Wednesday, May 18, 2016
2:44 PM
|
Satu
ketentuan Tuhan yang cuba ditafsirkan sebagai bala oleh sebahagian orang yang telah terpesong pegangan agama malah fikiran mereka juga telah rosak kerana hanya boleh menilai sesuatu yang
negatif sahaja tanpa cuba berfikir dan mentafsir peringatan Allah di dalam surah Yaasin ayat 82 dan 83 yang bermaksud
:
`SESUNGGUHNYA KEADAAN KEKUASAANNYA ADALAH APABILA IA MENGHENDAKI SESUATU TERJADI,
HANYALAH IA BERFIRMAN KEPADA (HAKIKAT) BENDA ITU “JADILAH ENGKAU”, MAKA IA PUN
TERUS TERJADI. OLEH ITU AKUILAH AKAN KESUCIAN ALLAH DENGAN MENGUCAP
SUBHANALLAH, TUHAN YANG MEMILIKI DAN MENGUASAI TIAP2 SESUATU DAN KEPADANYALAH
KAMU DIKEMBALIKAN…'
Pemain
dan pimpinan politik parti-parti yang menyatakan minat untuk bertanding seperti
BN, PAS dan PAKATAN HARAPAN melalui PAN mula berfikir dan merancang strategi
bagaimana supaya kerusi ini menjadi milik mereka. BN akan berusaha sedaya
mungkin untuk mempertahankan kerusi
tersebut manakala di pihak yang lain pula sedang menyusun gerak kerja untuk
merampas 2 kerusi itu sebagai manifestasi seolah-olah rakyat kini bersama
mereka sekali pun terpaksa mengeluarkan surat dari penjara.
Itulah
adat dan resam politik dan pihak mana yang berjaya mengadun taktik dan formula
berkesan, mungkin pihak itulah yang akan berjaya namun kejayaan sebenar
kadangkala tidak memerlukan kepakaran tahap PhD dengan formula2 politik di
dewan kuliah dan ulasan langsung di media2.
Kepada
BN, apa juga taruhan dan formula,
pimpinan BN harus ingat bahawa biarpun baru mendapat mandat besar di dalam PRN
Sarawak, gelombang dan semangat itu tidak sampai ke Kuala Kangsar dan Sungai
Besar. Kemenangan besar di dalam PRN Sarawak ianya adalah keberkesanan strategi
dan pendekatan yang hanya terpakai untuk Sarawak sahaja. Manakala di kalangan
puak2 yang hanya tahu membangkang, keghairahannya adalah hanya untuk
melampiaskan dendam ekoran dimalukan di Sarawak setelah berhabis duit dan
strategi tumpul.
Sebab
itulah di keluarkan berbagai kenyataan tidak masuk akal seperti untuk
menghalang pimpinan BN Sarawak masuk ke Selangor dan lain-lain bagi menagih
kembali simpati setelah kehancuran persefahaman politik sesama mereka semakin
menjadi nyata.
Apatah
lagi bila pimpinan Melayu dalam Pakatan Harapan ini telah mula berada pada
tahap sanggup menjual akal dan budi kepada “abang besar” iaitu Cina DAP dan
membiarkan abang besar ini yang membuat keputusan politik tentang calon dan strategi,
kononnya kerana DAP lebih berhak setelah PKR gagal menguasai suasana, mereka
ingin bangkit bagaikan `harimau yang terluka' .
Secara
umumnya jika berasaskan “score sheet” keputusan 2 PRU yang lepas, peluang BN
untuk terus mengekalkan kemenangan di kedua-dua kerusi tersebut tidak menjadi masaalah
cuma peluangnya lebih besar dan mudah di Kuala Kangsar, manakala di Sungai
Besar ianya ianya agak sengit kerana disamping menang hanya dengan angka
marginal, jentera BN terpaksa berhadapan dengan jentera sebuah kerajaan negeri
pimpinan PKR yang tidak lagi menjadikan Presiden sebagai rujukan utama.
