Saturday, January 14, 2012
8:39 PM
|
KSN &KPPA-betulkah tidak serasi? |
SETELAH PM Najib mengarahkan Skim Baru Perkhidmatan
Awam (SBPA) ditangguh serta dibuat kajian semula maka jelaslah SBPA yang dibuat
sebelum ini tidak mengambil kira kepentingan pejawat awam daripada Kumpulan
Sokongan 1 dan 2 dan tersasar daripada mauduk asal PM Najib dalam pembentangan
Bajet 2012 di Parlimen tahun lalu.
Penanggguhan ini merupakan
satu kegagalan yang cukup besar serta memalukan kepada Ketua Setiausaha Negara
(KSN), Sidek Hassan dan Abu Bakar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA)dan
mereka ini harus bertanggungjawab kerana gagal menjadi agen penyampaian yang
baik bagi pihak kerajaan kea rah mengangkat
Bajet 2012 kerajaan untuk direalisasikan
dan mendapat manafaat kepada penjawat awam.
Kedua-dua mereka ini perlu
mengambil tanggungjawab sepenuhnya.Mereka harus mengakui bahawa mereka
gagal.KSN gagal menguruskan pegawai-pegawai beliau dan KPPA juga gagal
melaksanakan amanah yang PM Najib harapkan.
Walaupun penangguhan ini memungkinkan
akan memberikan faedah seperti yang digariskan dalam Bajet 2012 itu namun ianya
secara tidak langsung memberikan impak buruk kepada kerajaan dan harapan yang
dipertaruhkan oleh berjuta penjawat awam untuk merasai nikmat seperti yang
digaris ataupun diuar-uarkan sebelum ini tidak menjadi kenyataan.
Kegagalan Jabatan
Perkhidmatan Awam ini tidak layak untuk dimaafkan kerana penggubalan skim yang
mereka buat ataupun pegawai-pegawai yang mereka lantik untuk menggubal skim ini tanpa melihat kepentingan
kerajaan dan penjawat awam dalam konteks yang lebih mikro dan boleh diragui niat
sebagai mahu mengsabotaj usaha-usaha murni kerajaan bagi membela nasib dan masa
depan penjawat-penjawat awam daripada kumpulan sokongan.
Saya pernah menulis artikel sebelum ini sebelum
ini dan berterima kasih kepada PM Najib kerana mengambil kira pandangan serta
suara-suara yang mempertikaikankeberkesanan perlaksanaan skim ini hingga PM Najib bersetuju
untuk menangguhkan perlaksanannya.
Kita percaya bila skim ini
ditangguhkan kerajaan akan dipersalahkan dan sudah ada yang mula mempersoalkan tindak tanduk sebahagian pegawai-pegawai tinggi kerajaaan
yang sengaja mencipta persepsi buruk terhadap kepimpinan PM Najib kononnya
Najib tidak serius membela kepentingan serta nasib penjawat awam yang
berpendapatan rendah.
JPA mengecewakan kerajaan.. |
Sedangkan mauduk kerajaan
cukup jelas tetapi kerana ada beberapa pegawai yang lebih mementingkan diri
sendiri daripada kepentingan ramai akhirnya skim ini ditangguhkan dan kalau
ianya diteruskan juga.yang mengaut untung besar daripada skim ini bukanlah dari
kalangan penjawat awam tetapi lebih mengkaya kumpulan premeir dan JUSA.Kumpulan
ini yang mengggunakan skim itu untuk meraih laba diri sendiri.
Bila bekas Ketua Pengarah JPA,Ismail
Adam dilantik untuk mengetua semakan semula skim ini ianya secara tidak
langsung memberikan tamparan kepada KPPA Abu Bakar dan KSN tidak boleh
meletakkan kecuaian penggubalan ini diatas bahu KPPA semat-mata,beliau juga
perlu bertanggungjawab sama.
Malah apabila mereka
ini dilihat sudah tidak seiring dengan gaya kepimpinan PM Najib,langkah yang
paling wajar untuk mereka laksanakan adalah mengurndur dari kerusi KSN dan KPPA
serta meetak jawatan supaya pemulihan imej kerajaan di kalangan penjawat awam
dapat dilaksanakan dengan mudah.
