Saturday, September 22, 2018
1:25 AM
|
Jadi tidak pelik lah jika tidak ada sebarang agenda negara dan perubahan memperbaiki dasar, sebaliknya meneruskan dasar dan agenda kerajaan lama yang diberi sedikit sentuhan perubahan dinama sahaja.
Kemuncak
kekalutan politik sesama mereka yang mencemaskan pimpinan kerajaan PH hari ini
pastinya bila PRK Port Dickson yang akan ditandingi Presiden PKR,Anwar Ibrahim
sebagai langkah pertama untuk beliau kembali ke Parlimen bagi merealisasikan hasrat
gerakan reformasi menjadikan beliau sebagai PM.
Melihat kepada fokus tumpuan
media kepada DSAI dan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan ketika ini pun seolah-olah
dapat dibaca bahawa popularitinya sudah mula mengalahkan TM.
Ini yang
menjadikan sebahagian ahli kabinet kerajaan yang ada sedikit kepanasan dan mula
menghitung nasib diatas papan catur kerana pastinya akan terpalit dengan
pertarungan baru.
Pertarungan
Antara Siapa dengan Siapa? Ramai yang tidak menyedari siapa yang sebenarnya yang
akan bertarung dalam politik di Malaysia pasca kerajaan baru PH pilihan rakyat
yang baru berusia hampir 5 bulan ini. Yang pastinya Bukan antara UMNO atau PAS
atau DAP atau PPBM,PKR atau parti-parti yang wujud. Yang sedang bertarung
sebenarnya adalah antara TM dan DSAI.
Sejak
DSAI dipecat dan di buang dari UMNO oleh TM,DSAI masih menjadi mimpi ngeri yang
menghantui TM.Tidak seperti Ku Li atau Tun Musa yang tidak melawan ataupun melawan
separuh jalan apabila dipecat/digugurkan,DSAI bukan saja melawan kembali malah
berjaya mencetus satu fenomena kebangkitan dibawah slogan REFORMASI. Pengalaman
melawan beliau ialah sehingga keluar masuk penjara dan beliau tahu ianya
diatur melalui kuasa TM.
Retorik
perjuangan DSAI yang popular ialah gerakan reformasi.Tawaran reformasi terhadap
segala sistem dan amalan politik dan pengurusan kenegaraan oleh DSAI lah yang
telah berjaya mendapat kepercayaan rakyat.Malah sudah menjadi kelaziman
laungan reformasi ialah untuk menjatuhkan TM dan menghadapkannya ke muka
pengadilan.
Ini
sejarah perjuangan yang masih kejap didalam hati penyokong-penyokong DSAI.
Diulangi,menjatuhkan TM dan menghadapkannya ke muka pengadilan,bukannya
Najib atau Zahid Hamidi tetapi TM. Itulah keazaman yang masih menyala dalam
gerakan reformasi.
Lantaran
itu pertarungan politik dua watak ini akan sekali lagi menjadi episod baru
setelah 20 tahun berlalu. Ianya mungkin pertembungan dendam antara yang dianggap
sebagai `berkarisma' dengan yang dianggap `berstrategis' namun kedua-duanya tetap
akan berkisar tentang kepentingan diri dan bukannya soal perjuangan demi
bangsa, negara apatah lagi agama.
Ramai
yang tidak sedar,krisis TM dengan dua PM sebagai pengganti selepas beliau
mula meletus setiap kali diambang atau menjelang DSAI keluar dari penjara.Baik
di zaman Pak Lah atau di era Najib.Kenapa? Ia didorong rasa fobia dan tidak
selamat TM apabila DSAI dijangka diberi ruang bernafas untuk menggantikanya sedangkan TM ingin melihat politik DSAI berkubur buat selama-lamanya dengan tuduhan salahguna kuasa dan liwat.
PRU
ke 14,TM tahu aura DSAI akan muncul kembali.Petanda menunjukkan DSAI semakin
kuat ialah apabila anak dan isteri DSAI menang mudah di mana-mana sahaja mereka
bertanding dan DSAI melalui parti pelbagai kaum PKR dan DAP sudah kukuh bekerjasama.Igauan
TM adalah benar dan kemenangan DSAI adalah berita buruk bagi dirinya dan
kaum kerabatnya.
Apabila
semakin ketara UMNO dan DSN tidak dapat dikuasai sepenuhnya oleh TM,beliau tahu
beliau bakal hilang perisai perlindungan 3M (money,machinery,media) yang selama
ini dibawah kekuasaannya melalui kerajaan UMNO. Beliau merasakan beliau tidak
lagi boleh melindungi diri apatah lagi
apabila Najib sudah tidak boleh dikawal.