Disamping
itu BN juga berhadapan dengan sejumlah
pengundi yang langsung tak tahu besyukur dengan negara Malaysia yang telah
memberikan kerakyatan kepada nenek moyang mereka. Sampai sekarang ada yang
masih tidak tahu berbahasa Melayu dan mereka ini dikumpulkan dalam DUN Sekinchan
dan mereka diberi keselesaan dengan pelbagai kemudahan asas seperti rumah urut,
PUB dan lain2 kemudahan mengikut kaca mata mereka.
Maka
tidak hairanlah jika antara keputusan strategik yang diambil dalam mesyuarat
tertinggi Pakatan Harapan antaranya adalah memberi tumpuan 120% kepada PRK
Sungai Besar dengan matlamat 1:1 iaitu melepaskan Kuala Kangsar kepada BN dan
akan memastikan kemenangan untuk mereka
di Sungai Besar.Itulah yang sedang mereka fikir, itulah juga yang sedang mereka
tafsir.
Namun
kepada BN, INI BUKANNYA HALANGAN, TETAPI PELUANG. Ketentuan Tuhan yang memberikan
peluang berterusan untuk menguji sejauh mana keberkesanan dasar, penjelasan isu
daripada permainan persepsi, ketajaman dan kebijaksanaan strategi harus
dimanafaatkan dengan sebaik mungkin. Sesiapa juga yang bertanggungjawab
menerajui jentera pilihan raya harus memastikan bahawa matlamat BN bukan
sekadar untuk menang, tetapi menang dengan peningkatan jumlah majoriti.
Apakah
ubat paling mujarab untuk menutup mulut Tun M dan kuncu2nya yang berterusan
menyerang dan cuba merosakan minda rakyat sehingga sanggup berbuat apa sahaja
untuk menjatuhkan kerajaan BN? Kemanakah hilangnya rasional pemikiran seorang
pemimpin dalam memastikan “KEBIJAKSANAAN POLITIK” untuk menjaga kedaulatan
agama dan bangsa yang dalam kontek sekarang hanyalah melaui formula BN? Apakah
penawar yang boleh menyebabkan bukan Melayu melihat usaha merampas kuasa
politik mereka tidak akan kemana dalam konteks Negara Malaysia yang penduduk
majoritinya Melayu? Hanyalah kemenangan besar dalam 2 PRK ini yang akan membuntukan
mereka untuk berfikir dan membisukan mereka dari mentafsir.
Inilah
sebenarnya keutamaan kita yang menuntut kebijaksanaan membuat keputusan politik
yang bermula dari pemilihan siapa yang sebenarnya layak untu dicalonkan.
Presiden parti yang akan membuat keputusan perlu diberi maklumat yang betul
bukannya berasaskan sentimen dan adu domba.
Bakal
calon bukan sahaja harus “winnable” tetapi “marketable” dan “workable”. Semua
diminta berjiwa besar. Sentimen dan kehendak pimpinan UMNO dan BN setempat
harus dinilai apakah ianya selari dengan kehendak rakyat dan pengundi yang
jumlahnya jauh lebih besar dan menentukan kemenangan? Janganlah ketika kita
bercakap matlamatnya hanyalah untuk memastikan kemenangan, tetapi mengemukakan
pelbagai syarat kepada YAB Presiden. Parokial lama masih menghantui seperti
calon wajib suku ini atau suku itu, calon wajib jawatan ini dan jawatan itu,
malah belum apa-apa lagi pelbagai kelemahan bakal calon, sesama sendirilah yang membuka pekongnya.
Yang
lebih menarik ada juga yang mengambil pendekatan menahan lukah di pergentingan
dengan harapan jika calon yang dibawa tidak di pilih, maka akan berlakulah
keuntungan peribadi dengan harapan berlakulah “butter trade” yang semua sedia
maklum.
