Thursday, January 12, 2012

Bersediakah Najib?
SEMUA rakyat sedang berkira-kira dan membuat berbagai-bagai ramalan kononnya PRU13 akan diadakan pada tahun ini malah sudah ada yang menjangkakan PM Najib akan membubarkan Parlimen pada bulan Mac ini dan ada juga yang menjangkakan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Mei akan datang.

Macam-macam ramalan dibuat, bukan sahaja daripada kalangan pembangkang malah pihak kerajaan juga menjangkakan PRU13 akan diadakan pada bila-bila masa walaupun tarikh sebenar pembubaran parlimen ataupun PRU13 hanya PM Najib sahaja yang tahu.Makin ramai yang mahu menjadi seperti Nujum Pak Belalang.

Pembangkang memang mahu dan mendesak PRU13 diadakan dalam waktu terdekat kerana mereka cukup optimis untuk menumbangkan kerajaan sedia ada malah mereka telah lama menggerakkan jentera pilihanraya bagi menghadapi cabaran PRU13 ini.

Dan bagi pihak kerajaan adakah mereka sudah bersedia untuk berdepan dengan cabaran PRU13 yang mereka sifatkan cukup getir ini?Dan apakah ada keperluan mendesak hingga kerajaan bersedia tunduk kepada tekanan sedangkan kerajaan yang ada hari ini jangka hayatnya pada April 2013 malah ada yang menyifatkan untuk apa kerajaan ini tergesa-gesa mahu mengadakan PRU12 lebih awal dari yang sepatutnya.

Jamil perlu bijak tangani isu wang zakat
Dalam kerajaan sedang berdepan dengan berbagai-bagai cabaran seperti kes liwat Anwar,isu SBPA,National Fedlot Corporation (NFC),penyenaraian Koperasi Permodalan Felda (KPF) oleh Global Ventures,penyalahgunaan wang zakat,pengagihan BR1M yang masih belum selesai,persepsi buruk terhadap personaliti Rosmah Mansor dan berbagai lagi isu-isu sampingan yang memungkinkan dimanipulasi oleh pembangkang bagi meraih undi rakyat,kerajaan dilihat tidak mampu untuk menanganinya dalam waktu terdekat ini bagi menyakinkan rakyat bahawa tuduhan pembangkang selama ini adalah palsu serta tidak berasas sama sekali.

Tekanan Anwar pasti berterusan..
Antara isu besar yang perlu kerajaan tangani ialah pembebasan Anwar dan bagi rakyat di kampong baik kampong tradisi ataupun penempatan Felda bebas bermakna Anwar tidak meliwat dan mereka tidak semua tahu bahasa yang digunakan oleh mahkamah bahawa walaupun dibebaskan Hakim tidak menolak berlaku kejadian liwat antara Anwar dan Saiful.

Pembebasan Anwar yang boleh kita sifatkan sementara ini akan digunakan sepenuhnya oleh peliwat ini untuk menyerang kerajaan dan lihat sahaja tidak sampai 24 jam Anwar dibebaskan,PKR mendedahkan dokumen penyalahgunaan wang zakat dan saya teringat kepada tulisan saya sebelum ini tentang `lightning war’ atau strategi `blitzkrieg’ yang digunapakai oleh pembangkang,mereka mengumpul isu dan menyerang ataupun mendedahkan apabila tiba waktu yang sesuai.Kita percaya semakin dekat dengan PRU13,semakin banyak isu yang bakal mereka timbulkan.

Disinilah peranan kerajaan untuk memperjelaskan kepada rakyat dan sekaligus menyakin rakyat bahawa badan kehakiman Negara bebas serta tidak pernah ada campurtangan kerajaan dan UMNO juga melalui jentera penerangannya harus berusaha dengan lebih keras untuk menolak segala fitnah yang Anwar lemparkan hampir 4 tahun kononnya UMNO berkonspirasi untuk memenjarakan Anwar sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.Tugas UMNO cukup besar andainya mereka mahu lagiu memerintah Negara ini pada PRU13 nanti.

Rosmah dijadikan senjata lemahkan BN
Isu SBPA juga jangan dipandang remeh dan ianya memerlukan penerangan yang cukup jelas agar kakitangan awam yang selama ini menjadi nadi kerajaan tidak berpaling menyokong pembangkang kerana walaupun isu ini dianggap selesai,suara-suara sumbang masih kedengaran mempersoalkan sejauh mana SBPA ini memberikan menafaat kepada kakitangan kumpulan Sokongan 1 dan 2.

Isu NFC sampai hari ini dilihat masih belum selesai sepenuhnya dan pembangkang menjadikan Shahrizat sebagai kambing hitam bagi menyerang ketelusan kerajaan walaupun yang terlibat secara langsung dalam isu NFC ini adalah suaminya.

Begitu juga dengan penyenaraian Koperasi Perbadanan Felda (KPF),isu ini sedang diheret pembangkang dengan pelbagai tafsiran untuk memusingkan kepala pembangkang supaya menolak kerajaan sedia ada kononnya kerajaan sedang berusaha untuk merampas hak-hak peneroka.Walaupun usaha menyakin peneroka setipa hari dilakukan oleh FELDA namun pertembungan fakta serta bukti masih tidak mampu menepis persepsi buruk yang diketengahkan oleh pembangkang.

Isu Rosmah Mansor yang tidak henti-henti dikeji dan difitanh pembangkang juga jangan dianggap isu peribadi kerana Rosmah hari ini digunakan sebagai senjata untuk melemahkan Najib dan kerajaan Barisan Nasional.

Paling terbaru adalah isu penyalahgunaan wang zakat untuk membayar kos guaman seperti yang dibawa oleh pembangkang dan isu ini kita yakin serta percaya akan dikembangkan seluas-luasnya oleh pembangkang untuk terus mencemarkan imej kerajaan.

Peneroka perlu diyakinkan sepenuhnya
Selagi isu-isu berbangkit yang timbul tidak ditangani dengan bijak,keperluan untuk mengadakan PRU13 dalam waktu terdekat ini perlu difikirkan kembali seandainya PM Najib mahu terus menjadi Perdana Menteri dan mahu Barisan Nasional terus memerintah Negara ini.

Masih ada suara sumbang tentang SBPA ini..
Najib tidak perlu tergesa-gesa mencari tarikh PRU13 dalam waktu terdekat ini selagi isu-isu yang ada di sekeliling kerajaan dan Barisan Nasional tidak selesai sepenuhnya dan andainya Najib memilih untuk mengadakan PRU13 dalam waktu terdekat ini, Najib sebenarnya sudah terjerat dalam jerat yang pembangkang sediakan.

Dan kita percaya kepada satu lagi ramalan sekiranya PRU13 diadakan dalam waktu terdekat ini, Najib dan seluruh kabinetnya kena bersedia untuk mengosongkan pejabat masing-masing tetapi kalau Najib dan kepimpinannya berani mengambil tindakan drastic kepada perkara-perkara ataupun isu yang ditimbulkan, Barisan Nasional akan tetap kukuh di Putrajaya.

Tangani dulu isu di depan mata dan barulah Najib fikirkan tentang PRU13.Cucikan dulu segala fitanh yang dilemparkan pembangkang dan selepas itu barulah kita boleh bercakap tentang PRU13.

0 comments:

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..