Disinilah
satu strategi diatur..`IF YOU CANT FIGHT THEM YOU JOIN THEM', TM merancang
mula bertukar peranan untuk `DOING A FAVOUR' dengan pembangkang ketika itu dengan memposisikan dirinya sebagai `ULTRA PEMBANGKANG' dan menggunakan segala
pengetahuan tentang UMNO untuk menumpaskan UMNO.
UMNO
di pilih untuk dijadikan `koleteral' dalam strategi licik ini.Tun Daim,Arwah Sanusi,
Rafidah, Rais Yatim, Zainuddin Maidin malah ramai lagi kroni yang mewah di zaman
beliau mula secara aktif membuat plot `membunuh' politik DSN dan dengan
itu memberi hak kepada TM melancar `coup' terhadap DSAI tanpa disedari
DSAI.Istilah mudahnya TM memakai sarung harimau untuk menjinakkan harimau dan
DSAI berjaya dijinakkan.
Api
reformasi dipadamkan.Rakan kongsi reformasi iaitu DAP dan PAN yang dahagakan
kuasa diberi kuasa asalkan mereka jinak, tidak mengganas walaupun sampai tahap
mengkhianati agama dan bangsa apatah lagi negara.
Strategi
KAYU MENUMBANGKAN KAYU ini cukup berjaya,sehinggakan kayu yang menjadi
hulu kapak Ini bukan saja berjaya menumbangkan pokok besar UMNO/BN tetapi juga
turut menguasai mata kapak itu sendiri. Dengan kuasa yang kononnya untuk
sementara,pasukan TM bertindak bijak dengan secepat kilat menguasai setiap
posisi strategik melalui CEP yang diketuai Tun Daim.
Ini
wajib di lakukan kerana menyedari TM belum selamat dari pengaruh DSAI kerana
jumlah kerusi PPBM yang terlalu kecil apatah lagi jika dibanding dengan UMNO yang cuba dibunuh ketika ini.Namun kedua-dua musuh TM, DSAI dan UMNO
tidak mati dan ini menambah satu lagi igauan buruk TM.
Keadaan
menjadi lebih mendesak apabila UMNO dipimpin DSZH yang dianggap sebagai
sejarah bakal berulang dimana DSZH di katakan `aligned' dengan DSAI satu ketika
dulu untuk menurunkan TM.Sejarah DSZH sebagai Ketua Pemuda yang menjalankan
arahan Anwar di Dewan Merdeka tiba-tiba tergambar semula kepada TM.
Justeru
sebaik saja DSZH diumum sebagai Presiden UMNO,perkara pertama berlaku ialah
beliau terpaksa berhadapan dengan SPRM.Siapa yg susun?
Terkini,pertarungan
antara DSAI VS TM semakin tidak dapat disembunyikan.Kuasa hulu kapak yang ada
di tangan TM dan parti kecil PPBM perlu dikekalkan.Cita-cita TM,janganlah sesekali
peralihan kuasa dalam masa terdekat berlaku kepada DSAI. Oleh itu PPBM sebagai
`kucing' sahaja dalam PH perlu dijelmakan menjadi `harimau'.
Sekali
lagi DSAI sudah terperangkap.Jari jemari TM dan Tun Daim sudah merayap masuk ke
PKR.Usaha melemahkan DSAI sudah pun bermula dari dalam.Beberapa panglima PKR
sudah lama ditawan dan dibuaikan sehingga menjadi block yang menggerunkan
sehinggalah Rafizi yang bangkit menyedarkan DSAI
Sementara
itu, TM tetap mula memberi fokus kepada UMNO pimpinan DSZH yang ingin ditukar
dari melukut menjadi dedak untuk proses penggemukkan PPBM daripada kucing kepada harimau. Atas dorongan Tun Daim banyak
peluang yang boleh dipikat daripada UMNO.
Strategi
menghancurkan UMNO dan DSZH cukup mudah.PDRM dan SPRM mula digunakan
sepenuhnya, bukan sekadar mematikan DSN tetapi semua kepimpinan UMNO yang
enggan menyerah kepada PPBM. Racun dana politik DSN yang dituduh kononnya dicuri
dari 1MDB digunakan untuk menekan setiap pemimpin kanan UMNO,kerana semestinya
setiap dari mereka ada menerima dana parti dalam menjalankan tugas mereka.