Kenapa
persoalan-persoalan ini terus membelenggu UMNO dan BN setiap kali berhadapan
pilihan raya sama ada PRU atau PRK? Walaupun usia UMNO dah 70 tahun dan
berhadapan dengan 13 kali PRU dan berpuluh-puluh PRK? Jawabnya mudah kerana ada lagi
segelintir yang meletakan kepentingan diri jauh lebih besar dan utama dari
kepentingan parti.
Disaat
seluruh pimpinan sedang berusaha untuk membawa sinar kemenangan ada yang cuba
memadam api semangat dengan pelbagai kaedah. Bayangkan ketika Ketua UMNO
Bahagian sedang menyusun dan memberi arahan,
ada yang membuat laporan polis terhadap beliau atas sebab-sebab yang tidak
sepatutnya ketika sedang berperang sebagaimana berlaku di Sungai Besar.Laporan
polis itu dibuat oleh orang yang
kononnya juga sayang dan cintakan UMNO dan BN .
Malah ada juga ketika senarai
bakal-bakal calon sedang di perhalusi, dianalisa dengan rapi, ada juga yang nakal mula mengejutkan orang yang yang tidur dan tidak pernah
bermimpi jadi calon, tapi diberitahu bahawa akan jadi calon dengan meminta
profail dan resume kononnya arahan YAB Presiden.
Malah
lebih memualkan ada yang mula turun berjumpa dengan individu-individu seperti
perjumpaan di Manong Resort Kuala Kangsar untuk memilih bakal calon sedangkan
itu sebenarnya bertujuan membina rangkaian politik peribadi.
Sebagai
orang yang mudah geli bila di geletek,maka mula beraksilah si hamba Allah ini dan bergolok bergadai lah
turun merata peti undi dengan mencanang sesama sendiri bahawa dia adalah
“winnable candidate”sebagaimana telah diiktiraf oleh PUTRAJAYA. Kesannya bila
tidak terpilih, merajuk dan membawa diri, tidak lagi berkerja untuk parti.
Apa
pun yang berlaku itulah asam garam sesama kita BN bila berlaku PRU atau PRK.
Memanglah pemilihan calon yang “right candidate for the right position”
mempunyai implikasi yang besar dalam politik yang masih mengamal status quo ala
BN. Sebab kononnya pengundi akan melihat SIAPA yang nak mereka undi, apatah
lagi bila melihat kepada profail pengundi yang hampir 50% adalah pengundi muda
yang tidak terikat secara eksterim
dengan mazhab parti.
Namun
siapa pun yang menjadi taruhan BN, gerak kerja terancang yang berpaksi kepada
kajian kepada setiap PDM terhadap sikap dan minat pengundi adalah kunci untuk
memastikan menang dengan jumlah majoriti yang lebih besar. Mana PDM dalam
kawalan, PDM tumpuan, PDM tumpuan berganda, strategi mengelakan kemusnahan dan
lain2 ianya harus di fikir dan ditafsir secara bersama. Semua harus bekerja
atas semangat BN dengan menggerakan seluruh komponen seperti MCA dan GERAKAN
dan mereka perlu membuktikan bahawa mereka bukannya “sleeping partner” dalam BN.
Biarlah
bagaimana sekali pun bentuk dan corak PRK ini sama ada pertembungannya 3
penjuru atau 2 penjuru, usahlah kita meletakan harapan kemenangan atas
kelemahan lawan yang semakin nanar dan kejam sesame sendiri tetapi kita yang
harus menentukan kemenangan dengan kekuatan kita sendiri.
Biar
kita yang menguasai “game” ini dengan segala perancangan dan taktik yang
semuanya telah mengaku arif dan pakar. Kerana kemenangan besar 2 PRK akan
menjadi kayu ukur sama ada pembangkang akan benar-benar diambang
kehancuran dan bertukar menjadi “PAKATAN
YANG TIADA HARAPAN”atau kemenangan biasa dengan berkurangnya majoriti
menjadikan pembakar semangat pembangkang untuk terus memanipulasikan isu dan
menyebarkan persepsi bahawa PRU 14BN tiada lagi peluang membentuk kerajaan.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
0 comments:
Post a Comment