) tetapi (yang penting) kemungkinan sesuatu itu dilakukan selepas pilihan raya," katanya.

Menteri Pengajian Tinggi,Khaled Nordin berkata sememangnya sukar untuk melaksanakan janji itu kerana semasa pilihan raya pembangkang membuat pelbagai janji.

"Banyak benda mereka janji, sudah tentulah tidak mampu dilaksanakan kerana ada banyak yang perlu dipertimbangkan.

"Seperti juga janji mereka untuk memberikan biasiswa percuma kepada semua, kalau semua duit kita peruntukkan untuk pendidikan dan tidak cukup untuk membangunkan ekonomi, pelajar keluar universiti nanti hendak kerja apa.

"Selagi kita tidak diberi tanggungjawab, kita tidak akan faham segala masalah, isu dan cabaran (berkaitan pentadbiran) jadi kita boleh bercakap dan berjanji sesuka hati sahaja," katanya.

Setelah empat tahun berlalu, ramai rakyat Selangor kedengaran merungut dan tertanya-tanya apa istimewanya kerajaan pakatan pembangkang kalau hendak dibandingkan dengan kerajaan Barisan Nasional dulu.

Kata mereka pusing kiri pusing kanan tidak nampak ada sesuatu yang 'sangat hebat' di negeri ini.Apa yang nampak ialah papan tanda propoganda di sana sini.Ini menepati gelaran lucu 'kerajaan papan tanda' yang semakin rancak berlegar sekarang

1 comment:

  1. Salam mr blogger,

    Mohon sudi kiranya link blog aloqlaloq.blogspot.com ke blog handal tuan ini. Tk.

    Aloqlaloq

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..