Satu
task force dibentuk di SPRM serta team AMLA di PDRM dan perlu segera digerakkan
secara terancang dengan pembekuan akaun dan `harrasement investigation' kepada
satu senarai pemimpin UMNO yang di sasarkan.Satu isyarat jelas di berikan iaitu
`if you are with me you will be protected' diberikan melalui tindakan NOLLE
PROSEQUI sebagaimana contoh LGE diselamatkan..
Namun
apabila TM terhidu `Port Dickson move' yang dilancarkan secara tiba-tiba
oleh DSAI dan mendengar pula sokongan beberapa pemimpin UMNO kepada DSAI/PKR,satu
gerakan besar-besaran dilancar terhadap panglima dan askar UMNO.
Satu
demi satu cuba dipulas tangan dan di jinjing telinga.Ada yang sudah mula
menjadi makanan dan pallet penggemukan PPBM agar `kucing' perlu lebih cepat
menjadi “harimau”. DSAI mesti di checkmate, Presiden UMNO DSZH juga perlu
dimandulkan dengan segera.
Bagaimana strateginya?
UMNO
dan PKR harus diberi racun dengan dua jenis racun yang berbeza. Proses
meracun sedang giat dijalankan, apatah lagi bila PRK yang sengaja diadakan ini betul-betul
boleh merosakkan perancangan untuk TM menyediakan plan selamat bagi dirinya dan
keluarga.
Sebab
itulah PRK Port Dickson bukanlah hanya
pilihanraya biasa, ianya pilihan raya yang akan menentukan siapa PM Malaysia
selepas ini. Oleh itu rakyat dan pengundi PD perlu diberitahu secara jujur
bahawa TM akan menyerahkan kerusi PM kepada DSAI dan beliau juga dengan
insaf perlu mengaku dan bersumpah dengan
nama Allah bahawa episod pemecatan DSAI tahun 1998 sebenarnya adalah
`konspirasi teragong' ciptaan beliau bersama seluruh jentera pihak berkuasa
PDRM,SPRM dan Badan Kehakiman serta menyatakan secara terbuka bahawa Anwar
sebenarnya bukan peliwat dan layak menjadi PM.
Apakah
TM seberani itu berterus terang dengan rakyat? Jika benar tragedi 1998 itu
`konspirasi teragong' maka tidak peliklah bagi TM untuk sekali lagi mengulangi konspirasi
yang sama terhadap Najib cuma tema dan garis masa sahaja berbeza tetapi
matlamat politik tetap sama.
Atau
apakah menjelang PRK Port Dickson ini akan ada pula `konspirasi teragung' kepada
DSAI? Menarik untuk kita tunggu. Namun jika TM masih yakin dengan keputusan
beliau 20 tahun dahulu bahawa DSAI adalah seorang peliwat dengan alasan yang
kukuh dan benar, tetapi Tun M kali ini mengambil pendekatan berdiam diri
sedangkan beliau mampu berkata-kata dan menghalang, maka TM lah orang paling
berdosa kerana membenarkan pengundi PD memilih seorang peliwat tegar untuk menjadi
PM sebuah negara Islam. Maka tunggulah balasan dan bala Allah atas keputusan
itu.
Sama-samalah
kita tunggu dan lihat plot, skrip dan drama yang akan bermula selepas ini. Apa
yang pasti, polisi `devide and rule' yang sinonim dengan TM sedang giat dilaksanakan
semula. Politik `kuasa dan intimidasi' yang menjadi `trademark' TM sewaktu memimpin
UMNO dulu juga sudah muncul kembali.
Walaupun
gerakan Reformasi juga sudah tidak kedengaran lagi namun bukanlah
bermakna DSAI boleh dijinak dan
ditakutkan dengan kucing yg digambarkan
sebagai harimau.
Rupa-rupanya, pasca PRU 14 setelah PH menjadi kerajaan,diberi kepercayaan mengurus negara, mereka
sebenarnya terperangkap dengan pertarungan politik sesama sendiri dan masih
terikat dengan status quo yang epic
antara TM vs DSAI.
Maka
terpulang pada mereka berdua mencorakkan apa akan jadi KECUALI ALLAH SWT
ADA PERANCANGAN YANG LAIN, yang pasti akan ada pihak yang akan terus bertepuk
tangan melihat dua manusia sesama bangsa dan agama yang mengeluarkan berbagai
fatwa dan sabda kononnya demi masa depan bangsa, agama dan negara, tetapi terus
menjadi seperti gunting yang konon bergerak ke depan tetapi hasilnya
memisahkan.
Teringat
sangat-sangat ayat yang diulang sebut sejak 1998 sehingga bukan Islam juga
membacanya dipentas-pentas ceramah`Wamakaru wamakarallah...Wallahu kharul maakiriin'...
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
0 comments:
Post a Comment