KSN tidak boleh menyalahkan KPPA seratus
peratus atas kegagalan perlaksanaan Skim ini dan kedua mereka tidak boleh
menuding antara satu sama lain,yang jelas kedua mereka telah gagal dalam tugas
serta tanggungjawab masing-masing kerana tugas dan tanggungjawab kedua-dua mereka adalah berkaitan.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Kakitangan atasan beginilah yg selalunya merosakkan Kerajaan secara halus.Tamak haloba,dah tua nak mampos pun masih gilakan duit.Dah pencen join pembangkang.Nate berok!!!
ReplyDeletePatutnya dibuang jawatan je....tak guna punya orang.
ReplyDeleteSaya mula syak ada suatu yang tak kena bila pegawai baru terima gaji lebih berbanding pegawai lama.
ReplyDeleteHati berdetik.....kenapa hah?? Ini ada hal punya..siapa yang gubal skim begini? mungkinkah supaya ramai yang marah?
Walahuaklam...lebih elok sesekali perhatikan.
Lebih baik ssm diteruskan dan diberi penambahbaikan. Gaji kakitangan awam dinaikkan 30-45%. Habis cerita.
ReplyDeleteCukup2 lah KSN, step down cepat. Beri laluan kepada orang lain. Hang ingat hang hebat sangat ker sampai tak ada orang lain dalam malaysia yang mampu buat kerja KSN. Ramai yang tunggu hang yang tak nak turun..sampai ada kut yang doa hang mati cepat untuk kosongkan kerusi. Selalu orang yang tak nak turun ni adalah orang yang low-esteem ie perlu ada kedudukan takut hilang hormat bila hilang kedudukan. Atau...tak cukup bekalan untuk pencen? So, amacam KSN, bila boleh belah?
ReplyDeleteSepatutnya kesilapan seumpama ini tidak boelh berlaku...PM Najib dah kata kita perlukan tranformasi dalam perkhidmatan awam..tetapi macamana nak transform sekiranya orang tu jugak yang ada...bacalah rintihan pegawai gred 54 dalam forum pembaca Utusan Malaysia hari Jumaat 13 Januari..itu belum lagi golongan premier yang mengaut pulohan ribu setiap bulan..kalah gaji perdana menteri dan timbalan perdana menteri..
ReplyDeleteyang peliknya apabila PM sendiri dah selesaikan masalah dengan mengarahkan JPA dan Cuepac berbincang dan bermesyuarah. Hasilnya MOU antara JPA dan Cuepac. Boleh dikatakan semua telah terima SBPA setelah itu dan menantikan 3 bulan penambahbaikan dibuat.
ReplyDeleteIsu dah selesai.
Tetapi ntah kenapa Kabinet sendiri yang tiba-tiba tangguhkan (setelah ada MOU) kerana perlu disemak semula, kenapa?
Dengan jelas katanya "no less favourable" jadi tangguh ini mesti hasilkan sesuatu yang lebih baik dari SBPA .... bukan itu adalah MOU yang dibentuk.
Seolah-olah api yang dah padam kemudian ada yang sengaja menyimbah petrol dari atas agar nyala kembali dan membakar mereka yang dah berhempas pulas membuat sesuatu yang baru dengan mendapat persetujuan atas dan kemudian bawah(MOU)yang mulanya menentang.
kita terfikir.............
Kenapa KPPA nak kena letak jawatan? Bukan KPPA yang turunkan idea gitu..kalu tak KSN yang arahkan..macam mana berani KPPA nak memandai buat. Orang Kerajaan semua "saya yang ikut perintah"...KPPA ada Bos kat atas dia...dia pun ikut perintah..jangan orang lain punya arahan KPPA nak dijadikan KAMBING HITAM...
ReplyDeleteSemua yang bagi komen di atas, jangan nak berpihak pada sesiapa atau jangan timbulkan isu Kambing Hitam, ada pendedahan terbaru iaitu KSN, KPPA, Peguam Negara dan semua Ketua Setiausaha Kementerian telah letak jawatan untuk dapatkan Jawatan Premier.
ReplyDeleteLagi hot bila mana, duit-duit pencen, graduiti dan sebagainya telah masuk pun ke akaun KSN (anggaran lebih 1 juta ringgit), KPPA (1 juta ringgit), Peguam Negara (RM 900K++). Jadi, tolong laporkan kepada pihak yang berkaitan. Berlaku penyalahgunaan kuasa disini oleh pihak atasan.
komen2 anda sgt negatif, segala tanggapan menjadi fitnah. KSN dan KPPA bukan seburuk itu yang anda jangkakan. berhati-hati la anda ketika menulis sesuatu. takutlah kepada dosa kering2 dan balasannya.
ReplyDelete